Quantcast
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live

(Video) Padah Keluar Malam Tanpa Izin, Isteri Hayun Parang Pada Suami


BANGKOK - Padah keluar minum (arak) dan berseronok dengan rakan-rakan tanpa pengetahuan isteri, lelaki terpaksa menahan malu apabila isterinya datang mencari dan mengugutnya dengan parang agar dia pulang ke rumah. 

Kejadian di waktu pagi di tepi jalan bandar Bangkok yang sedang sesak itu, wanita berkenaan mengeluarkan parang dan mengugut akan mencederakan suaminya jika lelaki itu enggan pulang ke rumah. 

Difahamkan, wanita berkenaan telah memandu di sekitar bandar itu bagi mencari suaminya, sebelum menemui lelaki itu sedang melepak di sebuah gerai di tepi jalan, bersarapan dengan seorang rakannya. 

Menurut saksi, dari perbualan di antara pasangan berkenaan, lelaki itu telah keluar berseronok tanpa memaklumkan kepada isterinya. 

"Dia tak main-main,. Dia suruh lelaki itu masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah. 

"Bahaya juga sebenarnya dia memandu sambil membawa parang dan menghayunkan senjata tajam itu di tempat awam seperti ini," kata saksi. 

Takut dengan ugutan isterinya itu, akhirnya lelaki itu akur dan masuk dalam kereta sebelum mereka beredar dari tempat kejadian. - The Reporter

Tak Tahan Dengar Tangisan, Bapa Tusuk Jari Dalam Kerongkong Bayi 6 Minggu


WENTZVILLE, AMERIKA SYARIKAT - Seorang bayi lelaki berusia 6 minggu dikejarkan ke hospital dengan beberapa kecederaan kritikal selepas didera oleh bapanya, lapor Fox 2 Now. 

Bapa mangsa, Robert Burnette, tidak dapat menahan sabar mendengar tangisan bayi itu lalu menusuk jarinya ke dalam kerongkong mangsa, dipercayai cuba mencapai peti suara mangsa agar si kecil itu berhenti menangis. 

Penyiasat berkata, perkara itu didedahkan oleh ibu mangsa, Megan Hendricks, yang pada ketika kejadian itu berlaku dia hanya berdiri dan melihat tindakan suaminya tanpa melakukan apa-apa untuk menghalang lelaki itu. Serangan terhadap mangsa itu juga turut disaksikan oleh seorang rakan serumah mereka, namun tidak berbuat apa-apa.

Berdasarkan rekod mahkamah, dalam kejadian di pangsapuri kediaman pasangan berkenaan, Burnette juga turut melemparkan mangsa ke atas katil dan mengoncang mangsa dengan ganas sebelum mengangkat mangsa dari belakang lehernya.

Ketika disoal siasat, Hendricks memberitahu dia ternampak suaminya mendera anaknya sebanyak tiga kali termasuk mengoncang dan menusuk jarinya dalam kerongkong mangsa sedangkan mereka tahu akan bahayanya tindakan itu. Malah, Hendricks mengaku telah menipu doktor perubatan bagaimana mangsa boleh mengalami kecederaan kritikal seperti itu. 


Hendricks langsung tidak menunjukkan sebarang emosi dan kerap merujuk mangsa sebagai 'budak itu' atau 'bayi itu' berbanding menyebut bayinya sendiri. Malah Hendricks juga didapati berpura-pura menangis, namun berhenti sebaik saja pengawai penyiasat keluar dari bilik. 

Hendricks mengakui dia tahu anak kecil itu dalam bahaya dan pernah membawa mangsa ke rumah ibu bapa yang berada tidak jauh dari kediaman mereka. Namun, tidak pernah mengadu tentang perkara itu apatah lagi meminta bantuan dari ibu bapanya kerana dia tidak mahu berdepan dengan Burnette. Hendricks sanggup tinggal bersama lelaki itu dari merisikokan ayahnya mengambil tindakan terhadap suaminya. 

Bayi lelaki yang hanya dikenali sebagai J.B, dimasukkan ke hospital Cardinal Glennon Children's Hospital dengan beberapa kecederaan kritikal termasuk patah tulang tangan, pendarahan dalam otak dan radang hati. Pemeriksaan terperinci mendapati, terdapat kesan patah lama di bahagian tulang bahu dan beberapa kesan retakan di tulang rusuk mangsa. 

Penderaan terhadap mangsa dipercayai berlaku dalam tempoh 10 Oktober hingga 7 November di kediaman mereka. 

Doktor menjangkakan dengan kecederaan yang dialami, mangsa mungkin tidak mempunyai harapan untuk terus hidup. Jika sebaliknya, mungkin mangsa akan mempunyai kecacatan fizikal dan masalah mental yang teruk. 

Menurut pihak berkuasa, Burnette juga mempunyai sejarah berkelakuan ganas. Laporan polis berkata Burnette pernah mahu membunuh adik beradiknya sendiri beberapa tahun yang lalu. Malah Burnette pernah dimasukkan ke institusi kesihatan mental kerana masalah amarahnya. 

Kedua-dua ibu bapa telah didakwa melakukan penderaan, pengabaian dan menyebabkan kecederaan emosi atau fizikal yang sangat serius pada mangsa. Perbicaraan terhadap Burnette dan Hendricks akan disambung semula pada 15 November ini. - The Reporter

(Video) Bapa Tergamak Dera & Pijak Anak Untuk Paksa Isteri Balik Ke Pangkuannya


CHINA - Viral di media sosial video seorang bayi lelaki didera oleh bapanya yang tidak berhati perut, cetus kemarahan netizen, lapor Chuansong.me. 

Lelaki berusia 31 tahun itu sanggup mendera anak lelakinya berusia lingkungan 1-2 tahun itu dengan membiarkan anaknya disiram air sejuk di dalam bilik mandi, sebelum Liu memijak tangan mangsa. Mangsa yang kesakitan menangis dan meronta-ronta meminta dilepaskan. 

Liu juga meletakkan mangsa di lantai tempat duduk penumpang depan, malah membungkus kepala anaknya dengan plastik.


Kesemua tindakan kejam itu dirakam dan digunakan oleh Liu untuk memaksa isterinya pulang ke pangkuannya. 

Difahamkan, isterinya berusia 30 tahun itu sebelum ini telah melarikan diri dari rumah kerana masalah rumah tangga. 

Terkejut dan tidak tahan melihat anaknya diperlakukan seperti itu, wanita berkenaan segera pulang ke rumah dan menyelamatkan anaknya. 

Menurut jurujual farmaseutikal itu berkata, kejadian itu sebenarnya berlaku pada Julai lalu dan dia masih menyimpan video tersebut. Malangnya, dia secara tidak sengaja menghantar video itu kepada pelanggannya menyebabkan video itu menjadi viral di media sosial. 

Akibatnya, ramai netizen yang mendesak pihak polis menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap suami wanita terbabit. 


Bagaimanapun, wanita itu menegaskan bahawa hubungan mereka suami isteri sudah pulih dan kejadian yang menimpa anak mereka hanya berlaku sekali sahaja. Malah, anaknya juga berada dalam keadaan yang baik. 

Polis tetap menjalankan siasatan terhadap kes penderaan itu. - The Reporter

Adakah Scene Rogol Ini Seni? Apa Sumbangan Mereka (Artis) Pada Masyarakat Sehingga Diberi Pelepasan Cukai? - Auni Ameera

Susulan kenyataan pelakon Nora Danish yang mahu meminta LHDN mempertimbangan sarannya memberikan golongan artis/selebriti pelepasan cukai bagi menanggung kos penampilan diri, seorang pengguna Facebook, tampil membangkit persoalan, apa keperluan Kerajaan memberikan pelepasan tersebut. 

Dalam perkongsian Auni Ameera itu turut membangkitkan 6 contoh filem/drama yang menyelitkan adegan merogol perempuan  di mana ada diantara watak tersebut diangkat sebagai hero dan sekali gus melupakan 'kejahatan' yang dipernah dilakukannya sebelum ini. 

Lalu, Auni mempersoalkan dengan melakonkan adegan sebegitu, apakah sumbangannya kepada masyarakat kita sehingga perlu diberikan pelepasan cukai?

Baca 6 persoalan dari Auni Ameera yang banyak menerima reaksi positif dari netizen. 


Graphic Content.

Susulan kes NORA DANISH: Artis dapat Pelepasan Cukai sebagai Anak Seni. Now let me highlight 6 points: Baca sampai habis. Please share this around. 

1. Forced Sex Gangbang. (Rogol Berkumpulan)

I pernah tengok cerita Melayu First Scene ada seorang perempuan pergi tengah padang berdiri sorang², Then dia secara perlahan didekati oleh sekumpulan Mat Rempit, Mat Rempit ni kerumun perempuan tu Raba² sambil dia meronta dan akhirnya Artis wanita tersebut dirogol tengah padang oleh Mat Rempit.. Pengarah cerita ni maybe terpengaruh Rape Porn ''Punyu-Munyu'' dari Jepun.. (Adakah ini seni?)


2. Perogol Bersiri diangkat sebagai HERO

Tengku Adam adalah Perogol, Berkali² Rogol Ariana Rose yang dijadikan sebagai Hamba Sex, Antara Scene rogol ialah dalam kereta disaksikan oleh pemandu peribadi Tengku Adam. Lepas tu kawin dengan mangsa dengan alasan dah insaf., Terlepas hukuman.. Dalam filem melayu, Merogol bukan kesalahan besar asal anda Handsome, Sado dan banyak duit. Melayu mengambarkan Tengku Adam sebagai HERO, Masculine, Gentleman dan Icon.. 


3. Hero Pelangan Pelacur dan simpan Sex Slave

Dalam filem Ombak Rindu, Harris adalah seorang kaki pelacur, Kaki Escort Girl, Terjebak dalam bidang pelacuran n etc.. Dia beli Izzah untuk dijadikan sebagai Hamba Sex. (Sex slave), Tapi sebab dia Kaya, Handsome dan Sado orang angap dia hero. Punya la romantic cerita sampai repeat wayang 2~3 kali Box Office RM10 Million!. Seronok tengok Izzah dijadikan Hamba Sex walaupun selepas So-Called-Nikah. Melayu bodoh tak nampak symbolic yang merosakan anak bangsa sendiri. 


4. Satu perempuan, Kongsi Ramai²

I tak sure ni cerita apa, 'Bohsia' atau 'Remp-It' atau cerita lain, Tapi ada satu scene yang seorang perempuan duduk rumah dengan Teman Lelaki dan kawan Teman Lelaki dia, Si kawan kepada Boyfriend perempuan ni dengan selamba minta kebenaran untuk buat Sexual intercourse dengan perempuan tu, Respond Si Teman Lelaki: "Pergi tanya tuan punya badan sendiri". Then kawan lelaki tu masuk bilik dan Buat.


5. Pontianak Harum Sundal Malam

I was so young that time! (12 years old).. Cerita ni tak lain tak bukan HANYA hantar Subliminal Message dalam minda i tentang How 'Gersang dan Sangap' si Marsani untuk meratah badan Meriam.. Marsani punya gila sex sampai imagine music instrument sebagai 'Private assets' Meriam (iaitu Buah Dada) kemudian dia pergi Usap² Music instrument tu sambil imagine Dada Meriam.. (Adakah ini seni?)


6. KL Gangster

Adegan Adik kena Rogol depan abang sendiri!. The rapist then later brags about how 'Nikmat' the rape is.. While public and teens watching this movie.

6 already a disaster, sekarang anda dah faham kenapa banyak kes Rogol rela bawah umur, Bapa rogol Anak, Datuk rogol Cucu, Sepupu rogol Saudara.. ADAKAH INI SENI? Apa sumbangan mereka pada masyarakat selain merosakkan dan membodohkan Masyarakat dengan Drama dan Filem tahap SAMPAH?

MALAYSIAN MUSLIM ARTIST INDIRECTLY EMBRACE RAPE

Then kenapa mereka yang So-Called Anak Seni ni boleh dapat Support dari segi pelepasan cukai? - Auni Ameera

Pandangan Auni Ameera itu telah menerima banyak reaksi positif dan mendapat 2,565 perkongsian di laman tersebut. 

Rata-rata netizen berpendapat bahawa drama/filem tempatan kini banyak yang tidak berkualiti dan merosakkan minda serta akhlak masyarakat, khususnya golongan muda. 

Jadi, adakah anda bersetuju dengan pandangan Auni Ameera? -The Reporter

2 Jantan Keparat Telah Ditahan


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 44 tahun yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika berada di dalam tren Putra LRT pada 8 November lalu telah ditahan polis, lapor Harian Metro. 

Lelaki berkenaan telah ditahan Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT) ketika berada dalam bas Rapid KL dari Subang Mewah menuju ke Pasar Seni, sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. 

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategi Prasarana, Lim Jin Aun berkata, pihaknya telah memaklumkan penahanan lelaki itu kepada mangsa. 

"Mangsa telah dimaklumkan mengenai penahanan lelaki terbabit. Rapid KL sentiasa komited menjamin keselamatan dan keselesaan penumpangnya," katanya. 

Sementara itu, seorang lelaki yang didakwa telah menumbuk tunangnya selepas berlaku peselisihan faham pada Isnin lalu, telah ditahan oleh polis, Jumaat lalu. 

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah kediaman di Petaling Jaya, jam 12.30 tengah hari. 

Dalam kejadian jam 12.25 malam (Isnin), mangsa mengalami bengkak teruk di bahagian mata, pendarahan dalam mata, patah tulang pipi dibelasah oleh tunangnya. 

Punca kejadian difahamkan kerana lelaki itu berang mangsa mahu mengikuti rombongan bersama rakan sekerjanya ke Janda Baik, Pahang. 

"Suspek tidak membenarkan tunangnya mengikuti rombongan itu. Namun mangsa tidak menuruti kemahuan lelaki terbabit. Gagal mengawal emosi, suspek bertindak menampar mangsa di bahagian bibir kirai, menumbuk mata kanan serta mencucuk paha wanita itu menggunakan kunci motosikal," kata sumber. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, mengesahkan penahanan lelaki berkenaan. - The Reporter

Jangan Tipu Tarikh Terakhir Datang Bulan Hanya Kerana Takut Dipaksa Bersalin (Induce) - Doktor

Difahamkan, sudah menjadi trend bagi kebanyakan ibu mengandung menipu tarikh terakhir datang bulan hanya kerana bimbang dipaksa bersalin.  Namun, tindakan yang mementingkan diri itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada  bayi yang dikandung. 

Kepada ibu-ibu yang mengandung mahupun yang belum mengandung, bacalah perkongsian dari Doktor Hana Hadzrami di bawah untuk pengetahuan bersama. Jangan kerana pentingkan diri, 'rezeki' yang Allah beri ditarik kembali kerana tindakan yang kurang cerdik itu. 


Oleh Doktor Hana Hadzrami

USAH TIPU TARIKH LAST MENSTRUAL PERIOD (LMP)
(Kisah ibu mengandung mengelak dipaksa bersalin)

Saya terbaca ada satu trend sekarang, dimana ibu muda yang mengandung tipu tarikh akhir datang bulan (Last Menstrual Period; LMP) bertujuan untuk 'membeli' lebih masa supaya tak dipaksa bersalin sekiranya terlebih bulan (post date).

Kiranya bila kandungan dah melepasi 41 minggu, namun disebabkan si ibu tipu tarikh LMP, doktor akan menyangka si ibu baru nak masuk 40 minggu. Lalu doktor akan memberi masa lagi seminggu sebelum dipaksa bersalin atau dipanggil 'Induction of Labour (IOL)'. Hasilnya kandungan boleh mencecah lebih 42 minggu jika dibiarkan.

Ini suatu perkara yang berbahaya kepada bayi. Risiko kematian bayi meningkat apabila kandungan mencecah 39 minggu. Risiko kematian bayi naik mendadak apabila kandungan melebihi 40 minggu. Semakin lama kandungan dibiarkan melebihi tempoh matang (40 minggu), semakin kurang sihat keadaan dalam rahim ibu.

Beberapa perubahan akan terjadi:
  • Uri menjadi kering dan tali pusatnya mengecut akibat salur darahnya mengeras dan menyempit, dan tak mampu menyalurkan nutrien serta oksigen untuk bayi (placental aging).
  • Bayi akan perlahan-lahan lemah dan lemas akibat kekurangan zat dan oksigen seterusnya terberak dalam rahim. Lalu bayi akan terhirup serta tertelan najisnya sendiri (meconium aspiration). 
  • Air ketuban akan berkurangan (oligohydramnios). Air ketuban yang kering akan menyebabkan tali pusat bayi terhimpit (bayi boleh lemas), bayi sukar bergerak dan jika dibiarkan lama, struktur tulang dan otot bayi boleh terjejas.

Bayi yang dilahirkan melebihi tempoh matang selalunya berkulit kering bersisik, warna kekuningan atau kehijauan, berkuku panjang, nipis lapisan lemak dibawah kulit dan berambut penuh dan lebat.

Selalunya apabila kandungan mencecah 40 minggu, doktor akan menyelia kandungan dengan lebih teliti. Pemeriksaan ultrasound untuk kesihatan uri, mengukur paras air ketuban dan pemeriksaan jantung bayi akan dibuat lebih kerap. Jarang ada pakar bersalin membiarkan kandungan melebihi 41 minggu dengan senang hati.

Terdapat satu kes seorang ibu menolak saranan doktor untuk IOL dan menunggu hingga kandungannya lebih 42 minggu. Satu hari didapati kandungan kurang bergerak, lalu segera dia ke hospital. Namun bayinya meninggal dalam kandungan, tersedut najis yang pekat (thick meconium) serta berbelit ketat satu pusingan tali pusat di lehernya.

Nasi dah menjadi bubur. Ada yang mengatakan semua dah takdir. Sendiri yang salah, namun nak juga kaitkan dengan Tuhan.

Tak semua kandungan perlukan IOL. Malah pakar bersalin takkan menyarankan IOL sesuka hati kecuali dengan sebab yang kukuh. Ada yang perlu IOL pada 38 minggu, ada yang perlu IOL lebih awal lagi sebaik saja ubat steroid untuk mematangkan paru-paru bayi diberikan. Ada yang IOL pada 40 minggu.

Semua keputusan ini dibuat dengan meletakkan keselamatan ibu dan bayi sebagai prioriti tertinggi. Kerana apabila kematian atau insiden tak diingini terjadi, pendapat sesiapa pun dah tak penting. Tiada satu pihak pun yang menang bila ada kematian. - Doktor Hana Hadzrami

'Tunaikan Janji Walau Dengan Anak Kecil Sekalipun' - Fynn Jamal


Oleh Fynn Jamal

Kilang Play Doh itu, daddy belikan untuk Juna semasa di airport. Sampai di rumah ketika di ambang tidur, dia nampak Play Doh itu. Maka confirmlah meraung nak main. Mummy and daddy cakap, 

"No. Now sleep. Tomorrow Play Doh"

Dia lekas-lekas tidur. Esok pagi, bangkit-bangkit saja terus senyum dan tarik mummy turun ke bawah dan tunjuk Play Doh. Mummy kata, 

"First, shower. Then Play Doh"

Dia akur. Selesai mandi, mummy bagi segalanya pada dia. Bukan main girang meloncat-loncat macam kijang. Hahaha! Subhanallah my funny little man. Can't remember when I stumbled upon this hadith sahih tentang janji kepada anak-anak. But allow me to share it with you.

Dari Abu Daud ra;

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:

Pada satu hari, seorang ibu memanggil anak kecilnya untuk datang. Demi memperlekas, si ibu menawarkan untuk memberi upah kurma. 

Rasulullah saw bersabda: "Ketahuilah seandainya tidak kamu berikan dia, maka tertulislah ia satu kedustaan."

Si ibu bertanya: "Walaupun sebagai gurauan?"

Dijawab: "Walaupun sebagai gurauan."

Allahuakbar. Betapa Islam ini agama yang benar-benar menjaga hak setiap ahlinya. Dari orang tua sampai kanak-kanak, dari orang kaya sampai fuqara'.  Lihatlah bagaimana tiada istilah "Alaa, takpelah budak-budak" dalam agama kita. Hendak diadik-adikkan pun tidak diizinkannya.

Don't make promises we can't keep. Aku tahu kadang-kadang kita rasa ringan saja nak berjanji dengan anak supaya mereka senyap, agar mereka tak meratib nak nak nak, demi nak memotivasi, apa jua alasannya.

Janji wajib dituruti. Ajar anak-anak kita melaksanakan janji dan tanggungjawab di atas apa yang dia kata bermula dari kita sendiri melaksanakan janji dan bertanggungjawab ke atas apa yang kita kata.

I know it is not easy, it is even harder when you have a chiled who is non-verbal dan takkan tuntut setiap pagi seperti anak-anak orang lain. Betapa senang untuk kami terlupa. Allahuakbar. Semoga Allah membatu kita dari kebiasaan mencurah janji.

We can be better, okay mommies and daddies? Anak-anak kita deserves the respect sebanyak mana kita mahu dihormati mereka. Hopefully the hadith gave you the chills it impacted me. Kalau selama ini kita berperangai seperti itu, hari ini masih sempat lagi kita perbetulkan.

Now pause and try to recall apa benda terakhir kita janji pada anak kita? - Fynn Jamal

(Video) Muka Lawa Tapi Peragut


KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak kecil berusia lingkungan 5-7 tahun yang memakai rantai emas diragut oleh seorang wanita di sebuah pusat beli belah, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian jam 5 petang di butik F.O.S, Imago Shopping Mall, mangsa yang mengunjungi butik berkenaan bersama ibunya diragut oleh seorang wanita dan ibunya, Bibiana Matsah, hanya menyedari kejadian itu setelah mangsa mengadu kepadanya. 

Terkejut dan panik dengan kejadian itu, ibu mangsa segera mengadu perkara itu kepada orang di sekeliling namun, pengunjung yang lain kelihatan keliru dan tak berbuat apa-apa. 

Ekoran kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis sebelu meminta kerjasama pihak butik berkenaan menunjukkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV).

Hasilnya, kelihatan seorang wanita bertudung bersama dua lagi individu yang dipercayai rakan subahatnya memang sudah lama memerhatikan rantai emas di leher anaknya. 

Suspek dan dua rakan subahatnya dilihat masih berada di dalam butik berkenaan, berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku. Malah suspek lalu di hadapan mangsa beberapa kali. 


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Suspek bertudung putih berbaju biru memerhatikan mangsanya, ditemani seorang individu berpakaian hitam dipercayai rakan subahat.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Suspek menghampiri dan memperbetulkan kedudukan rantai emas mangsa agar mudah diragut.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ketika ibu dan mangsa berjalan ke depan, suspek mengambil kesempatan untuk meragut rantai emas mangsa
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ibu mangsa menyedari kejadian itu setelah dimaklumkan oleh anaknya.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Suspek berpura-pura seperti biasa dan siap melintasi depan ibu dan anak kecil berkenaan sebelum meninggalkan butik berkenaan.
"Saya tak kisah apa yang netizen mahu katakan dan ini memang pengajaran buat saya dan ibu bapa yang lain agar tidak memakaikan barang kemas pada anak kecil lagi.

"Saya tak kisah emas itu diragut tetapi anak saya trauma disebabkan peragut itu," katanya. 

Jelas Bibiana, dia terpaksa memuat naik video berkenaan di laman sosial agar si pelakunya ditangkap dan itu saja cara untuk mengajar penjenayah seperti itu. - The Reporter

Caj Wad & Rawatan Dijangka Naik 50%


KUALA LUMPUR - Caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di Malaysia dijangka akan dinaikkan sehingga 50% mulai Disember ini, lapor Kosmo!

Kenaikan tersebut didakwa melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2. Kenaikan itu juga dikatakan melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan peskait ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri. 

Bagaimanapun, bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama. 

Lapor Kosmo lagi, taklimat berhubung kenaikan caj perubatan di hospital-hospital kerajaan itu sedang berlangsung secara berperingkat melibatkan semua zon di seluruh negara sejak Oktober lalu.

Selepas itu, berkuat kuasa mulai 1 Disember ini atau selewat-lewatnya Januari 2017, semua caj rawatan di hospital kerajaan akan dinaikkan 50%. 

Menurut satu sumber di Kementerian Kesihatan kepada Kosmo, antara alasan utama kenaikan tersebut disebabkan caj rawatan di hospital kerajaan didakwa tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982. Selain itu, kenaikan tersebut juga didakwa dibuat ekoran caj rawatan di hospital-hospital kerajaan masih rendah berbanding negara-negara ASEAN yang lain.

Terdahulu, viral sekeping surat dari Kementerian Kesihatan di media sosial mengenai pelaksanaan perkhidmatan pesakit bayar penuh yang menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan orang ramai.

Bagaimanapun dalam kenyataan media KKM menyatakan, caj yang dikenakan kepada pesakit luar masih RM1.00 di Jabatan Pesakit Luar Am dan RM5.00 di Jabatan Pesakit Luar Pakar yang merangkumi pendaftaran, perundingan, ubat-ubatan dan segala siasatan. - The Reporter

Artikel berkaitan:
Subsidi RM1 Masih Disediakan Di Hospital Kerajaan

'Sebak Melihat Dua Beranak Ini Hanya Mampu Makan Beli Nasi Putih + Kuah Kosong'

Kalau kita rasa kita dah susah, sentiasalah beringat bahawa ada lagi orang lain yang lebih susah dari kita. Agar kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan tidak mudah menunding jari kepada sesiapa ataupun Tuhan kenapa begitu dan begini.

Membaca perkongsian dari laman Info Ibu Hamil ini, sedikit sebanyak mengingatkan bahawa bukan semua orang boleh merasai nikmat hidup senang. Semoga perkongsian ini dapat membuka hati para pembaca bersyukur dan bantulah mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Foto hiasan | Google Images

Ini cerita beberapa hari yang lalu semasa COD barang. Saya singgah di sebuah warung makan sebab anak saya sudah menjerit-jerit dahaga nak minum air. Semasa duduk di warung itu, saya perasan ada seorang lelaki tua dengan seorang budak lelaki sebaya dengan anak saya, mungkin usia 4 tahun gitu.

Lelaki itu nampak selekeh sangat, kaki tangan hitam berminyak, baju seluar kasut lusuh. Mungkin orang susah, jadi nampak uzur saja. Budak lelaki itu pun kurus sangat, nampak terketar-ketar. Mungkin lapar sangat agaknya.

Saya perhatikan saja dua beranak itu. Si ayah pegang pinggan berisi nasi putih bersama anak ke hulur ke hilir depan lauk-lauk atas dulang makanan. Dua beranak itu memang menarik perhatian semua orang dalam kedai itu. Tidak kurang juga ada yang memandang sinis seolah-olah geli melihat mereka dua beranak yang kotor. Astaghfirullah.

Hati ini dah rasa semacam. Air saya dah lama habis tapi punggung saya masih meletak duduk di situ dan leka memerhatikan si ayah yang berdiri lama depan lauk tetapi tidak juga diambil-ambil lauknya. Anak pula asyik menunjuk-nunjuk lauk sotong. Mungkin nak makan sotong agaknya.

Akhir sekali si ayah hanya mengambil kuah sahaja. Nasi putih dengan kuah kosong. Jangankan lauk sotong, satu ketul lauk dia langsung tak ambil. Tak ada lauk langsung. Anak ini diam saja, tak cakap sepatah apa pun bila ayah dia suruh duduk makan nasi kosong dengan kuah semata-mata.

Masa itu, Allah saja yang tahu macam mana perasaan saya bila melihat mereka dua beranak makan nasi putih sepinggan dengan kuah kosong. Air memang tak ada. Apa yang lebih menyedihkan, si ayah langsung tidak menjamah makanan itu, hanya duduk di sebelah saja melihat anaknya makan. Ayahnya cuma mengutip nasi yang tumpah di tepi pinggan anak dan suap ke mulut sendiri. Sayu hati tengok.

Ya Allah.. masa itu juga mengalir air mata saya. Sebaknya usah dikata, susahnya hidup mereka. Kita rasa hidup kita dah susah, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Sedih melihat dua beranak itu, saya pun menuju ke kaunter dan meminta pembantu kedai letakkan nasi sepinggan dengan lauk-lauk sekali. Adalah sikit sotong, ikan bakar, sayur, telur mata dengan lauk lain. Kemudian, saya minta pembantu kedai itu hantar nasi itu ke meja dua beranak tadi.

Pada mulanya lelaki itu nampak terkejut, saya dengar dia kata tak nak sebab tak ada duit nak bayar. tetapi pembantu kedai itu kata, ambillah, ada orang belanja. Si anak pula panjang leher tengok saja nasi penuh dengan lauk tetapi sikit pun tidak merengek pada ayahnya nak meminta makanan itu. Akhirnya lelaki itu mengambil juga nasi yang diberikan itu.

Saya dah berjalan menuju ke kereta. Dalam kereta, saya perhatikan lagi dua beranak itu dari jauh. Terkejut saya bila melihat lelaki itu menangis dan kepalanya tunduk saja ke meja sambil tangannya mengesat-ngesat air mata. Sesekali dia mengosok dan mencium kepala anaknya yang tengha makan nasi tadi.

Ya Allah, lagilah sebak dada melihat lelaki itu menangis sambil memeluk anaknya. Bagi saya, air mata lelaki itu kalau gugur membasahi pipi adalah air mata yang sangat-sangat jujur.

Bayangkan, sampai anak saya bertanya.

"Mama, kenapa mama menangis? Ayyad tak naughty lagi. Sorry mama," 

Saya terus peluk kedua-dua anak saya sambil menangis, sedih.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebab bukan semua orang dapat merasa nikmat kesenangan. Kita susah, ingat ada lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Semoga Allah memelihara kedua beranak itu. - Info Ibu Hamil

Temui Ajal Ketika Meragut Budak


JOHOR BAHRU - Seorang peragut yang cuba melarikan diri maut apabila motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan di persimpangan jalan berhampiran Eco World di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, jam 5.15 petang semalam, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun dan penunggang motosikal berusia 19 tahun sebelum itu telah menghampiri dua orang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jalan Bacang 12, Taman Kota Masai. 

Suspek berpura-pura bertanyakan arah Jalan Bacang 10, Taman Kota Masai dan salah seorang daripada kanak-kanak itu memberitahu arah jalan sambil bermain dengan telefon bimbit di tangannya. 

"Tanpa diduga, suspek tiba-tiba merampas telefon bimbit dan melarikan diri. Kebetulan ada orang yang ternampak kejadian itu terus mengejar kedua-dua suspek berkenaan," katanya. 

Bagaimanapun, dua suspek berkenaan dipercayai terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang ditunggang mereka dari arah Jalan Bachang menghala ke Jalan Pulasan melanggar sebuah kereta yang keluar dari Eco World. 

Suspek maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala penunggang motosikal patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail. 

(Foto) 'Nak Mati, Matilah Seorang Dirilah' - Netizen Kecam 2 Bikers Merokok Di Stesen Petronas


AYER KEROH, MELAKA - Tindakan 'bodoh' dua penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai warga asing yang merokok di sebuah stesen minyak di RnR Ayer Keroh, cetus kemarahan netizen. 

Gambar dua lelaki berkenaan dimuat naik oleh Noel Silas di laman Facebook yang mendakwa dua lelaki berkenaan bertindak biadab apabila ditegur agar jangan merokok di kawasan stesen minyak. 

"Dua bikers ini merokok di stesen minyak. Kakitangan Stesen Petronas menegur dan meminta dua individu ini tidak merokok di kawasan larangan, namun tidak diendahkan. Malah dibalas pula dengan isyarat lucah," katanya dalam kejadian yang sempat dirakam pada Sabtu lalu. 

Neol berkata, pihak stesen minyak sepatutnya menguatkuasakan larangan itu dengan lebih tegas. Namun beliau dimaklumkan bahawa sudah banyak kali kakitangan stesen menegur tindakan beberapa pengunjung yang merokok di kawasan larang itu, malangnya tidak diendahkan. 

"Mereka (kakitangan) sudah malas nak menegur sebab tiada sesiapa yang akan patuh mahupun mendengarnya," katanya. 

Noel hanya sempat merakam gambar dua lelaki berkenaan dan tidak sempat mencatitkan nombor pendaftaran motosikal berkuasa tinggi mereka kerana jumlah kehadiran mereka di stesen itu agak ramai, dan dalam masa yang sama dia perlu beredar segera kerana ada urusan lain. 

Dua bikers ditegur agar tidak merokok di kawasan stesen minyak, namun dibalas dengan middle finger. | Foto - Noel Silas

Sementara itu netizen mengecam tindakan dua lelaki berkenaan yang dianggap telah mencemarkan imej bikers tempatan. 

"Dia ingat dia ada motor besar, dia boleh besar kepala atau buat apa-apa saja yang dia suka? Kerana tindakan bodoh dua bikers ini, habis terpalit juga pada kumpulan bikers yang lain," kata netizen.

Terdahulu dalam kejadian 11 November lalu, sebuah stesen minyak hampir terbakar gara-gara tindakan bodoh seorang remaja lelaki yang bergurau mahu menyalakan pemetik api ketika rakannya sedang mengisi minyak motosikalnya

Artikel berkaitan: (Video) Gurauan Berapi 

Tindakan bodoh remaja terbabit telah menyebabkan tangki motosikal serta nozzle terbakar. Namun berjaya dipadamkan oleh kakitangan stesen Petron. - The Reporter

RM30.2 Juta Telah Dibelanjakan Untuk 2 Ekor Panda Gergasi Sejak 2014


KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM30.2 juta dengan RM60,000 sebulan bagi menjaga dua ekor panda gergasi yang dihadiahkan oleh Kerajaan China pada 2014, lapor Free Malaysia Today

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuangku Jaafar berkata, jumlah itu diperuntukkan di bawah Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang dipersetujui bersama Beijing. 

Dalam jawapan bertulis Wan Junaidi berkata, Kerajaan memperuntukkan RM25.4 juta manakala selebihnya dibelanjakan Zoo Negara, yang menjadi tuan rumah kepada dua panda Fu Wa (Xing Xing) dan Feng Yi (Liang Liang). 

Dua panda gergasi berkenaan telah dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 bagi tempoh 10 tahun sebagai simbol hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China. 

Bagaimanapun, perjanjian itu mensyaratkan bahawa panda dan anak panda yang dilahirkan pada Ogos lalu, tetap milik China walaupun dilahirkan di Malaysia. Malah, untuk menamakan anak panda sekali pun memerlukan kebenaran dari Kerajaan China. - The Reporter

Caj Baharu Wad Kelas 1 & 2 Mulai Januari 2017 - Menteri


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa peningkatan caj perkhidmatan wad bagi kelas 1 dan 2 akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2017, lapor Utusan Malaysia

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, peningkatan itu dibuat berikutan tiada kenaikan caj yang dilakukan sejak 34 tahun yang lalu, selain kerajaan mahu mengurangkan pembiayaan subsidi kepada pesakit yang berkemampuan. 

Menurutnya, kenaikan itu hanya akan memberi kesan kepada 1.5% daripada dua juta pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di hospital awam. Manakala, 98.5% lagi akan dibiayai melalui subsidi penuh.

Bagaimana, kadar kenaikan caj perkhidmatan wad masih belum diputuskan.

Terdahulu Kosmo melaporkan KKM dijangka akan menaikkan caj perkhidmatan wad (kelas 1 dan 2) dan rawatan di semua hospital kerajaan, sebanyak 50% mulai Disember depan.


Bagaimanapun, bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama. - The Reporter

(Video) Pencuri Pecah Masuk Kereta Mangsa Tanpa Aktifkan Penggera


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki kerugian wang ringgit apabila beg pinggangnya yang diletakkan di dalam kereta disamun oleh seorang lelaki. 

Dalam kejadian pada malam Jumaat lalu, mangsa dan keluarganya pergi ke pasar raya NSK untuk membeli beberapa barang keperluan, selepas habis waktu bekerja. 

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa meletakkan beg pinggangnya yang berisi wang hasil perniagaannya di dalam laci dashboard kenderaan yang diparkirkan di ruang tempat letak kereta dan masuk ke dalam pasar raya. 

Apabila pulang ke rumah, mangsa mendapati begnya sudah hilang dari laci tersebut. Mangsa segera membuat laporan polis di balai sebelum kembali ke pasar raya tersebut untuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek seorang lelaki dilihat bukan sahaja menggeledah kereta mereka, malah beberapa kereta berhampiran. Malah, suspek juga mempunyai remote keyless utama yang membolehkan suspek membuka kereta mangsanya tanpa mengaktifkan penggera keselamatan. 

Menurut anak mangsa, Debby Yiing, yang memuat naik video kejadian itu berkata, dalam video pertama suspek telah membuka kereta mereka dengan remote keyless dan mula menggeledah kereta mereka. Suspek kemudian menggeledah bahagian bonet belakang dan kembali menggeledah bahagian laci dashboard sebelum meninggalkan tempat kejadian. 

Video kedua pula menunjukkan suspek menggunakan cara yang sama untuk menggeledah kereta yang lain. 

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek dilihat memandu kereta nombor pendaftaran WQE2799, dipercayai kereta curi yang digunakan oleh suspek menjalankan perbuatan jenayahnya itu. 

"Kami tak tahu macam mana lelaki itu ada master keys untuk semua jenis kereta yang telah menjadi mangsanya. Malah tiada sebarang kesan kereta mangsa telah digeledah," kata Debby. 

Ekoran kejadian itu, Debby menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak meletakkan barang yang berharga di dalam kenderaan semasa memarkirkan kereta di parkir pasar raya atau di mana-mana sahaja. - The Reporter

(5 Foto) Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Semak Belakang Rumah


IPOH - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Perpaduan, jam 12.30 pagi tadi, lapor Berita Harian

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh sepasang suami isteri selepas terdengar bunyi tangisan bayi dari arah dapur rumah mereka.

Bayi ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan tubuhnya masih berdarah dan ditinggalkan di kawasan semak lorong belakang rumah pasangan berkenaan.

Berikutan penemuan yang tidak disangka-sangkakan itu, pasangan berkenaan membawa bayi itu ke Balai Polis Tambun sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan. 

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bayi dibersihkan pasangan yang menemuinya dalam semak di belakang rumah mereka.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pasangan berkenaan membuat laporan di balai susulan penemuan yang tidak dijangkakan itu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Bayi dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chan Keong mengesahkan penemuan bayi berkenaan. Malah, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberikan maklumat dengan menghubungi pihak polis. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. - The Reporter

Zaman Sudah Berubah, Guru Suruh Anak Didik Padam Papan Hitam Pun Ditegur Ibubapa

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Gambar hiasan | Foto - Google Images
Ada seorang sahabat saya yang bertugas selaku pensyarah di universiti tempatan, jika sekali berjumpa dengan saya, dia sering kali mengeluh betapa zaman sudah berubah. Bagaimana anak-anak mahasiswa yang diajarnya itu sudah kekurangan adab dan santun dalam menyantuni guru-guru mereka.

Dulu, ada seorang guru menceritakan kepada saya, bagaimana dia dan guru-guru sekolahnya menghimpunkan anak-anak didik mereka di sebuah program kembara di kaki hutan. Sudah pasti mereka bermalam di khemah dan tentulah ada panas dan peluh ketika menjalankan aktiviti seperti itu.

Menjelang petang, sebuah kereta Mercedes yang besar menjalar memasuki kawasan rekreasi dan rehat. Rupa-rupanya seorang ayah datang mahu mengambil anaknya. Anak didik itu mengadu bahawa dia tidak boleh berada lama di hutan, rasa rimas dan lemas lalu menghubungi ayahnya datang menjemputnya pulang segera.

Guru-guru tidak mampu berbuat apa-apa. Khabarnya, guru-guru tersebut mengajar di sekolah anak-anak hartawan serta anak bangsawan yang nama teratas dalam masyarakat tertinggi.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Pelajar sedang memadam papan hitam | Foto - Google Images
Sebuah lagi kisah, seorang rakan saya yang bertugas di sebuah sekolah (bukan sekolah saya) menceritakan bagaimana dia ditegur ibu bapa kepada anak-anak didiknya kerana menyuruh anak mereka memadam papan hitam.

Dia ditegur agar tidak lagi menyuruh anak didiknya itu melakukan tugasan sedemikian kerana anak mereka bukanlah orang gaji, bukan orang suruhan tetapi anak didik adalah 'pelanggan' kita. Semenjak dari peristiwa itu, dia menjadi serik.


Tentu anda semua pernah menonton video yang viral di media sosial bagaimana sebuah sekolah di Jepun yang mendidik anak-anak didiknya menyapu lantai dan membersihkan kelas mereka. Jepun negara maju kot?

Ini sebuah cerita di sekolah jiran, yang pada suatu harinya seorang guru lelaki menegur seorang anak didiknya tentang disiplin. Menegur sahaja, bukan menghukum atau mendenda. Malah bercakap pun dengan nada yang biasa.

Selepas itu? Satu bahagian kereta guru itu dikopak, digores dan dicalar dengan teruk. Lalu guru berkenaan kembali menemui anak didiknya itu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Kereta guru dicalar oleh anak didik | Foto - Google Images
"Kalau saya tahu awak mahu berbuat sesuatu pada kereta saya, baik saya berikan awak terus duit daripada poket saya. Ambillah duit saya sekarang," kata guru berkenaan.

Satu sindiran tentang bagaimana guru sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana mengikut undang-undang, guru-guru tidak dibenarkan mengenakan hukuman ataupun denda pada anak didik mereka. Jika guru mengenakan hukuman fizikal pada anak didiknya, guru akan dipertanggungjawabkan. Jika guru menegur, maka semua kereta habis digores satu demi satu.

Apakan daya zaman sudah berubah. Maka, beralihlah mereka ke alam dewasa di IPT dengan keluhan rakan saya yang bertugas sekali pensyarah itu. Rakan saya sangat terkejut menerima WhatsApp yang bertanya,

"Tuan datang tak, ke kelas pagi ini?"


Sedangkan kita dahulu, menunggu 10 hingga 15 minit selepas jam 8 pagi. Ternanti-nanti jika pensyarah itu datang atau kelas dibatalkan sebaliknya tanpa diberitahu. Jika dahulu, tidak hadir berhari-hari ke sekolah, maka datanglah seorang guru yang bertanyakan kisah mengapa tidak hadir ke sekolah.

Namun di zaman sekarang, guru datang bertanya selepas berminggu-minggu tidak hadir. Guru datang menjemput anak didik ke sekolah dengan motosikal yang dibawa guru berkenaan. Esoknya, anak didik itu tidak datang juga dan lusa pun tidak datang lagi. Lalu guru itu sekali lagi pergi ke rumah anak didik berkenaan.

Ayah kepada anak didiknya yang masih tidur keluar menjengah pintu sambil mengesat-ngesat matanya dan menjawab,

"Laa, saya ingatkan cikgu nak ambil anak saya hari-hari selepas ini. Cikgu, kalau nak anak saya datang awal, cikgu buatlah asrama di sekolah itu ya."

Begitulah antara peristiwa yang hadir menjengah dalam minda saya apabila menceritakan tentang zaman sudah berubah. Klise sungguh apabila mereka menggunakan frasa sebegitu.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Ibu bapa tidak puas hati pelajar lewat didenda duduk atas jalan tar | Foto - Google Images
Zaman tuan-tuan dahulu belajar bagaimana ya? Pernah atau tidak dirotan, dijemur, ketuk ketampi atau apa-apa sahaja yang tidak boleh dilakukan sekarang. Apatah lagi duduk di atas jalan tar?

Saya pun pernah ditampar oleh ayah saya sendiri yang juga merupakan ustaz di sekolah saya ketika saya berada di sekolah rendah dahulu.

Oh ya, satu hari saya pernah menghadiri sebuah bengkel di sekolah berasrama penuh di selatan daerah saya. Ya, sekolah breprestasi tinggi. Sedang saya memarkirkan kereta, saya ternampak sekumpulan anak-anak didik bertuah ini sedang berjalan itik ke padang sambil diperhatikan gurunya. Tangan ke belakang, turut perintah sungguh. Untuk pengetahuan, cikgu itu guru wanita.

Ya, kenangan yang amat dekat di hati. Zaman saya pun didenda sebegitu. Tersenyum saya melihatnya. Mendengar kata sungguh anak-anak didik berkenan dengan hukuman yang dikenakan. Dan begitu berani dan tegarnya guru itu. Tidak takutkah dipersoalkan kredibiliti hukuman sebegitu?

Kalaulah saya gemarkan memviralkan sesuatu dan suka dengkikan orang lain, saya akan ambil video kejadian itu dan sebarkan luas. Saya akan buat kapsyen paling win.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Gambar hiasan | Foto - Google Images
"Guru denda pelajar sehingga pengsan, tidak dibenarkan makan, berjalan itik sehingga lewat petang,"

Sudah tentu ayat itu tidak sekemas ayat saya denngan singkatan perkataan yang disukai orang sekarang. Namun saya tidak melakukannya kerana saya seorang guru. Hanya guru yang memahami dunia jauh berubah sama sekali. Sekalipun yang dilakukan itu sebenarnya untuk kebaikan anak-anak didik..

Seorang doktor menulis di Facebook tentang impiannya mahu bertugas selaku seorang doktor di daerah pendalaman. Yang jauh dari viral dan pelanggan yang suka menghentam dunia doktor dan jururawat, suka memviralkan situasi tidak benar kepada daerah komuniti penduduk pendalaman yang lebih tahu menghargai nilai kemanusiaan. 

Hakikatnya, ada ramai lagi guru-guru yang mahu pulang ke daerah pendalaman dan kampung kerana tidak boleh mengajar anak-anak didik orang bangsawan yang menjadikan guru sebagai 'hamba' kepada sistem 'zaman sudah berubah'.

Saya sudah lama tidak merotan anak didik saya. Sudah berbelas-belas tahun lamanya. Zaman sudah berubah tetapi saya masih guru yang sama, masih juga seperti dulu.

Prof Muhaya pernah bercerita sewaktu zaman belajarnya dahulu, arwah ayahnya sering mengajaknya pergi berhari raya di rumah bekas-bekas guru Prof Muhaya. Jauh-jauh pergi beraya. Prof berkata, arwah ayahnya mahu membalas jasa kepada guru-guru yang pernah mengadakan kelas tambahan secara percuma buat dirinya dahulu sebagai tanda berterima kasih. Begitulah hubungan orang zaman dulu dengan guru-gurunya.

Bagaimanakah selepas 15 tahun akan datang ya? Takut pula sekiranya anak didik menumbuk saya yang sudah pun tua dan tiada gigi pada ketika itu berusia 58 tahun kerana sudah tiada apa-apa erti lagi dengan menjadi guru. Sekadar mengajar bukanlah tentang mendidik. Zaman sudah berubah, katanya lah. - As Syahid | The Reporter

Neelofa Terharu, Pasangan Tak Jadi Cerai Selepas Menonton Drama Suri Hati Mr Pilot


KUALA LUMPUR - Meremang bulu roma pelakon Neelofa apabila dimaklumkan rumah tangga sepasang suami isteri yang berantakan dapat diselamatkan impa daripada drama Suri Hati Mr Pilot, lapor Berita Harian

Neelofa tidak menyangka, fenomena drama itu mampu memulihkan hubungan yang sudah seperti retak menanti belah disebabkan pengaruh karekter Warda dan Ejaz. 

"Jujur saya terharu apabila dimaklumkan elemen positif yang dipaparkan mampu menyebarkan mesej kepada ramai. Saya fikir penonton sekadar minat, sebaliknya ia meninggalkan kesan mendalam termasuk terhadap pasangan yang berdepan dengan masalah rumah tangga seperti diceritakan kawan saya itu. 

"Kebetulan kawan saya mengenali pasangan berkenaan. Suami wanita itu ada berpesan mahu mendapatkan poster yang mempunyai tandatangan saya selepas isterinya bersalin kelak," katanya. 

Menurut Neelofa, pasangan berkenaan menghadapi masalah sejak awal tahun, namun masih tinggal sebumbung kerana zuriat di dalam kandungan si isteri. 

"Saya difahamkan, setiap malam mereka mengikuti turun naik hubungan Ejaz dan Warda dalam mengharungi kehidupan berumah tangga, namun akhirnya kebahagiaan melatari karekter berkenaan selepas masing-masing meninggalkan ego dan bertolak ansur. 

"Kawan saya beritahu, banyak babak yang ditonton menerusi drama itu terus membuatkan mereka mahu hidup bersama. Jelas drama ini sarat nilai sehingga mampu mencetuskan perubahan kepada mereka yang berada di alam realiti," katanya.

Sementara itu reaksi netizen di media sosial pula mendakwa kenyataan yang dikeluarkan itu syok sendiri dan sila meninggal. 

"Wah! Hebat betul cerita ini sampai mampu mengikat kembali rumah tangga pasangan bakal bercerai. Saya tak tahu nak terkesima, kagum ketawa atau pun urut dada," kata De Ikea.

"Bila orang tak pernah kahwin bagi statement. Susah kalau banyak berangan-angan dan berfantasi dengan drama. Semoga Neelofa diketemukan jodoh segera dan pada ketika itu dia akan berpijak di bumi yang nyata, barulah dia merasa," kata FunnyTone.

"Kalau boleh, pejabat agama sediakan pamplet kisah SHMP siap-siap sebagai contoh sambil buat marathon tayangan ulangan cerita itu, mungkin kes cerai menurun kan," kata Seperti Itu.

4 Beradik Hidup Dengan Makan Hasil Persundalan

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Empat tertuduh mengaku tidak bersalah - Foto Berita Harian
MELAKA - Empat beradik yang juga merupakan anak seorang pegawai kanan polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan eksploitasi dan hidup hasil daripada persundalan dari tiga perempuan, Ogos lalu. 

Tertuduh, Mohd Syibri Mazlan (29), Muhammad Suhail Mazlan (26), Muhamad Syahiran Mazlan  (25) dan Muhammad Syahfiz Mazlan (24), meminta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Norma ISmail. 

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, kesemua tertuduh didakwa memperdagangkan perempuan berusia antara 18 hingga 20 tahun bagi eksploitasi seks, mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 

Bagi perbuatan itu, mereka boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh pertama Muhamad Suhail didakwa bersubahat bersama tiga lagi adik-beradiknya hidup hasil daripada persundalan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 372A KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan seterusnya, Muhamad Syahfiz, Mohd Syibri dan Muhamad Syahiran masing-masing didakwa hidup hasil daripada persundalan tiga gadis berkenaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 372A KK.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di D'Village Resort, Ayer Keroh di sini, pada 10.45 malam, pada 26 Ogos 2016.

Kesemua kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah resort di Ayer Keroh pada jam 10.45 malam, 26 Ogos 2016. 

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira kesalahan ATIPSOM dilakukan dan mangsa adalah warganegara Malaysia.

"Sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara, saya menawarkan jaminan sebanyak RM40,000 setiap seorang berserta syarat menyerahkan pasaport antarabangsa kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis setiap bulan," katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Azrul Zulkifli Stork, merayu kepada mahkamah agar jumlah jaminan dikurangkan kerana keempat-empat beradik itu hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan, manakala Muhamad Suhail bakal melangsungkan perkahwinan pada awal bulan depan. 

"Yang Arif, mereka hanya berniaga kecil-kecilan manakala ibu pula suri rumah. Mereka hanya bergantung kepada pendapatan bapa yang merupakan seorang penjawat awam.

"Salah seorang daripada mereka bakal berkahwin pada 2 Disember ini. Oleh itu saya memohon ihsan mahkamah supaya membenarkan mereka diikat jamin kerana majlis itu akan dihadiri oleh adik-beradik yang lain," katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh jamin RM40,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Lelaki Dituduh Rogol & Bunuh Budak 4 Tahun Mati Digantung Orang Awam


BOLIVIA - Seorang lelaki didakwa merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun telah digantung sampai mati di tangan orang awam tanpa sebarang melalui perbicaraan sah, lapor Agensi.

Terdahulu, penjenayah pedofil terbabit telah ditahan selepas pihak polis menemui mayat seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada awal minggu ini. 

Berang dengan tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan lelaki itu, sekumpulan penduduk kampung menyerbu balai polis dan memaksa polis menyerahkan lelaki itu.

Mereka kemudiannya membelasah lelaki itu yang hanya memakai seluar pendek secara beramai-ramai dan mengheretnya ke jalan raya sebelum digantung sehingga mati pada sebatang pokok.

Lapor berita tempatan, jumlah polis yang tidak ramai menyebabkan polis gagal mengawal keadaan dan menghalang sekumpulan penduduk itu mengambil undang-undang di tangan mereka sendiri lalu menyebabkan lelaki itu mati dibunuh di tempat awam.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Sekumpulan penduduk serbu balai polis desak serahkan tertuduh

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tertuduh diseret ke jalan raya selepas dibelasah
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Tertuduh telah digantung sehingga mati oleh orang awam
Pengarah Jabatan Tindakan Khas Pertempuran Jenayah Ivan Zambrana berkata, mayat kanak-kanak berusia 4 tahun dan tertuduh telah dihantar ke Palos Blancos, berhampiran ibu negara Bolivia untuk siasatan lanjut.


Tiada orang awam yang ditangkap berhubung kes pembunuhan lelaki berkenaan. Namun polis sedang menyiasat orang awam dan menggunakan video rakaman yang tersebar di media sosial itu untuk membantu siasatan. - The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live