Quantcast
Channel: The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live

(Foto) Inilah Punca Anak Saya Terkena Gangguan, Rupanya Ada 'Benda' Yang Menumpang - Puan Amy

$
0
0
Orang tua-tua selalu berpesan, jangan bawa anak berusia bawah 3 tahun keluar ketika waktu senja atau malam kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku. Ini kerana, ada saja 'benda' yang mengintai dan mahu menumpang badan si kecil yang belum terdaya melawan makhluk halus ini. 

Namun, mungkin kerana belum ada pengetahuan mengenai perkara seperti itu, anak kepada pasangan ini ditumpang oleh 'sesuatu' sebaik saja mereka pulang melihat sekumpulan kerbau di waktu malam. 

Semoga perkongsian dari Puan Amy ini dijadikan sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua ibu bapa terutamanya yang baru melahirkan anak agar perkara seumpama ini tidak berlaku. 


Oleh Puan Amy

Deepavali yang lalu, balik rumah mak sebab nak buat kenduri untuk arwah atok dan opah. Sampai saja di Ipoh, saya tak sihat dan demam. Abang dan adik pula selsema.

Nak dijadikan cerita, malam sehari sebelum kenduri, saya ajak suami bawa abang, adik dan abang Ayiff pusing-pusing taman. Samapi berhampiran dengan The Centro (tempat orang main golf), ada sekumpulan kerbau. Saya suruh suami berhenti dan tunjuk kerbau itu pada budak-budak. Inilah gambar kerbau yang sempat saya rakam pada malam itu.



Selepas balik dari tengok kerbau, malam itu abang tidur menangis dan menjerit-jerit. Dua kali saya terbangun menyangka abang mengigau. Selepas pujuk abang tidur semula. 

Menjelang pagi itu, Aisya pula bangun, tepuk-tepuk saya sambil senyum tetapi matanya pejam. Saya angkat Aisya dan letak atas bantal sambil tepuk-tepuk dia. Tiga kali dia bangun buat begitu. Akhir sekali saya tengok mata dia melihat sekeliling. Terus saya bangun dan angkat dia sambil panggil nama dia. Namun Aisya tidak menyahut mahupun memandang saya. Saya kejutkan suami, pun sama tiada respon. Lalu bawa Aisya ke luar bilik dan panggil ayah.

Ayah kata tiada apa-apa, ada 'benda' nak mengacau sahaja. Ayah pegang-pegang Aisya dan selepas itu Aisya bermain, berjalan sana sini dan senyum. Saya sangka tiada apa-apa selepas itu, namun sangkaan saya meleset. 

Balik KB, Aisya demam. Bila tidur malam, Aisya banyak kali terjaga dan mudah terkejut terus menangis tak boleh dipujuk. Saya sangka sebab dia demam dan tak fikir yang bukan-bukan pada masa itu. Hari terakhir sebelum dia menangis teruk, saya maklumkan pada suami yang Aisya kelihatan pelik. 

"Tengah-tengah tidur pun dia boleh menguap. Kuat pula bunyinya. Selepas itu, tidur tak nak di bawah. Nak tidur di bawah pelukkan saya. Bila letak saja, terus menjerit," 

Keesokkannya, Aisya demam dan berlarutan sehingga siang dengan suhu 38'c. Malam itu kami bawa Aisya pergi klinik. Doktor masukkan ubat bontot. Sepatutnya jam 12 masukkan lagi, tetapi saya tak buat. Aisya sudah tidur sejak jam 10 malam tetapi terjaga pada jam 11 malam terus menangis tanpa henti sehingga jam 3.30 pagi. 

Bermacam-macam yang saya dan suami lakukan. Sapu minyak panas, urut kepala, usap dada Aisya dan bersilih ganti mendukung Aisya dan cuba menenangkannya tetapi gagal. Dah jam 2 pagi, saya suruh suami ambilkan buai, manalah tahu kalau berhasil. Tetapi bila saya baru nak henjut, buaian pula patah dan Aisya jatuh ke lantai. 

Saya dan suami terdiam. Aisya terus menangis-nangis. Suami baca surah di telinga, Aisya berhenti menangis tetapi ditenungnya mata suami dalam-dalam. Pasang surah ruqyah, Aisya meronta-ronta seperti terkena panas dan menangis sekuat hati sehingga kaki, tangan dan muka naik biru. Badan nak kejang. Saya pangku Aisya cakap dengan suami nak buat apa lagi? 

Suami kata, ada 'benda' yang menganggu, lalu suami terus azan dan baca segala surah-surah di telinga Aisya. Akhirnya jam 3.30 pagi, Aisya tidur dalam keadaan yang tidak lena. Kejap-kejap dia terjaga. 

Jam 5 pagi, Aisya bangun lagi. Masa itu saya dah tak tahan dan memangku Aisya sambil menangis. Selepas subuh, Aisya tertidur semula sampai ke pagi.

Bangun pagi, Aisya sambung menangis sampailah ke petang semalam Aisya dah tegak mata, badan dah lembik. Saya call suami suruh balik sebab anak dah teruk. Selepas call suami, ayah pun yang call. Seboleh-bolehnya saya memang tak mahu merisaukan ayah dan mak. Namun ayah dengar saya menangis teresak-esak , terus ayah kata nak datang. Saya pesan pada adik, jangan bagi ayah datang sebab nanti saya akan risaukan mak dan ayah pula. 

Suami balik selepas waktu Asar. Kami bersiap-siap dan bawa Aisya ke rumah ayah kawannya. Pakcik itu pegang Aisya sambil baca ayat-ayat suci Al-Quran. Aisya menjerit-jerit. Selepas itu, dia beri Aisya minum air dan sapu seluruh muka serta badan. 

"Ada benda menumpang Aisya dah dekat seminggu. Itu yang membuatkan dia menangis dan takut," katanya,

"Kalau dia menangis semula, macam mana?" soal kami. 

"Jangan risau, inshaAllah dia dah minum air ini, nanti balik bagi dia minum dan sapu-sapu badannya. Nanti dia akan sendawa. Selepas sendawa, dia akan kentut dan akhir sekali dia akan berak atau muntah. Kalau semua (simptom) itu ada, bermaksud 'benda' itu sudah keluar," jelas pakcik itu.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, saya pekakan telinga kalau Aisya ada sendawa. Tetapi tiada. Aisya pun tidur lena sangat-sangat. Sampai di rumah, saya angkat Aisya dan baru terdengar dia sendawa. Saya dukung dan bawa masuk dalam bilik, baru terdengar bunyi Aisya terkentut dan akhirnya terberak.

Alhamdulillah, Aisya tidak menangis lagi dan sudah boleh bermain seperti biasa, gelak dan bermain bersama abangnya. Saya punyalah takut sampai setiap jam bangun tengok Aisya. Namun dia tidur dengan lena. Bila bangun pagi, Aisya juga okay, tiada lagi tangisan. Lega hati saya. 

Moralnya di sini, kalau anda terjumpa binatang pada malam-malam hari, tak perlulah bawa anak-anak pergi tengok. Apa yang berlaku ini benar-benar memberi pengajaran kepada saya dan suami. Bayangkan anak kecil baru nak masuk setahun tetapi tenaganya mengalahkan kita. 

Terima kasih kepada semua yang call, WhatsApp, mesej, komen di Facebook mendoakan anak saya. Berkat doa anda semua dan ikhtiar, Aisya sudah sihat sepenuhnya. Tiada lagi gangguan makhluk halis dan tiada lagi demam malam. 

Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua. Terima kasih sekali lagi. - Puan Amy | The Reporter

V Shem & Wee Kiong Kini Beregu No 1 Dunia - BWF

$
0
0

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini merangkul gelaran beregu nombor satu dunia menurut kedudukan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini. 

Ranking dunia yang terbaru dikemaskini oleh BWF itu menunjukkan V Shem dan Wee Kiong mengumpul 71,297 mata, diikuti gandingan Chai Biao dan Hong Wei dari China di kedudukan kedua dengan 70,220 dan beregu Denmark di tempat ketiga Mathias Boe/Carsten Mogensen, 67,534 mata. 

Lapor Bernama, selepas meraih pingat perak di temasya Sukan Olimpik Rio de Janerio, Gov V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark pada 24 Oktober lalu. 

Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei masih kekal di kedudukan pertama dunia dengan 93,503 mata, manakala beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di tangga keempat dunia dengan 67,060 mata. - The Reporter

300,000 Penduduk Kelantan Alami Masalah Kesihatan Mental Akibat Tekanan Hidup - Kajian KKM

$
0
0

BACHOK - Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2015, kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup, lapor Bernama. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, jumlah yang besar itu mengalami masalah tersebut akibat dari pelbagai tekanan hidup, termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga. 

"Sebilangan besar mereka berumur di antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita," katanya selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini.

Dr Ahmad Razin berkata, sekiranya masalah kesihatan mental yang dialami tidak dirawat lebih awal, ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental. 

Bagi tujuan merawat pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri. 

Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri. Sementara itu hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya. 

Tambahnya, di samping itu terdapat 10 pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok. 

Tak Sempat Baling, Mercun Meletup Di Tangan

$
0
0

LENGGONG, PERAK - Niat mahu menghalau gajah yang sering merosakkan tanaman bertukar menjadi tragedi apabila tangan seorang pekebun hancur selepas mercun bola yang mahu dilempar meletup di tangan, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi di Kampung Ulu Jepai, Gelok, mangsa berusia 56 tahun menggunakan mercun bola untuk dilemparkan pada gajah yang merosakkan tanaman berhampiran rumahnya. 

Menurut Ketua Kampung Gelok, Kamarudin Hamzah berkata, mangsa sebelum ini pernah meluahkan rasa marahnya terhadap gajah berkenaan yang seringkali memusnah tanamannya seperti pisang sehingga mengalami kerugian. 

"Saya diberitahu penduduk kampung, mangsa yang terdengar kehadiran gajah itu yang berada kira-kira 100 meter dari rumahnya, terus bertindak menyalakan mercun untuk menghalau serta menakutkan haiwan berkenaan agar masuk ke dalam hutan semula.

"Bagaimanapun, usahanya itu gagal apabila mercun yang dinyalakan tiba-tiba meletup lalu menyebabkan tangan kanannya hancur," katanya. 

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. - The Reporter

Mangsa Dibunuh & Dikerat 10 Bahagian Kerana Berebutkan Seorang Janda

$
0
0

TANGKAK - Susulan kes mayat seorang lelaki dikerat 10 bahagian dan disembunyikan di dalam saliran longkang di Jalan Kesang Laut, Ahad lalu, polis telah mengenal pasti identiti mangsa.

Mangsa, Omar Miskam, 49, bekerja sebagai pemandu jengkaut, maut ditetak oleh suspek berusia 19 tahun di bahagian kepala dengan parang, sebelum mayatnya dikerat kepada 10 bahagian. 

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di antara jam 12 tengah malam pada 31 Oktober sehingga awal pagi keesokan hari sebelum mayat mangsa ditemui pada Ahad, jam 3.15 petang. 

Lapor The Malay Mail Online, sebelum mangsa dibunuh, dipercayai berlaku perebutan di antara mangsa dengan suspek (remaja OKU) terhadap seorang janda. Suspek yang juga pelajar Pusat Giat Mara, mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut pada tahun 2013.

Janda berusia 23 tahun, pelajar sebuah Kolej Komuniti itu juga dilaporkan telah membantu suspek utama melakukan jenayah itu.

Seorang lagi lelaki berusia 56 tahun juga dilaporkan turut terlibat dalam membantu suspek utama membuang mayat mangsa. 

"Lelaki tersebut yang juga bapa saudara suspek utama dipanggil ke lokasi untuk meminjamkan van untuk membuang mayat mangsa tetapi tidak jadi, lalu mayat mangsa disorokkan dalam saliran longkang rumah tersebut. 

"Pada malam kejadian, ahli keluarga suspek utama turut berada di dalam rumah. Namun tidak mendengar dan mengetahui kejadian tersebut kerana hujan lebat pada ketika itu," katanya. 

Polis turut merampas sebilah parang, sebatang cangkul, sembilan buah telefon bimbit, dua buah kereta dan sebuah van dan motosikal.

Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan | Foto - Utusan Malaysia
Lapor Utusan Malaysia, jenazah Omar Miskam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Panchor pada jam 8.15 malam tadi. - The Reporter

Pesakit Hilang Telinga Dalam Kemalangan Bakal Dapat Telinga Baru Yang Ditanam Pada Lengannya

$
0
0

CHINA - Pesakit yang kehilangan telinganya dalam kemalangan, kini bakal mendapat 'telinga baru' yang ditanam di lengannya, lapor People Daily China.

Doktor yang merawat seorang lelaki yang kehilangan telinga kanannya dalam kemalangan kereta, telah membantu pesakit berkenaan menanam telinga baru di lengannya. 

Pesakit yang hanya dikenali sebagai Ji, berusia 30'an, cedera parah dan dirawat oleh seorang doktor pakar, Guo Shuzhong, di Hospital Universiti Jiaotong Xi'an di Xi'an, wilayah Shaanxi. 

Guo, yang mempunyai 33 tahun pengalaman dan rakannya, Shu Maoguo, membuat satu pelan pembangunan semula menggunakan sebahagian dari rawan tulang rusuk pesakit. 

Dalam fasa pertama, doktor menanam penambah kulit di lengan pesakit dan disuntik dengan air untuk mengembangkan kulit. 

Dalam fasa kedua, doktor mengambil bahagian rawan tulang rusuk dari pesakit dan ditanam di bawahnya yang mana telah berjaya dilakukan pada Selasa lalu. 

"Dalam fasa ketiga pula akan melakukan pemindahan telinga baru ke kepala pesakit dan mengambil masa dalam tiga atau empat bulan lagi," kata Shu. 

Jelasnya, mereka perlu menunggu telinga baru tersebut berkembang sepenuhnya sebelum dipindahkan ke kepala pesakit. 

Reaksi Ji yang melihat telinga tumbuh di tangan kanannya, hanya tersenyum dan berkata, "ia kelihatan sama seperti telinga lama saya," - The Reporter

'Tiba-tiba Ada Muka Seorang Lelaki Terjonggol Di Atas Dari Tandas Sebelah Sedang Mengintai Saya!' - Mangsa

$
0
0

KAJANG - Seorang wanita yang sedang menggunakan tandas di sebuah stesen minyak terkejut apabila dia mendapati ada seorang lelaki yang mengintainya dari atas, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.45 malam tadi di Stesen Petronas, Jalan Reko itu, mangsa menjerit meminta tolong. Malangnya jeritannya itu tiada siapa yang dengar. 

Mencerita semula awal kejadian, Nor Wahida Zainal Abidin berkata, pada awalnya rasa tidak sedap hati namun tetap diteruskan juga niat ke tandas stesen tersebut. Beliau sempat meminta ampun dari suaminya, Luqman Hakim Tawil, yang menunggu di dalam kereta. 

"Sambil duduk di dalam tandas, kepada asyik mendongak ke atas dan berdoa meminta dijauhkan dari benda yang bukan-bukan. 

"Tiba-tiba ada muka seorang lelaki terjonggol di atas dari tandas sebelah sedang mengintai saya! Saya menjerit sekuat hati meminta tolong dan panggil nama suami banyak kali. Tetapi tiada sesiapa yang menyahut jeritan saya. Saya jerit lagi sekuat hati dan mengatakan ada orang mengintai saya," katanya. 

Mangsa juga bimbang jika lelaki terbabit sudah menunggunya di luar pintu tandas sambil memegang pisau untuk mengapa-apakannya, menyebabkan dia menjerit berkali-kali dan menangis ketakutan. 

Mangsa kemudian keluar dari tandas dan keluar seorang perempuan keluar dari tandas sebelah satu lagi, hairan melihat mangsa. 

"Rupa-rupanya dia dah dengar saya menjerit tetapi tak menyahut. Tak tahu kenapa dia tak bersuara pada masa itu. Sekurang-kurangnya tanyalah kenapa. 

"Masa saya keluar, lelaki terbabit telah keluar dari tandas selepas mendengar jeritan saya. Bila tengok keadaan di sekeliling selamat, saya terus berlari ke arah kereta, menangis dan mengadu pada suami," katanya.

Berang dengan insiden yang menimpa isterinya, Luqman pergi ke kawasan tandas tersebut, malangnya lelaki terbabit telah melarikan diri. 

Luqman kemudian memaklumkan kejadian itu pada kakitangan stesen berkenaan sebelum meminta kebenaran untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Berdasarkan rakaman CCTV, lelaki terbabit yang baru keluar dari tandas lelaki telah masuk dan menunggu di dalam tandas wanita sebelum mangsa masuk. 

"Memang betul-betul jahatlah. Rasa geram sangat. Tergamak dan berani buat perkara seperti ini di tempat awal. Tetapi Alhamdulillah Allah selamatkan saya lagi. Syukur ya Allah," katanya. - The Reporter

(Video) Pemandu Kren Sawan, Langgar Kereta Wira Sampai Remuk

$
0
0

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki nyaris maut apabila keretanya diseret sebuah kren berhampiran Jambatan Sultan Mahmud, dalam kejadian petang semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, pemandu kren berkenaan dipercayai mengalami sawan lalu melanggar kereta Proton Wira tersebut. 

Mangsa yang berusia 35 tahun, sempat keluar dari keretanya tanpa sebarang kecederaan. Tetapi kenderaan rosak dan remuk teruk akibat pelanggaran itu. 

Berdasarkan video yang dirakam oleh saksi, salah seorang lelaki memanjat ke tempat duduk pemandu kren dan cuba menghalang jentera itu terus mara ke depan dan melanggar kenderaan yang lain. Sementara itu, beberapa lagi individu yang lain cuba menghalang kenderaan orang awam lalu di jalan berkenaan.


Kren tersebut berada di tempat kejadian kerana terbabit dalam kerja menaik taraf jalan raya di kawasan itu. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.  - The Reporter

(Gambar) Penduduk Digempar Dengan Penemuan Mayat Di Sawah, Rupa-rupanya..

$
0
0

JAWA TENGAH, INDONESIA - Penduduk kampung di Desa Mangunranan, terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki di sawah, semalam. 

Terkejut dengan penemuan itu, penduduk segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. 

Susulan laporan dari penduduk kampung, polis datang ke lokasi kejadian untuk mengambil mayat berkenaan. 

Gambar 'mayat' ditemui di sawah

Sebilangan penduduk berkerumun melihat 'mayat' yang ditemui berkenaan
Bagaimanapun, secara tiba-tiba mayat itu bangkit dan ketawa menyebabkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian tergamam sebelum ketawa beramai-ramai. 

Menurut salah seorang penduduk di situ, lelaki itu sebenarnya adalah orang gila. Namun tidak diketahui bagaimana dia boleh tertidur di sawah berkenaan. 

Polis tiba untuk mengambil 'mayat' namun tiba-tiba 'mayat' bangun dan ketawa

Menurut penduduk kampung, lelaki yang disangka 'mayat' itu adalah orang gila yang tertidur di sawah
Kejadian yang melucukan itu viral di media sosial mengundang gelak ketawa netizen sebelum kembali menjalani hidup seperti biasa. - The Reporter

'Saya Berhak Melontar Pandangan' - Anita Baharom Jelaskan Kritikan 'Pedasnya' Terhadap Elly Mazlein

$
0
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Anita Baharom terdahulu memuat naik status di laman Facebooknya yang mengkritik seorang peserta program Gegar Vaganza 3 (GV3), menafikan bahawa status itu ditujukan kepada penyanyi Elly Mazlein. 

Berkata kepada Harian Metro, Anita menjelaskan bahawa status yang ditulisnya itu sekadar pendapat dan pandangannya sebagai penonton. 

"Saya tidak menonton pada malam konsert itu. Cuma saya terbaca banyak komen mengenai penyingkiran Elly termasuklah ramai yang menyalahkan Datuk Ramli MS. Apabila menonton siaran ulangan, barulah saya faham. 

"Jadi, saya pun menulis berdasarkan apa yang saya nampak, malah tak rasa pun status yang ditulis itu salah," katanya. 

Menurut Anita, dia yang juga sebagai penonton yang mengikuti GV3, berhak melontar pendapatnya. Namun Anita tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana dia dan Elly tidak mempunyai sebarang masalah. 

"GV3 adalah pertandingan nyanyian, jadi sudah semestinya juri mengambil kira soal persembahan dan vokal. Kalau terdapat kritikan mengenai aspek itu, bagi saya ia perkara biasa.

"Sepatutnya dia tidak perlu terasa hati kerana orang lain pun kena lebih teruk. Jadi, anggap saja sebagai dugaan. Lagipun saya yaki dia sendiri sudah melalui banyak cabaran yang besar dalam hidupnya," katanya. 

8 November lalu, Anita memuat naik status di laman Facebooknya sehinga mencetuskan pertikaian para peminat Elly. 


Dalam status tersebut, Anita berpendapat bahawa suara Elly tidaklah sehebat mana, namun mengakui penyanyi itu cantik dan malang sekali suaranya 'out' jika dibandingkan dengan peserta yang lain. 

Menurut Anita lagi, Elly sepatutnya sudah tersingkir pada minggu lalu dan pihak GV3 katanya tidak sepatutnya menyimpan penyanyi itu kerana kasihan pada peserta lain yang berkualiti . 

"Masalah peribadi tinggalkan di rumah seketika atau ketika bekerja ya. Kadang-kadang malu rasa tengok awak lentok-lentok atas stage," katanya dalam status tersebut. - The Reporter

Artikel berkaitan:

Lelaki Ditahan, Paksa 3 Remaja & 2 Kanak-Kanak Perempuan Jual Produk SM Amin

$
0
0

RAUB, PAHANG - Seorang lelaki bersama lima tiga remaja dan dua kanak-kanak perempuan dipercayai mangsa eksploitasi telah ditahan dalam pemantauan Op Pengemis di Bandar Raub Perdana, Rabu lalu. 

Dalam pemantauan operasi yang dilakukan pada jam 8.30 malam itu, tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan dua kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang sedang menjual beberapa barangan kepada orang awam. 

Pemeriksaan pada dua kanak-kanak berkenaan mendapati, kedua-duanya berasal dari Kuala Menanti Tasek Beris, Sik, Kedah, menjual botol gel herba keluaran badan amal SM Amin dan kalendar Islam. 

Bertindak di atas maklumat yang diberi, seorang lelaki bersama tiga lagi kanak-kanak perempuan ditahan. Sham bin Tasu, 43, ditahan ketika sedang menunggu dua kanak-kanak berkenaan di hadapan CIMB Bank, Bandar Raub Perdana, di dalam kereta Perodua Alza. 

Menurut tiga kanak-kanak masing-masing berusia 12 hingga 13 tahun yang ditemui dalam kereta tersebut, mereka mengaku baru selesai menjual di Maybank Raub. Turut ditemui dalam beg tiga kanak-kanak berkenaan, tiga salinan surat 'Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari' dan 17 botol gel herba keluaran Badan Amal SM Amin. 

Hasil siasatan yang dijalankan, kesemua mangsa dan suspek tiba di Raub pada jam 4 petang dari Kuala Lumpur. Tiba di lokasi, suspek terus menurunkan kesemua kanak-kanak terbabit di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. 

Suspek sebelum ini juga pernah ditahan di Bercham, Ipoh, pada 7 Oktober 2016, atas kesalahan yang sama. 

Kesemua kanak-kanak tersebut dipercayai mangsa eksploitasi kanak-kanak telah diselamatkan. - The Reporter

SPRM Nafi Pegawainya Lakukan Penderaan Seksual

$
0
0

SHAH ALAM - Susulan dakwaan satu kes penderaan seksual dan keganasan rumah tangga melibatkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didapati mula disebarkan di laman Facebook sejak semalam, SPRM menegaskan bahawa pihak polis telah menjalankan siasatan dan mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar. 

Dalam kenyataan media SPRM yang dikongsikan di laman Facebook rasminya berkata, SPRM amat prihatin dengan segala pandangan serta luahan masyarakat khususnya melibatkan pegawai SPRM. Namun menyeru orang ramai agar tidak mudah mempercayai segala tohmahan yang dimuatn aik ke media sosial. 

"Mereka seharusnya tampil kepada pihak berkuasa terlebih dahulu bagi menyiasat kesahihan berita tersebut. 

"SPRM sentiasa terbuka kepada orang ramai dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati mana-mana pegawai SPRM melanggar peraturan yang ditetapkan," kata kenyataan itu. 

Dalam pada itu, SPRM berpandangan adalah tidak adil bagi pihaknya apabila orang ramai melemparkan andaian negatif terhadap agensi berkenaan dengan mengaitkan isu-isu rumah tangga para pegawai SPRM. 

Sehubungan itu juga, SPRM akan membuat satu laporan polis ke atas akaun Facebook yang menyebarkan video dan berita berhubung isu berkenaan. - The Reporter

Kanak-Kanak Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 130 Kaki Ditemui Mati

$
0
0

CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki, Zhao Zicong,  5, yang dilaporkan terjatuh dalam perigi dengan saiz lebar 12 inci di Lixiang, pada 6 November lalu telah disahkan mati, malam semalam. 

Zhao dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berkenaan ketika bermain dengan adik perempuannya di kebun, tatkala bapanya, Zhao Xiangyang, mengutip sayur kobis. 

Mayat Zhao ditemui pada jam 11.10 malam (waktu Beijing) pada Khamis selepas pihak berkuasa menghantar ratusan penyelamat di lokasi kejadian. 

Dalam operasi menyelamat selama 4 hari itu, sebanyak 165 jentera telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa. Lebih dari 500 penyelamat termasuk bomba, polis, paramedik dan sukarelawan mengambil bahagian dalam operasi tersebut. 

Terdahulu datuk mangsa, perigi kecil tersebut yang sebelum ini digunakan untuk mengairi tanaman mereka, namun telah lama tidak digunakan dan terbiar terbuka begitu sahaja tanpa sebarang tanda amaran bahaya. 



Sementara itu netizen di China meluahkan rasa sedih dan simpati mereka dengan nasib mangsa. 

"Saya menangis. Tak dapat bayangkan bagaimana kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhirnya," katanya. - The Reporter

Betul Ke Maksud Nama Damia, 'Tempat Keluarnya Darah'? - Surat Sokongan Pertukaran Nama Cetus Kebimbangan Ibu Bapa

$
0
0

GEORGETOWN - Tersebar di media sosial, surat sokongan pertukaran nama dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang mendakwa nama 'Damia' membawa maksud yang kurang baik. 

Menurut individu yang memuat naik surat berkenaan di Facebook berkata, dia memperolehi surat itu dari aplikasi WhatsApp. 

Berdasarkan surat bertarikh 7 November itu, nama 'Damia' membawa maksud yang kurang baik iaitu, 'tempat keluarnya darah'. 

Difahamkan, surat itu dikeluarkan bagi menyokong permohonan individu bernama Mohd Nizam yang mahu menukar nama anaknya dari Nur Damia Safiyya kepada Putri Nur Safiyya yang bermaksud ' Cahaya yang suci'. 

Dalam pada itu, surat tersebut menegaskan bahawa permohonan pertukaran nama baru yang dipohon itu adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah. 


Sementara itu di laman sesawang JAKIM (www.kemusykilan.islam.gov.my) pula menyatakan bahawa Damia bermaksud kebijakan. 


Ekoran itu, netizen tertanya-tanya apakah mereka perlu menukar nama anak mereka yang telah menggunakan nama Damia sejak sekian lama. - The Reporter

Gurauan Berapi

$
0
0

KLUANG - Padah bermain pemetik api ketika mengisi minyak, dua remaja lelaki nyaris terbakar apabila api menyambar tangki minyak motosikal dan nozzle, semalam. 

Dalam kejadian jam 3.45 petang di Stesen Petron Taman Makmur Kluang itu, salah seorang remaja terbabit sedang mengisi minyak motosikalnya, sementara dua rakannya bergurau menyalakan pemetik api berdekatan dengan tangki minyak motosikal itu. 

Gurauan rakannya itu mengundang padah apabila api mula menyambar motosikal dan serta merta mangsa mencampak nozzle tersebut. Panik dengan kejadian itu, beberapa rakannya pantas melarikan diri sementara mangsa pula cuba memadamkan api pada motosikalnya.

Tindakan pantas kakitangan stesen minyak tersebut berjaya memadamkan kebakaran kecil itu.

Video kejadian itu kini tersebar di media sosial dan telah ditonton 71,000 kali. - The Reporter

(Video) Terbantut Hajat Nak Makan Coklat

$
0
0

PETALING JAYA - Hajat mahu menikmati coklat terbantut apabila seorang wanita menemui seekor ulat di dalam coklat jenama terkemuka di pasaran. 

Sasha Lim, yang memuat naik video dan gambar penemuan yang menjijikkan itu pada 7 November lalu di Facebook, mendapat 13,251 perkongsian. 

"Lihat apa yang saya temui dalam coklat ini. Dengan terujanya saya membuka bungkusan coklat dan menemui lubang besar pada coklat ini dan menemui seekor ulat," katanya. 

Shasha turut merakam video ulat itu yang masih hidup dan bergerak dengan bebasnya dalam coklat tersebut.

Sementara itu, laman Facebook rasmi Cadbury Malaysia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - The Reporter

'Saya Takkan Ambil Walaupun Satu Dollar' - Donald Trump Tegas Takkan Terima $400K Gaji Presiden

$
0
0

NEW HAMPSHIRE, AMERIKA SYARIKAT - Presiden pilihan, Donald Trump berkata, beliau tidak akan menerima gaji kerana menjadi Presiden. 

Terdahulu, rakyat Amerika tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada pendapatan Trump sekiranya beliau menang pilihan raya 2016. 

"Perkara pertama yang saya akan lakukan apabila saya dipilih sebagai presiden, saya takkan terima sebarang gaji dan itu bukan masalah besar bagi saya," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Trump pada 17 September di Rochester, tahun lalu. 

Sementara itu, netizen kagum dengan pendirian Trump dan meminta beliau mendermakan saja gaji $400,000 itu kepada institusi pendidikan atau kebajikan yang memerlukannya. - The Reporter

Betul Ke Maksud Nama Damia, 'Tempat Keluarnya Darah'? - Surat Sokongan Pertukaran Nama Cetus Kebimbangan Ibu Bapa

$
0
0

GEORGETOWN - Tersebar di media sosial, surat sokongan pertukaran nama dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang mendakwa nama 'Damia' membawa maksud yang kurang baik. 

Menurut individu yang memuat naik surat berkenaan di Facebook berkata, dia memperolehi surat itu dari aplikasi WhatsApp. 

Berdasarkan surat bertarikh 7 November itu, nama 'Damia' membawa maksud yang kurang baik iaitu, 'tempat keluarnya darah'. 

Difahamkan, surat itu dikeluarkan bagi menyokong permohonan individu bernama Mohd Nizam yang mahu menukar nama anaknya dari Nur Damia Safiyya kepada Putri Nur Safiyya yang bermaksud ' Cahaya yang suci'. 

Dalam pada itu, surat tersebut menegaskan bahawa permohonan pertukaran nama baru yang dipohon itu adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah. 


Sementara itu di laman sesawang JAKIM (www.kemusykilan.islam.gov.my) pula menyatakan bahawa Damia bermaksud kebijakan. 


Ekoran itu, netizen tertanya-tanya apakah mereka perlu menukar nama anak mereka yang telah menggunakan nama Damia sejak sekian lama. - The Reporter

Artikel berkaitan: 
Nama Damia Bermaksud Tempat Keluarnya Darah? Ini Penjelasan Dr MAZA

Nama Damia Bermaksud Tempat Keluarnya Darah? Ini Penjelasan Dr MAZA

$
0
0

Susulan surat sokongan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang tersebar di media sosial mendakwa nama Damia membawa maksud yang tidak baik, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza tampil memberikan penjelasannya. 


Ramai sangat yang email tanya tentang nama DAMIA. Tidak pasti mengapa ditimbulkan. Secara umumnya dalam kesibulan ini, saya ringkaskan seperti berikut;

DAMIA bukan berasal dari perkataan Arab. Damia mungkin berasal dari Bahasa Greek. Di dalam bahasa Arab ada perkataan DAMM دم bermaksud darah. Boleh disebut DAMIYA دمي dalam bentuk fi'l (verb) tapi Arab tidak dijadikan ia nama. 

Orang Arab juga ada menulis DAMIA yang mungkin bermaksud دامعة ataupun دميعة yang berasal dari دمع iaitu tangis. Maka ia bermaksud yang menyebabkan menangis dan sering menangis. Mungkin juga boleh difahami bermaksud yang halus perasaannya.

Maka saya simpul tulisan nama DAMIA yang telah dipakai di seluruh dunia itu bukan dari akar perkataan Arab. Mengandaikan DAMIA dengan maksud darah kotor sama sekali TIDAK tepat.

Jika kita mahu anggap semua perkataan dalam bahasa Arab maka kita mungkin ada sedikit kesukaran. Nama MAT jika diandaikan dalam bahasa Arab dari kalimat MAT مات maka bermaksud mati. Itu dalam bentuk fi'il (verb). Perkataan SHAH jika diandaikan perkataan Arab شاة SHAH itu kambing biri-biri. Namun perkataan SHAH yang dijadikan sebagai nama itu berasal dari Parsi. Ia bermaksud raja. Maka tidak timbul makna kambing dalam Bahasa Arab tersebut.

Maka, setiap kita hendaklah tahu apakah maksud namanya ataupun nama yang diberikan kepada anaknya. Dia merujuk kepada bahasa apa dan apa tujuannya. Apapun lain pilih nama sesuai untuk semua keadaan terutama biar serasi dengan bahasa Arab kerana itu sering dirujuk oleh masyarakat kita. JUGA jangan kita andaikan nama orang sebagai buruk makna atas bahasa yang kita faham sedang dia mungkin merujuk kepada bahasa lain.

Sekadar ulasan ringkas.

Artikel berkaitan: 

(Video) Bayi 4 Bulan Maut Terjatuh Dari Eskalator Selepas Nenek Tersandung

$
0
0

SHANGHAI - Seorang bayi lelaki berusia 4 bulan maut selepas terjatuh dari eskalator pada ketinggian tiga tingkat, petang, Sabtu, lapor News ABC.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang di sebuah pusat beli belah di Shanghai, mangsa terjatuh ke tingkat bawah selepas neneknya yang baru menurun eskalator hilang keseimbangan.

Ibu mangsa bersama dengan seorang lagi anak perempuannya yang berada di belakang cuba menyelamatkan mangsa namun terlambat. 

Mangsa yang ditemui di tingkat satu mengalami kecederaan parah, tidak bernafas dan tiada denyutan nadi dikejarkan ke hospital. 

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan, mangsa telah meninggal dunia. 

Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. 

Sementara itu di media sosial, netizen mempersoalkan tindakan si ibu mangsa menyuruh neneknya mendukung si kecil itu. 

"Ibu bapa sepatutnya tidak mengharapkan orang tua membawa/mendukung anak kecil kerana kudrat mereka bukan seperti orang muda. 

"Pastinya nenek mangsa sangat sedih dan menyalahkan dirinya di atas kejadian yang berlaku," kata netizen. - The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live