Quantcast
Channel: The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live

Jepun Baikpulih 'Lubang Gergasi' Dalam Masa 48 Jam Sahaja

$
0
0
Gambar kiri, sebelum & kanan selepas siap dibaikpulih | Foto - Getty Images
JEPUN - Persimpangan lampu isyarat di selatan bandar Fukuoka yang runtuh pada 8 November lalu kesan dari projek pembinaan kereta api bawah tanah, kini telah kembali dibuka hari ini untuk kegunaan orang ramai. 

Hasil usaha dan tindakan pantas para pekerja yang terlibat dipuji netizen kerana berjaya membaikpulih persimpangan itu dalam masa seminggu sahaja. 

Para pekerja bertungkus lumus membaiki persimpangan yang terjejas hanya dalam masa 48 jam sahaja | Foto - Getty Images
Para pekerja yang terlibat bekerja bersungguh-sungguh tanpa henti selama seminggu, memasukkan sejumlah besar simen basah dan pasir ke dalam lubang gergasi itu, selain beberapa pekerja yang lain pula membaiki paip saliran air, gas dan menyambung semula sambungan kabel-kabel elektrik yang terjejas dalam kejadian itu. 

Lapor The Guardian, pihak berkuasa tempatan sebenarnya hanya mengambil masa 48 jam untuk memulihkan kembali persimpangan itu.Bagaimanapun di atas faktor keselamatan, pihak terpaksa menangguhkan keputusan untuk membuka jalan itu kembali kerana struktur di bawah jalan tersebut masih belum kering 100%.

Jalan berkenaan dibuka semula pada jam 5 pagi hari ini selepas keadaan jalan itu sudah benar-benar disahkan selamat. 

Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima dalam kenyataannya memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. 

"Kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Semua larangan akses pada bangunan berhampiran kawasan kejadian telah pun ditarik balik," katanya. 

Netizen di media sosial melahirkan rasa kagum dengan tindakan pantas dari pihak berkuasa yang membaikpulih jalan yang rosak itu. 

"Saya terkejut, jalan dibuka semula selepas seminggu. Ini sangat mengagumkan, pantas!" kata seorang pengguna di laman Twitter. - The Reporter

Artikel berkaitan:

Bapa Tinggalkan Anak Mati Dalam Kereta (Suhu 39'C) Selama 7 Jam Disabit Bersalah Kerana Membunuh

$
0
0

GEORGIA, AMERIKA SYARIKAT - Seorang bapa yang meninggalkan bayinya berusia 1 tahun 10 bulan di dalam tempat duduk belakang kereta selama 7 jam dengan haba 31'c maut, sementara dia menghantar mesej lucah kepada beberapa kenalan wanitanya didapati bersalah atas tuduhan membunuh, lapor Mirror. 

Justin Ross Harris, 35, berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas juri mensabitkan segala pertuduhan termasuk membunuh dengan niat dan beberapa lagi pertuduhan yang lain. 


Anak tertuduh, Cooper, meninggal dunia akibat kepanasan yang melampau pada Jun 2014 selepas bapanya meninggalkan dia di dalam kereta SUV di luar pejabat selama 7 jam semasa dia bekerja di Home Depot, Marietta, Georgia. 

Menurut saksi (pakar) pihak pendakwaan, suhu di dalam kereta itu menghampiri 49'c. 

Semakan rekod pada penggunaan telefon dan internet mendapati, Harris telah menghantar mesej lucah yang agak banyak pada hari kejadian ketika anaknya mati di dalam kereta. 

Pihak pendakwaraya berhujah bahawa Harris sengaja meninggalkan anaknya di dalam kereta atas beberapa masalah dan mahu melarikan diri dari keluarganya. 

Namun, peguambela mendakwa kematian Cooper adalah akibat kemalangan dan Harris seperti manusia yang lain di mana dia hanya terlupa yang anaknya berada di dalam kereta. 


Ketika perbicaraan, Harris tidak memberi sebarang keterangan namun menangis apabila melihat gambar-gambar anaknya yang telah mati itu ditunjukkan kepada juri. Harris tetap tenang ketika mahkamah memutuskan bahawa dia bersalah, lapor Reuters. 

Sepanjang prosiding, pasukan peguam Harris mengakui bahawa Harris bertanggungjawab di atas kematian anaknya, Cooper. Namun masih bertegas bahawa apa yang terjadi adalah kemalangan di mana sebelum itu Harris mengambil anaknya untuk bersarapan sebelum terlupa anaknya tertinggal di dalam kereta apabila dia pergi bekerja. 

Mahkamah menetapkan 5 Disember ini untuk menetapkan hukuman terhadap Ross Harris. - The Reporter

Tukar Lagu Tugasan GV3, Nora Nafi Dakwaan Tak Berani Nyanyi Lagu Dangdut

$
0
0

KUALA LUMPUR - Peserta Gegar Vaganza 3, Nora Ariffin, menafikan dakwaan pertukaran lagu tugasan yang diberikan kepada lagu lain, bukan bermaksud dia tidak berani menyahut cabaran lagu dangdut.

Lapor Harian Metro, Nora, 43, pada Ahad lalu diberikan lagu berjudul Rindu, nyanyian Amelina, tetapi telah menukarnya dengan lagu Bring Me To Life - Evanescence. 

Menurut Nora, perkara ini berlaku disebabkan kesilapan teknikal pihak produksi. 

"Sebenarnya tiada isu berkenaan perkara ini. Dari awal lagi kami sudah berbincang dengan produksi berkenaan lagu yang dipilih untuk dinyanyikan dan lagu Bring Me To Life memang ada dalam senarai ini

"Bagaimanapun apabila pengumuman mengatakan minggu keenam akan tampil dengan konsep rock dan dangdut, saya akur dan terbuka untuk menyahut cabaran dan akan menyanyikan apa saja lagu yang diberikan.

"Jadi, apabila muncul montaj lagu Rindu milik saya, ia bukanlah masalah besar dan saya bersedia menyanyikannya. Tetapi rupa-rupanya ada kesilapan teknikal dan saya sepatutnya kena menyanyikan lagu Evanescene. Jadi tidak timbul isu yang saya tidak berani menyanyikan lagu dangdut," katanya. 

Nora mengakui dia terkejut apabila lagu itu diumumkan miliknya dan meminta kepastian dari pihak produksi dan difahamkan berlakunya kesilapan teknikal dari pihak produksi. 

Nora menafikan dakwaan dia tidak sukakan genre dangdut, namun memandangkan lagu Bring Me To Life ada dalam senarai pilihan, dia sudah menyediakan pakaian yang sesuai untuk lagu ini.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak senang dengan perkhabaran itu dan tetap menganggap tindakan menukar lagu itu tidak profesional. - The Reporter

Pemandu Di China Guna Sticker Hantu Untuk Ajar Golongan Yang Suka Nyalakan Lampu Tinggi

$
0
0

JINAN, CHINA - Berang dengan tindakan sesetengah pengguna jalan raya yang gemar menyalakan lampu tinggi tanpa sebarang sebab, beberapa pemandu di China mengambil inisiatif menggunakan pelekat hantu yang menakutkan di bahagian cermin belakang kenderaan bagi tujuan menakutkan golongan yang tidak bertanggungjawab itu. 

Penggunaan pelekat yang memaparkan gambar-gambar hantu ini dikesan oleh polis trafik di Jinan, wilayah Shandong. 

Lapor South China Morning Post, pelekat tersebut dijual di laman Taobao dengan harga serendah 16 yuan (RM10.00).  

Menurut penjual, pelekat tersebut tidak dapat dilihat dalam keadaan gelap, namun ianya hanya boleh dilihat jika pemandu di belakang menyalakan lampu tinggi. 

Tujuannya? Bagi mengajar golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab yang gemar menyalakan lampu tinggi agar tidak berbuat demikian di masa akan datang. 


Bagaimanapun, mana-mana pemandu yang menggunakan pelekat gambar hantu tersebut boleh dikenakan saman sebanyak 100 yuan (RM63.00) kerana pelekat tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain, lapor Xinhua News. 

Jika penggunaan pelekat tersebut menyebabkan kemalangan, pemandunya juga bakal berdepan dengan tindakan undang-undang yang lebih tegas, tambah Xinhua. - The Reporter

Sanggup Letak Bayi Di Pinggir Tebing Kerana Mahu Rakam Gambar Percutian

$
0
0
Ibu bapa sanggup ambil risiko demi gambar percutian 
ARAB SAUDI - Sepasang suami isteri dikutuk netizen kerana sanggup mengambil risiko dengan meletakkan bayi mereka di pinggir tebing gunung semata-mata mahu merakam gambar percutian mereka. 

Gambar tersebut dirakam di sebuah destinasi popular Dikkat Al Al Halwani, puncak Gunung Al Hada, menghadap lebuh raya Makkah di barat Arab Saudi. 

Lapor Al Marsad, pasangan yang tidak didedahkan identiti itu menerima pelbagai kritikan yang teruk selepas gambar berkenaan tersebar meluas di media sosial. 

Netizen meluahkan kemarahan dan menuduh pasangan terbabit tergamak membahayakan nyawa bayi mereka sendiri kerana satu gambar, malah ada yang meminta pasangan berkenaan dikenakan hukuman penjara kerana jelas sekali pasangan itu 'mendera' si kecil berkenaan. - The Reporter

'Terima Kasih Bang..' - Netizen Puji Lelaki Ini Sedekah Makanan Kepada Remaja Pengutip Tin

$
0
0

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki memberi makanan kepada seorang remaja, viral di media sosial, sejak malam tadi. 

Video yang dimuat naik oleh Raja Mohd Shahrim itu telah ditonton 687,000 kali dan mendapat 23,000 likes dan 16,461 perkongsian di laman Facebook. 

Menurut Raja, clip video itu diperolehinya daripada laman Twitter, sebelum dimuat naiknya ke laman Facebook. 

"Clip ini viral di Twitter, dirakam oleh teman wanita atau isteri, tak pasti. 

"Wanita itu menyangka makanan itu untuk dia, tetapi sebenarnya dibeli untuk disedekahkan kepada seorang remaja yang mengutip tin di stesen minyak (Shell).

"Inilah kehidupan yang ******* tak akan mengerti," katanya. 

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sayu mereka melihat raut wajah remaja berkenaan ketika menerima makanan yang disedekahkan oleh lelaki yang tidak diketahui identitinya itu. 


"Allahuakbar, berlinang sekejap. Sebak pagi-pagi tengok video ini. Manusia yang mulia hati budinya. Semoga Allah memberkati lelaki itu dan keluarganya," kata netizen.

Di waktu malam sebegini, remaja seusianya sepatutnya berada di rumah disamping ibu bapa dan adik beradik yang lain. Namun tidak bagi remaja ini yang keluar mencari tin minuman yang tidak lagi digunakan untuk dijual. Hasil jualan itu mungkin digunakan untuk menampung perbelanjaan sekolah ataupun keluarga.

Apa yang pasti, tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mencari rezeki yang halal. Bukannya seperti sesetengah remaja yang lain memilih untuk meragut, memecah masuk rumah orang dan sebagainya.

Jika anda terjumpa remaja atau kanak-kanak mahupun orang dewasa, ringankanlah hati dan tangan menghulurkan bantuan kepada mereka tak kira apa jua bentuk bantuan. Siapa tahu, mungkin bantuan yang tidak 'seberapa' itu sudah mampu membuatkannya menarik nafas lega untuk seketika.

Hidup ini adalah untuk memberi dan menerima, bukan hanya menerima tetapi enggan memberi. - The Reporter

Kadar Terkini Saman AES, RM150 - Liow

$
0
0

PUTRAJAYA - Kabinet telah meluluskan kadar saman yang dikeluarkan bagi kesalahan yang direkod Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), pada kadar RM150, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Penetapan kadar bayaran saman itu dibuat dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini. 

Liow juga turut menafikan khabar angin bahawa kerajaan akan menghapuskan kira-kira 1.6 juta saman AES yang telah dikeluarkan sejak mula beroperasi pada 2012. 

"Kami tidak akan menghapuskan saman itu. Mereka (pesalah trafik) perlu membayarnya, juga pada kadar RM150 setiap saman," tegasnya. 

Beliau berkata, mana-mana pesalah trafik yang gagal membayar saman AES akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu. - The Reporter

Gagal Capai Sasaran Kerja, Pekerja Dipaksa Makan Ulat Hidup

$
0
0

SHAANXI, CHINA - Sebuah kedai perabot di China telah memperkenalkan hukuman yang pelik untuk pekerjanya mempunyai prestasi kurang cemerlang dengan memaksa mereka makan ulat hidup. 

Bukan itu sahaja, malah mereka perlu makan ulat itu di khalayak ramai, lapor People Daily China. 

Pada jam 6.30, Selasa, 8 November lalu, kira-kira 50 orang yang memakai pakaian seragam kedai perabot itu berkumpul di dataran di pusat bandar wilayah Hanzhong, Shaanxi. Kemudian datang seorang lelaki dengan dua beg.

Beg pertama mengandung penyepit, cawan dan dua botol minuman keras, manakala beg kedua pula mengandungi ulat yang masih hidup. 

Selepas membacakan nama-nama pekerja yang mempunyai prestasi rendah, lelaki itu kemudian menuang minuman keras dan beberapa ekor ulat dalam cawan sebelum menyuruh para pekerja terbabit minum. Lima atau enam orang pekerja akur dengan arahan lelaki itu terus meminum isi kandungan dalam cawan tersebut. 

Menurut salah seorang pekerja kedai tersebut, semua pekerja dikehendaki melaporkan sasaran kerja mereka kepada penyelia setiap pagi. Jika ada pekerja yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, mereka akan dihukum pada hari berikutnya. 

"Hukuman hari ini adalah makan ulat yang dibeli dari kedai haiwan peliharaan. Mereka yang gagal mencapai sasaran kerja dikehendaki makan empat ekor ulat bagi setiap seorang pelanggan yang hilang," jelasnya. 

Salah seorang pekerja menolak menjalani hukuman itu kerana bimbang dengan keselamatan bayinya. 

"Saya tak boleh makan ulat sekarang, apatah lagi minum minuman keras kecuali saya tidak mahu bayi dalam kandungan ini," katanya. 

Kasihan melihat keadaan wanita itu, seorang lelaki menawarkan diri untuk membantunya. 



Difahamkan ini bukanlah kali pertama syarikat berkenaan menjalankan hukuman seperti ini. Sebelum hukuman makan ulat hidup, mereka juga pernah dipaksa makan sotong dan semut hidup. 

Menurut individu yang bertanggungjawab, Cao, berkata, pihak syarikat itu telah menetapkan sasaran jualan untuk hari esok dan semua pekerja telah menandatangani sasaran harian itu. 

"Jika ada yang gagal mencapai sasaran, pekerja berkenaan akan menerima hukuman secara sukarela. Sasaran itu ditetapkan oleh pekerja sendiri  bagi tujuan memotivasikan diri," katanya. 

Bagaimanapun, netizen berpendapat bahawa syarikat itu sepatutnya menghormati pekerjanya, bukannya menjatuhkan maruah mereka. 

Peguam tempatan, Zhao Xiaodong berkata, tindakan syarikat itu memaksa pekerjanya makan cacing jelas sekali melanggar hak-hak pekerja dan perkara itu akan dilaporkan kepada Jabatan Buruh untuk tindakan selanjutnya. - The Reporter

(Video) Suami Tangkap Isteri Curang Guna Drone

$
0
0

AMERIKA SYARIKAT - Seorang lelaki mendakwa dia berjaya menangkap isterinya yang curang selepas mengintip wanita itu menggunakan drone, lapor Daily Mail.

Video rakaman dari drone itu dimuat naik ke laman YouTube, YAOG, menunjukkan isterinya keluar dari rumah menuju ke sebuah kawasan kedai berhampiran sebelum masuk ke dalam kereta seorang lelaki yang tidak dikenali. 

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan meluahkan rasa geram dan kecewanya akan hubungan yang telah terbina selama 18 tahun dihancurkan begitu sahaja. 

Menurut YAOG, dia mula menyimpan rasa curiga pada isterinya beberapa minggu sebelum video itu dirakam, selepas wanita itu mula berkelakuan pelik di sekelilingnya. 

Dia mendakwa pernah menerima panggilan yang memberitahu ada sesuatu yang tidak kena berlaku dan cuba mengekori isteri dua kali, namun wanita itu hanya pergi ke tempat kerjanya. 

Selepas itu, dia terlintas di fikirannya untuk menggunakan drone bagi mengintip pergerakan wanita itu dan hasilnya ternyata amat mengejutkan. 

Pada awal video menunjukkan isterinya yang berbaju hitam berjalan dari rumah ke kedai berhampiran. Beberapa minit kemudian, datang sebuah kereta dari belakang kedai tersebut menjemput isterinya masuk.

"18 tahun hancur hilang begitu sahaja! Perkahwinan kami baik-baik saja dan saya sangka segalanya tiada masalah. Rupa-rupanya tidak," katanya. 

Walaupun ramai yang percaya dengan dakwaan itu, namun ada segelintir netizen tidak percaya dan menganggap video itu palsu dan mendakwa lelaki itu cuba membuat wang dari pengiklanan YoUTube. 

Sejak video itu dimuat naik ke laman YouTube, video itu telah ditonton lebih dari 1.7 juta penonton. - The Reporter

Bayi Usia 5 Hari Diculik Pasangan Suami Isteri Dari Hospital

$
0
0
Pasangan suami isteri yang didakwa menculik bayi berusia 5 hari.

KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan berusia lima hari diculik satu pasangan suami isteri berusia 20-an dari Hospital Tanah Merah, malam tadi, lapor Berita Harian

Kehilangan mangsa hanya disedari oleh bapanya, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, pada jam 9 malam selepas mahu melihat anak keduanya itu lahir pada Khamis lalu. 

"Saya terkejut bila tiba di hospital, isteri saya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, menangis dan memaklumkan anak kami hilang. 

"Saya terus mendapatkan pihak hospital untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan dimaklumkan bahawa anak kami dibawa keluar oleh dua individu pada jam 6.47 petang," katanya. 

Ekoran kejadian itu, Mohd Ihtisyamuddin membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian itu dan hasil siasatan mereka mendapati mangsa dibawa ke Slising, Pasir Puteh dan berada di bawah jagaan sepasang suami isteri. 

Bayi berusia lima hari yang diculik dari Hospital Tanah Merah berjaya diselamatkan | Foto - Netizen
"Hasil bantuan dari polis Pasir Puteh, bayi berkenaan berjaya diselamatkan dan pasangan terbabit ditahan untuk siasatan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya. - The Reporter

(Video) Berang Dengar Tangisan Tak Berhenti, Bayi 2 Bulan Ditampar 42 Kali

$
0
0

KUALA LUMPUR - Berang mendengar tangisan bayi yang tidak berhenti, seorang wanita tergamak menampar bayi dipercayai berusia 2 bulan itu sebanyak 42 kali tanpa henti. 

Video tindakan kejamnya itu tersebar di media sosial namun tidak tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian, telah ditonton sebanyak 39,000 kali di laman Facebook. 

Ada yang percaya bahawa wanita itu adalah ibu kepada bayi berkenaan, tidak kurang juga percaya wanita itu mungkin pengasuhnya. 

Namun, netizen mengecam tindakan wanita itu menampar muka mangsa berkali-kali tanpa belas kasihan. Mangsa yang dibaringkan di sofa dan tidak berdaya itu hanya mampu menangis diperlakukan dengan kejam seperti itu.

Dalam masa yang sama, netizen turut mempersoalkan tindakan individu yang merakam kejadian itu yang tidak mengambil sebarang tindakan menghentikan perbuatan wanita berkenaan. 

"Yang rakam video ini kenapa tak tolong? Tak ada hati perut ke sampai sanggup melihat bayi itu ditampar bertubi-tubi? Mohon meninggal kamu berdua!" kata Sri Puji Lestari. 

"Sedih, geram dan marah tengok video ini. Apa salah dan dosa bayi ini sehingga sanggup diperlakukan seperti itu. Ini bukan manusia mahupun binatang. Ini iblis yang bertopengkan wajah manusia. Semoga kamu mendapat balasan yang setimpal!" kata Bibianah Sidin. 

"Ya Allah, sampai merah muka bayi tu kena tampar. Sedihnya alahai aku tengok anak kecil ini diperlakukan seperti itu," kata Syuhada. 

'Shut up now' - kata wanita itu sambil menampar mangsa berkali-kali

Netizen mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita yang tidak berperikemanusiaan itu, malah tindakan yang sama juga terhadap individu yang merakam video tersebut kerana sanggup membiarkan anak kecil itu ditampar dengan kejam. - The Reporter

'Macam Mana Saya Tak Cari Isteri Kedua, Isteri Sibuk Layan Facebook & WhatsApp' - Suami

$
0
0
Kecanggihan teknologi sepatutnya digunakan dengan cara yang berhemah dan bijak, namun tidak bagi isteri seorang lelaki ini yang siang malam sibuk memanjang melayan Facebook dan group WhatsApp. 

Pada awalnya dia masih mampu bersabar dan bertahan lagi dengan sikap isterinya. Namun, bila anak mula terabai, dapur tak berasap, si suami terpaksa melakukan semua kerja di rumah.

Sudah diberikan nasihat, malangnya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Jadi, usah hairan jika suami mula mencari yang lain. 

Gambar hiasan | Google Images
Oleh Suami Kecewa

Apa pendapat warga KRT sekalian. Isteri saya asyik melayani Facebook dan group WhatsApp. Kadang-kadang anak berak, lapar, jatuh dia tak pedulikan. Saya dah puas menasihatkannya tetapi tak dengar cakap. 

Dia duduk di rumah saja, tak kerja. Bila saya balik rumah, tahi anak masih melekat di pampers. Bila saya tanya kenapa tak basuh, katanya anak baru berak. Bila saya basuh, punggung anak dah merah sebab dah lama sangat tak dibasuh. 

Hari-hari isteri masak nasi dengan telur goreng. Padahal dalam peti ais penuh dengan barang-barang masakan yang lain. Kadang-kadang sayur jadi rosak sebab tak dimasak. 

Pernah sekali saya masak sebab sudah tidak tahan dengan perangai isteri. Saya buat semua kerja, ingatkan dia akan berubah tetapi malangnya tidak. Isteri menjadi semakin malas. 

Oleh kerana seminggu lagi saya outstation, saya bercadang nak tinggalkan anak di rumah mak saya sebab bila saya tiada, isteri bertambah lebih suka. Dia menjadi bebas untuk melakukan apa-apa yang dia suka. 

Mohon warga KRT doakan saya semoga cepat-cepat berjumpa jodoh dengan isteri kedua yang baik, tak nak pemalas dan kuat melawan seperti yang sedia ada ini. 

Saya bukan tidak mahu membantunya buat kerja tetapi dia sudah melampau. Semakin dinasihat, semakin menjadi-jadi. - Kisah Rumah Tangga | The Reporter

Anak Orang Kaya Ditangkap Ketika Cuba Meragut

$
0
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 25 tahun ditangkap selepas cubaannya meragut beg tangan seorang wanita, gaga, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian jam 9.30 pagi di sebuah restoran Jalan Intan Baiduri 2B, mangsa, Phang, bersama rakannya, Chong, sedang menikmati sarapan pagi. Mangsa ternampak seorang penunggang motosikal Yamaha 135LC sedang membuat pusingan U dari jalan besar ke Lorong 2B. Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa terus menyambung menikmati sarapan paginya itu. 

Namun secara tiba-tiba penunggang motosikal itu datang dan cuba meragut beg tangan mangsa tetapi tidak berjaya setelah menyedari mangsa ditemani rakannya, lelaki. Tanpa ragu-ragu, Chong terus mengejar penunggang terbabit dan berjaya menangkap lelaki itu tidak beberapa jauh dari restoran, sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke balai. 

Ibu bapa lelaki itu dimaklumkan mengenai perbuatan anaknya lalu datang ke balai untuk ikat jamin. Tetapi lain pula yang berlaku apabila si ibu mengambil kerusi dan membaling ke arah anaknya itu. 

Jelas Phang, dia pada awalnya menyangka lelaki itu orang susah sehingga menyebabkan dia terpaksa meragut. Malangnya sangkaan Phang itu meleset apabila melihat kehadiran dua ibu bapa lelaki berkenaan.

"Selepas peragut itu dibawa ke balai, polis memaklumkan penangkapan lelaki itu kepada ibu bapanya. Ibu bapanya tiba di balai polis dengan kereta Toyota Alphard. 

Ibu bapa suspek datang ke balai dengan kereta Toyota Alphard | Foto - Phang
"Menurut ibunya, anak lelakinya itu bekerja sebagai kontraktor pada waktu siang dan membuka kedai makanan barat, selain memiliki sebuah lagi kedai yang tidak didedahkan. 

"Apa yang mengejutkan, apabila si ibu ternampak anaknya, dia terus membaling kerusi kepada anaknya itu sendiri, membuatkan kami yang lain berasa takut," katanya. 

Sementara itu, bapa suspek tidak henti-henti memohon maaf diatas perbuatan anaknya itu. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius kecuali terdapat kesan lebam sedikit pada leher mangsa. 

Netizen berpendapat, mungkin suspek melakukan kerja meragut untuk keseronokkan sahaja. Tidak kurang juga yang mendakwa suspek meragut untuk membeli dadah. - The Reporter

'Saya Tak Tahu Ada Dadah Dalam Tin Coklat' - Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Dadah Di Manila

$
0
0

MANILA - Seorang lelaki warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) selepas didapati cuba menyeludup kokain 4.6 kilogram yang disembunyikan dalam tin coklat, Isnin lalu, lapor Harian Metro

Nasiruddin Mohammad Hasnan, 22, ditahan pihak berkuasa NAIA ketika tiba di negara itu dengan menaiki sebuah penerbangan dari Togo. 

Pemeriksaan pada beg yang dibawa oleh suspek, menemui 9 tin yang mengandungi 216 bungkusan seperti coklat yang kemudian disahkan sebagai dadah jenis kokain. 

Lapor Inquirer.net, kokain gred tinggi seberat 4.6 kilogram itu dianggarkan bernilai 23 juta peso (RM2.03 juta). 

Menurut jurucakap Imigresen Filipina, Jaime Morente berkata, pihaknya menerima maklumat dari Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat mengenai seorang pembawa dadah dari Togo, sebelum Nasiruddin tiba di Manila. 

Berdasarkan rekod imigresen, suspek menaiki penerbangan Ethiopian Airlines dari Togo di mana dia menetap di situ selama sehari. Sebelum itu, Nasiruddin pergi ke Addis Ababa dengan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur. 

"Suspek hanya membawa sebuah bagasi bimbit dan ditahan di NAIA ketika cuba menaiki teksi," katanya.

Bagaimanapun ketika disoal siasat, Nasiruddin mengakui bahawa dia tidak tahu mengenai dadah berkenaan dan kedatangannya ke Filipina adalah buat kali yang pertama. 

Nasiruddin yang berasal dari Johor mendakwa, dia bekerja sebagai pencuci kereta dan membeli tin coklat berkenaan ketika melawat Bangkok, Thailand. 

(Video) Muka Nabil Tercengang Selepas Dipanggil Baby Buat Netizen Geli Hati

$
0
0

Dalam rancangan MeleTop semalam, pengacara, Neelofa secara tidak sengaja tersasul memanggil Nabil sebagai 'Baby' membuatkan rakan hosnya, Nabil, tercengang menimbul rasa geli hati penonton dan netizen. 

Video yang dimuat naik oleh laman MeleTop ini kini telah ditonton 42,000 kali dan 3.9 likes di laman Facebook. 

"Semalam Kak Neelofa kita tersasul uols! Tersasul apa? Korang kena tengok video ni! Hahaha! Habis tercengang Nabil!" 


Reaksi Netizen



Menurut netizen, gelaran 'baby' itu biasa digunakan oleh Neelofa ketika memanggil Fattah Amin dalam drama Suri Hati Mr Pilot. Malah, netizen tidak menolak kemungkinan Neelofa sedang bercinta dengan Fattah Amin. - The Reporter

(Video) 'Saya Kehilangan 7 Ekor Kucing Sekali Gus Akibat Diracun Manusia Yang Tidak Berhati Perut'

$
0
0

PUTRAJAYA - Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan dengan kejam seperti ini? Demikian persoalan netizen terhadap kejadian yang berlaku pada tujuh ekor kucing yang mati diracun. 

Terdahulu, Chris Swit, memuat naik gambar dan video lima ekor kucing peliharaannya baka domestik mati dipercayai diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Manakala dua ekor kucing lagi turut menerima nasib yang sama, bagaimanapun jasad kedua-duanya masih belum ditemui dan lokasi kejadian juga tidak dinyatakan.

"Sungguh tak menyangka, saya benar-benar sedih dan menangis tak berhenti. Saya kehilangan tujuh ekor kucing peliharaan pagi ini, dua daripadanya (Glen dan Smockey) masih belum ditemui. 

"Kepada pihak yang berani meracuni kucing-kucing saya, saya berdoa agar Tuhan akan membalas perbuatan anda," katanya. 

Alfie, Oneng, Shumit, Comot dan Ikok mati akibat diracun individu yang tidak bertanggungjawab | Foto - Chris Swit
Kibble yang didakwa telah dicampur dengan racun | Foto - Chris Swit
Berdasarkan gambar yang dikongsi, Chris percaya makanan kibbles yang diberi pada kucing-kucingnya itu telah dicampur dengan racun. Chris juga sempat merakam salah seekor kucingnya yang dalam keadaan nazak dan mulutnya berbuih sebelum menghembuskan nafas terakhir. 


Perkongsian Chris itu turut mendapat perhatian netizen dari serata dunia yang turut bersedih dengan kehilangannya itu. 

Semoga individu yang melakukan perbuatan terkutuk ini mendapat balasan yang setimpal kerana menganiaya haiwan yang tidak berdosa. - The Reporter

Bila Dah Masuk Fasa 'Mommy Monster', Adakalanya Terasa Nak Dapat Some 'Me Time' - Intan Nadiah

$
0
0
Bila dah berkahwin dan anak pun dah ramai, bila kali terakhir anda mendapat 'me time'? Bila kali terakhir anda berpeluang melakukan aktiviti luar yang anda gemar? Sudah tentu segala aktiviti kewanitaan telah anda tinggalkan demi menjaga dan menguruskan rumah tangga.

Mereka yang dahulunya kulit lembut, ayu dan sopan tutur katanya kini bertukar menjadi 'singa' (bukan selalu) bila berdepan dengan ragam anak-anak 24/7 tanpa cuti selain menguruskan hal-hal rumah tangga.

Jika berterusan, ia boleh membuatkan para isteri letih dan murung. Jadi, apa kata para suami di luar sana baca perkongsian dari Intan Nadiah ini agar dapat memahami sedikit sebanyak perkara yang dilalui oleh isteri masing-masing dengan harapan, bantu atau ambil alih tanggungjawab isteri seketika agar mereka dapat meluangkan masa untuk 'me time' yang diperlukan.

Intan Nadiah join Putrajaya Night Marathon, baru-baru ini | Foto - Intan Nadiah
Oleh Intan Nadiah

Being a mom, especially if u are a housewife memang kena melayan anak 24/7 tanpa cuti. Even sendiri tengah sakit pun tetap kena jaga anak, no off day. Dulu masa aku baru ada anak satu (Muhammad Ali), aku memang tak pernah berenggang dengan dia. Pernah sekali ada hal nak kena settlekan, aku terpaksa tinggalkan Ali dengan Mak dan Akak. Kejap-kejap aku akan call, msg tanya Ali ok tak? Ali ok tak? Risau betul aku. Mesti orang rimas hehehe. Dan pernah sekali tu suami aku tak sihat, aku yang kena keluar sendiri pergi pasar nak beli barang dapur. Masa awal pagi Ali tengah tidur, aku cepat-cepat pergi. Kelam-kabut nak cepat je beli barang, hati tak tenang tinggalkan anak even dengan suami sendiri. Belum part tetek dah membengkak, susu time. Lagi la bertambah cepat nak balik. I was a super clingy mom.

Tapi bila Ali dah dapat adik, Abu Fattah dah lahir, banyak benda dah berubah. Anak dah bertambah, anak dah makin membesar, 24/7 kau kena melayan kerenah anak-anak. Penat. Kena deal dengan fasa tantrum dan layan drama-drama lain lagi, dan kau dah tak ayu macam masa awal-awal kau baru jadi seorang ibu. Dulu lembut je, nak jentik atau jerit sikit dekat anak pun tak sanggup. Tapi bila kau dah masuk fasa mommy monster ni sedetik pasti kau akan terasa, sometimes I wish aku dapat some "me time".

Beruntung kalau ada suami atau keluarga yang memahami dan boleh bertolak ansur menolong. Walaupun dah jadi seorang Ibu, tapi still boleh keluar dengan kawan-kawan, still boleh pergi mencantikkan layan diri seorang-seorang. Kalau yang berkemampuan boleh pergi spa, pergi salon. Just some "me time" alone, away from the kids. Tak lama. Sekejap je.

Kalau Bapak-bapak boleh lari kejap untuk hisap rokok everytime lepas makan, kadang-kadang Mak-mak pun nak jugak mandi atau berak dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Itupun dah cukup heaven. Dapat pergi Giant ke Mydin ke dalam sejam sorang-sorang, tak bawak anak-anak pun dah dapat sedikit kelegaan. Bukan nak lari dari tanggungjawab, tapi just nak some "me time".

Kalau nak tau, walaupun aku kuat tidur dulu, but I used to be an active person. Bukanlah seorang atlit, tapi aktif. Dari zaman sekolah lagi aku akan join any sports. Lumba lari, bola baling, bola jaring, perbarisan, kadet remaja sekolah, setiap tahun ada je join camping. Jungle tracking memang suka sangat. Other than sports, dari tadika lagi sampai zaman Uitm aku join tarian. Memang taknak duduk diam. Tapi bila dah kahwin, aku slow slow jadi terlalu relax. Dah kurang bersukan. Nak berehat sangat agaknya. Ataupun aku sendiri yang jadi malas. Dan bila dah ada anak, memang tak sempat. Jadi semua tu lah nak dijadikan alasan.

Dulu masa zaman belajar, malam-malam aku selalu makan nasi lemak sebungkus, dan 3 biji burger sekali gus. Badan kecik tapi selera besar. Berat badan memang tak akan naik. Tapi bila dah lepas bersalin, especially lepas dah tak breastfeedkan anak-anak lagi, tahun ni je berat aku naik 10kg. Badan memang totally dah berubah. Tak macam dulu lagi. Makan tak jaga memang berat akan naik. Bukan senang nak kawal berat badan rupanya. Baru aku tau. Orang perempuan ni janganlah kita nak komen pasal berat dia. Memang sensitif dan boleh merajuk. Lepas bersalin dah lah body out of shape, stretch marks tak hilang lagi. Kalau dulu nak telanjang bulat depan suami pun tak malu. Sekarang ni nak bersama pun kalau boleh tutup lampu dalam gelap je, malu dengan body sendiri.

Macam mana la nak cantik-cantik balik, kalau "me time" sikit pun tak pernah dapat. Me time bukan untuk nak cantik je, tapi cukup untuk stabilkan balik emosi diri. Bila dah terlalu penat, kita akan cepat marah. Anak-anak jadi mangsa. Kadang-kadang bila sorang-sorang ni kita dapat muhasabah diri.

Tapi tak semua orang beruntung boleh dapat some me time. Single mothers atau ibu-ibu yang berjauhan dengan suami, suami askar kena duduk dekat kem atau suami kerja offshore berbulan-bulan tak dapat balik. Golongan ibu-ibu kuat ni lah yang semua benda diaorang buat sendiri. Tak ada me time pun. Kena hadap semua benda sendiri. Tak semua orang beruntung. Kalau ada duit, mungkin tak ada masa, kalau ada masa, mungkin kesihatan tak mengizinkan. Lain orang lain bahagiannya.

Dan nak dijadikan cerita, malam semalam aku dapat peluang join #PutrajayaNightMarathon. Aku join lari sorang. That's my me time. Tengah semput-semput lari, dapat call kata anak demam panas pulak. Tak tenang hati jadinya. Me time dah dapat, tapi emosi aku entah kemana memikirkan anak yang tak sihat. Itulah kehidupan. Once dah jadi Ibu bapa, sampai Akhirat kita akan terikat dan bertanggungjawab akan perihal anak-anak. Semoga Allah berikan kebaikan dan ganjaran untuk kita semua ibu bapa yang masih bersabar dan kuat dalam membesarkan anak-anak kita ini.

Dalam sibuk menguruskan hal rumah tangga, dalam tengah stress dengan semua benda, jangan lupa urusan untuk diri sendiri. Jika ada kesihatan yang baik, pergilah buat apa yang selama ni teringin sangat nak buat. Janji jaga diri, jaga maruah suami dan keluarga. Jangan jadikan alasan anak-anak penghalang untuk buat apa yang baik untuk diri kita. Macam aku ni, banyak benda yang aku nak ubah untuk kebaikan masa depan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Jangan malas. Sayangi diri kita sendiri. Bak kata Fazura "just keep loving yourself". Hehehe. Remember, a happy wife, a happy life. Hang on Mummy, Ibu, Mak, Umi, Mama... You are not alone. - Intan Nadiah

'Ibubapa, Tolonglah Beri ruang & Biarkan Anak-Anak Belajar' - Wanita Kongsi Pengalaman Anaknya Dihantar Ke Sekolah Jepun

$
0
0

Oleh Maryam Huda

Dalam kekecohan tentang isu 'Murid Bukan Orang Gaji', saya fikir mungkin berbaloi jika saya berkongsi beberapa gambar yang saya rakam ketika hari pembukaan sekolah (Jepun) anak perempuan saya pada awal tahun ini.

Kanak-kanak di sekolah ini bukan hanya membersihkan papan hitam, tetapi lebih dari itu. Mereka bawa dulang makanan, mereka mengelap lantai, bersihkan tandas sekolah dan beberapa lagi tugasan lain. 

Tiada seorang pun yang mengadu atau merungut dan percayalah bahawa mereka gembira melakukan semua rutin harian ini. 

Inilah rutin harian yang telah membentuk warga Jepun yang ada pada hari ini. Inilah nilai-nilai positif yang perlu ditanamkan dalam generasi muda kita di peringkat awal atau mereka akan mencontohi sikap sesetengah masyarakat Malaysia yang suka membuang sampah dari tingkat lima pangsapuri atau membuatkan tandas awam tersumbat dengan tuala wanita.







Wahai ibu bapa generasiku, tolonglah. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membimbing generasi masa kini dan akan datang ke arah yang leibh baik. Berikan ruang dan biarkan mereka belajar. Tunjukkan kepada mereka nilai-nilai yang baik. - Maryam Huda | The Reporter

Company Sedang Buang Pekerja, Apa Nak Jadi Dengan Negara Kita?

$
0
0

SYARIKAT TENGAH BUANG ORANG

Ya, inilah berita sedih yang sedang melanda syarikat saya. Ikutkan, syarikat saya ini kukuh dah. Setiap negari ada cawangan dan ibu pejabat di Kuala Lumpur. 

Empat tahun saya bekerja di sini. Tahun pertama dan kedua bekerja, syarikat bagi bonus tiga bulan dan kenaikkan gaji. Masuk tahun ketiga, bila GST mula dilaksanakan, pekerja hanya mendapat dua bulan gaji berserta kenaikkan. Tetapi itu masih okay dan semua berpuas hati. 

Baru-baru ini, saya dan Head Department yang lain dipanggil untuk satu ad-hoc meeting. Dalam meeting, kami berbincang mengenai masalah syarikat, profit and lost, bajet syarikat 2017 dan bermacam-macam hal yang sulit. Isu terakhir yang dibincangkan ialah, isu pengurangan pekerja. 

Kemudian, Head HR kata, setiap unit akan diberikan kuota pekerja. Selebihnya perlu ditamatkan perkhidmatan. Ada juga unit yang dimansuhkan atau digabungkan. Unit saya hanya diberi empat kuota sahaja. Unit saya sekarang ada 28 orang. Saya sebagai head, 4 eksekutif, 4 assistant, 3 kerani dan selebihnya site supervisor. 

"Aduh! Pening saya fikir nak selamatkan siapa, nak simpan siapa?"

Saya sedih sebab mereka semua ada tanggungan. Ada yang sudah berkahwin, ada yang baru beli rumah, ada yang isteri sedang mengandung dan ada empat lagi yang akan mendirikan rumah tangga tahun depan. 

Sejak balik dari meeting itu, sayu saja hati saya memandang semua staff office. Dulu kalau buat salah, memang kenalah dengan saya. Tetapi sekarang buat salah macam mana pun, saya layan, senyum dan suruh mereka buat semula, pergi check di site semula. Tak apa, syarikat bayar saja duit minyak mereka pergi site 3-4 kali untuk repeat task yang sama. Buat apa nak marah? Tak lama lagi mereka dah tak bekerja di sini. 

Sudah tiga minggu berlalu dan saya sudah membuat keputusan bahawa saya akan mengekalkan dua orang eksekutif dan seorang assistant. Dah tak ada kerani atau site supervisor selepas ini. Semua kerja-kerja mereka akan dibuat oleh kami selepas ini. 

Bayangkan eksekutiflah yang kena turun site, balik ke pejabat kena buat laporan, analisis dan bagai. Yang tak pernah berpanas, lepas ini meraslaah semua itu. Kerja printing, dokumentasi, filing, attendance semua buat sendiri sebab dah tak ada kerani. Di sini yang bergaji RM2,000 ke atas memang tak dibenarkan buat OT. Hanya mengharap pada claim milege sahaja. Kerja bertambah, masa kerja bertambah tetapi gaji masih sama. Kalau siang hari dah kena duduk di site, masa bila pula nak buat laporan? Tentulah waktu malam, kan? 

Bermula hari ini, masing-masing sudah mendapat surat tamat perkhidmatan. Seorang-seorang dipanggil masuk bilik HR. Ada muka sedih, ada muka tak puas hati, muka keruh dan macam-macam ekspresi. Yang paling sedih bila saya berada di pantri, terdengar seorang staff unit saya berbual. 

"Saya dah kerja elok-elok. Apa semua yang dia minta, saya bagi ikut due date tetapi masih kena terminate?" luah si A. 

"Ala, si Tiha itu bukan tahu nak menghargai pekerja. Kalau buatlah macam mana pun. Nasib akak tak duduk di bawah dia," jawab rakannya. 

"Eh akak, esok lusa akak pula yang dapat surat terminate. Just wait and see. Hari ini budak unit saya kena, seorang-seorang HR akan panggil. Tak perlu nak memburukkan nama saya kalau tak tahu situasi. Syarikat yang buat orang, head pula yang mendapat nama buruk?" kataku dalam hati. 

Apa nak jadi dengan negara kita? saya mengaku saya tak pandai bab politik, selama ini harga barang naik, tol naik apa semua saya pandang ringan saja. Yelah, masak pun untuk makan seorang sebab saya belum kahwin lagi. Bila makan dengan client atau kontraktor, syarikat yang akan tanggung, minyak pergi kerja/site apa semua.

Tetapi hari ini bila tempat saya mencari rezeki sudah mula menamatkan perkhidmatan pekerjanya, saya rasa sangat terkesan. Rasa insecure sangat. Hari ini mungkin kami berempat selamat. Manalah tahu akan datang kami pula yang dibuang. 

Mereka dibuang kerja tanpa sebarang pampasan sebab jawatan kontrak, bukannya tetap. Semoga kita semua dilimpahi rezeki. Pada yang kena buang kerja, semoga ada rezeki anda di tempat lain. - Tiha, IIUM Confessions 

Pasangan Bahagia Takkan Tunjuk Kebahagiaan Di Media Sosial

$
0
0
Semenjak adanya media sosial, ditambah pula dengan kecanggihan telefon pintar, wujud golongan yang suka berkongsikan apa-apa sahaja di laman sosial sehingga adakalanya menimbulkan rasa kurang senang netizen yang lain. 

Sehingga ada yang sanggup berkongsikan 'hal dalam kain' berkait rumah tangga turut dikongsi. Apakah tujuan mereka sebenarnya? Mahukan perhatian rakan maya sehingga hilang rasa malu dan secara tidak langsung mengaibkan pasangan? 

(Gambar Hiasan) Contoh kegilaan seorang bapa merakam saat isterinya bersalin 
Menurut Mingguan Wanita, jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu bahawa anda adalah pasangan bahagia, adalah satu kesilapan besar memuat naik gambar, video atau cerita di media sosial kerana pasangan yang bahagia tidak akan atau jarang sekali akan mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial.

Ini kerana:

1. Cukup hanya pasangan saja yang rasa

Sewaktu pasangan sedang enak menikmati makanan, anda pula sibuk nak merakam gambar. Akhirnya, pasangan anda pula terpaksa menunggu dan kadang-kadang berlakon semata-mata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial. 

Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan menikmati rasa bahagia? Jika ada pun gambar yang dirakam untuk tatapan peribadi, bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini, ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan. 

2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak akan berminat untuk menunjuk atau membuktikan kebahagiaan mereka kepada orang lain. Ini kerana, perasaan bahagia itu bersifat peribadi dan tidak perlulah membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain. 

3. Bimbang menjadi riak

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangna itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang membuatkan kita bahagia, belum tentu orang lain akan turut bahagia. Jadi, untuk apa ia dicanangkan?

4. Enggan bahayakan kehidupan keluarga

Bila bawa anak ke mana-mana, check in. Bila suami tiada di rumah pun, diberitahu melalui status di media sosial. Tidakkah anda terfikir bahawa cara ini akan memudahkan dan mendekatkan diri anda dengan kes jenayah? 

5. Usah bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki

Setiap pasangan mempunyai masalah dan dugaan hidup yang berlainan. Kita mungkin bahagia, tetapi pasangan lain mungkin sebaliknya. Jadi, usahlah berbangga dengan kebahagiaan yang dikecapi. Tiada guna membanding-bezakan kehidupan kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka. 

6. Bahagia untuk dirasa, bukan untuk dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya dengan baik. Bukannya mahu diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie yang kemudian dimuat naik di media sosial. 

Viewing all 14967 articles
Browse latest View live