Quantcast
Channel: The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live

'Hati-Hati Dengan Lelaki Setan Ini!' - Syima

$
0
0

LEMBAH PANTAI - "Berwaspada dengan lelaki gatal ini!" demikian nasihat Syima Mohamad kepada golongan wanita yang menggunakan perkhidmatan Putra LRT. 

Menurut Syima, lelaki berbaju kelabu dan memakai cermin mata ini telah mengambil kesempatan terhadap dirinya ketika berada di dalam LRT, pagi semalam. 

"Tolong ingat muka lelaki ini. Dia cuba sorokkan wajahnya ketika saya cuba merakam gambarnya dalam LRT yang agak padat pada waktu itu. 

"Lelaki ini telah menggosok kemaluannya pada saya dalam LRT. Astagfirullah. Tak pasti dia datang dari mana tetapi insiden ini berlaku di stesen Universiti dan perhentiannya di stesen Bangsar," katanya. 

Syima berkata, ekoran tindakan lelaki itu, dia menjerit dengan kuat dan memberi peringatan kepada penumpang wanita yang lain agar berhati-hati dan tidak berada dekat dengan lelaki terbabit. 

Apa yang mengecewakan Syima ialah, tiada seorang pun individu yang tampil membantunya pada ketika itu meskipun dia menjerit berulangkali. 

"Mungkin sesetengah orang fikir saya meroyan. Tetapi saya tak malu, yang patut malu adalah lelaki setan ini. 

"Saya bukannya berdiri kaku membiarkan diri diperlakukan seperti itu. Saya bangkit memperjuangkan maruah saya di kala yang lain tidak endah dengan apa yang terjadi," tegasnya. 

Justeru, Syima meminta golongan wanita lebih berwaspada dan tidak mendiamkan diri apabila diperlakukan seperti itu. - The Reporter

(Video) Lubang Gergasi Muncul Di Tengah Bandar Jepun

$
0
0

TOKYO, JEPUN - Sebuah lubang gergasi muncul secara tiba-tiba di tengah bandar Jepun semalam, menelan lima lorong jalan raya berhampiran stesen kereta api.

Lubang berukuran kira-kira 20 meter panjang dan 15 meter lebar itu berlaku di persimpangan lampu isyarat di selatan bandar Fukuoka, lebih kurang jam 5 pagi (waktu tempatan), Isnin. 

Menurut saksi, kejadian itu berlaku semasa hari masih gelap dan lubang itu terus membesar dengan kedalaman kira-kira setinggi bangunan dua tingkat dan dipenuhi air dari paip yang pecah. 





Pihak berkuasa mengesahkan, tiada kecederaan yang dilaporkan dari kejadian itu. Punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kejadian itu berhubung kait dengan projek pembinaan kereta api bawah tanah. 


Selain itu, pakar berpendapat mungkin kebocoran yang berlaku pada paip telah menyebabkan strutktur tanah menjadi lemah menyebabkan runtuhan itu berlaku. - The Reporter

'Dah Tahu Gaji Suami RM800-RM1,000, Janganlah Beranak Banyak Sehingga Menyusahkan Diri' - Syazwani

$
0
0

GEORGETOWN - "Dah tahu suami gaji RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak," demikian teguran dari seorang wanita bernama Syazwani Sharan di laman Facebooknya. 

Syazwani yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia, memuat naik 'pandangannya' itu di laman Facebook semalam, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang majoriti tidak bersetuju dengan pandangannya yang dianggap tidak masuk akal berbanding jumlah netizen yang menyokongnya. 

"Dah tahu gaji suami RM800-RM1,000, janganlah beranak banyak-banyak sampai 5-6 orang anak sehingga menyusahkan diri sendiri, makan minum tak cukup dan kemudian salahkan kerajaan.

"Zaman macam ini kalau gaji di bawah RM1,000 cukup sekadar seorang anak. Tak perlu sampai nak buat satu team anak. JAdilah bijak dalam merancang anak. Kita ambil kiraan simple sajalah:
  1. Rumah: RM400
  2. Transport: RM200 (Mungkin motosikal sahaja)
  3. Bil air dan elektrik: RM200
  4. Jumlah keseluruhan: RM800
  5. Baki gaji: RM200

"Sebab itulah mereka makan nasi dan budu sahaja tanpa lauk. Sebab baki pun baru RM200 untuk makan. Amat membebankan untuk orang bergaji RM1,000 berkongsi makan untuk tujuh orang," katanya. 

Menurut Syazwani lagi, kesan dari kualiti hidup yang negatif sedemikian akan menyebabkan peningkatan kes kecurian, rompakan kerana mereka terdesak mencari duit bagi menampung kos sara hidup. Selain itu, anak juga membesar dalam keadaan yang tidak sihat kerana kekurangan nutrisi akibat tidak mengikuti piramid makanan serta masalah sosial juga semakin meningkat kerana ibu bapa tidak sempat mendidik anak yang terlalu ramai. 

Justeru, Syazwani menyarankan bahawa kerajaan perlu menggubal undang-undang yang menetapkan satu keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak sahaja. 

"Kerajaan perlu menggubal undang-undang satu keluarga limit satu anak sahaja. Selain itu, kawal nafsu atau makan ubat perancang. 

"Kalau nak anak ramai, carilah kerja yang lebih bagus dari sebelumnya agar senang menanggung anak atau buat dua kerja dalam satu masa. Malah, isteri juga perlu bekerja," jelasnya. 


Sementara itu, netizen menganggap cadangan Syazwani mengikut langkah menghadkan kelahiran anak seperti yang pernah dilaksanakan oleh China suatu ketika dulu adalah kurang cerdik dan mundur. 

Selain itu, netizen mendakwa Syazwani sengaja mencari perhatian dengan cara yang tidak betul. - The Reporter

'Awak Tunggu, Saya Santau Awak Malam Ini' - Diugut Santau Jika Tidak Turuti Kehendak Nafsu Lelaki Ini

$
0
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki muda sanggup mengugut mahu menyihir seorang gadis jika kemahuannya tidak dituruti.

Lelaki yang menggunakan nama Man Eni Tan di laman Facebook sebelum itu telah meminta mangsa, Bear Bear, melayani nafsunya. 

Mangsa pada awalnya berpura-pura melayani lelaki terbabit yang menyuruhnya masuk ke dalam bilik dan dipercayai meminta gambar bogelnya. 


Namun, mangsa yang juga pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) enggan berbuat demikian, menyebabkan lelaki itu mula berang dan mengugut mahu menyihirnya dengan bantuan seorang dukun. 

"Awak tunggu, saya santau awak malam ini. Dukun itu dah dapat gambar awak. Nanti kira berapa ekor ulat bulu dalam perut awak. 

"Saya dah minta bagus-bagus, layan saya dan tunjukkan pada saya apa yang saya nak dalam (Facebook Messenger) ini sahaja. Habis layan saya, saya padam akan padam kesemuanya dan cakap awak nak apa dan saya akan pos ke alamat rumah awak.

"Tetapi awak menolak dan memerli saya. Awak tunggu," katanya. 




Mangsa bagaimanapun tidak takut dengan ancaman lelaki itu, lalu memuat naik beberapa gambar perbualan mereka di laman Facebooknya sebagai peringatan kepada netizen khususnya kaum hawa agar berhati-hati dengan lelaki berkenaan. 

"Subhanallah, jahilnya seorang lelaki ini menggunakan dukun untuk mengugut saya untuk melayani kehendak seksnya. Hidup dan mati hanya Allah yang tentukan. Hati-hati dengan lelaki ini ya bagi kaum hawa," katanya. 



Sementara itu netizen juga menasihatkan agar mangsa membuang segala gambar selfienya di laman Facebook dan tidak lagi memuat naik gambar-gambar seumpama itu bagi tujuan keselamatan diri. 

"Itulah, lain kali jangan upload gambar kita. Senang-senang saja orang nak buat benda syirik ini dengan gambar kita. Tetapi kaum hawa ini nak juga upload konon-konon cantik bagai. Bila dah kena, mulalah takut," kata Radin Nor Izham. 

Meskipun ugutan Man Eni Tan itu nampak tidak realistik, selain nampak kesanggapan yang melampau serta kebudak-budakkan, kaum hawa perlu berhati-hati bagi menghindari perkara yang tidak diingini berlaku. - The Reporter

Pekerja Maut Tersepit Dalam Mesin Pembancuh Tepung

$
0
0

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya, di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Premas Jaya, semalam, lapor Bernama.

Dalam kejadian pada jam 12.43 tengah hari semalam, Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung tersebut.

Malangnya, tangan kanan mangsa dipercayai termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badan mangsa turut tertarik masuk ke dalam. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata, mangsa mati serta merta di tempat kejadian. 

"Siasatan masih diteruskan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat," katanya. 

Sementara itu, abang mangsa, Md Hajis Nazir, terkejut dengan kejadian yang menimpa adik perempuannya itu. Bagaimanapun, Hajis redha dengan takdir yang telah ditentukanNya.-

Kemenangan 'Luar Biasa' Trump, Bukti Kuasa Pengundi - Najib

$
0
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah di atas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat hari ini, lapor Free Malaysia Today

Najib menyifatkan kemenangan Trump itu sebagai satu kemenangan 'luar biasa' dan sekali gus membuktikan kepada ahli-ahli politik agar jangan mengambil mudah dengan kuasa pengundi. 

"Undian pendapat, tokoh politik terkemuka, semuanya memandang rendah pada kekuatan penyokongnya. Ikrar beliau kepada rakyat Amerika yang terpinggir - mereka yang ingin melihat kerajaan lebih memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan dan kurang terlibat dalam campur tangan asing terbukti bertentangan dengan kepentingan AS - menjadi faktor kemenangan Trump ke atas Rumah Putih," katanya menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini. 

Trump berjaya memperolehi 276 undi sekali gus menewaskan pencabarnya dari parti Demokrat, Hilary Clinton, yang hanya meraih 218 undi.

"Pada 2014, AS dan MAlaysia mempertingkatkan hubungan kita dengan perkongsian komprehensif dan kami sekutu dalam memperjuangkan penentangan terhadap keganasan dan ekstremisme. Kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini di bawah pimpinan Presiden Trump.

"Saya mengucapkan tahniah di atas kemenangan luar biasa ini dan berharap untuk bertemu sekali lagi, tidak lama lagi," katanya.

Kemenangan Trump, Era Negara Palestin Sudah Berakhir - Israel

$
0
0

ISRAEL - Kemenangan calon Republican, Donald Trump, hari ini menandakan bahawa era negara Palestin sudah berakhir, kata Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennet. 

Lapor AFP, Naftali menyeru rundingan penyelesaian dua negara yang mengusul penubuhan negara Palestin merdeka di samping negara Israel dihentikan. 

"Kemenangan Trump memberi peluang kepada Israel untuk menarik balik tanggapan sebuah negara Palestin di tengah-tengah negara ini, yang akan menjejaskan keselamatan dan perjuangan kami," katanya merujuk kepada Tebing Barat. 

"Itulah pendirian bakal presiden, era negara Palestin sudah berakhir," tegasnya. 

Tinjauan sebelum ini mendapati, sebahagian besar rakyat Israel dan Palestin menyokong penyelesaian dua negara itu yang mula diusulkan pada 1974. Rundingan terbaru pada 2013-2014 bagaimanapun kecundang apabila Israel meluaskan penempatan haram mereka di kawasan yang menjadi pertikaian antara rejim dan pihak berkuasa Palestin. 

Sementara itu, Menteri Kehakiman Ayelet Shaked dan Timbalan Menteri Luar Tzipi Hotovely menyeru Trump menunaikan janjinya memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. 

Warga Palestin mahu timur Baitulmaqdis menjadi ibu negara Palestin baharu, manakala warga Israel berpendirian seluruh kota suci itu adalah ibu negara mereka. 

Trump berikrar akan mengiktirafkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. - Free Malaysia Today

'Myvi Inilah Punca Kemalangan Berderet' - Mangsa

$
0
0

PUCHONG, SELANGOR - Kegilaan seorang pemandu kereta kompak, Perodua Myvi, yang gemar 'mencilok' telah menyebabkan beberapa buah kereta di lorong kanan terlibat dalam kemalangan berderet. 

Soleh Abd Wahab yang memuat naik video dan gambar bukti itu berkata, sikap pemandu berkenaan yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan tiga buah kenderaan termasuk keretanya berlanggar, dalam kejadian jam 4.15 petang, Isnin lalu.

"Kereta Myvi putih inilah punca kemalangan berderet yang melibatkan kereta saya tadi. Kalau nak berlumba, pergi Litar Sepang la. Tak pasal-pasal orang lain yang kemalangan kerana perangai macam syaitan memandu secara melulu di jalan raya," katanya. 

Soleh berkata, video yang dimuat naiknya itu diperoleh dari salah seorang mangsa yang memandu di belakangnya pada ketika kejadian itu berlaku.  

"Video ini diberi oleh Encik Leon yang terlanggar kereta saya sebab pemandu (wanita) di belakang keretanya tidak sempat menekan brek lalu menghentam keretanya sebelum tersorong dan melanggar kereta saya. Nasib baik saya tak langgar kereta di depan. Syukur," katanya. 

Justeru, Soleh menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pemandu kereta Perodua Myvi berkenaan yang memandu secara bahaya. - The Reporter

'Dia Tiba-Tiba Tumbuk Saya'

$
0
0

DAMANSARA - Seorang wanita cedera teruk di bahagian mata akibat ditumbuk dan dipukul oleh tunangnya, buat laporan polis Isnin lalu. 

Dalam kejadian pada jam 12.25 pagi itu, mangsa, Natasha Shareena Hairil Anjar, 23, difahamkan sedang berbincang dengan tunangnya, Mohd Zulhairi, di hadapan rumah. 

Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham diantara mereka berdua dan secara tiba-tiba mangsa ditumbuk di muka dan beberapa bahagian badannya yang lain. 

"Berlaku sedikit perselisihan faham yang menyebabkan tunang saya secara tiba-tiba terus menumbuk mata sebelah kanan, di bahagian bahu kiri, bahagian bibir dan paha kaki kiri. 

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada hari yang sama, jam 6.24 petang. 

Mangsa lebam di bahagian mata dan bibirnya pecah akibat ditumbuk lelaki berkenaan.

Mangsa kemudian dibawa oleh tunangnya ke Hospital Ampang Puteri dan doktor mengesahkan tulang di bawah mata mangsa patah dan ada pendarahan dalam mata. 

Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya. 

Mangsa dengan tunangnya
Abang mangsa mohon netizen viralkan
Tunang mangsa, Mohd Zulhairi, dikatakan telah menghilangkan diri selepas kejadian itu. Dan difahamkan lokasi terakhir lelaki itu berada di Ampang. 

Abang mangsa, Boy Haru (bukan nama sebenar), kini sedang giat mengesan tunang adiknya itu. 

Mohd Zulhairi telah menghilangkan diri selepas kejadian
Sementara itu di laman Facebook Mohd Zulhairi yang menggunakan nama samaran Muhd Hery Putong, memuat naik status, "Maafkan abang" pada jam 6.15 pagi sebelum menghilangkan diri. - The Reporter

Pembantu Rumah Ditahan, Hidang Kopi Dicemari Seluar Dalam & Darah Haid Pada Majikan

$
0
0

KHAFJI, ARAB SAUDI - Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan oleh pihak polis pada petang Sabtu, 5 November lalu, selepas dia didapati dengan sengaja menghidangkan air kopi yang dicemari dengan seluar dalam dan darah haid, lapor Tribun.

Jurucakap polis wilayah timur, Komisioner Ziad Al-Rualiti berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 4 petang Sabtu, 5 November dari seorang majikan berhubung kejadian itu. 

"Ketika memasuki rumah pengadu, polis menemui bekas yang berisi air kopi yang dicampurkan dengan seluar dalam," katanya. 

Ziad berkata, ekoran itu, anggotanya segera mencari wanita berkenaan di sekitar rumah majikannya sehingga dia ditemui di tempat persembunyiannya. 

Ketika pembantu rumah itu berjaya ditangkap, majikan berkenaan sempat merakam dan menyuruh wanita itu meminum kopi yang tercemar dengan seluar dalam dan darah haid itu sehingga habis. 



"Suspek yang dibawa ke balai untuk soal siasat. mengaku melakukan perbuatan yang menjijikkan itu agar majikannya dapat menerima dan menyayangi dirinya sebagai pembantu rumah di kediaman itu," katanya. - The Reporter

Anda Jenis Manusia Yang Riak Di Facebook? Semak 9 Contoh Ini

$
0
0

Antara perkara yang agak sukar dipisahkan kini adalah 'riak' dalam laman Facebook.
  1. Alhamdulillah, Company Lutfi Lokman dah berjaya melebarkan sayapnya ke Hungary.
  2. Alhamdulillah, anak Lutfi dapat straight 79A SPM. Tenkiu Allah.
  3. Oh! Tenks isteri Lutfi kerana masakkan untuk Lutfi. So Suwit. Mujur dapat isteri pandai masak macam ni.
  4. Baru habis meeting dengan satu company gergasi paling bapak besar kat Malaysia bernama Lutfi And Sons. Mudah-mudahan lulus tender tu.
  5. Korang buat apa malam-malam jam 3 pagi ni? baik tahajud macam Lutfi tu.
  6. Masya Allah Tabarakallah dapat solat belakang imam Lutfi dan sempat tegur bacaan dia salah makhraj tadi. Tenkiu Allah.
  7. Petang tadi jalan-jalan kat kedai mamak. Jumpa sorang orang tua nama Pak Lutfi. Dia bagi nasihat jangan makan kari mamak banyak sangat. Nanti jadi Pokemon. Wah! Bukan semua orang yang dapat nasihat begitu. Syukur saya terpilih.
  8. Duit gaji 17 bulan lepas Lutfi tak habis pakai lagi. Aduh, nak buat apa ya?
  9. Ya Allah terima kasih kerana menjadikan aku sebagai tetamu Mu di kala orang lain tak mampu untuk pergi umrah lantaran harga visa naik sampai SR2000 dan aku dapat pergi dengan pakej EPL Travel And Tours harga RM456 ribu duduk hotel dekat masjid dan Kaabah view serta naik jet peribadi parking atas bangunan Royal Clock Tower. Rezeki betul.

Ia sangat sulit. Tersangat sukar. Antara garisan halus yang memisahkan kita dengan riak dan benar-benar ingin berkongsi adalah 'niat'. Mungkin ia salah satu strategi pemasaran. Ia salah satu unsur menarik pengaruh. Satu faktor meluahkan rasa. Namun perlu perbetulkan niat. Sangat halus garisan itu saudara-saudari.

Saya juga ada berbuat perkara yang sama yang tidak disedari lantaran kita manusia. Sama-sama kita berpesan kepada perkara kebaikan agar tidak tersasar. Semoga diampunkan Allah dan diterima amalan. - Ikhlas, Lutfi Lokman

Simbah Asid: Lelaki Dibutakan Sebagai Balasan

$
0
0
Gambar hiasan | Google Images

TEHRAN, IRAN - Seorang lelaki Iran dibutakan sebagai hukuman di atas kesalahan menyimbah asid pada seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang telah menyebabkan mangsa hilang penglihatan. 

Undang-undang itu adalah sebahagian kod syariah Islam, namun pelaksanaannya dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia antarabangsa. 

Menurut Ketua Hal Ehwal Jenayah, pejabat pendakwa Tehran, Mohammad Shahriari berkata, tertuduh telah menyimbah asid pada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu pada 2009 sehingga menyebabkan mangsa buta. 

"Hari ini, undang-undang jenayah telah digunakan di hadapan saya dan pakar-pakar," katanya. 

Mangsa bagaimanapun boleh memilih hukuman yang akan dikenakan terhadap penyerang mereka yang mana selalunya dilakukan berdasarkan wang tuntutan ganti rugi. - The Reporter

Anak-Anak Hari Ini Terlalu Dimanjakan Sehingga Hilang Rasa Hormat Pada Guru

$
0
0

Rasa macam nak gelak pun ada, rasa hairan pun ada bila baca berita pelajar-pelajar kena denda dengan guru sebab datang lewat. Segelintir ibu bapa pula menganggap perbuatan itu tidak patut.Ya Allah, betullah kata ulama. Bermulanya kerosakan akhlak seorang anak itu bila ibu bapa lebih menjaga hati anak-anak berbanding anak-anak menjaga hati ibu bapa. 

Waktu saya belajar dulu, cikgu cubit ada tiga langkah, tanam kuku di dada, pulas dan angkat. Bila pergi ke tandas dan tengok di cermin, dada merah dan air mata pun bergenang.

Dulu, cikgu matematik saya sangat garang. Salah jawab soalan, di depan satu kelas, muka kena tonyoh di papan hitam. Berasap papan hitam sebab waktu itu masih menggunakan kapur. Cikgu english kami dulu, kalau buat bising atau tak siapkan kerja rumah, backhand terus di kepala sampai terpelanting songkok. Saya selalu kena tampar hampir setiap hari, sampai air mata pun bergenang. Tetapi langsung tak berani nak mengadu pada ibu sebab ibu akan belasah lebih teruk bila dapat tahu saya dipukul oleh cikgu.

Apabila saya sudah berkeluarga dan ada anak, saya rasa rindu dengan cikgu-cikgu yang pukul saya dulu. Sayang sangat pada mereka. Bila datang ke sekolah semula dan cerita balik yang cikgu pernah pukul dan cekik saya dulu sampai terangkat. Terima kasih cikgu, asbab cikgu saya jadi seperti sekarang. Bergenang air mata cikgu itu. 

Sebenarnya guru tak nak duit daripada kita, cukuplah anak murid dia datang semula ucap terima kasih. Kalau kita mampu, sponsor apa yang patut seperti aircond, tikar getah, almari fail atau lain-lain sebagai tanda kita berterima kasih. 

Saya pernah beritahu pada isteri saya, 

"Nanti Abu bakar sekolah. Kalau dia nakal dan buat salah di sekolah, abang akan minta cikgu rotan dan tampar. Biar dia rasa sebab dia salah. Biar cikgu ajar dia menjadi manusia yang tahu adab! Tak aci ayah kena, takkan anak kita tak kena? Haha," 

Malangnya hari ini, anak-anak dimanjakan oleh ibu bapa yang berjaya, berkarier, profesional yang mana dulu pun mereka pernah kena lebih teruk daripada itu, asbab itulah mereka berjaya. 

Malangnya kita sebab ibu bapa lupa, manjakan anak sehingga anak-anak dah hilang rasa hormat pada guru. Bila hilang rasa hormat, maka hilanglah keberkatan ilmu dalam kehidupan. Bila hilang keberkatan, maka beri kesan yang sangat besar pada negara nanti. 

Ya Allah, sedihnya, guru mengajar dalam keadaan ketakutan, guru mengajar hilang keseronokan. Kasihan sangat nasib guru hari ini, pelajar boleh tunjuk jari pada cikgu, boleh panggil cikgu dengan panggilan yang tidak sepatutnya. Ingatlah, jangan asbab profesional kita, mata kita buta, hati mati dalam mendidik anak-anak kita. 

Ya Allah, tingkatkanlah darjat guru di akhirat nanti walaupun mereka dihina dan tertekan di dunia ini. Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang menyayangi anak-anak kami keranaMu. Ya Allah, maafkan kami. Amin.

Kongsikan pada semua, biar ada yang terasa dan tersedar. - Ustaz khailil Razak | The Reporter

Lelaki & Beruk Peliharaannya Maut Dipanah Petir

$
0
0
Gambar kecil, keadaan bangsal tempat mangsa dipanah petir | Foto - Harian Metro

GUA MUSANG - Seorang lelaki maut dipanah petir ketika mengupas kulit buah kelubi di bangsal depan rumahnya di Kampung Tanah Puteh, petang semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Mohd Syamsudin Muda, 52, berada di bangsal tersebut seorang diri, parah di bahagian perut dan paha. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pada ketika kejadian, isteri dan lapan anaknya (termasuk seorang OKU) berada di dalam rumah yang terletak 20 meter dari bangsal tersebut. 

"Mangsa ditemui oleh anak perempuannya yang berusia 10 tahun di bangsal itu yang menyangka mangsa sedang tidur selepas melihatnya terbaring bersama gumpalan selimut. 

"Dia kemudian memanggil ibunya untuk membantu mengejutkan mangsa yang tidak sedarkan diri. Bagaimanapun mangsa langsung tidak bergerak, lalu mereka meminta bantuan dari jiran," katanya. 

Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat dan dikebumikan pagi ini. 

Turut terkorban dalam kejadian itu, seekor beruk milik mangsa yang ditambat di tepi bangsal tersebut.

Menurut sumber, keluarga itu kini kehilangan tempat bergantung di mana sebelum ini, arwah Mohd Syamsudin Muda atau Pokpin, berniaga secara kecil-kecilan untuk menyara keluarganya. - The Reporter

Ular Ditangkap & Dibelah Perutnya Kerana Disyaki Telan Anak Lembu, Rupa-rupanya Bunting

$
0
0

NIGERIA - Penduduk tempatan berjaya menangkap seekor ular yang besar kerana mengesyaki reptilia berkenaan telah memakan anak lembu milik seorang penternak lembu. 

Bagaimanapun, sangkaan mereka itu meleset apabila mereka menemui berpuluh-puluh biji telur di dalam perut ular yang mengandung itu.

Meskipun terkejut dengan penemuan itu. mereka mengambil kesempatan dan mengeluarkan kesemua telur-telur tersebut untuk dijadikan sebagai 'makanan istimewa' yang jarang didapati. 

Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas jenis ular tersebut, banyak spesis ular yang boleh menghasilkan telur sehingga 100 biji telur pada satu masa. 

Sementara itu netizen di media sosial melahirkan rasa simpati terhadap reptilia itu, namun turut bersyukur telur-telur itu tidak sempat ditetaskan oleh induknya. - The Reporter

Selepas Pasport Ditahan, Pegawai SPRM Dera Isteri Ditamatkan Perkhidmatan

$
0
0
Foto - Google Images

PUTRAJAYA - Lembaga Tataterbib Suruhjanaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberhentikan perkhidmatan Muhammad Nazrin Abdullah, berkuatkuasa 1 November lalu," lapor Harian Metro

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Seri Jamidan Abdullah berkata, keputusan itu dibuat lembaga berkenaan selepas Muhammad Nazrin dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lalu. 

"SPRM memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi jika ada pegawai yang melanggar peraturan organisasi," katanya. - The Reporter

Artikel berkaitan:

'Anak Hilang Sejak 3 November' - Masita

$
0
0
Masita menunjukkan laporan polis dan gambar Faiz | Foto - Harian Metro

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas kali terakhir keluar dari rumahnya, 3 November lalu. 

Ibu kepada remaja berkenaan, Masita Rahmat, 40, berkata, anak kedua dari empat beradiknya itu, Muhammad Faiz Razaki, kali terakhir keluar dari rumah dengan berpakaian baju Melayu berwarna merah dan berbasikal bersama rakannya di sebuah pasar raya di Masai Lama. 

Masita dimaklumkan oleh rakan anaknya bahawa, anaknya dilihat berbasikal bersama rakannya, Ucop, ke kawasan Bukit Sambung di Kota Masai. 

"Lebih enam hari Faiz tidak pulang dan kali terakhir dia berpakaian baju Melayu berwarna hijau dan berseluar sekolah yang dipinjam dari rakannya selepas bermalam di rumah rakannya itu. 

"Dia selalu keluar dan tidur di rumah rakannya selepas meminta izin. Namun kali ini disebabkan saya dan suami bekerja dan hanya tinggal anak sulung kami, dia menegah adiknya itu agar tidak keluar dari rumah," katanya kepada wartawan Harian Metro, semalam. 

Menurut Masita, anaknya yang berketinggian 154 sentimeter itu dikatakan bersembahyang di sebuah masjid di Taman Kota Masai sebelum kumpulan berbasikalnya berpecah dengan FAiz dan Ucop menuju ke Bukit Sambung. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana orang hilang. 

8 Sebab Mengapa Rakyat Amerika Tergamak Memilih Trump

$
0
0
Semenjak kemenangan calon parti Republican, Donald Trump, dalam pilihan raya semalam, ramai yang tak henti-henti bersembang mengenainya. Ada yang bimbang, ada yang suka, ada yang protes (kini sedang berlaku di California). 

Jika dilihat pada grafik setiap negeri yang mengundi yang umum tahu warna merah yang mewakili Donald Trump lebih banyak berbanding warna biru milik Hilary Clinton. Maka, timbul persoalan mengapa majoriti memilih Donald Trump sebagai pengganti Obama? 

Perkongsian dari saudara Irwan Dahnil ini, mungkin boleh membuatkan anda faham serba sedikit. 



Aku bangun pagi, hampir semua group WhatsApp sembang tentang Trump menang menjadi Presiden US. Haha, terhibur aku. Cerita harga minyak naik minggu lepas, luput dari ingatan. 

Kawan office aku, John, berasal dari Tennessee, US, memang mengundi sejak zaman George Bush sehinggalah ke Barack Obama. Untuk orang yang buta politik seperti aku, saja gatal bertanya pada dia.

Seronok tak, Trump menang?

John geleng kepala, sebab dia sokong Hillary. Haha!

Seronok juga dengar apa yang dia cakap tentang negara sendiri, kenapa orang Amerika tergamak memilih Trump. 

1. Golongan baby boomers, orang yang lahir selepas perang dunia adalah golongan paling ramai di US sekarang. Pro kulit putih, white supremacy. Dia rasa negara dia sudah 'diambil' oleh orang lain. Plot cerita dia sama seperti Brexit juga. Bila orang putih UK menyampah dengan imigran yang masuk melambak.

2. Orang Amerika biasa-biasa ini bukan semua ada skill, tidak kompetetif dalam mencari kerja. Kau kan tahu, orang Amerika bukan rajin sangat, kerja sikit tapi mahu gaji besar dan masih perasan dia bangsa hebat serta mendahului semua bangsa lain. 

3. Jadi, apabila imigran datang, semua kerja beralih tangan. Imigran yang sanggup kerja susah tetapi otak lebih geliga. 

4. Imigran yang masuk memberi jalan kepada banyak industri baru untuk wujud. Jika tiada mereka, industri boleh tutup. Silicon Valley contohnya, kerja orang-orang pandai. Orang ini ramai dari Asia, China, India. Orang Malaysia? Toksah cakaplah. Pandai dan beriman. Ramai saja orang Malaysia di US itu. 

5. Lama kelamaan, orang US terasa tertinggal dalam negara sendiri. Mahu dikejar, tak larat. Skill tak cukup kuat, ilmu tidak setinggi mana tetapi masih nak sembang hebat.

6. Menurut John, tahun 80an-90an memang zaman yang paling gemilang. Lebih-lebih lagi orang kerja bank atau teknologi. Itu memang zaman US hebat. Michael Jackson dan Hollywood memang dahsyat.

7. Tetapi sekarang, Amerika sudah suam-suam kuku dan kalah dengan banyak negara. Kalau buang semua imigran, Silicon Valley dan pejabat Google pun boleh tutup sama. Oleh kerana itulah slogan 'Making America Great Again' buat orang US semangat membara.

8. Jadi, mereka pilih Trump sebab dia jenis sembang power walaupun buat belum tentu. Trump nampak berani walau cakap semua benda bikin kontroversi, anti muslim, rasis, sexist.

Jadi, rakyat mengharapkan ahli politik memajukan US semula. Tetapi US kena terima hakikat, kalau bangsa dia terlalu rasa selesa dengan kehebatan yang lampau, ada masanya akan turun. Kalau dia rasa masih hebat, superior, suka hidup bertongkat, kedaulatan bangsa kononnya, itu mungkin tidak kekal lama. 

Sentap sikit, tetapi ada pengajaran untuk kita juga. Kena isi negara kita dengan orang otak pandai dan rajin bekerja. Kalau kosong, orang lain akan masuk. Dunia sekarang sangat terbuka. Zaman dulu kalau kau kerja di luar negara memang kira hebat. Tetapi sekarang itu sudah menjadi perkara biasa.

Bising macam mana pun, Trump sudah terpilih menjadi Presiden Amerika. Pandailah dia nak uruskan US, belum pun jadi apa-apa. Kalau esok kita tak dapat masuk negara dia, ada 194 lagi negara yang kita boleh pergi. Kalau dia banned Muslim, bagus juga. Beramai kita tukar ke Mekah atau Madinah. 

Paling lama Trump akan memerintah pun cuma 8 tahun. Di Malaysia lagi hebat, boleh memerintah selagi ada orang pangkah. Aku angguk saja apa yang John cakap. Kalau John tipu, tertipulah kamu semua.

Janganlah kau risau sangat dengan Trump. Bangla banyak merata-rata ambil alih kerja kita, sampaikan jual nasi lemak dan karipap pun dia juga. Kita pungpang pun, minyak masak naik harga. Itu yang patut kau risau. - Irwan Dahnil

Kanak-Kanak Terjatuh Dari Atas Katil Ketika Bermain, Kepala Tertusuk Pin Palam Elektrik

$
0
0

BEIJING - Kepala seorang kanak-kanak berusia dua ditusuk tiga pin palam elektrik akibat terjatuh ketika sedang bermain.

Dalam kejadian jam 11 pagi, 5 November, Sabtu lalu, mangsa yang sedang bermain di atas katil di kediamannya hilang kawalan kerana terpijak bola lalu terjatuh dari katil. 

Insiden itu menyebabkan kepala mangsa tertusuk palam elektrik di bahagian kiri kepala. 

Mangsa segera dihantar ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan. 

Doktor berjaya mengeluarkan ketiga-tiga pin palam tersebut yang telah menembusi otak mangsa dalam pembedahan yang mengambil masa selama tiga jam. 

Mangsa dilaporkan stabil dan perlu berada di pemantauan pihak hospital selama dua minggu lagi sebelum dibenarkan pulang. - The Reporter

Akan Datang, Orang Ramai Boleh Buat Laporan Polis Secara Online

$
0
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima laporan dalam talian, di mana Kementerian Dalam Negeri kini sedang mengkaji projek perintis berkenaa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan, lapor Free Malaysia Today (FMT).

"Orang ramai mungkin tidak perlu pergi ke balai polis untuk memfailkan laporan lagi. Laporan boleh dibuat dari mana-mana sahaja sama ada melalui telefon bimbit atau komputer mereka dengan mudah," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) yang ingin mengetahui jika PDRM sedang mencari jalan untuk beralih daripada kaedah tradisional dalam membuat laporan di balai polis kepada memfailkannya di dalam talian. 

Bagaimanapun, projek itu belum dapat dilaksanakan berikutan terdapat halangan untuk mendapatkan tandatangan mangsa atau pengadu. 

"Masalahnya ialah, bagaimana kita mahu memastikan tandatangan terhadap setiap laporan itu," kata Nur Jazlan sambil menambah satu penyelesaian yang ditawarkan adalah untuk membolehkan tandatangan digital pada laporan. 

Tinjauan wartawan FMT di internet mendapati, satu-satunya pasukan polis di dunia yang berjaya melaksanakan laporan dalam talian adalah Jabatan Polis Houston (HPD) di Texas, Amerika Syarikat. 

Menurut maklumat di laman web HPD, selepas melengkapkan maklumat yang diperlukan, pengadu akan menerima nombor laporan dan boleh mencetaknya sebagai simpanan rekod peribadi mereka. 

Namun begitu, kemudahan laporan dalam talian itu hanya untuk aduan seperti kes-kes kecurian (nilai maksima US$5,000, tiada kenderaan dikaitkan) dan aktiviti jenayah seperti vandalisme atau kerosakan harta di mana tiada suspek atau saksi. 

Malah, pengadu juga diberikan peringatan oleh laman berkenaan agar tidak membuat laporan palsu kerana perbuatan itu adalah satu jenayah. 
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live