Quantcast
Channel: The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live

Gaji kecil, baru grad tapi boleh beli rumah dengan 7 step ini

$
0
0

Zaman sekarang nak beli rumah, kena 'cerdik'. Salah langkah, tanggung kerugian bertahun-tahun. Namun ada beberapa individu yang sudi berkongsi cara dan langkah yang betul untuk memiliki sebuah rumah mengikut kemampuan gaji masing-masing. 

Semoga perkongsian dari Mazlan Aziz ini bermanfaat.

THREAD ini untuk mereka yang bergaji kecil seperti kami saja. Yang bergaji besar, jangan baca. Hahaha! No hidden. Cara sempoi kami beli rumah lelong.

Aku spesifik terus untuk rumah lelong sebab gaji kita kecil, kan? Senang sikit. Rumah subsale and undercons lain kalilah. Tetapi syarat pertama jangan mengada-ngada, plan strategy and effort. 

Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Kalau ada salah, tolong betulkan. Ada tiga stage:
  • Sebelum beli
  • Semasa
  • Selepas dapat rumah

Hadam betul-betul tiga stage ini, baru boleh On. Aku cerita dulu stage 1 dulu, ada tujuh step. 
  1. Cek loan pinjaman kau lepas berapa sen
  2. Cek duit cash kau ada berapa
  3. Letak range harga rumah yang mampu, gaji sempoi, jangan rumah juta-juta pun kau nak tibai. Sabar, jangan gelojoh.
  4. Buat strategy, sama ada kau nak duduk sendiri atau bagi sewa (cash flow) atau jual balik (flipping).
  5. Then baru kau boleh pilih rumah mana yang kau nak masuk bid. Kalau step 1-4 kau tak buat, terus ke step 5, aku rotan kau! DAh pilih, selepas itu cek nombor 6 dan 7.
  6. Cek status rumah dari segi legal.
  7. Cek status rumah dari segi fizikal (pergi tengok keadaan rumah).

Biasanya step 1-5 boleh buat sendiri tetapi sampai step 6 dan 7, di sini barai. Jaga-jaga guys. Memang awal-awal rasa macam boleh buat semua step. Tetapi bila time tulah anak kau ada sukaneka, isteri mengidam nasi kandar la, serius memang tak sempat. 

Step 1-7 itu wajib buat. Kalau tak buat, tak payah masuk lelonglah. Duduk rumah main PES17. 

Aku pesan siap-siap, lelong ini kena bersabar. Ada rezeki, sekali bid terus dapat. Ada yang Allah uji tiga bulan baru dapat (macam aku). Macam jodoh, ada yang cepat, ada yang lambat. Hehehe! 

Nak pilih rumah di mana? Yang itu biasanya aku suruh Nazri update rumah ikut strategy yang aku nak. Dia dah siap-siap tapis. Jimat sikit masa aku. Sempatlah aku nak keluar date dengan mak aku. Tetapi kalau nak tengok list, boleh tengok dekat lelong tips. 

1. Untuk step 1 (cek loan kau lepas ke tak)

Untuk step ini, kau boleh tengok tweet @Cik_Ifa. Dia ada bagi tips untuk loan. Hehe. 

Beli rumah lelong ada dua cara iaitu:
  1. Cash
  2. Loan

Aku tak kisah sangat yagn cash tetapi kalau guna loan, cek betul-betul guys. Aku cerita yang beli guna loan, ada few things yang kau kena cek to make sure loan kau lepas. Sebab biasanya selepas menang rumah, kau kena settlekan dalam masa 90/120 hari. Tapi kalau loan kau tak lepas, meranalah kau nak cekau duit untuk bayar full rumah itu dalam masa 90 hari. 

So make sure cek loan kau lepas ke tak. Kalau lepas, tak perlu risau. InshaAllah dapat rumah dengan harga murah. 

2. Untuk step 2 (cek duit cash kau ada berapa)

Yang ini penting, kalau tak kau tak boleh masuk lelong sebab untuk masuk, kau kena buat bank draft 10% dari harga rumah. Contoh rumah kau target RM90K, buat bank draft RM9K. 

Kalau mak mertua minta hantaran, kau cakap dah buat deposit rumah. Jangan takut, cakap dengan confident. Tapi kalau melepas si dia, kau jangan salahkan aku. Hahaha! 

3. Letak range harga rumah yang kau MAMPU.

Aku saja besarkan 'MAMPU' itu, nak highlight. Jangan mengada-ngada nak target rumah juta-juta kalau tak mampu. 

Okay so based on loan kau lepas berapa dan duit cash kau berapa yang ada, letaklah limit harga rumah yang kau nak masuk. 

4. Buat strategy sama ada kau nak:
  1. Duduk sendiri
  2. Bagi sewa (cash flow) atau'
  3. Jual balik (flipping)

Yang ini pandai-pandailah. Nak tahu details, PM aku (@enginbright)

5. Okay, dah buat step 1-4, then boleh pilih nak rumah yang mana.

6. Cek status rumah (legal issue)

Yang ini penting gila! Itu yang aku malas nak buat. Aku suruh Nazri and the geng cek. 

7. Periksa keadaan rumah

Yang ini aku boleh buat sendiri dan enjoy juga pergi view rumah ni. Tengok kawasan kejiranan okay ke tak, tengok rumah cantik ke tak. 

Kemudian bolehlah daftar dengan pergi bidding. Ulang step 6 dan 7. Aku pun lambat tahu benda ini sebenarnya. Harap korang yang dah tahu ini manfaatkanlah ye. Semoga Allah mudahkan urusan korang untuk beli rumah. 

Ramai yang nak nombor telefon kan, saya serba salah sebenarnya nak kongsi. Tetapi untuk kebaikan, okay kot? Ini ha:
  1. Majid: 016-6300350
  2. Naz: 017-6972341

Boleh roger geng-geng ini. Tapi kalau rasa tak okay, boleh roger orang lain ye. 


Customer bengang, beli beg lain dapat beg lain dan alasan diberikan '...For illustration only'

$
0
0

Viral di laman Twitter seorang pengguna kesal barangan yang dibelinya dari laman web sebuah kedai terkemuka tidak seperti yang dinyatakan dalam iklan.  Malah sangat jauh bezanya. 

Tweet yang dimuat naik oleh Joe pada 16 November lalu menyatakan, dia membeli sebuah beg laptop jenama HP. Namun, beg yang diterimanya jelas sekali berbeza dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati lalu Joe menghubungi pihak kedai berkenaan melalui e-mel untuk memaklumkan perkara tersebut. 

Malangnya, maklum balas yang diterima dari pihak berkenaan tidak masuk akal. 

"FYI, the bas was selling like hot cake and was come in few designs. The picture show in the web advertisement is for illustration only and might differ from the actual unit," kata e-mel tersebut. 

Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Joe kemudian memuat naik gambar perbezaan beg dan e-mel maklum balas berkenaan di akaun Twitternya.

"Elakkan beli barang di HN. Mungkin anda beli peti ais tetapi yang sampai, iron board dengan alasan, "The picture show in the web advertisement is for illustration only." 

Joe juga memanjangkan perkara itu kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) 




Menurut Joe, dia tertarik dengan iklan beg HP berkenaan dengan harga RM10 selepas diskaun lalu membuat pembelian. Namun, apa yang berlaku membuatkan dia benar-benar rasa kecewa.

"Pada 11 November, HN buat sale HP laptop bag RM10. Maka ramailah yang buat pembelian. Namun apa yang berlaku, ramai yang dicancelkan order walaupun sudah membuat pembayaran. Ada yang hanya menerima dua beg walaupun membeli tiga unit beg.

"Yang paling mengecewakan, HN berikan beg yang 100% lain dari yang diiklankan dengan alasan, ..."for illustration only". 

"Ya memang harga RM10 tetapi jangan menipu pelanggan. Atleast warna berbeza okay lagi. Ini beg yang sampai nipis, boleh muat dua laptop. Ada yang beli untuk bawa buku ke kelas atau sekolah. Mana muat!

"Kalau warna lain boleh tahan lagi. Ini beg lain. Umpama membeli Myvi tetapi dapat Kancil. By the way, bukan masalah RM10, tetapi dalam kes ini seller menipu," katanya. 

Sementara itu, netizen yang lain meminta pihak KPDNKK mengambil tindakan terhadap kedai berkenaan yang jelas sekali kes misleading advertisement. 

'Mula-mula termimpi nasi kangkang, kemudian terjumpa tangkal dan mantera ada nama bapak' - Adik-beradik syak mak tiri sihir mereka sekeluarga

$
0
0

Ibu tiri yang disangka baik selama ini, rupa-rupanya mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat. Bertahun-tahun dia dan bapanya termakan nasi kangkang wanita itu dan tidak hairanlah keluarga mereka huru hara. Dengan kesempitan rezeki, adik beradik asyik bergaduh.

Perkara itu hanya disedari oleh si kakak apabila berpindah ke rumah bapa mereka di mana dia diganggu sesuatu dan kerap menemui tanda-tanda rumah itu telah disihir. Ada beberapa pihak cuba membantu, namun si kakak dan adik ini tidak berani bertindak. Sehinggalah pada hari raya haji baru-baru ini, segalanya terungkai dan... 

HAI, aku ada cerita dan aku tak ada niat nak memburukkan sesiapa. Aku cuma nak meluahkan saja dan meminta pendapat, nasihat atau cadangan bantuan. 

Aku adalah anak bongsu dalam keluarga. Aku ada seorang kakak dan abang. Mak meninggal semasa aku berumur 7 tahun. Dalam beberapa bulan selepas itu, bapa aku kahwin dengan seorang perempuan ini sebab kakak aku nak belajar di Kelantan dan tiada orang yang nak jaga aku pada masa itu. 

So masa itu jiran recommend mak tiri aku ini. Mak tiri aku ni pun jiran juga dan kitorang pun kenal dia. Dia anak dara, pernah putus tunang dua kali (tak ada kena mengena pun). 

Kitorang kenal dia, dia memang seorang yang baik, lemah lembuh orangnya sebelum berkahwin dengan bapa. Bila dah kahwin, kitorangp un happy sajalah. 

Oh lupa nak cakap, abang aku kahwin dan dia duduk dengan isteri dia. Kakak aku pula belajar di Kelantan. Jadi aku duduk dengan mak tiri dan bapa. Kisahnya bermula 2-3 tahun selepas mereka berkahwin, mak tiri mula tunjuk belang dia. 

Yang pertama, aku tak ingat waktu itu aku umur berapa tetapi masa itu aku masih berada di sekolah rendah. Dia pukul aku guna getah paip. Nak tahu sebab apa? Sebab aku terkunci pintu dan dia kejutkan aku. Aku tak bangun pagi nak pergi sekolah. 

Teruk weh dia pukul aku, sampai mata aku semua bengkak, belakang badan berbirat. Memang aku lembik hari itu. 

Keesokan harinya aku pergi sekolah, aku malu gila sebab kawan-kawan semua tanya kenapa dengan mata aku. Aku cakap aku terjatuh. Sanggup tak cakap aku kena pukul mak tiri sebab aku malu. Hahaha! 

Dua hari dah berlalu tetapi bengkak dan birat di belakang badan masih tak surut. So aku pergi ke klinik. Doktor pun macam pelik. Kau tahu apa mak tiri aku jawab? Dia kata bapak aku yang pukul. 

Selepas itu doktor bagi ubat dan cuti. Aku pun cutilah. Masa cuti itu aku ada bermesej dengan abang aku di Facebook. Ye, memang aku dah ada Facebook dan handphone pada waktu itu. Nasib baik ada. Kalau tak,, sampai bila-bila tak ada orang tahu aku kena pukul. 

Masa itu abang demam dan dia kata nak jumpa aku. So aku beritahu mak tiri aku. Dia pun apa lagi, kelam kabut dah. Masa abang aku datang, dia suruh aku jangan keluar. Dia kunci semua pintu. 

Abang aku marahlah sebab aku memang ada beritahu abang aku yang aku dipukul mak tiri. Abang call bapa dan beritahu mak tiri tak bagi aku keluar. Dia marah-marah dan ugut nak lapor pada polis. 

Takut dengan ugutan itu akhirnya mak tiri pun buka pintu dan abang ajak aku keluar. Dia bawa aku pergi jumpa kakak ipar dan dia call makcik aku ceritakan semuanya. Semua menangis. Kes ini hampir menjadi kes polis. Tetapi bapa aku suruh bagi peluang. Okeylah. 

Sebenarnya ada banyak lagi kejadian yang mak tiri dah buat pada aku. Ini aku cuma cerita salah satu saja. Kalau cerita satu persatu memang takkan habis. Dia sangat dengki dengan aku. Kalau aku nak beli kasut ke apa ke, dia mesti akan minta bapa aku juga. Kalau aku dapat, dia pun kena dapat. Mengungkit laig jangan cerita. Kalau dia belikan aku sehelai baju, pergh! 10 tahun weh dia ungkit tentang baju itu. 

Basuh baju asing-asing, masak nasi pun asing weh. Aku tiap-tiap hari makan nasi yang dipanaskan. Tahu apa alasan dia buat aku begitu? Dia kata dia tak boleh makan nasi dari dalam peti ais. Masalahnya kalau macam ada nasi briyani ke, nasi ayam ke, bapa aku bawa balik dan tak habis makan, masuk dalam peti ais. Esoknya kalau panaskan, dia boleh pula makan weh. 

Banyak lagilah perangai dia yang aku tak ceritakan. Tetapi itulah, aku pernah cerita perkara ini pada kakak aku. Tetapi kakak pula macam suruh aku dengar cakap dia dan jangan melawan. 

Aku bukan tak nak cuba untuk mengambil hati dia. Tetapi bila aku buat baik, ada saja dia nak hentam aku balik. Tapi apa yang aku tahu, dia memang suka memburuk-burukkan kitorang adik beradik pada bapa aku. Aku pernah dengar dia pusing cerita tentang aku pada bapa. Tapi aku tak kisah pun. 

Susahlah, tapi apa yang aku boleh cakap, kalau orang tak tahu cerita, orang akan nampak aku yang salah dan kurang ajar. Tapi lantaklah, ada aku kisah? Hahaha! Itu yang aku malas nak cerita pada sesiapa. Sebab end up aku yang dipersalahkan. 

Aku memang selalu mendiamkan diri. Aku selalu melawan cakap mak aku bila abang dengan kakak aku saja ada. Sebab itulah abang aku atau kakak aku nampak macam aku yang bersalah. 

Aku nak cerita tentang apa yang terjadi tahun ini, yang sangat membuatkan aku tawar hati pada mak tiri. 

Kakak aku ada buka kedai di Kuala Lumpur dengan pakwe dia. Selepas itu dia break up dengan pakwe dia dan dia balik ke Johor (rumah). Dia balik awal bulan Mac ini. Akulah manusia yang paling bahagia sebab tak ada orang nak dengki dengan aku lagi selepas ini sebab mak tiri berani marah-marah atau tengking aku saja. Dengan abang dan kakak, dia tak berani. So rumah mak tiri aku ini belakang rumah aku saja. So dia selalu ulang alik. 

Pada satu hari, kakak aku ada termimpi tentang nasi kangkang di rumah ini. Dia kata masa itu dia seorang saja nampak nasi itu nasi kangkang. Dan masa itu semua orang ada. Kitorang satu keluarga tengah makan nasi itu. 

Lepas itu pada waktu malam hari itu juga, dia rasa ada benda baring di sebelah dia. Dia pusing, dia ingatkan aku tetapi bukan. Dia kata dia nampak macam lembaga hitam. So dia kuatkan diri untuk bangun dan buka lampu. Selepas saja mimpi itu, dia mula melakukan pencarian mengenai santau, sihir apa semua di Google. Dia cari tanda-tanda rumah ada sihir. So memang banyak sangat tanda-tanda itu di rumah kitorang. Tetapi dia diam saja dan tak beritahu apa-apa. 

Dia selalu kena kacau juga masa itu. Dengar suara oranglah, dengar orang berjalan di atas. Dia cerita semua itu pada aku selepas seminggu dia kena kacau. Rumah aku ini memang dah lama ada gangguan tapi kakak tak pernah kena. Selalunya aku dengan abang aku saja yang kena teruk. Kakak tak pernah kena walaupun masa itu dia ada. 

Pada hari lain pula. aku dengan kakak tengah memasak di dapur. Tengah-tengah ketawa, kakak aku buka peti ais, tiba-tiba ada satu plastik jatuh. Kuat gila sampai kitorang berdua terdiam. Dalam plasti kitu macam ada banyak kertas. So kakak aku tengok, dia nampak nama bapa aku. Ada satu mantera dan dalam itu ada nama bapa. 

Kitorang memang terkejut, terus snap gambar dan ambil kertas itu dan letak balik plastik itu. Dalam beberapa minit kemudian, tiba-tiba mak tiri aku pergi dapur dan dia tengok-tengok kitorang sebelum pergi ke depan semula. Bapak ah! Meremang weh! 

Bermula dari hari itu kitorang memang tak percaya langsung pada dia. Kau tahu tak perangai dia pun semakin teruk. Bermula dari itu juga rezeki dalam rumah makin tersekat. Bapa aku pesara, kakak aku menganggur dan abang aku bawa teksi saja. So dalam beberapa bulan itu, kakak cuba cari duit dengan kemahiran memasaknya. So dia buat delivery rojak mamak. 

Masa itu bapa aku yang delivery. Selepas itu, rojak dah popular sikit, tiba-tiba bapa ditimpa kemalangan. Kakak guna semua duit modal sebab nak rawat bapa pada masa itu. Memang rezeki sangat-sangat sempit. Aku nak bawa duit pergi sekolah pun tak ada. 

Kakak buat macam-macam cara nak dapatkan duit. Buat kuihlah, aiskrimlah, Alhamdulillah ada. Tapi memang cukup-cukup makan saja. Bukan setakat rezeki saja tersekat, kitorang pun asyik bergaduh. 

Bulan September yang lalu, kakak pergi Langkawi dengan rakan-rakannya. So kawan dia ada update gambar dia dengan kakak. Aku bagi nama kawan kakak itu A. So si A ini letak gambar dia dalam FB dengan kakak. Selepas itu tiba-tiba ada orang mesej si A dan dia minta gambar penuh kakak. 

Aku bukan nak percaya 100%, tapi apa yang dia cakap itu memang logik. Tahu apa yang dia kata? Dia kata aku, kakak dan bapa kena sihir. Sihir atau santau ke apa entah. Kemudian dia kata bapa aku dengan aku yang paling teruk kena sebab aku dah banyak makan masakan dia. 

Selepas itu si A suruh ambil gambar rumah aku dengan gambar rumah mak tiri. Aku dengan kakak malam itu keluar juga ambil gambar rumah. Kau nak tahu dia cakap apa? Dia cakap kat dalam rumah mak tiri aku itu ada satu bilik berkunci yang penuh dengan barang-barang pujaan. Aku fikir benda ini tak logik. Tapi bila fikir balik, mak tiri aku selalu pergi selepas subuh dan balik dekat-dekat maghrib, kadang-kadang malam. Kadang-kadang kita nak pegang kunci pun dia macam tak bagi. Memang dah mula curiga pada masa itu. 

Selepas itu katanya lagi, kitorang ini setiap seorang ada pendamping. Dia akan berada di setiap sudut yang kitorang pergi. Perghh! Meremang weh masa dapat tahu tu. Dia ada suruh kitorang buat air letak apa benda entah. Tetapi kitorang tak buat pun sebab tak percaya. Dia cuma cakap kalau boleh elakkan makan atau minum masakan dia. So itu yang kitorang buat. Kakak yang masak atau kadang-kadang kakak ipar yang masak. 

Ini kakak ipar baru tahu. Abang aku bercerai, masa nikah, abang aku lagilah teruk dalam rumah ini aku dengan kakak aku saja yang uruskan. Mak tiri goyang kaki dalam bilik. Banyaklah perangai dia. 

Selepas itu orang itu ada kata dalam bilik kitorang ada tangkal apa benda entah, nama dia macam warna kuning. Selepas itu di bilik bapa aku dengan kat mana entah. Ramai suruh kitorang cari tetapi sumpah aku cakap, aku memang tak berani. Tak berani weh! 

Selepas sebulan kitorang dah tak tahan sebab masa itu bapa aku pun berubah 360 darjah. Dia jadi macam bodoh-bodoh. Daripada seorang yang caring, jadi marah-marah. Teruklah weh. Teruk sangat. 

Selepas itu kitorang pergi berjumpa seorang ustaz ini. Mula-mula nak umpa memang banyak halangan. Sakit perutlah, tak sedap badanlah, nak muntahlah. Ustaz tak ada hari itu. Selepas kitorang pergilah pada hari lain, dapat jumpa. 

Kitorang pun ceritakanlah semua dan bagi pada ustaz mantera yang kitorang jumpa. Cerita perangai mak tiri satu persatu. Selepas itu ustaz cakap di rumah kitorang ada benda. Benda itu dah lima tahun duduk dalam rumah dan benda itu khadam syaitan. Aku tak tahulah apa bendanya. 

Mak tiri dan bapa kahwin dah 9 tahun. So benda itu ada selepas kahwin. Ustaz kata mungkin benda itu ada sebab mak tiri amalkan mantera itu. Tapi kitorang tak puas hati sebab ustaz itu macam ada sembunyikan sesuatu. 

Balik dari berjumpa dengan ustaz, korang tahu ini Ya Allah. Ini yang paling seram. Mak tiri aku masak di dapur. Masa itu aku membelakangi dia. Dia tanya aku, 

"Kenapa kau pergi sana?!" 

Aku macam pelik. "Pergi mana??" aku ulang dua kali. 

Lepas itu dia buat-buat bodoh, dia jawab, "Takdelah, Umi pergi rumah sana (rumah dia) tadi". 

Pergh! Masa itu aku berdebar dan meremang. Ustaz ada bagi air suruh spray dalam rumah tapi kitorang tak buat lagi sebab takut. Takyah bising kenapa kitorang tak buat. Kalau berani, kau datanglah sini tolong buatkan. Ustaz itu kata tempat tinggal benda itu di dapur rumah dan sampai semarang kitorang rasa sangat-sangat lifeless. Rumah ini macam tak ada seri langsung. Cakap dengan bapa sendiri pun macam orang luar. 

So masa raya haji baru-baru ini, kitorang duduk berbincang. Kakak cakaplah apa yang dia tak puas hati dan semuanya. Dan masa itu aku langsung tak diberi peluang untuk bercakap. Sakit hati weh! Aku diam sajalah dan dengar apa yang diorang nak cakap. Aku jadi pemerhati. 

Kau tahu, mak tiri aku masa itu perangai dia berubah 360 darjah. Dia lawan balik apa yang kitorang cakap dengan point yang sangat bodoh. Aku malas nak cakap satu persatu. Tetapi aku nak mention satu part ini. 

Aku dengar saja tahu apa yang dia cakap, sepatah-sepatah aku ingat. Masa tu aku geram sangat tengok muka dia sambil geleng kepala. Tiba-tiba dia tengok muka aku, dia tengking aku. 

"Kau kenapa geleng-geleng ni?" 

Dia tengking weh, dia tengking. Aku ni fikir dia mak tiri dan masa itu ada bapa aku je. Hahaha! Aku teringin nak sepak dia kuat-kuat. Teringin sajalah.

Masa kitorang berkumpul itu, bapa diam saja. Dia macam orang bodoh di tengah-tengah. Muka dia, aku kasihan sangat masa tu. Selepas itu, kitorang ada cakap tentang mantera itu. Kau tahu tak, masa perempuan itu pegang kertas tu, muka dia dari putih bertukar jadi merah. Selepas itu dia cakap itu ubat demam bapak dia ajar. 

Masa itu bapa aku tengok kertas itu pun terperanjat sangat-sangat. Dan kertas itu terus lesap! 

Setakat itu sajalah cerita aku. Hahaha! Sorrylah panjang sangat. Aku nak minta korang doakan yang terbaik untuk keluar aku dan doakan aku dapat asrama jauh-jauh. Dah penat nak stress dan habiskan air matau ntuk benda-benda bodoh ini. Bye. 

'Anak saya mati akibat penyakit HIV dijangkiti dari suami yang berzina dengan perempuan lain'

$
0
0

Hancur luluh hati isteri apabila mendapat tahu suaminya mengulangi perbuatan berzina dengan perempuan lain buat kali kedua walaupun peluang telah diberikan sebelum ini. Lebih teruk lagi, isteri dan bayi mereka berusia lapan bulan turut dijangkiti penyakit HIV.

Pada mulanya suami enggan mengaku, namun setelah bayi mereka meninggal dunia, barulah si suami mendedahkan segala-galanya. Namun sudah terlambat dan isteri juga menyesal kerana memberi peluang kedua buat suami yang akhirnya menyebabkan dia kehilangan anak dan dijangkiti HIV.

ASSALAMUALAIKUM. Saya tertarik dengan cerita kaum wanita memaafkan suaminya yang pernah terlanjur dengan alasan anak masih kecil dan dia masih sayangkan suami. Namun persoalan saya, adakah kami yakin dengan keputusan kamu itu? 

Saya tergerak hati untuk berkongsi kisah hidup saya. Mungkin jalan cerita ini panjang tetapi bacalah sehingga habis kerana saya ingin berkongsi cerita tentang penyakit HIV. 

Nama saya Aina dan mempunyai dua orang anak. Si kakak berumur enam tahun dan arwah adik lelakinya pula berumur 11 bulan. Saya telah bercerai dengan suami selepas anak lelaki saya meninggal dunia kerana penyakit yang bekas suami saya kongsikan kepada kami. 


Sebelum berpisah, bekas suami saya kantoi berzina dengan perempuan lain ketika anak lelaki saya baru berumur empat bulan. Saya maafkan perbuatan suami dengan alasan paling bodoh seperti wanita di luar sana iaitu, alasan anak masih kecil dan masih sayangkan suami. Suami saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi dan saya percaya dengan janji bodohnya itu. 

Kehidupan saya selepas itu baik-baik sahaja sehingga anak lelaki baru masuk usia enam bulan, ujian datang kepada saya. Badan anak berkudis dan saya menghantarnya ke klinik. Tetapi doktor kata mungkin disebabkan ruam dan anak menggarunya sehingga menjadi kudis. 

Tetapi lama kelamaan kudis itu bernanah dan berbau. Anak saya mengalami demam panas dan cirit birit yang agak teruk. Saya bawa ke hospital dan doktor mengesahkan anak saya menghidap penyakit HIV. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada masa itu. 

Saya juga memeriksa diri saya dan sah saya juga menghidap penyakit HIV. Doktor memaklumkan, anak saya mendapat penyakit itu dari saya melalui susu badan yang saya beri. Suami pula menuduh saya berlaku curang dan mendapati penyakit itu hasil dari kecurangan. Suami juga marah kerana dia juga turut mendapat penyakit itu. Tetapi Alhamdulillah anak perempuan saya tiada penyakit itu. 

Hari terus berlalu dan akhirnya anak lelaki saya meninggal dunia ketika dia berusia lapan bulan. Selesai pengebumian arwah anak bongsu saya, suami menangis-nangis dan meminta ampun kepada arwah anak. Dia kata, "Maafkan papa. Ini semua salah papa. Kalaulah papa tak berzina, anak papa akan hidup lama."

Selepas kami pulang ke rumah, saya bertnaya pada suami adakah dia berzina lagi dengan perempuan itu. Suami mengaku yang dia masih lagi berzina dengan perempuan berkenaan dan juga mengaku mendapat penyakit dari perempuan itu. 

Saya pergi ke mahkamah untuk menuntut perceraian dan akhirnya kami bercerai. Sudah tiga bulan arwah anak lelaki meninggalkan saya dan bekas suami tak habis-habis mengajak saya berbaik semula dan ingin bersama saya sehingga dia pergi selama-lamanya. 


Saya tidak akan sesekali kembali kepada penyebab kematian anak saya. Anak perempuan saya diserahkan kepada kakak kerana saya bimbang jika dia dijangkiti penyakit HIV dari saya nanti. 

Andai boleh putarkan masa, saya takkan maafkan bekas suami dan tinggalkan dia. Mesti anak saya masih hidup pada hari ini. Bekas suami berzina dengan orang yang sama dan mengaku dia mendapat penyakit itu selepas dia buat perangai kali kedua. 

Maafkan mama wahai anak-anak mama disebabkan alasan bodoh yang mama masih sayangkan papa dan anak masih kecillah mama kehilangan anak-anak mama. 

Buat kaum wanita, fikirlah masak-masak sebelum menerima suamimu yang pernah berzina dan jangan gunakan alasan masih sayangkan suami dan anak masih kecil lagi kalau tidak mahu menerima nasib seperti saya. 

Sebelum menerima pasangan anda yang curang itu semula, buatlah pemeriksaan HIV sekali seminggu. Manlah tahu si suami masih berzina dengan perempuan lain lagi. 

Doakan saya kuat menjalani kehidupan sekarang tanpa anak-anak di sisi. Assalamualaikum. 

Penemuan uri dalam rahim bongkar pasangan buang janin

$
0
0

Sepasang kekasih yang disyaki membuang janin ke dalam Sungai Kenawar, Pogoh, Segamat, ditahan polis hari ini, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, pasangan terbabit yang masing-masing berusia 21 dan 19 tahun ditahan di Hospital Segamat kira-kira jam 4 pagi semalam selepas mendapatkan rawatan di hospital itu kerana mengalami pendarahan dalam rahim.

Suspek wanita yang diperiksa doktor menemui ada uri tertinggal di dalam rahimnya. Melihat pasangan itu dalam keadaan meragukan, pihak hospital kemudian merujuk kes itu kepada polis selepas selesai memberi rawatan.

"Hasil soal siasat mendapati, suspek lelaki mengakui pasangannya telah melahirkan bayi tidak cukup bulan tanpa pengetahuan keluarganya di rumah keluarga di Paya Pulai.

"Gadis itu dipercayai melahirkan tanpa bantuan individu lain dan kemudian menyerahkannya kepada kekasihnya tanpa pengetahuan sesiapa," katanya.

Suspek lelaki juga mengakui memasukkan janin pasangannya ke dalam beg plastik kuning dan membuangnya ke dalam Sungai Kenawar pada jam 12.15 tengah malam, Jumaat sebelum terpaksa membawa pasangannya ke hospital kerana mengalami pendarahan. 

Suspek lelaki turut mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan pasangannya.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui bungkusan plastik yang mengandungi janin terapung di sungai itu. Janin berkenaan yang tidak dapat dipastikan jantinanya itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Segamat," katanya.

Susulan kejadian itu, pasangan terbabit ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

Hati-hati dengan dua lelaki ini cuba mencuri motosikal saya - Mangsa

$
0
0

Viral di media sosial gambar dua lelaki didakwa cuba mencuri sebuah motosikal Suzuki Belang kononnya pemilik motosikal gagal membuat bayaran ansuran bulan, lalu mahu menarik kenderaan itu. 

Dalam kejadian jam 1.30 petang, 15 November di Hospital Klang, pemiliknya, Mohd Hairi Joned, 39, bagaimanapun enggan menyerahkan motosikalnya dan meminta bukit surat daripada pihak bank. 

Malangnya, dua lelaki berkenaan gagal menunjukkan surat yang dipinta. 

"Berlaku pertengkaran mulut di antara kami sehingga memaksa seorang anggota polis datang untuk memeriksa motosikal, nombor enjin bagai. 

"Untuk makluman, motosikal saya tidak mempunyai bayaran ansuran tertunggak.  Selepas dua lelaki itu 'kantoi', mereka cuba berikan alasan lain pula, kononnya mereka tersilap kerana nombor motosikal sama," katanya. 

Bimbang dengan keselamatan diri dan kenderaannya, Mohd Hairi membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini untuk tindakan lanjut. 



Justeru orang ramai khususnya penunggang motosikal dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah percaya pada individu-individu yang mendakwa kononnya mereka diberi kuasa oleh pihak bank untuk menarik kenderaan anda. 

Enggan bayar wang perlindungan RM3,000, isteri dan anak diculik, dirogol 5 lelaki Myanmar

$
0
0

Seorang wanita diculik dan dirogol sekumpulan kongsi gelap warga Myanmar di sebuah rumah di Selayang, Selangor, kelmarin, lapor Harian Metro. 

Menurut sumber polis berkata, mangsa berusia 28 tahun menetap di Jalan City, Dengkil, diculik enam lelaki yang tidak dikenali di rumahnya pada jam 2.30 pagi menggunakan dua buah kenderaan MPV, Perodua Alza sebelum dilarikan ke Selayang. 

Mangsa yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun dikurung di sebuah rumah dalam keadaan kaki serta tangan diikat bagi mengelakkannya melarikan diri. 

"Hasil maklumat yang diterima, mangsa diculik enam suspek berusia 30-an kerana suaminya enggan membayar wang perlindungan RM3,000 sebulan bagi mengelak diganggu sekumpulan samseng," katanya. 

Menurut sumber itu lagi, mangsa turut dibogel dan dipukul sepanjang tempoh ditahan. 

Mangsa yang merupakan pelajar di sebuah universiti swasta diseksa sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki yang tidak dikenali sehingga pengsan. 

Mangsa hanya berjaya melarikan diri ketika semua suspek sedang tidur. Mangsa kemudian meminta bantuan orang ramai menghubungi bapa saudara sebelum dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Difahamkan, mangsa pernah melihat dua daripada lima suspek berkenaan yang seringkali menganggu keluarganya untuk meminta wang perlindungan. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dengkil untuk tindakan lanjut. 

'Saya terlanjur dengan kekasih dan hamil 5 bulan, ketika suami lumpuh separuh badan (strok)'

$
0
0

Susah senang, suami isteri sepatutnya bersama. Bukannya hanya bersama bila senang, bila susah ditinggalkan pula pasangan. Tergamak si isteri dalam kisah ini mengambil kesempatan untuk berzina dengan lelaki lain ketika suaminya lumpuh separuh badan akibat strok. 

Lebih teruk lagi, dia memberikan alasan sudah penat dan enggan terus hidup bersama suaminya yang lumpuh itu. Sehingga dia disahkan hamil lima bulan hasil dari zina dengan suami orang. Kini dia buntu, sama ada nak meminta suami menceraikannya. Namun dalam masa yang sama kekasihnya masih belum menceraikan isterinya. 

HI dan salam warga Kisah Rumah Tangga (KRT). Suami saya diserang strok separuh badan. Sudah enam bulan saya menjaga dia dan saya sudah letih dengan semua ini. Saya juga ingin merasa kebahagiaan seperti pasangan lain. 

Saya ada mengenali seorang lelaki menerusi aplikasi WeChat. Katanya dia dalam proses nak bercerai sebab isterinya pemalas dan tidak bertanggungjawab. Dia ajak saya berkahwin dan sebelum itu kami sudah beberapa kali berjumpa dan terlanjur bersama. 

Sekarang saya hamil lima minggu. Mesti orang lain curiga sebab saya tidak pernah bersama suami. Macam mana saya nak berterus terang dengan suami kalau saya nak bercerai? 

Dan dalam masa yang sama, boyfriend saya dari awal perkenalan dia kata nak ceraikan isteri dia tetapi sampai sekarang mereka masih bersama. Saya buntu. 

REAKSI NETIZEN

"Suami saya pun kena strok dan dalam proses pemulihan. Tak pernah terfikir sampai begitu kecuali mengharapkan suami pulih sepenuhnya. Memang penat menjaga orang yang lumpuh separuh badan tetapi itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan," kata Sek Geok. 

"Mak saya strok separuh badan juga sis. Tetapi abah setia menjaga mak dari tak teruk sampailah dah tak boleh buat apa-apa. Kencing berak mak, abah yang basuh dan abah yang mandikan. Makan mak, abah yang suapkan. Ikhtiar berubat sana sini naik motosikal. Ulang suara, naik motosikal. Abah sebelah tangan pulas minyak, sebelah lagi pegang mak sebab mak tak boleh menyeimbangkan badannya sendiri. 

"Sampai ke akhir hayat mak pun, abah setia di sini. Sedikit pun abah tak mengeluh. Tak pernah ada niat nak pergi walau selangkah. Sampai akhir hayat abah sendiri pun abah setia pada satu nama. Allahu, besar kasih sayang abah pada mak, Allah saja yang tahu. Hargailah suami sis selagi dia masih ada," kata Ainiey Sugiman. 

"Suami saya pun kena strok 2015. Saya jaga sampai dia boleh berjalan dan sekarang boleh drive. MAta dia buat selah kanan akibat saluran mata pecah dan tidak dapat dibaiki walaupun operation. 

"Tetapi sebagai isteri, saya tetap setia pada suami yang sekarang disahkan sebagai OKU penglihatan. Dia hanya mampu menggunakan mata kiri saja untuk melihat. Mata kanan boleh melihat walaupun sikit. 

"Puan, bersabarlah kerana besar pahala bersabar menjaga suami yang sedang sakit. Janganlah ikut sangat nafsu dan bisikan iblis dan syaitan kerana mereka memang selalu berusaha untuk menyesatkan kita dan menyeret kita ke neraka. 


"Puan bertaubatlah dan jauhkan diri dari lelaki lain. Jaga maruah puan. Semoga puan mendapat pengampunan dosa dari Allah. Semoga suami puan cepat sembuh dan puan akan bahagia hingga ke jannah. Anak itu puan jagalah, jangan buat dosa itu," kata Ezzmal Maszwan Wanty.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

'Tolonglah jangan sewa bilik di rumah ini!' - Tak tahan diganggu, penyewa tekad keluar setelah 4 minggu diganggu 'sesuatu'

$
0
0

Nak menyewa rumah atau bilik, perlulah melihat keadaannya dulu. Jangan sewenang-wenangnya terus bersetuju dan membayar deposit berdasarkan apa yang dilihat pada gambar iklan. Apa yang berlaku pada dua gadis bernama Izzatie dan Ann benar-benar menyeramkan. Semoga anda semua tidak mudah terpengaruh dengan harga sewa yang ditawarkan ya. 

KHAS untuk student atau pekerja wanita yang mencari bilik sewa di area Seri Iskandar. Tolonglah jangan sewa bilik di rumah ini. Kalau nak tahu, baca sebab apa. Tolong share, biar semua orang tahu. 

Okay sekarang saya duduk berdua dengan housemate saya, @xann_abdullahx. Masa mula-mula deal dengan owner, semuanya okey dan elok 'kononnya'. Tetapi selepas seminggu tinggal di rumah sewa ini, pelbagai masalah yang timbul. Mula-mula tak bersembang lagi dengan Ann, sebab waktu kerja tak sama. 

Selepas itu tandas rumah problem. Saya direct terus dengan owner. Yelah, apa perasaan korang kalau stay di rumah tapi nak buang air besar pun tandas tak elok? Mesti bengang, kan? Ingatkan owner akan mengambil tindakan, tetapi dia pula suruh kitorang yang selesaikan. 

Saya mengambil keputusan untuk menghubungi pihak Indah Water. Dah call, sekejap saja pihak Indah Water deal dengan owner nak datang rumah tengok keadaan tandas. Bila dah tengok tandas apa semua, dia suggestkan suruh panggil plumber. 

Keesokan hari, plumber dah baiki tandas, owner boleh pula sound kitorang buang macam-macam dalam tandas. Penyalah mendidih rasa darah di kepala ini. Masuk pun baru sekali dah kena sound weh. Sedih tak sedih hidup kau? 

Mula-mula dulu ayat manis saja. Kalau ada masalah beritahu, last-last kena tuduh macam-macam. Sampailah satu hari itu saya nak basuh baju, ingatkan mesin itu 'elok' sangat. Rupanya bermasalah juga! Owner cakap semua barang okay, okay dan okay. Dah terpaksa berhabis duit membasuh pakaian di dobi.


Sebelum intu kalau korang nak tahu, rumah ini dah lama kena tinggal sampailah housemate yang Ann ni nak masuk. Dia dengan mak dia yang bersihkan rumah. 

Bayangkan peti ais kotor, dia dan mak dia yang cuci. Sebelah rumah kitorang ini, rumah dia macam hutan dan memang menakutkan gila. Dia jugalah yang tebas-tebas segala pokok yang dah masuk ke dalam rumah. Yang lagi bengang bila rumah kitorang macam ada orang lain masuk. 

Bila beritahu owner, dia salahkan kitorang. Ya Allah, kenapalah dapat owner fake begini?! Luar bertutup labuh, cakap slow macam berbisik tetapi perangai dia Tuhan saja yang tahu. Itu tak termasuk lagi cerita budak-budak lelaki di belakang rumah, memang sangat berbahaya. Tak termasuk lagi dengan cerita-cerita misteri di rumah tinggal itu. 

Housemate saya ini kerja kilang, biasalah syif ada minggu siang dan malam. Nak dijadikan cerita, waktu itu saya tak tahu yang dia syif malam. Malam itu saya bangun nak minum air dalam bilik je, tak keluar pun. Tiba-tiba terdengar macam ada orang masuk rumah, selepas itu dengar ada orang mandi. Tak apalah, fikir positif, mungkin dia baru balik nak mandi, rehat-rehat. 

Keesokan harinya, saya tanya Ann semalam balik jam berapa. Dia kata dia syif malam dan tak balik. Hahaha! Okay fine, kau nak mandi eh ghost. Okay, tak apa. 

Esoknya, saya balik kampung, tidur di kampung. Tak berani nak stay rumah seorang diri. Next week itu, Ann syif siang. So malam Ann ada, dia ingat saya ada di dalam bilik sebab dia dengar macam ada orang dalam bilik. Lupa nak beritahu Ann yang masa itu saya masih di kampung lagi. 

Sehinggalah hari Jumaat itu saya balik ke rumah sewa sebab nak ambil barang, nak pergi ke Kuala Lumpur. Saya park kereta di rumah sewa tetapi naik kereta cik abang ke Kuala Lumpur. Masa balik itu, motosikal Ann ada di rumah. Tetapi bila panggil, tak ada orang sahut pun. Mungkin Ann keluar makan dengan kawan-kawan dia. So malam itu memang tak jumpa Ann. 

Saya berada di Kuala Lumpur selama empat hari. Sepanjang tempoh itu, Ann sentiasa ingat saya ada di rumah sebab dia cakap dia dengar ada orang berada dalam bilik saya. Bukan itu saja, dalam rumah itu ada tiga buah bilik. Saya duduk di bilik single, Ann di bilik tengah dan bilik di depan pula kosong. 'berpenghuni'. 


Hmm, susah nak explain tetapi setiap kali bersembang di ruang tamu, waktu itu juga rasa ada yang bersembang dalam bilik itu. Bilik depan ini ada tingkap yang menghadap depan rumah. Setiap kali nak keluar rumah, mesti rasa dia dok tengok-tengok kitorang keluar. 

Beberapa hari lepas, saya balik kampung dan tidur di kampung. So tinggallah Ann seorang-seorang di rumah disebabkan kitorang 'terpaksa' kentalkan hati, so masing-masing abaikan perasaan takut itu. Tapi malam yang Ann tidur itu, dia dengar bunyi bising-bising seperti orang masuk drumah. Kasihan gila tinggal dia seorang-seorang di rumah pada waktu itu. Nak balik pun dah lewat, badan pula tak berana nak sihat sampailah cerita terbaru yang terjadi malam semalam. 

Malam semalam saya ingat nak tidur di kampung sebab dah alang-alang berbuka puasa di sana. Tetapi malam itu rasa nak juga balik ke rumah sewa, jumpa Ann. So sampai saja di rumah, rasa macam ada yang mengintai dari bilik depan. Saya buat bodoh saja dan masuk rumah bagi salam serta panggil Ann keluar. Dia keluar dari bilik dan kitorang pun bersembanglah itu ini sampailah Ann ketuk-ketuk pintu bilik depan. Waktu itu rasa takut saja dengar bunyi dia ketuk balik dari dalam. Allah. Ann ni buat pasal betul. 


Dah puas bersembang dengan Ann, masuk bilik tidur. Dia tak nak dengar bunyi-bunyi itu, dia pasanglah lagu sambil tidur nak menghilangkan rasa takut itu. 

Malam itu pula, tiba-tiba tekak rasa nak makan kokokrunch. Saya pun keluar dari bilik dan ambil susu untuk makan. Dah habis makan, keluarlah nak cuci mangkuk sambil layan lagu yang Ann pasang, memang jiwang dan mungkin waktu itu dia dah lena. Boleh pula saya dengar ada 'suara lain' yang menyanyi sekali. Memang lajulah saya masuk bilik dan kunci pintu, terus tidur. 

Apa yang terjadi pada malam semalam dan pagi ini yang membuatkan kami memang dah tekad nak balik kampung juga hari ini. 

Malam tadi sebelum balik ke rumah, memang dah standy dengan segala surah-surah sebelum masuk. Selepas itu dalam jam 9 malam, keluar pergi dobi dan pergi makan. Dalam perjalanan nak balik, memang rasa berat hati sangat, memang rasa nak balik kampung saja. Tetapi Ann kata nak kemas baju semua. 

Sebelum balik, macam biasa, pasang surah siap-siap masuk rumah duduk di ruang tamu sambil melipat kain. Tiba-tiba bunyi motosikal hon di depan rumah panggil "Annnnn!!" 

Mulanya macam tak nak pergi, bila tengok jam di telefon baru jam 11.53 malam, so Ann bangun dan jenguk di luar, tiada sesiapa. Kami sambung semula kemas bilik baju apa semua sebab memang nak keluar dan tak nak duduk di rumah itu lagi. 

Ann tidur di bilik dia dan saya di bilik saya. Malam itu memang mata mengantuk yang amat tapi tak boleh nak tidur sebab rasa takut lain macam. Waktu itu dah jam 1.05 pagi. Macam biasa dengar orang buka grill masuk rumah, buka pintu bilik bla.. bla.. bla.. Terus sumbat telinga dengan earphone dengar lagu. Terdetik dalam hati, kuat gila Ann pasang lagu. Takutlah kot? Kesian Ann, hadoii! 

Dah jam 1.50 pagi masih tak boleh tidur. Kuatkan diri suruh member datang rumah dan ajak dia pergi McDonald. Dia pun okay dan datang rumah. Selepas itu minta dia temankan saya di rumah malam tadi. Rasa selamat sikit sebab berdua, kan? Okey tak apalah. Selepas saja balik itu memang tidurlah walaupun tak berapa nak lena. 

Sampailah pagi tadi! Pagi pun dia ada, gila betul! Waktu itu saya bangun siap-siap nak pergi kerja. Ann memang dah siap mandi dah. Lepas Ann tanya, 

"Kenapa? Tak tidur ke semalam?" 

Bukan tak tidur, tak boleh tidur. Bunyi macam biasa dengar itu, Ann pun dengar. Sampai saya tegur Ann, kuat gila Ann pasang lagu semalam. Muka Ann terus berubah gila. 

"Ann pasang surah semalam, sumpah, surah!" 

Muka masing-masing dah pucat, memang terkejut yang amat sambil ambil tudung nak pakai itu, member saya baru bangun dia nak balik. Saya sambung bersembang dengan Ann. Bila masuk sekali lagi, dia kata begini,

"Tadi Ann masuk bilik cari barang ke? Pakai baju hijau slow tudung hitam.." 

Wehh! Bertakung terus air mata, cepat-cepat suruh member keluar tengok Ann pakai baju apa. Ann pakai tudung merah, baju hitam. Saya pakai baju putih tudung hijau. Ya Allah, kau siapa gila!? Siap member tanya sembang bertiga di luar, Ann bawa kawan ke sebab dengar suara lain. Allahuakbar! Sumpah takut tak tipu, memang takut. 

Saya cuba cerahkan gambar ini tetapi saya tak tahu apa yang saya nampak ini, korang nampak ke tak. 


Jam 5 petang, ustaz sampai. Turun saja dari kereta, duduk depan pagar, dia kata rumah ini ada 'penjaga'. Saya pun bukalah pintu bagi dia masuk tengok dalam rumah. Dah masuk dalam rumah, saya beritahu yang bunyi itu datang dari bilik depan yang berkunci itu. 

Selepas itu, ustaz itu boleh buka pintu itu guys. Dia masuk dan clearkan rumah itu. Dia dapat tangkap tiga jenis benda yang ada dalam rumah itu. 
  1. Hantu raya.
  2. Perempuan satu lagi ustaz itu tak ada kata apa bendanya. Dia kata bila dah ada benda di tempat itu, biasanya memang akan ada yang lain datang duduk sekali. 
Tak apalah. Dah selesai buat semua itu, tiba-tiba owner datang. Sebab budak baru nak masuk bilik depan itu. Dah habis bersembang dengan owner semua, saya pun pergi minum dengan ustaz dan tanya lebih lanjut. 

Tetapi kes di sini yang saya tak faham bila owner itu cakap dia baru beli rumah itu hujung tahun lepas. Selepas itu dia cat rumah dan terus sewakan. Tetapi kenapa bila Ann masuk rumah itu kena tinggal dia kata rumah itu sentiasa ada orang sewa? So mana satu yang nak percaya ni? Entahlah, susah nak percaya. 

Tetapi banyak juga feedback yang saya dapat dari penyewa-penyewa sebelum ini. Memang mereka pun kena kacau juga. Antara cerita-cerita yang saya dapat:

"Saya balik, rumah bersepah. Sampaikan syiling pun jatuh. Lepas itu lampu terbuka sendiri semua. Ada juga yang kata 'duduk bilik belakang itu rasa panas gila macam bahang', 'bilik depan itu memang menakutkan'. 

Guys, saya dan Ann tiada niat nak menjatuhkan owner rumah ini. Cuma dia perlu upgrade rumah ini menjadi lebih elok. Niat saya hanya mahu semua orang berhati-hati kalau nak sewa rumah atau bilik. 

Sekarang saya dah balik ke kampung. Esok pagi nak pergi ke rumah itu angkut semua barang. Kalau korang nak tahu keadaan rumah sebelah kitorang itu, hutan dia seperti dalam gambar ini.


Saya dah ajak ibu pergi ambil barang-barang yang tinggal di rumah itu dengan menaiki kereta. Masa sampai, rupa-rupanya Ann dah sampai dulu. Masa kitorang nak masuk, 'dia' tak bagi masuk dan pintu ditahan dari dalam. Tetapi bila dah baca ayat kursi semua, Alhamdulillah pintu dah boleh dibuka.

Barang-barang saya semua dah ambil, cuma tinggal barang-barang Ann sikit saja lagi.

Menurut jiran di belakang rumah, dia ada terdengar bunyi benda terjatuh dalam rumah sewa kami. Kira dua kali juga dia dan kawannya terdengar. Tidak lama selepas itu terdengar pula suara budak menangis berselang dengan ketawa. Sampaikan housemate dia tak berani nak tidur bilik belakang yang bertentangan dengan rumah sewa kami. Mungkin 'dia' marah sebab 'kawan-kawan' dia dah kena angkut ustaz semalam.

Tak tahulah nak cakap macam mana dah. Saya harap semua ini dapat diselesaikan dengan baik. Syukur sangat sebab Allah SWT permudahkan segala urusan kami keluar dari rumah itu.

Sekian cerita yang terjadi sepanjang empat minggu saya menyewa di rumah ini. Kalau ada sesiapa yang nak menyewa bilik di rumah ini, cuba periksa betul-betul supaya korang tak teraniaya seperti saya. Jangan baru tengok gambar dah setuju deal nak bayar deposit apa semua, okay. Assalamualaikum. 

Azab buang 'kolagen saka' di dagu, rasa macam nak mati

$
0
0

Gara-gara membuat suntikan kolagen bagi meruncingkan dagu, Sarina Shafie, 38, dan Baharun Baharun Baharudin atau lebih dikenali sebagai Embun, 37, pernah disindir wajah mereka kelihatan seperti Firaun, hantu dagu, dagu panjang, dagu terpisah muka dan nenek sihir, lapor Harian Metro

Tidak tahan dengan ejekan itu, Sarina dan Embun akhirnya mengambil keputusan untuk membuang kolagen bagi mengembalikan dagu mereka kepada bentuk asal. 

Menurut Sarina, dia mengambil suntikan kolagen ketika berumur 25 tahun kerana mahu kelihatan cantik dan memiliki wajah seperti selebriti. 

"Lagipun saya tidak mahu ketinggalan dengan trend suntikan yang popular pada masa itu," katanya. 

Malangnya, masalah mula timbul apabila Sarina berusia 35 tahun di mana ramai yang menegur mengapa dagunya kelihatan pelik. 


"Ramai yang tegur kenapa dagu panjang, kenapa dagu pelik, kenapa dagu terpisah dari muka, kenapa muka dulu cantik, kenapa muka jadi macam ini dan jutaan lagi persoalan yang membuatkan saya mula risau kerana saya sendiri tidak perasan dengan perubahan wajah saya.

"Menjadikan saya lebih tertekan selaku pemilik produk kosmetik, saya selalu mengajar make up secara siaran langsung di media sosial, namun terganggu apabila ada komen yang menghina dan mengutuk saya secara terbuka. 

"Malu dan sedih sangat dan lebih membimbangkan dagu berubah menjadi panjang dan sakit di sesetengah bahagian. 

"Akhirnya saya memberanikan diri untuk pergi ke klinik dan doktor menyarankan saya membuang kolagen itu kerana terdapat banyak implikasi antara fibrosis dan kanser," katanya yang merupakan pemilik produk Syok Cosmetics itu. 

Menurut Sarina, kos suntikan untuk membuat dagunya hanya RM300 sahaja. Tetapi membuangnya menelan kos hampir 40 kali ganda iaitu RM12,000 termasuk ubat dan rawatan susulan. 

"Azabnya jangan cakaplah. Hanya Tuhan saja yang tahu. Rasa nak mati pun ada," katanya, 

Sarina menjalani pembedahan membuang kolagen itu beberapa bulan yang lalu, berlangsung selama empat jam. Sarina juga menerima lebih kurang 20 suntikan ubat tahan sakit yang dicucuk di sekitar mulut dan dagu. 



Doktor juga menebuk satu lubang di bawa dagu untuk dimasukkan besi dan dibiarkan panas selama 20 minit bagi mencairkan kolagen sebelum disedut keluar. 

"Memang ngeri bila diingatkan kembali saat pembedahan dilakuakan. Selepas itu, muka saya bengkak teruk dan tidak boleh makan selama hampir dua minggu dan sembuh enam bulan kemudian," katanya. 

Serik dengan pengalaman yang dilaluinya, Sarina menyarankan kepada mana-mana wanita yang ingin melakukan suntikan wajah mendapatkan nasihat daripada doktor dan pakar kecantikan yang bertauliah jika memang terpaksa melakukannya. 


Sementara itu, Embun juga membuang kolagen yang disuntik di bahagian dagunya pada Mei lalu kerana ia kelihatan semakin pelik. 

"Saya membuat dagu itu kerana dulu badan saya berisi dan muka saya seperti tidak mempunyai dagu. Bagaimanapun selepas mengamalkan diet sehingga berjaya menurunkan berat badan, saya mendapati dagu saya semakin panjang. 

"Reaksi orang ramai melihat saya, sentiasa dengan pandangan aneh. Kenapau dagu kau panjang dan senget serta pelbagai gelaran menghina yang saya terima, cukup memalukan," katanya. 

Embun terpaksa membuat dua kali pembedahan di negara jiran namun hasilnya tetap sama sehinggalah dia bertemu dengan pakar tempatan yang berjaya membuang bahan berkenaan. 

"Saya gelarkan kolagen ini sebagai saka kerana dua kali bedah pun masih tak nak keluar sepenuh. Hampir RM10,000 duit saya melayang," katanya yang turut berharap pengalaman buruknya itu dijadikan iktibar kepada mereka di luar sana. 

(Video) Suami tumbuk isteri dan belasah lelaki yang cuba menghalangnya

$
0
0

Viral di media sosial, video seorang lelaki menampar dan menumbuk kepala isterinya di dalam lif, dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taiwan

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 8 malam menunjukkan, mangsa dan anak perempuannya masuk ke dalam lif bersama beberapa orang awam yang berada di dalamnya. 

Si suami cuba mengajak anak perempuannya keluar dari lif, tetapi kanak-kanak itu enggan berbuat demikian menyebabkan lelaki itu berang lalu menunjal kepala isterinya.





Mangsa kemudian memberi amaran agar si suami tidak berkasar dengannya. Malangnya tindakannya itu mengundang kemarahan dan lelaki itu terus menumbuk kepala mangsa beberapa kali sebelum seorang lelaki di dalam lif menghalang si suami dari terus mengasari isterinya. 


Tidak puas hati individu lain campur tangan dalam masalah keluarganya, si suami mencekik dan menolak badan lelaki muda itu. Kedua-duanya kemudian bertelagah sebelum tercetus pergaduhan di antara mereka berdua. 

Melihat suaminya bertindak secara melampau, mangsa kemudian cuba menghalang suaminya dari terus memukul lelaki itu. 

Kejadian hanya berhenti selepas pintu lif terbuka dan pasangan itu keluar dan menyambung perbalahan mereka. 

Nak beli Myvi baru? Guna formula ini, '20:5:15'

$
0
0

Perodua Myvi baharu yang baru dilancarkan baru-baru ini menarik minat ramai anak-anak muda yang mahu memilikinya. Mana tidaknya, dengan kepelbagaian warna menarik, teknologi terkini, airbags sana sini, ditambah pula dengan fungsi pengimbas kad Touch 'n Go apabila melalui Tol, pasti memudahkan penggunanya. 

Namun begitu, bagaimana cara untuk membeli/memilikinya? Layakkah gaji anda terutamanya mereka yang baru bekerja atau baru nak hidup? Tuan Azizul Azli Ahmad, ada menyediakan panduan yang mudah difahami untuk anda. Semoga bermanfaat. 


PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA

Kebelakangan ini, semakin banyak kereta baru akan dan telah keluar di pasaran. Ramai yang sudah terliur dan mula memasang angan-angan nak membeli Myvi, Iriz, Axia atau Bezza. Mari kita ulangkaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita. 

Jika gaji baru RM2,000, kereta yang kita mampu beli ialah berharga RM24,000 sahaja. Jika tiada kereta baru, belajar naik motosikal dulu atau beli saja kenderaan terpakai. 

Bayaran kereta kita sebaiknya di bawah 15% dari gaji. Jika gaji RM3,000, ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja. Jika lebih, jurujual kereta akan kata;

"PADAN MUKA! JERAT SUDAH KENA!"

Boleh juga guna formula ini, 20 : 5 : 15
  • 20% Deposit kereta
  • 5 Tempoh Pembiayaan
  • 15% Dari gaji bayar kereta

Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, gunakan pula formula ini, Harga kereta / 12 bulan = Gaji layak beli
  • Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM2,075 gaji layak beli.
  • Jika harga Myvi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3,691 gaji kita baru layak beli Myvi baru yang seksi itu.



Memang seronok naik kereta baru. Kawan office puji tinggi sebab nak naik kereta 'free'. Tetapi sebaik-baiknya belajar menyimpan duit dulu, barulah belajar nak beli kereta. Lebih hebat lagi jika beli rumah dulu, baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA. 

Beli atau guna kereta terpakai bukan dosa. Tak guna kereta baru jika sampai ke office pun lewat juga. Naik motosikal saja jika belum berumahtangga. Share ya bagi kawan-kawan pandai menilai kelayakan/kemampuan diri. 

'Minyak hitam dah jadi minyak gris gara-gara penyewa jahil' - Hati-hati kalau nak sewakan kereta kepada warga asing

$
0
0

"Berhati-hati bila sewakan kereta kepada penyewa warga asing bagi tempoh masa yang lama," itulah peringatan dari mereka yang pernah menjadi mangsa di mana kereta milik mereka digunakan sesuka hati tanpa batasan sehingga mengalami banyak kerosakan.

Sudahlah rosak, pemilik kereta terpaksa mengeluarkan kos untuk baiki semua kerosakan yang perlu ditanggung. Penyewa pula enggan bertanggungjawab sepenuhnya. Semoga perkongsian dari Zordaq Motorsports ini memberi peringatan kepada mereka yang terlibat dalam industri sewa kereta. 

PADA tahun ini saja, kami menerima tiga kes di mana kereta yang disewakan kepada warga asing dalam tempoh jangka masa yang lama. 

Kes yang kami terima lebih kurang sama saja, di mana mereka menggunakan kereta kita mengikut sesuka hati mak bapak diorang juga. Minyak enjin punyalah kedekut sampai tak pernah ditukar langsung. Tukar pakai mineral tahan lagi. 

Owner bagi sewa sejak Mac 2017 dengan mileage pada waktu itu 63,000 km (berdasarkan sticker minyak enjin yang lama). Bulan November datang, mileage dah 99,000 km. Minyak hitam dah jadi minyak gris. Baki pun tak sampai seliter minyak enjin. 

Penyewa boleh pula pergi mengadu pada owner kereta, tiba-tiba kereta rasa berat dan nak pulangkan kepada owner sebab kereta dah lost power. Padahal kejahilan penyewa yang menyebabkan kereta menjadi seperti ini. 








Malam tadi kes terbaru di mana ada customer call, cerita ada foreigner sambung bayar kereta dia dan si penyewa ini hantar balik kereta sebab enjin dah bising (bunyi con rod dah kong). Kereta baru saja disewa beberapa bulan dan dia tidak pernah servis. Sudahlah penyewa rosakkan enjin kereta orang dan tak mahu bertanggungjawab sepenuhnya. 

Biasanya foreigner ini bila dapat kereta, pantang ada cuti saja diorang akan round habis satu Semenanjung Malaysia. Nasib baik Sabah dan Sarawak tak ada jambatan dari Semenanjung. Kalau tak, lagi haru. 

Hati-hati bagi sewa dalam tempoh jangka masa lama kepada foreigner. 

'Serik beli daging di situ, rupanya terbeli daging babi'

$
0
0

"Mujur Allah SWT gerakkan hati periksa dulu daging itu," demikian luah sorang wanita yang mendakwa daging yang dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang, adalah daging babi. 

Mazliana Abdul Manap, yang berhasrat nak memasak menu asam pedas daging pagi tadi terbantut setelah berasa was-was dengan warna daging yang direndamnya, seperti warna daging babi. 

"Nak defrost daging konon nak buat asam pedas daging untuk menu hari ini. Tapi tengok warna daging itu lain. Timbul syak yang itu adalah daging khinzir. 

"Hati sudah mula berasa was-was. Buat semakan di laman Google, Yes! Memang warna daging khinzir seperti itu," tulisnya di Facebook hari ini. 



Menurut Mazliana, daging sejuk beku itu dibeli oleh suaminya, Kamarul, di sebuah pasar di Selayang. Sebelum ini juga, mereka pernah membeli daging di tempat yang sama dan tidak pernah berdepan dengan masalah itu. 

"Warna daging itu cerah dari daging lembu. Yang ini beli daging beku yang dalam packaging itu. Tetapi di kedai, dia dah potong-potong. Urat-urat daging pun lain. 

"Yang jual di pasar itu kan ramai Myanmar. Tauke dia tak tahu bangsa apa," tulisnya membalas beberapa persoalan dari rakan-rakannya.

Bagi mendapatkan kepastian, Mazliana juga bertanya kepada jirannya berbangsa Cina yang kemudian mengesahkan bahawa daging itu adalah daging babi. 




Rakan-rakannya juga turut menasihatkan agar Mazliana membuat laporan berhubung perkara itu bagi mengelakkan pengguna lain yang terkena. 

Mazliana berasa serik untuk membeli daging di pasar berkenaan dan menasihatkan orang ramai berhati-hati bila membeli daging beku. 

JPJ guna kamera untuk rakam gambar pemandu guna telefon bimbit, denda RM300

$
0
0

Bagi pemandu yang gemar menggunakan telefon bimbit ketika memandu, anda mungkin mahu berhenti dari terus berbuat demikian kerana akan ada 'mata' yang memerhatikan anda, lapor The Star.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemand yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu. 

Anggota JPJ akan dikerahkan untuk merakam pemandu yang melakukan kesalahan itu dengan menggunakan dua jenis kamera iaitu statik dan mudah alih, dan mereka yang didapati melakukan kesalahan itu akan dikenakan denda RM300. 

"Kami melarang pemandu menggunakan telefon bimbit mereka ketika memandu di jalan raya. Sudah banyak nasihat yang kami telah berikan, tetapi masih ramai yang berbuat demikian," katanya. 

Liow menjelaskan tindakan tegas itu perlu diambil bagi mengurangkan jumlah kemalangan yang disebabkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Bagaimanapun, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze adalah dibenarkan. Namun telefon bimbit perlu diletakkan pada pemegang telefon. 

Penggunaan telefon bimbit oleh pemandu adalah salah satu daripada 20 kesalahan yang akan dimasukkan ke dalam Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan sistem mata demerit. 

"Kadar kemalangan sangat tinggi. Sebanyak 5,310 kematian yang dicatatkan sejak Januari hingga September tahun ini. Manakala bagi tahun lalu, sebanyak 7,152 kematian yang dicatatkan. 

"Kami mahu mengurangkan angka ini sebanyak 10% setiap tahun dan ia benar-benar mencabar," katanya. 

Liow berkata, matlamat utama pihaknya melaksanakan penguatkuasaan itu dengan ketat adalah untuk menyelamatkan nyawa, bukannya bertujuan menghukum pengguna jalan raya. 

"Sekiranya tiada sesiapa yang melanggar peraturan, jalan raya akan lebih selamat untuk semua orang," katanya. 


Sementara  itu di media sosial, netizen bersetuju dengan penguatkuasaan itu kerana semakin ramai pemandu yang berbuat demikian sehingga mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain. 

"This one I agree. Kalau nampak kereta slow di lane kanan terhuyung-hayang, drive kiri kanan, orang bagi high beam pun buat tak tahu, 9 out of 10 confirm main telefon," kata Muslim. 

'Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je' - Apa yang terjadi selepas itu buat lelaki ini percaya isterinya pembawa rezeki

$
0
0

Tak rugi menunaikan kemahuan isteri asalkan apa yang dipinta itu tidak keterlaluan. Balasannya, rezeki yang mencurah-curah buat suami dan keluarga. Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, malah dalam bentuk yang lain seperti kesihatan dan sebagainya. 

Seperti yang diceritakan oleh Jimmy Johari. Di kala perniagaannya 'down', isterinya ajak makan di sana sini (isteri beliau kuat makan). Diikutkan juga kehendak isteri tanpa menolak kerana tidak mahu melihat isterinya bermasam muka. Balasannya? Alhamdulillah. Semoga bermanfaat kepada semua.

KAU pernah dengar tak yang isteri itu pembawa rezeki? Pernah rasa tak? Memanglah tak pernah kalau kau belum kahwin lagi. Kahwin dulu, baru kau tahu. 

Bini aku ni kaki makan. Asal nampak saja benda baru, semua nak beli, nak cuba. Padahal benda itu kadang-kadang tak sedap mana pun. Tetapi disebabkan dah dia tekak biawak, aku ikutkan saja. Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke? 

Aku pernah rasa macam nak marah je bini aku. 

"Sudah-sudahlah tu nak makan itu makan ini"

Tapi aku tak sampai hati dan aku ikutkan juga. 


Aku pernah dalam dompet ada RM50 saja. Sales tengah down, duit pun cukup-cukup nak restock barang. Masa itu jugalah bini aku ajak makan di kedai mamat Thailand, nak makan siakap. 

Aku dah termenung dah. Dalam dompet ada RM50 saja. Tetapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, jadi aku ikutkan saja. Habis burn RM48 untuk makan. Tapi selepas habis saja makan, kau tahu apa yang terjadi? 

WhatsApp aku berdesup-desup masuk send detail payment. Alhamdulillah, boleh senang hati dah. Masa itu aku tak perasan lagi. 

Pernah satu hari, WhatsApp masuk bersepah-sepah. Aku dah closing habis baik dah. Tetapi macam biasa, selepas bagi harga, semua krik-krik. Menung kejap aku. Sehari tak ada sales. Padahal WhatsApp masuk bersepah-sepah. 

Kemudian malam itu isteri aku cakap dia mengidam nak makan di Tapak, tempat foodtruck yang banyak-banyak tu. Masa itu aku berada di Shah Alam, aku dengan mood yang tengah down ini pun ikutkan jugalah. Asalkan bini aku seronok dan tak tarik muka. 

Dalam perjalanan nak ke sana, magik berlaku lagi. WhatsApp customer yang krik-krik siang tadi terus WhatsApp minta detail nak buat pembayaran. Aku masih tak perasan lagi pada waktu ini. Aku buat seperti biasa. Tetapi memang betul dalam satu malam itu memang semua nak buat payment. Memang minggu itu dua kali aku restock. 


Sampai satu hari, baru aku terbaca di wall, ada orang post, 

"Isteri pembawa rezeki suami"

Selepas aku baca, barulah aku hadam apa yang terjadi selama ini. 

"Abang hati tisu, rasa sebak plaq" hahaha! 

Kau tak percaya kau cubalah buat. Kau cuba tak bergaduh dengan bini kau, kau cuba iye kan saja apa yang bini kau nak asalkan apa yang dia nak itu kau rasa masih waras di fikiran kau. Hahaha! 

Okay, dah. Aku nak keluar. Dan dan bini lapar nak makan nasi goreng ayam. Okbai. 

Sumber: Jimmy Johari

'Kau tahu dia suami orang, kenapa masih nak menggatal?!'

$
0
0

Hancur luluh hati isteri apabila mengetahui suaminya yang telah diberi peluang kedua, sekali lagi curang dengan wanita yang sama. Malah sebelum ini wanita terbabit juga meminta maaf, rupa-rupanya masih menyemai cinta dengan suaminya di belakang tanpa pengetahuan si isteri. 

Sepatutnya wanita memahami perasaan sesama wanita. Ibarat cubit paha kiri, terasa di paha kanan. Malangnya janda anak enam ini sanggup mengkhianati kaumnya sendiri. Bertaubatlah sebelum terlambat. 

SEMALAM ada kawan mengadu yang suami dia masih berhubung dengan seorang janda anak enam. Sebelum ini sudah pernah terkantoi, rupa-rupanya sekarang mereka masih berhubung siap ber-'B' dan 'Sayang' bagai. Mana maruah awak sebagai perempuan? Sudah tahu lelaki itu suami orang, kenapa nak menggatal lagi? 

Lokasi kejadian di Johor dan difahamkan si suami telah melarikan diri. Kasihan si isteri, siang malam bekerja mencari duit untuk menyara hidup sebab gaji suami tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Tetapi ini pula balasan yang diterima? 

Kes pertama dulu sudah diberi peluang namun si suami mengulangi lagi perbuatannya. Screenshot perbualan mereka sebelum kantoi dulu lebih teruk, daring dan sampai nak berkahwin. Padahal mereka berdua baru saja kenal sebulan. Mak mertua dia tahu apa yang anak dia lakukan. Masa kes pertama dulu, mak mertua dia sendiri terkejut yang anak dia buat hal.

Masa kantoi dulu, siap bersumpah-sumpah insaf tak nak buat lagi. Sekarang dia mengulangi lagi perbuatannya dengan perempuan yang sama. Kalau si isteri lari dari rumah dengan anak-anak, nanti dikata derhaka pula. 

Kalau perkara seperti ini berlaku pada saya, dah lama saya kemas barang dan balik ke rumah ibu bapa dan viralkan kedua-duanya biar jadi pengajaran yang tak dapat dilupakan. 

Saya malas nak kaburkan nombor telefon janda anak enam itu, lantaklah, merenyam sangat kan? Gambar janda itu, gambar anak-anaknya, gambar loving si janda dengan suami rakan, gambar screentshot perbualan WhatsApp yang daring semua saya ada. 

#AZIMbekassuamiJANDA





Saya masih simpan dan jangan sampai saya pula yang viralkan nanti (geram). Tetapi kawan saya kata dia tidak mahu mengaibkan suaminya. Baiknya hati awak wahai kawan. Kawan saya ini lembut sikit orangnya, masih menjaga aib suaminya sebab suaminya kerja sebagai penjawat awam. 

Sumber: Emy

'Bang, awak bawa balik siapa tu??'

$
0
0

Pekerjaan sebagai penjaga atau penggali kubur, menyimpan banyak cerita/kisah yang jarang sekali dikongsikan kepada orang ramai. Persepsi umum tak lain tak bukan, seram, menakutkan dan bermacam-macam lagi yang bermain di fikiran. 

Kisah seorang penggali/penjaga kubur muda yang diceritakan oleh Ridhuan ini, boleh tahan juga 'kesannya' jika dibaca pada waktu malam. Ditambah pula dengan bunyi serangga di luar rumah, bonus pula jika cuaca hujan, meningkatkan lagi penghayatan membaca cerita ini (apa yang aku merepek ni?). 

KALAU bekerja sebagai penjaga kubur atau penggali kubur, orang kata normal bawa balik 'benda tu'. Pengalaman yang dikongsi oleh seseorang. 

Adli (bukan nama sebenar) berumur 30 tahun, menetap di kampung dan bekerja sebagai penggali dan penjaga kubur. Bukan atas terpaksa tetapi katanya warisan dan amaran daripada arwah ayah. 

"Kalau takut nak kerja di kubur, kerjalah di tempat lain. Ayah tak paksa, nak. Kau tahu kerja ini tak menjatuhkan maruah pun," itu kata-kata ayah Adli sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. 

Berbekalkan semangat, Adli menyahut pekerjaan ini. Dia tak nak bagi orang potong line. Biarlah dia galas walaupun banyak lagi pekerjaan di luar sana. Adli tidak pernah mengalami perkara ngeri lagi semasa dia bekerja di tanah kubur di hujung kampung. Alah orang baik Allah jaga. Tetapi kata-kata itu dia tarik balik. Sebab? 

Ada satu malam Adli menjaga kawasan kubur selepas mendapat tugasan menggali kubur wakut malam. Orang telefon katanya nak tanam mayat pada waktu malam. Dia pun jalankan tugas. Tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul. Mungkin kena tipu agaknya. 

Adli kata apa salahnya kalau tunggu lama sikit. Mungkin ahli keluarga si mati ada hal yang lebih penting. Dia doakan yang baik-baik saja. 

Masa menggali tadi jam 9 malam, sekarang dah hampir tiga jam menunggu, tak sampai-sampai juga. Ketika itu hanya Adli dan kawan baiknya sahaja, Zamrul (bukan nama sebenar). Zamrul kata dia tak boleh tunggu lama sebab ada perkara yang perlu dibuat. Jadi Zamrul pun balik dan tinggalkan Adli seorang diri. 

Adli jarang mendapat tugas menggali kubur pada waktu malam. Kebiasaannya pada waktu petang, takpun pada waktu pagi. Hati terasa panas juga. Lubang kubur sudah siap tetapi keluarga si mati tak sampai juga. 

"Tanam belakang rumah agaknya," 

Adli bengang sikit. Lama dia menunggu, siapa tak bengang? Nak ambil mood punya pasal, Adli tinggalkan tempat itu dan dia berjalan ke arah belakang. Ada laut, tanah perkuburan tepi laut. Angin malam sejuk ini boleh menghilangkan rasa marah, katanya. 

Adli capai lampu minyak tanah yang dibawa bersamanya. Rokok dinyalakan. Angin tepi laut semua orang tahu anginnya agak kuat. Tetapi ada benda pelik yang berlaku pada Adli. Asap rokok yang dihembus itu bergerak perlahan dan asapnya tak berpecah. 

Lampu minyak tanah yang dibawa tadi tiba-tiba terpadam sendiri. Berpeluh kejap dahi, rasa tak sedap hati. Adli pun bergerak semula ke tempat tadi. Masa dia berjalan, telinganya terdengar suara orang ramai menjerit-jerit meminta tolong. Ketika itu jam 12 malam, mana mungkin ada sesiapa yang nak buat prank di kawasan kubur? 

Adli cuba selawat dan baca surah-surah lazim. Segala bunyi apa semua dia lupakan dan berharap dia tidak diganggu. Niat dia bekerja, bukan nak melakukan perkara yang jahat. 

Adli tiba di tempat dia menggali tadi. Memang tiada orang pun yang datang, kena tipu. Adli pun ambil barang-barangnya dan simpan semula di stor yang ada di tanah perkuburan itu. Ambil botol air, letak dalam bakul motosikal dan balik. 

Ketika motosikal Adli lalu di bawah pokok besar yang tidak jauh dari tanah perkuburan itu, tiba-tiba bulu tengkuknya meremang, seram sejuk. Bukan dia minta, dah benda itu rasa sendiri. 

Tengah elok-elok tunggang motosikal, tiba-tiba terasa berat. Dah nak sampai rumah dalam 30 meter lagi sampai. Tetapi beratnya hanya Tuhan saja yang tahu. Badannya dah bermandi peluh, berhenti sekejap untuk periksa tangki minyak ada banyak mana lagi. Periksa tayar, tapi tak pancit. Benda tersekat pun tak ada. Adli tak fikir yang bukan-bukan, tetapi dia berharap benda itu tidak menganggunya. 

Sampai saja di kawasan rumah arwah neneknya (rumah itu dah jadi rumah Adli dan isterinya), dia panggil isteri buka pintu. Diketuk-ketuk pintu, namun tiada yang menyahut. 

"Takkan dah tidur?" 

Adli pergi ke luar dapur dan menjerit. Nampak isteri dia di bilik air. Semasa isteri dia buka pintu depan, dah macam orang nampak hantu. Belum sempat Adli masuk, dia dah tutup pintu. Terkejut besar Adli dibuatnya. Terketar-ketar suara isterinya dari dalam rumah. 

"Bang, awak bawa balik siapa tu??" soal isterinya dari dalam. 

Mana tak menangis, memang isteri dia nampak benda itu di atas motosikal suaminya. Adli dah pucat seperti orang hilang sel darah merah. Isteri suruh dia hantar balik benda itu. Tak sanggup nak tengok dengna rambut panjang berserabai, katanya. 

Adli dah ketar lutut pada waktu itu, terduduk sekejap di tangga rumah tetapi dia tak nampak apa-apa. Hanya dapat merasa bahang seram sahaja. Semua bulu roma di badannya naik. Nak tak nak, Adli kena patah balik ke tanah perkuburan. 

Sepanjang berada di tas motosikal dan menuju semula ke tanah perkuburan, Adli tak berhenti-henti membaca segala surah yang dia tahu. Berat memang berat tetapi sampai juga ke tanah perkuburan. 

Bila sampai saja, Adli turun motosikal dan tarik nafas. Selepas itu baca ayat kursi dan ayat-ayat lain. Dia minta benda itu balik semula ke tempat asal dan jangan ganggu dia lagi. Adli tak nampak dan dia tak tahu sama ada benda itu dah pergi atau belum. 

Agak lama dia menunggu. Adli hanya dapat tahu benda itu dah pulang ke tempat asalnya apabila pokok di sebelah stor tadi bergoyang-goyang. Dengar suara mengilai-ngilai sahaja. Adli dengar, terus start enjin motosikal dan cabut balik. Basuh yang dah kering, basah semula dek peluh. 

Alhamdulillah dia balik tanpa benda itu mengekorinya lagi. Isteri dia pun cuak tadi. Lebih pelik lagi bila Adli check balik panggilan yang dia terima tadi tak ada dalam panggilan terkini. Ah sudah! Siapa pula yang call? 

Adli kata, semua benda itu cuma mainan iblis untuk menakutkan manusia. Dia tidak pernah berputus asa bekerja di tanah perkuburan itu. Itu semua dijadikan sebagai penguat semangat. Lumrahlah kena kacau, normal kata Adli. 

Moralnya, semangat kena kuat seperti Adli. Yang penting iman di dada perlu penuh. Iman tebal bukan syaitan dan iblis saja yang takut, perangai member yang macam setan pun tak berani nak dekat dengan kau. Hahaha! (Ayat last tu bergurau je). 

Sumber/Penulis asal: @Ridhuan

Terlupa tanggalkan mask semalaman, bangun pagi tak boleh buka katanya

$
0
0

Viral di media sosial gambar seorang wanita yang mendakwa, produk kecantikan yang digunakannya tidak dapat ditanggalkan setelah menggunakannya lebih dari dari lima jam. 

Menurut caption gambar tersebut:

"Pakai mask tu dari malam. Bangun pagi nak buka, tak boleh. Melekat di muka sampai berdarah," kata sumber. 

Bagaimanapun di media sosial, netizen mempersoalkan kesahihan gambar dan kejadian itu khususnya golongan wanita yang rata-rata mengatakan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku. 

"Aku pun pakai mask macam ni dan banyak kali tertidur sampai terlupa nak buka. Esok pagi baru buka, tak ada pula jadi macam ni. Dia letak apa? Scary juga tengok, sampai macam tu sekali. Ke dia guna gambar gajah sebab tu jadi begini? Pelik," kata Naerah. 

"Kalau kejadian ini benar, saya tak rasa dia boleh grab shawl, duduk depan pintu cari lighting dan kemudian pose. Confirmlah dia dah meroyan menggigil lari pergi ke hospital. Fake news saja ni, saja nak mencari publisiti murahan," kata Cekodok Kepeng. 

Meskipun ramai yang mengatakan kejadian itu tidak benar, ada segelintir netizen pula yang percaya, berdasarkan mata wanita berkenaan. 

"Tapi kalau fake, tak akan mata dia merah juga? Nak kata edit, tak tahulah sebab tak pernah lagi try edit mata bagi merah. Apa pun doakan yang baik-baik," kata Nur Fazlin. 

'Kalau marhaen kau suruh restart modem, kalau YB siap offer hantar technician'

$
0
0

"Beza pangkat dan darjat", demikian tweet netizen yang kesal dengan perbezaan layanan yang diberikan oleh sebuah syarikat swasta, yang viral di media sosial sejak semalam. 

Tweet yang dimuat naik oleh individu bernama Amy Medusa itu kini telah dikicau semula lebih 14,000 kali mengundang pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan dua gambar yang dimuat naik, gambar pertama menunjukkan Amy menghubungi pihak TM Connects yang bertanya mengapa perkhidmatan internet di rumahnya perlahan dari sepatutnya. 


Pihak TM Connects kemudian membalas tweet itu, "Hi. You dah cuba restart modem/router?" 

Pada gambar kedua pula menunjukkan seorang Ahli Parlimen, Rafizi Ramli juga bertanyakan soalan yang hampir sama dan tweetnya dibalas oleh TM Connects:

"Selamat tengahari YB. Boleh kami dapatkan waktu yang sesuai untuk juruteknik kami datang di premis YB semasa weekdays bagi menjalankan siasatan lanjut?" 

Tweet balas TM Connects itu amat mengejutkan netizen terutamanya pengguna perkhidmatan syarikat itu di mana pihak berkenaan 'direct offer technician' kepada Ahli Parlimen berkenaan, berbanding pengguna lain yang selama ini ditanya, "Sila DM kami" atau "Hi, You dah cuba restart modem/router".

"Wow! Tak pernah lagi nampak @TMConnects offer hantar technician kepada pengguna lain," kata @Ibrahim_aFuad yang kesal layanan yang diberikan itu bersifat 'double standard'. 

"Kalau YB yang request, teruih hantar technician. Duit bayaq bill kami rakyat biasa nih tak sama ker macam duit YB?" soal Muhammad. 

"Kena jadi YB la gini kalau nak UNIFI hantar technician terus. Kalau kau rakyat biasa, tunggu sajalah ayat "Isu ini masih dalam tindakan kami"," kata Muhammad Izzwan. 




Ekoran itu, netizen menuntut penjelasan dari pihak TM dan ingin mengetahui SOP pihak berkenaan dalam menguruskan aduan penggunanya. 

Semoga pihak TM dapat memberikan penjelasan secepat mungkin kerana apa yang berlaku, jelas sekali tidak sepatutnya berlaku. 
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live