Quantcast
Channel: The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live

Singki pecah ketika basuh tangan, murid tadika terima 30 jahitan di mulut, kaki dan tangan

$
0
0

Seorang kanak-kanak lelaki menerima lebih 30 jahitan di mulut, kaki dan tangan selepas cedera akibat singki seramik di sekolah tadikanya pecah ketika mahu membasuh tangan. 

Eyra Azeyra, ibu saudara kepada mangsa, Aqeef, 6, kejadian itu berlaku pada minggu akhir persekolahannya ketika mangsa hendak membasuh tangan. 

"Malang tak berbau. Terima lebih 30 jahitan di muka, mulut dan tangan. 

"Sudahlah esok dia nak konvo, dengan persembahan. Dah berapa lama dia praktis," katanya. 

Menurut Eyra, anak saudaranya tidak memanjat singki tersebut namun tidak menolak kemungkinan mangsa diasak beramai-ramai oleh murid-murid yang mahu membasuh tangan. 

"Tak panjat. Maybe ramai-ramai asak-asak dan berebut nak basuh tangan. Mujur Aqeef tak pengsan sebab bila sampai di tadika tadi, semua budak-budak menangis macam histeria. Takut darah tubik banyak sangat. 

"Mulut sampai bawah dagu kena jahit. Dalam mulut pun kena jahit," katanya. 






Justeru, Eyra berharap pihak tadika dan mana-mana pusat asuhan tidak memasang singki seramik seperti itu dan memastikan semua singki yang sedia ada selamat digunakan oleh murid-murid. 

"Semoga tadika dan pusat asuhan tidak lagi memasang singki seramik seperti ini," katanya. 

'Dia nak cium ayah dia tapi tak dapat, batu itu saja yang dia dapat cium'

$
0
0

Sebak dan sayu rasa hati melihat gambar kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun ini mencium batu nisan kubur arwah bapanya yang dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan. 

Gambar yang dimuat naik oleh ibu saudaranya, Anne Mokhtar, mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu yang kehilangan bapa di kala usia masih kecil. 

"You guys yang masih ada parents, tolong hargai. I don't know how to control my tears seeing this picture of my niece kissing her father's (my own brother) batu nisan. 

"Ayah dia jatuh dari motosikal ketika dalam perjalanan ke bengkel untuk sambung kerja di waktu malam. Kemudian, ayah dia maut serta merta di tempat kejadian. 

"Saya menangis teruk selepas melihat gambar ini. Tak tahan weh air mata ni. Sebak tengok Adlina. I can't imagine myself without ayah. Bertambah sedih lagi, Adlina masih kecil. 



"Dia kecil-kecil dah tak dapat kasih sayang seorang ayah. Kalau saya berada di tempat dia, saya sumpah susah nak terima. 

"Dia nak cium ayah dia, dah tak dapat. Batu itu saja yang dia dapat cium. Aku harap sampai ke akhir hayat Adlina, dia sentiasa ingat dan selalu menziarahi pusara ayahnya. Amin. 

"She's so strong and clever. I'm proud that she understands to deep down in her heart, she misses her ayah so much cause she's daddy's lil princess. 

"Adlina berumur 3 tahun menjelang Disember ini. Dia satu-satunya anak arwah abang saya. Yang seorang lagi dalam gambar itu adalah anak saudara. I just can't help it. It breaks my heart seeing it," katanya Anne.



Hargailah ibu bapa kita. Selalu bertanyakan khabar mereka, turutilah kemahuan mereka walaupun adakalanya ianya memenatkan. Namun kepenatan kita tidak setanding dengan kepenatan mereka menjaga kita sehingga kita berjaya menjadi manusia yang berguna. Hargailah mereka sementara masih ada. 

Semoga adik Adlina tabah dan cekal mengharungi hari-hari yang mendatang. Mari sedekahkan Al-fatihah kepada bapa Adlina, Adli Mokhtar. 

'Buat saving dalam 10 tahun, baru fikir beli rumah atau kereta'

$
0
0

Golongan belia hari ini beruntung kerana hampir setiap perkara ada pihak yang sudi sediakan panduan agar tidak tersilap langkah di kemudian hari. Seringkali ditekankan pada golongan belia agar membuat simpanan untuk masa depan, biarpun terpaksa mengikut perut. Elakkan berhutang dengan bank dan simpan saja nafsu memiliki kereta baru. 

Semoga tips dari Adibah Noor ini memberi manfaat kepada semua. 

DEAR young professionals, ini nasihat daripada kakak yang pernah melaluinya. I ni freelancer/kerja sendiri. Up sikit saja daripada penganggur, tetapi boleh je beli rumah dan kereta sendiri. Mungkin orang lain ada cara yang lebih baik, tetapi ini cara saya dulu. 

For the first 10 years of your professional life, berusahalah untuk menyimpan 10% of your gaji. Biarlah ikat perut sekalipun, untuk masa depan. Kalau mampu, save another 10%. Yang ini untuk beli apa-apa in the future.  Yang first tadi itu kalau boleh masuk dalam akaun, "jangan sentuh!" 

Kalau tak boleh, then 10% of your gaji, simpan. Wajib! And for the last 10 years, toksahlah ambil apa-apa loan sekalipun. Kalau bolehlah. Credit card pun no, no, no. Tak apa, kalau orang lain ada phone/gajet canggih-canggih, kau tak payah ikut arus itu. Duduklah dengan 'fama', kalau boleh. 


Kalau terpaksa menyewa, yelah merantau kan, carilah bilik dan sharelah macam mana pun. Asalkan kau boleh save. Kenderaan, naiklah pengangkutan awam atau tumpang kawan. Save, save dan savae, itu tujuan first 10 years of your professional life. 

Tukar kerja macam mana pun dalam 10 years itu. Make sure save your 10%. Kemudian pastikan simpan dalam akaun yang secure. Jangan invest bukan-bukan. Make sure your account cantik. Dapat job je, bank in dan bank in. 

Selepas 10 years, bila dah seronok tengok duit terkumpul itu kan, barulah fikir beli rumah atau kereta. Tunjuk pada pihak bank akaun-akaun yang cantik itu. InshaAllah bank senang nak bagi loan. Malah mereka akan offer you credit card bagai sebab you punya nama bersih daripada apa-apa hutang. 

Selepas itu, pandai-pandailah you nak buat perancangan kewangan. Tetapi savings, tetap wajib 10% dari gaji itu. Teruskan. Kena ikut perut jugalah sebab nak saving lagi, nak bayar loan rumah lagi kan? Tak apa. 

Oh, by the way cuba ambil loan janga pendek. Toksah sampai berpuluh-puluh tahun. Kalau bolehlah. Bukan apa, bila loan jangka masa lets say 10 years, you dapat own your home faster and selepas itu bolehlah makan lebih sikit. Hehehe! 

Nak beli kereta? Akak sarankan beli rumah dulu. Best dik bila rumah itu atas nama kita. Penantian memang satu penyeksaan tetapi berbaloi. Tapi kalau you ada akaun yang another 10% yang I cakap awal-awal tadi kan? Bolehlah nak beli kereta. Perghh! Best dik, kita yang usaha. Best! 

Tapi kalau bab tiba-tiba nak kahwin kan, yang itu akak tak dapat nak nasihat sebab akak tak ada pengalaman bab tu. Hahaha! Semoga berjaya. 


Bayangkan kalau dah bertemu jodoh, rumah dah ada, kereta pun ada, perghh! Itu point yang akan melembutkan hati bakal mertua. Hehe! 

Akak ikat perut dulu pun tak ada juga nak kurus. Hahaha! Berkat ikhsan kawan-kawan yang pandai memasak. Sambal di kuali pun I gaul dengan nasi. Ingat lagi. 

Sumber: Adibah Noor

Pelanggan terkejut restoran mamak caj 4 mangkuk kari kepala ikan RM600, bil hampir cecah RM1,000

$
0
0

Seorang lelaki yang membawa keluarganya makan di sebuah restoran mamak yang terkemuka di ibu kota terkejut apabila menerima bil makanan hampir mencecah RM1,000, hujung minggu lalu.

Pengadu, Faudzy Asrafudeen Sayed Mohamed, 56, berkata, dia langsung tidak menyangka akan dikenakan harga sebanyak itu di restoran mamak di mana dia dikenakan caj RM600 bagi empat mangkuk kari kepala ikan merah. 

Jika dikira, harga bagi setiap kepala ikan itu adalah lebih kurang RM150 dan dicampur dengan caj bagi hidangan yang lain menjadikan keseluruhan amaun yang perlu dibayar adalah hampir RM1,000.

"Saya rasa caj yang dikenakan berlebihan. Saya ambil keputusan untuk tidak pergi lagi ke restoran itu. Anda semua, bila berhati-hati," tulisnya di Facebook semalam.


Menurut Faudzy, ini bukan kali pertama dia makan kari kepala ikan di restoran mamak, malah harga yang biasa dikenakan kepada pelanggan adalah di antara RM50 dan RM80 semangkuk.

"Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tetapi terkejut bila tengok harga kepala ikan yang dikenakan.

"Saya meminta pekerja di kaunter itu beri penjelasan. Katanya harga yang dikenakan adalah mengikut saiz kepala ikan. Kalau kepala besar berharga antar RM120 dan RM150. Manakala bagi kepala ikan yang bersaiz kecil antara RM60 dan RM80," katanya.

Meskipun tidak berpuas hati dan merasakan harga yang dikenakan itu tidak berpatutan, Faudzy tetap membayarnya. Namun memberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati apabila makan di kedai tersebut.

"Saya bayar sajalah, takkan tak bayar pula sebab dah makan. Tetapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang terkena seperti kami.

"Mana-mana restoran pun, periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan. Lebih-lebih lagi di restoran mamak yang jarang menyediakan menu dan harga. Jadi anda perlu meminta menu terlebih dahulu terutamanya jika mahu makan kari kepala ikan," katanya.

REAKSI NETIZEN




Selain itu, Faudzy juga menggesa pengusaha restoran juga memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

"Kalau ada pelanggan nak makan kepala ikan, beritahulah jenis harga yang disediakan. Kalau kecil, sederhana atau besar berapa harganya.  Pekerja perlu perjelaskan tanpa sekadar ambil tempahan semata-mata. Jadi, kalau orang nampak harga bila nak bayar tak ada lah terkejut,” katanya.

Sumber: mStar, Faudzy Asrafudeen

'Kalau ada anak kita dalam perut, abang ikhlas belanja sebab tak sabar nak ada anak' - Isteri kongsi kisah arwah suami buat netizen sebak

$
0
0

Sebak rasa hati membaca kisah isteri bersama arwah suaminya. Hati mana yang tak tersentuh dengan kata-kata arwah suaminya yang begitu bermakna. Al-Fatihah untuk arwah Mohamad Fauzan. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

PERNAH dulu duit suami tinggal RM50, tetapi tekak saya teringin sangat nak makan durian. Durian Musang King pula harga RM55 sebiji, Minta kurang, dapatlah RM50. 

Masa itu, suami pun mengeluh juga, sebab duit habis, kan. Malam itu saya memohon maaf dan rasa bersalah sangat pada suami. Terus suami saya kata, 

"Kamu nak makan sangat durian tadi walaupun mahal. Kalau ada anak kita dalam perut, abang ikhlas belanja sebab abang tak sabar nak ada anak dan tak rugi beli," 

Keesokan harinya, saya periksa dan memang betullah saya mengandung. Alhamdulillah. Itulah kenangan kami. Rindu abang, itulah kenangan susah senang kita bersama. 

Masa itu sangat indah. Kami tiada apa-apa, suami cuma ada motosikal sahaja. Terlalu teruja nak makan, pergi mencari sampai betul-betul kena dengan selera. Sanggup merempit tengah-tengah malam nak mencari durian. 

Al-Fatihah buat abang Mohamad Fauzan. Semoga abang tenang di sana. (Arwah suami Nia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya). 

Muhammad Ammar Al Fateh pembawa rezeki kepada kami dan arwah ayah adik. Walaupun ayahnya pergi semasa dia berusia satu tahun enam bulan (sekarang 3 tahun),  dia tak pernah melupakan arwah ayahnya. Itulah harta yang arwah tinggalkan buat saya, yang tak ternilai harganya. 

Muhammad Ammar Al Fateh lah tempat saya melepas rindu saya pada suami. Allah ambil ayahnya dan Allah gantikan dia 100% sama seperti arwah ayahya, muka ayah, segalanya ayah. Allah itu adil. 

Tiga tahun Allah pinjamkan suami. Alhamdulillah pernah merasai susah senang jatuh bangun bersama. Selagi ada pasangan cipta kenangan bersama, cipta kenangan yang indah. Bila tiada hanya kenangan lepas rindu kita padanya. 




Walaupun tiada ayah di sisi anak, Alhamdulillah kami bahagia. Bahagia kami di dunia ini inshaAllah bahagia arwah di sana. Cuma alam saja yang berbeza. 

Bila orang lain yang melalui apa yang kita lalui, pasti mereka akan faham dan tiada istilah tiada redha dalam diri. Allah sebaik-baik perancang. 

Sumber: Nia Hashim

Ibu hanya sempat susukan bayinya 18 hari sebelum lumpuh, tak dapat bercakap dan hilang ingatan

$
0
0

Seorang ibu hanya sempat menyusukan bayi perempuannya selama 18 hari sebelum dia lumpuh, tidak dapat bercakap dan hilang ingatan dan disahkan menghidap Symptomatic Hypokalemia, penyakit kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, empat bulan lalu, lapor Harian Metro

Meriam Zakaria, 37, tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada Nur Fathia Izara Mohd Zaki yang berusia empat bulan seperti yang dilakukannya sebelum ini kepada tiga anaknya yang lain berusia 11, sembilan dan empat tahun. 

Meriam juga hilang upaya untuk menyaksikan anaknya membesar dan kegembiraan mereka sekeluarga menyambut kehadiran orang baru turut bertukar pilu secara tiba-tiba. 

Suaminya, Mohd Zaki Ismail, 37, berkata, isterinya hanya sempat menjaga anak bongsu mereka dalam tempoh yang sangat singkat berikutan mengalami masalah kesihatan yang teruk. 

"Selepas melahirkan anak bongsu, dia menjadi semakin lemah, kerap muntah dan kedua-dua belah tangannya menjadi kaku dan tidak dapat digerakkan. Sebelum ini dia pernah berkeadaan seperti itu termasuk ketika dia mengandung. Tetapi tidak berpanjangan dan dia akan sihat selepas beberapa hari. 

"Tetapi keadaannya menjadi serius selepas melahirkan anak bongsu dan saya membawanya ke hospital. Namun Meriam tidak sedarkan diri selepas menjalani rawatan dan lumpuh. Malah pemeriksaan doktor mendapati, oksigen tidak sampai ke bahagian kepalanya yang turut menyebabkan dia tidak dapat bercakap selain dia seperti hilang ingatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung FELCRA Bukit Tandak, Rantau Panjang. 

Pilu hati Mohd Zaki apabila melihat anak membongsunya membesar tanpa belaian ibunya. Malah anaknya itu hanya sempat menyusu badan selama 18 hari sahaja. 

Mohd Zaki dan keluarganya terpaksa menumpang di rumah kakaknya bagi memudahkan dia menguruskan Meriam dengan dibantu ahli keluarga. 

"Saya perlu menguruskan isteri sepenuhnya termasuk pakaian serta memberinya susu khas menggunakan wayar melalui hidung dan perlu sentiasa membersihkan wayar di bahagian leher yang ditebuk," katanya. 

Mohd Zaki mengakui hasil kerjanya menguruskan bengkel kimpalan di Lubok Stol, Rantau Panjang tidak seberapa dan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan perubatan isteri dan empat anaknya.  

"Memandangkan isteri saya memerlukan lampin pakai buang dan susu khas, saya perlu sediakan RM600 sebulan untuk keperluannya. Ini tidak termasuk perbelanjaan anak-anak untuk ke sekolah dan yang masih kecil. 

"Isteri juga memerlukan katil khas memandangkan dia tidak boleh bergerak. Sekarang kami meminjam katil dari saudara terdekat yang bersimpati dan menggunakannya untuk sementara waktu," katanya. 

Mohd Zaki mengakui takdir itu terlalu berat untuk dipukulnya, namun dia perlu cekal dan kuatkan semangat dirinya agar isterinya pulih seperti sedia kala, apatah lagi anak-anak yang memerlukan ibu mereka. 

Mohd Zaki kini memikul tanggungjawab sebagai bapa dan ibu kepada anak-anaknya yang menerima hakikat ibu mereka terlantar dan tidak seperti dahulu. 

Bagi orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga ini, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional  Mohd Zaki Ismail di nombor akaun 0301641000104871.

Berang isteri bekerja untuk menyara keluarga, penganggur simbah asid ke muka isterinya

$
0
0

Seorang ibu kepada dua orang anak berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa bergantung pada meisn bantuan pernafasan selepas disimbah asid oleh suaminya. 

Dalam kejadian 3 November lalu, suaminya, Roobab Ali Sheikh, mengunci semua pintu rumah agar tiada sesiapa yang dapat masuk ke rumah sebelum menyimbah asid ke muka mangsa. 

"Saya menjerit kesakitan. Selepas 10 minit kemudian, barulah abang saya dapat masuk untuk membantu. Namun kesakitan terasa tidak tertanggung," kata Zakira. 

Difahamkan, Roobab sebelum ini bekerja sebagai pemandu beca bermotor. Namun Roobab enggan meneruskan pekerjaannya itu menyebabkan keluarga mereka tiada wang untuk menyara anak. 

Kesal melihat suaminya yang tidak bekerja, Zakira kemudian melakukan kerja sampingan membuat sabun dan menjualnya kedai-kedai berhampiran rumah. 

Malangnya tindakan Zakira itu menyebabkan suaminya berang kerana menganggap apa yang dilakukan oleh Zakira itu sebagai menghina dan menjatuhkan maruahnya.


Akibat dari tindakan bodoh suaminya itu, Zakira buta sebelah mata, manakala satu lagi matanya tmasih tidak dapat dibuka. 

Zakira yang kini dirawat di sebuah hospital di Mumbai, India, terpaksa bernafas melalui tiub yang ditebuk pada lehernya. 

Pertubuhan bukan kerajaan, Make Love Not Scars, telah menubuhkan tabung bagi membiayai rawatan mangsa, termasuk pembedahan yang dianggarkan berjumlah RM160,000. Setakat ini, NGO berkenaan telah mengumpul RM60,500 dan berharap dapat mengumpul selebihnya secepat mungkin. 

'Alhamdulillah, walaupun kulit muka tak macam artis K-Pop' - Gadis kongsi tips jaga kulit muka

$
0
0

Dah cuba bermacam-macam produk di pasaran, namun wajah masih tak elok seperti yang diharapkan? Lagi-lagi muka cepat berminyak, rasa rimas dan malu bila dahi berkilat? (Hahaha! #GelakJahat). 

Nak menjaga kulit muka ini senang jika korang ada dua perkara ini iaitu, wang dan panduan. Mengenai wang, kita abaikan sebab masing-masing sudah bekerja dan pasti ada duit. Yang mana berkemampuan, boleh amalkan. Yang kurang berkemampuan, menabunglah dulu atau intai produk sekian-sekian di masa sales. 

Panduannya? Boleh follow tips dari Cik Shaza Ainaa ini. Hasilnya kena tengok selepas tiga atau empat bulan kemudian. Bukannya hari ini guna, esok terus menjadi. Tak, tak, tak. Ini bukan produk skim muka macam skim dinding rumah bagi cantik. Apa pun, semoga bermanfaat. 

FIRST sekali nak habaq! Muka saya tak adalah selicin kulit telur, tak adalah seputih kapur tau. So kalau rasa nak baca, baca. Tak nak baca, jangan baca. 

#Semua barang-barang ini ada di Watson dan Guardian. 

Okey, hari ini saya rasa macam free nak beritahu korang skincare routine saya. Disebabkan ada yang PM, DM, Chat saya tanya macam mana saya jaga muka, so here we go! 


Cetaphil Twin Pack 500ml RM70-RM80 (Beli masa sales)

Cleanser paling bagus. First saya cuci muka pakai yang ini. Buih memang tak ada langsung nanti wajib hampa rasa tak puas  bila cuci muka, tambah-tambah muka berminyak seperti saya. Dua botol, setahun pun tak habis lagi. 


Garnier Pure Active Matcha De-tox (harga tak pasti)

Cleanser kedua yang bagus bagi saya. Korang, saya tak tahulah. Kena cuba dulu baru tahu. So tadi dah basuh muka guna Cetaphil kan? Saya doublekan dengan Cleanser yang ini. Kena yang ini, habis segala minyak dan kotoran semua keluar habis. 


St. Ives Apricot Scrub RM16 (beli masa sales)

Scrub paling bagus. St Ives ini ada banyak jenis scrub. Ada yang kasar, tak kasar, green tea pun ada kalau tak silap. Yang saya guna ini kasar sikit tetapi segala whitehead dan blackhead habis hilang bila gunakan scrub ini. Saya guna seminggu sekali sahaja.

Jangan terlalu kerap, muka boleh jadi kering. 


Safi Sari Gamar dan Habbatus Sauda RM7 (beli masa sales)

Pelembab muka sungguh yang ni. Bila korang apply saja, cuci muka korang rasa sendiri sejuk itu lagu mana. Korang kena try! 


Himalaya Nourishing Skin Cream RM13 (beli masa sales)

Yang ini pun best, sebab itu saya ada dua moisturizer. Rasa nak guna yang itu, guna yang itu. Rasa nak pakai yang ini, guna yang ini. Korang cuba sendiri, saya tak tipu. KOrang guna sebelum tidur ke, nak keluar rumah ke, ikut suka. Tak ada masalah. 


Penyegar Safi (harga bawah RM10)

Yang ini toner, syaa guna selepas cuci muka semua dah siap, baru saya apply guna facial cotton. Tetapi jujurlah saya cakap, saya pakai toner kalau rajin je. Hahaha!


Sunplay Ultra Shield SPF130 RM40+

Sunplay paling best. Ini botol yang kelima saya guna. Memang bagus pergi Langkawi dok pantai tengah hari buta pun, dia jaga elok kulit kita. Tak burn, inshaAllah. Hari-hari biasa pun saya guna kalau nak pergi kerja ke, keluar siang-siang memang saya guna yang ini sebelum apply foundation.  


Bio Essence 24K Bio Gold Water (Harga tak pasti)

Yang ini ikut suka korang nak cuba atau tak sebab saya pun tak berapa pasti fungsinya. Tapi promoter Guardian beritahu saya, ia berfungsi menutup liang pori. Guna sebelum make up. Lebih kurang seperti serum kot? Tapi memang best, wangi gila!


Mederma RM30-RM40

Paling bagus untuk menghilangkan parut segala parut. Korang kalau ada parut yang teruk itu, boleh cuba tapi ambil masa dua tiga bulan. Jangan ingat nak hilang parut sehari dua saja. Sabar separuh dari iman. Korang sapu pada bahagian parut itu, jangan sapu ikut suka. Yang ini sensitif sikit. 


Garnier Micellear Cleansing Water RM20+

Favourite make up remover saya. Sekali tonyoh je, habis segala mak nenek hilang. 


Purederm Argan Oil Wet Towelettes RM7+ 

Ini punya syok bila remove make up. Tak payah dok tonyoh kuat-kuat, dia keluar habis. Bagus pun bagus, sebab dia ada argan oil. Murah pun murah. Korang nak apa lagi? Hahaha! 



Muka sebelum saya guna barang drugstore 4-5 bulan yang lalu. Dah cuba bermacam-macam cara tetapi tak menjadi. Memang betul kena sabar separuh daripada iman. Bukan senang nak elok, saya ambil masa 4-5 bulan juga nak pulihkan muka dan nak hilangkan semua parut. 



Tadaaa! Kulit mula selepas 4-5 bulan menggunakan barang drugstore. Alhamdulillah walaupun kulit tak macam artis K-Pop. Jangan cepat putus asa, paling penting jangan lupa berdoa. Apa pun takkan menjadi tanpa bantuanNya. Sedikit sebanyak perkongsian dari saya, harap dapat membantu korang semua. Terima kasih. 

Sumber: Shaza Ainaa

Kalau suami bahagiakan isteri dan anak-anak, melimpah ruah rezeki datang dalam pelbagai bentuk

$
0
0

Jangan terpengaruh dengan kata-kata kebanyakan orang yang mengatakan isteri tanggungjawabnya menguruskan rumah, jaga anak-anak dan suami hanya berikan nafkah saja. Alasan seperti itu sudah lapuk dan tak boleh digunapakai. Tiada gunanya berkahwin jika suami menganggap isteri sebagai 'orang gaji' di rumah sendiri. 

Tidak banyak yang isteri minta, cukuplah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawab dan selalu membahagiakan rumahtangganya. Sejuk hati isteri jika suami bersama-sama menggalas tanggungjawab di rumah dan menjaga atau mendidik anak-anak. Semoga confession dari wanita ini memberi manfaat kepada semua. 

SALAM admin, muka saya lagi. Maaf ye, saja kongsi cerita. 

Suami saya kerja syif. Bangun jam 4 pagi dan masuk office jam 5 pagi. Habis kerja jam 3 petang, redah jem tol singgih kedai dalam, dalam jam empat petang dah sampai rumah. Dah sampai rumah, tolong jaga anak-anak.

Kami ada anak kembar. Sekarang ini mereka dalam fasa asyik bergaduh, berebut, bercakaran, panjat memanjat, gigit menggigit, merajuk dan mengamuk bagai. Walaupun semua mainan disediakan dalam dua kali ganda, tetap bergaduh. Koyak mental kalau hadap semua ini setiap hari seorang diri. Oh ya, saya suri rumah sepenuh masa. 

Bila suami balik, dia akan tanya dulu hari ini saya dengan anak-anak macam mana, dah makan? Memang berdas-das saya mengadu tentang anak-anak punya ragam. Selepas mengadu, dia akan take over jaga anak, saya pula akan pergi ke dapur untuk memasak dna buat apa yang patut. Selepas itu sampai ke malam dia tak tidur, sama-sama menolong saya menjaga anak, susukan anak, bagi makan anak, uruskan anak mandi kencing berak. Dengan dua-dua ini asyik mengamuk bila disarungkan pampers dengan baju tidur.

Selesai rutin kami lebih kurang tengah malam. Masa itu barulah dia dapat tidur. Beginilah rutin setiap hari, tak banyak bezanya. Weekend lagilah, banyak urusan anak ditolak kepadannya.

Gaji dia dalam 20 haribulan. Gaji dia untuk orang bujang mungkin nampak besar. Tetapi dalam keadaan ekonomi sekarang, tanggungan empat beranak dan komitmen lain, jadinya tak besar mana pun. Setiap inci yang ada dalam rumah, setiap apa yang kami pakai, makan dan sarung ke badan, kereta lagi, insurans lagi, semua itu duit dia dan dia ada komitmen auto payment untuk UNICEF for worldwide underpriviledge children's education program and food supply. Tak banyak mana pun, tapi inshaAllah itu sedekah kami. 

Nafkah saya kadang-kadang ada dan tak ada sebab dia adakalanya terlupa atau disebabkan ada hal-hal yang terdesak. Jadi setiap kali dia terlupa nak bagi, saya ambil seringgit dari dompet dia dan niat dalam hati,

"Ya Allah, aku ikhlaskan hati duit nafkah aku bulan ini seringgit je," doa mohon Allah catat pahala buat suami. 

Semalam keluar ipar dan mertua ramai-ramai ajak keluar. Sebelum keluar, suami singgah di stesen minyak, nak keluarkan cash siap-siap. Dia masuk kereta dan saya tanya, berapa baki duit dalam akaun bank. Katanya tinggal RM50 saja. 

"Serius?!"

"Ha'ah, serius. Tapi tak apalah. Esok (hari ini) rasanya gaji kot" 

Saya gelak saja, siap cakap kalau takut tak cukup duit minyak dan tol nak ke office, esok bawa siap-siap tabung syiling anak. Hahaha! Dalam hati saya berdoa semgoa ada rezeki terselit untuk kami anak beranak supaya RM50 ini bertahan sampai ke hari gaji suami. 

Allah Maha Mengasihi. Semalam semasa makan dengan keluar semua, tuan kedai belanja makan sebab kenalan biras saya. Tak keluar satu sen pun, siap bagi manisan bubur dan kuih berbekas-bekas untuk kami bawa pulang. Semoga murah rezeki tuan punya kedai. 

Dah keluar itu, ramai-ramai berbincang di parking lot, nak pergi jalan mana. Saya doa dalam hati minta-minta mereka tak jalan ke shopping mall. RM50 di mall seperti air paip saja sekarang. Allah tolong, tolong. Akhirnya semua bersetuju jalan ke taman awam, masuk free. Jimat lagi duit. 

Sampai taman awam dah waktu petang, tak terik sangat. Bawa manisan yang tuan kedai sedekahkan tadi, buat makan petang. Ya Allah, sedap sangat, free pula. Makan beramai-ramai dengan ipar, biras, mertua dan anak-anak buah. Nikmatnya subahanallah. 

Nak dekat maghrib, balik ke rumah ipar sebab mertua nak bertolak balik ke kampung tengah malam. Mak mertua masak. Jadi makan dinner free lagi. Alhamdulillah. Dekat jam 10 malam, suami esok kerja jam 4 pagi dan kami minta diri nak balik. Sambil salam-salam itu, mak mertua selit duit RM50. Saja katanya. Segannya Ya Allah. Tapi dia paksa ambil, jadi ambil sajalah. Hahaha!

Alhamdulillah, dalam kereta senang hati sebab esok suami pergi kerja ada RM50 untuk minyak tol, parking dan duit makan. Dan ada duit RM50 tambahan itu untuk kecemasan sementara menunggu gaji. Masa in iteringat doa siang tadi, saya redha saja apa yang berlaku bila keluar beramai-ramai dengan keluarga dengan duit RM50 di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sambil itu berdoa banyak-banyak minta tuhan permudahkan semua. 

Saya sujud syukur berkali-kali sebab semalam murah sangat rezeki kami. Saya fikir, mungkin balasan Allah sebab suami pikul tanggungjawab sebagai anak, sebagai suami dan bapa dengan amanah dan jujur. Sampai ke hari ini walaupun hujung bulan duit hampir habis, tapi tak pernah lagi kami dan anak-anak putus makan. 

Betullah apa yang saya selalu dengar. Kalau suami bahagiakan isteri dan anak-anak, melimpah ruah rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Kalau suami abaikan anak isteri, Allah sekat rezeki si suami dalam pelbagai cara. 

Kami baru berkahwin dua tahun lebih. Selama berkahwin, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan nafkah. Duit untuk ibu bapa dia saya tak masuk campur. Nak bagi berapa banyak ke, sikit ke, ikut dia sebab duit belanja untuk kami sentiasa cukup. Kasih sayang dia pada saya dan anak-anak cukup sempurna. Tak pernah mengelat hal mengasuh anak dan buat kerja-kerja rumah. Semua bahagi sama rata dengan saya. 

Kami dikurniakan anak kembar tak sampai sembilan bulan berkahwin sebab bunting pelamin dan bayi lahir pramatang. Dari anak lahir sampai sekarang, dia cepat adapt sebagai new parent. Kalau bergaduh itu biasalah. Setakat ini tiada badai besar yang datang. Harap-harap tak akan adalahlah sampai bila-bila. 

Doakan kami umur panjang dan bahagia hingga ke akhir hayat ye. Terima kasih suami kerana menghargai isteri. Saya harap ramai lagi yang berazam menjadi suami penyayang dan bertanggungjawab. Semoga semua murah rezeki, aminn. 

'Lan masuk GV pun tak bincang' - Rody

$
0
0

Malam tadi, kumpulan Kristal mengumumkan vokalisnya, Lan atau nama sebenar Razlan Mohamed Yusof, direhatkan daripada terbabit dengan sebarang aktiviti bersama Kristal, berikutan penyertaan Lan dalam program Astro, Gegar Vaganza (GV) 2017.

Pengumuman yang dibuat oleh Rody menerusi akuan Instagram rasmi Kristal (@Kristalband) malam kelmarin dan diulangsiar menerusia akaun Instagram Rody. 

"Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru. Insya-Allah pengumuman akan dibuat," tulis Kristal Band. 

Menurut Rody, keputusan itu dibuat atas nasihat orang-orang lama. 

"Atas nasihat orang-orang lama, kami akan merehatkan Lan. Semoga berjaya dengan hajatnya hendak menjadi penyanyi solo, takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pula. 

"Insya-Allah aku akan memperjuangkan Kristal bersama Kechik dan Acap. Moga terus berjaya dan harap anda terus menyokong perjuangan Kristal!," katanya memetik laporan dari Astro Gempak. 


Pengumuman itu mengejutkan ramai peminat Kristal yang tidak mahu melihat Kristal berpecah dan menyarankan anggota kumpulan itu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan melulu. 

Difahamkan, Lan sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk bergerak secara solo untuk mencabar dirinya keluar dari zon selesa. Lan juga menjelaskan kenyataannya mahu berehat daripada Kristal yang pernah diluahkannya sebelum ini hanya sekadar gurauan sahaja. 

Lapor Sinar Harian, Kristal akan berbincang dengan pihak pengasas/pengurus mereka, Pak Din, dan mungkin juga akan mendapatkan nasihat dari Awie. 

Jelas Rody, pengumuman merehatkan Lan dan mencari penyanyi baru dibuat kerana ada peminat yang menganggap Kristal sudah tiada setelah melihat kemunculan Lan dalam GV. 

"Sebenarnya senang saja, satu band perlu berbincang. Masuk GV pun tak bincang. Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul. 

"Ada kawan-kawan beritahu sebelum ini, Lan record solo tapi malas percaya. Sekali betul. Dia nak try benda baru, kita kena try benda baru jugalah. 


"Kalau rezeki dia dalam solo, kita tak ada masalah. Cuma kena cari penyanyi barulah. Faham-faham sajalah nanti show nak kena ada penyanyi. Kalau tak, maka terkontang-kanting kami," katanya. 

Ditanya apa pendirian Kristal jika Lan masih terus menggunakan nama Lan Kristal, boleh atau tidak? 

"Kalau dia dah kuat, rasanya pakai Lan GV pun orang kenal," katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen berpandangan Kristal tidak perlu mengeluarkan Lan. Sebaliknya teruskan bersama dan kekalkan anggota Kristal yang sedia ada. 

(Video) Bukti dah ada, bila 2 kaki pukau ni nak ditangkap? Dah membusung perut pakcik tu

$
0
0

Viral di media sosial rakaman video seorang wanita warga emas dipukau dua lelaki yang sudah difahamkan sudah lama menjalankan kegiatan pukau yang menyasarkan golongan wanita warga emas di sekitar negeri Perak. 

Suspek pertama yang memakai kopiah dianggarkan berusia 50-an, manakala rakannya berusia lingkungan lewat 30-an dipercayai menjalankan kegiatan pukau sejak tahun ini. 

Dalam kejadian yang baru berlaku di kawasan di Kamunting, Perak, dua suspek terbabit dilihat memukau seorang wanita warga emas menggunakan modus operandi yang sama di mana mangsa diminta menanggalkan gelang tangan dan rantai leher.

Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian menghulurkan tangan kirinya kepada suspek yang terus membuka gelang emas, sebelum menyerahkan rantai emas kepada suspek. 

Suspek kemudian mengambil dua barang kemas mangsa dan dimasukkan ke dalam sampul kuning, dilipat dengan rapi yang dipercayai akan ditukarkan dengan sampul yang lain tanpa diketahui mangsa. 


Sementara itu, netizen mempersoalkan mengapa dua individu yang dipercayai anak beranak itu tidak membantu, sebaliknya hanya merakam video itu dan diviralkan di media sosial. 

Pada bulan Jun lalu, seorang wanita warga emas juga telah menjadi mangsa di mana barang kemasnya bernilai RM13,000 telah ditukar dengan sampul yang berisi RM1.60 sahaja. 



BERITA BERKAITAN

'Dah tegur tapi buat lagi, takkan nak suruh polis tegur?' - Lelaki kesal dapat jiran yang tak bertimbang rasa

$
0
0

Hendak ditegur, takut kecil hati. Sudah ditegur, melenting dan beri alasan dari dulu parking di situ, tak ada orang bising pun. Itulah nasib yang dihadapi oleh Amar Hadi, dari Ipoh, Perak, mendapat jiran yang tak reti bertolak ansur. 

"Pening nak menghadap jiran seperti ini. Ada sesiapa boleh beri pendapat macam mana nak selesaikan masalah ini? 

"Di perkarangan depan rumah saya, jiran letak kereta dia. Memang dia dah lama duduk di kawasan ini dan saya pula baru setahun. Apabila ditegur, dia kata dah berpuluh tahun dia parking di situ, tak ada orang bising pun. 

"Bila saya parking kereta saya di depan rumah saya, dilanggarnya kereta saya semasa dia nak masuk parking. 

"Niat bukan nak bergaduh tetapi selesaikan dengan cara baik. Malangnya dia tak pernah beri kerjasama," tulisnya di Facebook pada 17 November lalu. 


Menurut Amar, dia tidak mahu memanjangkan hal ini sehingga membabitkan polis. Namun amat berharap jika jirannya memahami situasinya dan tidak mengulangi perbuatannya itu lagi. 

"Takkan nak suruh polis tegur? Agak-agaklah parking pun. Susah ada jiran seperti ini. Kalau lebih sikit, saya tak kisah. Sekarang semakin melampau-lampau. 

"Sebelum ini pernah mengamuk dan jiran tak buat lagi. Dia alihkan pasu bunga dia di depan. Dah macam apa depan rumah, macam taman bunga. Sekarang dia mengulangi semula perbuatannya. Itu yang parking rapat-rapat dan dia pergi langgar pula kereta saya dengan sengaja. Tetapi tak nak mengaku dan tak mahu meminta maaf. Sebaliknya saya pula yang meminta maaf," ujarnya. 

Amar juga kesal dengan sikap jirannya yang langsung tak menegur perbuatan saudara mara dan rakan-rakannya yang datang dan meletakkan kereta di depan rumah Amar. 

"Kadang-kadang, kawan-kawan dan saudara mara dia datang, suka sangat parking depan rumah saya. Bila dah tahu saya start enjin kereta, bukannya tak dengar, siap tanya, "Nak keluar ke dik?" Aduh!

"Sebelum ini juga dia pernah buat kenduri. Tak ajak tak kisahlah, tapi masalahnya saudara mara dia semua parking depan rumah saya," katanya. 




Menurut Amar, jika diikutkan hati, dia memang mahu mengambil tindakan sendiri, tetapi tidak mahu menjadikan hal itu dan mahu mengambil tindakan mengikut cara yang betul.

"Saya faham kereta dia besar. Nak ditegur, nanti sentap pula orang tua itu. Nanti saya juga yang dikatanya kurang ajar.  Kalau ikutkan hati, memang saya nak ambil tindakan tetapi saya tidak mahu berbuat demikian kerana negara kita ada undang-undang. 

"Sebenarnya kereta dia boleh lepas kalau dia lalu di depan rumah dia. Sekarang tak lepas disebabkan pokok bunga dia di kiri kanan depan rumahnya sampai ke bahagian luar. Itu yang menyebabkan dia kena ke belakang untuk memberi dia ruang jalan keluar masuk. Dan perkara ini juga menyusahkan saya," katanya yang tiada niat mahu viralkan perkara itu di media sosial, sebaliknya hanya mahu bertanya pendapat rakan-rakan sahaja. 

Sementara itu, netizen menasihatkan Amar membuat aduan mengenai masalah itu kepada pihak berkuasa tempatan, agar kereta jirannya itu ditarik dan dikenakan kompaun atas kesalahan parkir di tempat yang menghalang laluan keluar masuk penghuni rumah. 

Bagaimanapun, Amar masih mempertimbangkan tindakan itu kerana bimbang perkara itu akan mengeruhkan lagi keadaan. 

Bayi 8 bulan meninggal dunia akibat terjatuh dari katil

$
0
0

"Saya reda dengan ujian Allah, tiada siapa harus dipersalahkan termasuk adik ipar yang menjaga arwah anak sejak dilahirkan," demikian kata Nasir Nain, 39, bapa kepada bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari katil, malam semalam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 malam, Muhammad Fawwas Hawwari, 8 bulan, anak bongsu dari empat beradik tidur di rumah ibu saudaranya di Kampung Baru Rompin, Jempol. 

"Muhammad Fawwas disayangi seluruh ahli keluarga, malah adik iparlah yang menjaganya kerana saya dan isteri bekerja," katanya. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamddin berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bahau sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi hari ini. 

"Mayat dihantar ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat. Buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. 

Konstabel polis jual pelacur di WhatsApp, ditahan

$
0
0

Seorang anggota polis dan enam individu yang dipercayai 'bapa ayam' dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp ditahan dalam serbuah di sebuah hotel dan kondominium di Klang dan Setia Alam, malam semalam, lapor Harian Metro

Anggota polis berusia 26 tahun itu bertugas di cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Serdang itu ditahan ketika cuba bersembunyi  di kondominium berkenaan. 

Ketika serbuan dilakukan, polis juga menemui pakaian seragam anggota berkenaan serta peralatan menghisap syabu. 

"Seorang wanita Indonesia yang juga pelacur dan mengaku teman wanita anggota polis itu turut ditahan di kondominium sama," katanya. 

Difahamkan, sindiket itu mengiklankan pelacur sebagai gadis dari negara ini bagi menarik minat pelanggan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan mengesahkan kes itu dan berkata, operasi polis bermula jam 6.15 petang kelmarin berjaya menahan tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki warga tempatan ditahan di sebuah hotel, manakala dua lagi individu masing-masing lelaki warga tempatan dan wanita warga Indonesia ditahan di sebuah kondominium di Setia Alam. 

Serbuan yang dilakukan bersama pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menyerbu tiga bilik di hotel berkenaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, manakala JAIS menjalankan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 untuk kes tangkapan kedua itu. 

Warga tempatan yang ditahan itu direman selama empat hari mulai hari ini, manakala warga asing 14 hari bagi membantu siasatan. 

'Saya diekori lelaki warga asing sampai tangan menggigil ketakutan'

$
0
0

Golongan wanita dinasihatkan berhati-hati apabila berada di luar, terutamanya bila berjalan seorang diri. Ini kerana ada 'mata' yang memerhati dan menunggu peluang untuk mengambil kesempatan melakukan jenayah. 

Dalam kejadian jam 2.30 petang Isnin lalu, Nurliyana Mohd Ali Akbar, 20, menceritakan dia diekori seorang lelaki yang tidak dikenali dipercayai warga asing. Yana mendakwa, lelaki terbabit telah memerhati dan mengekorinya ke mana sahaja. 

"Tadi saya diekori oleh seorang lelaki warga asing dipercayai warganegara Bangladesh (saya teka sebab muka dia seperti bangla) sejak dari Sri Rampai hinggalah ke Tesco Ampang. 

"Paling best masa saya parking, dia pun parking tidak jauh dari saya, selang beberapa buah kereta. Kemudian saya tengok dia keluar dari kereta, saya cepat-cepat beredar. Dia pun terus lari masuk ke dalam kereta dia dan segera mengekori kereta saya. 

"Masa itu saya tak tahu nak pergi ke mana. Saya pergi ke balai polis di depan Galaxy itu. Dia nampak saya masuk ke balai, terus dia beredar. 

"Saya buat laporan polis dan sebelum itu saya sempat mengambil gambar nombor keretanya. 

"Serius saya rasa takut sangat-sangat tadi. Tangan semua dah menggigil. Dia tahu saya keseorangan sebab ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Sri Rampai, kereta dia berhenti di sebelah dan memerhatikan saya dalam keadaan yang mencurigakan. Sejak dari itu dia mengekori saya. 

"Kepada golongan wanita di luar sana, tolong berhati-hati. Warga asing sekarang dah mula mendatangkan bahaya. Serius nak menangis saya dibuatnya tadi. Tak tahu nak buat apa.


"For girls out there, please be more careful okay? Please, please and please. Kejadian ini baru saja berlaku pada saya tadi. Kalau kena follow macam ni, cari saja mana-mana balai polis dan terus pergi ke sana. Saya terselamat pun sebab saya masuk balai polis, terus mamat ini hilang. Take noted girls!" katanya.  

'Betul ke tu gambar (lucah) kau Aina?' - Gadis terkejut gambarnya di Instagram dicuri dan dijual dengan gambar lucah RM30

$
0
0

"Tolong report Instagram ni!" demikian tweet yang dimuat naik oleh seorang gadis yang kesal gambarnya disalahgunakan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh. 

Mangsa, Aina (@nuaimesha), mendakwa gambar-gambarnya di akaun Instagram telah diambil oleh individu yang tidak bertanggungjawab, yang kemudian dimuat naik ke akaun Instagram @hayatiaite465 berserta dengan gambar-gambar lucah yang nampak seakan-akan dirinya. 

"Dia ambil gambar aku dan bila swipe sebelah, dia masukkan gambar perempuan yang serupa muka aku. 

"WTF do, kau siapa?? Orang ingat tu aku!! Gigih dia cari muka orang yang seakan muka aku," katanya. 





Difahamkan, gambar kawan-kawan Aina juga turut menjadi mangsa individu berkenaan. 

"Orang ini dah tak ada kerja lain ke nak buat? Gambar aku tu dahlah sepatutnya terbalik ke bawah, gigih dia screenshot bagi straight balik kan. 

"Pastu gambar ini, tahun lepas aku upload dan aku upload kejap saja, kemudian delete sebab rasa tak lawa. Ini pun ada! Ee tak boleh terima betul. Sudahlah gambar lucah sia," katanya.


Ekoran tersebarnya gambar-gambar ini, ramai rakan-rakan menghubungi Aina bertanyakan tentang kesahihan gambar berkenaan. 

"Ramai gila yang mesej dan tanya betul ke gambar tu aku. Wehh! Kalau aku dapat taulah siapa yang buat ni. Eee geramnya. Siap jual RM30 gais, kononnya ada gambar bogel. Teringin juga aku nak PM dia, macam mana gambar bogel itu. Hahaha! 

"Ada juga gambar orang lain yang dia cari gambar sesiapa muka serupa dengan orang itu. Dia upload macam before after gitu. 


"Contohnya begini, aku tak rasa gambar yang bogel itu adalah orang yang sama dengan gambar perempuan bertudung itu sebab ada perbezaan pada muka. Tetapi seiras juga. Gigihnya dia mencari. 

"Yang kelakarnya, aku dah tahu kenapa dia ambil gambar aku pakai baju merah, sebab nak match dengan gambar yang dia nak masukkan (yang lucah tu) sebab gambar itu pakai baju/tudung merah. Psiko!" katanya.

Bagaimanapun, akaun @hayatiaite465 telah ditutup oleh pihak Instagram selepas mangsa membuat aduan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan. 


Sementara itu, Aina mengesyaki individu terbabit telah lama memerhatikan akaun Instagramnya, namun masih mencari bukti. 

"Kitorang ada syak someone dan aku tengok orang yang aku syak itu dah tengok story yang aku buat malam tadi dan selepas itu aku tengok akaun Instagram dia private. 

"Dia lelaki, tak boleh nak beritahu lagi sekarang sebab belum pasti 100%. Tengah mencari bukti. 

'PADAN MUKA, SIAPA SURUH UPLOAD GAMBAR SELFIE DALAM MEDIA SOSIAL?'

"People be like 'padan muka siapa suruh upload gambar selfie dalam media sosial'. Okay, okay, tahu salah sendiri upload gambar di media sosial tetapi masalah saya sekarang ialah, orang yang buat itu, boleh diterima ke? Itu saja. 

"Aku upload ini pun memang nak orang tahu secara meluas sebab ramai yang pernah tengok gambar itu dan tanya 'betul ke tu gambar kau Aina?'. Got it? Yes I know, salah sendiri yang upload gambar selfie and so on. Tapi this kind of guy mental do. Faham tak? 

Difahamkan, Aina telah berjaya mengesan individu yang melakukan khianat itu, namun tidak mendedahkan identiti individu berkenaan dan dia redha dengan apa yang berlaku serta berharap individu itu tidak mengulangi perbuatannya lagi. 

"Tak apalah, aku harap dengan jadinya begini, kau takut nak buat dah selepas ini. Bukan aku saja, untuk yang lain juga okay," katanya.

'Macam binatang berjimak di khalayak' - Netizen

$
0
0

Viral di media sosial video dua remaja lelaki dan perempuan melakukan perbuatan yang tidak senonoh di sebuah taman permainan yang tidak diketahui lokasinya. 

Video berdurasi kurang dari seminit itu menunjukkan remaja perempuan terbabit terdahulu menggosok kemaluan pasangannya yang baring di penghujung gelongsor. 

Video kedua pula menunjukkan remaja lelaki berkenaan telah menindih pasangannya dan melakukan aksi seperti sedang berasrama. 

Kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam yang kemudian memuat naik video itu di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Bagaimanapun tindakan perakam berkenaan tidak disenangi oleh netizen yang menyifatkan individu itu lebih mementingkan rakam dan viralkan video itu di media sosial, berbanding menegur pasangan remaja berkenaan. 

Selain itu, netizen juga tidak menolak bahawa punca kejadian seperti ini berlaku kerana anak-anak muda kini terlalu diberi kebebasan menggunakan gajet tanpa dipantau oleh ibu bapa sehingga terlibat dalam gejala sosial yang tidak diingini. 

"Kasihan si ibu yang melahirkan anak. Masa kecil dulu comel, sekarang dah besar tengoklah perangainya. Tak ada rasa malu dengan yang di atas," kata Muhammad Syahir. 

"Apa nak jadi? Yang merakam video ini pun, pergilah tegur atau buat apa yang patut. Macam binatang berjimak di khalayak ramai. Tak ada rasa malu langsung. Serius sedih tengok generasi kita sekarang. Macam binatang dik, binatang," kata Puteri Bonda. 



Tak mampu sediakan hadiah pertunangan untuk anak, ibu bunuh diri

$
0
0

Seorang ibu di daerah Ningling, Henan, China, mengambil keputusan untuk membunuh dirinya minggu lalu kerana tidak berkemampuan untuk membeli hadiah pertunangan anak lelakinya seperti yang diminta oleh keluarga pengantin perempuan, lapor Shanghaiist. 

Difahamkan sebelum majlis perkahwinan, keluarga pengantin perempuan berkata mereka mahu hadiah kereta. Malangnya permintaan itu bukan sesuatu yang mampu diberikan oleh keluarga pengantin lelaki. 

Selepas mendapat tahu permintaan itu, ibu pengantin lelaki tertekan dan mengalami kemurungan yang teruk, akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan melompat ke dalam sungai. 

Video kejadian itu viral di media sosial China menunjukkan sekumpulan orang ramai menggerumuni mayat mangsa di tepi sungai. 

Suami mangsa yang melihat mayat isterinya itu kemudian juga cuba membunuh dirinya dengan cara yang sama. Tetapi dia sempat diselamatkan oleh anak lelakinya dan polis. 


Sementara itu di media sosial, netizen tidak menyalah keluarga pengantin perempuan dengan alasan bahawa kereta bukanlah hadiah yang tidak masuk akal. Sebalik mereka tertanya-tanya, mengapa beban membeli kenderaan itu tidak diberikan kepada pengantin lelaki dan mengapa dia tidak dpaat menunggu sehingga keluarganya stabil untuk menikah. 

"Saya menyalahkan anak lelaki pasangan itu. Jika anda tidak boleh berdikari dari segi kewangan, maka anda tidak boleh berkahwin," kata netizen. 

'Samseng taik kucing' mengaku tak bersalah, rayu mahkamah beri jaminan rendah kerana ada tiga anak

$
0
0

Mohammad Fikry Mamot, 29, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah pada Faiz Hariz Nurhuda, 22, dalam kejadian awal pagi 11 November lalu. 

Mohammad Fikry yang merupakan penganggur pada hari kejadian telah menumbuk pembantu pemasaran yang menegur tindakan dia dan kumpulannya memotong barisan ketika beratur untuk membeli kasut edisi terhad jenama Adidas berharga RM1,150. 

Tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Faiz pada jam 6 pagi, 11 November di hadapan butik Adidas, KLCC. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. 


Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin terdahulu menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan jaminan rendah atas alasan dia mempunyai tiga anak. 

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Disember ini untuk sebutan semula kes.

BERITA BERKAITAN:

Rembat barang dan perabot rumah sewa bernilai RM30K, penyewa dipenjara 10 bulan

$
0
0

Padah melakukan onar terhadap pemilik rumah sewa, seorang ibu tunggal anak satu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, lapor Harian Metro

Tertuduh, Aizam Abd Aziz, 44, yang mencuri barangan dan perabot rumah sewa pada September lalu juga turut berdepan dengan hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal menjelaskan denda RM5,000. 

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta dengan curang. 

Aizam didakwa dengan curang menggunakan lima unit penyaman udara, dua katil dan tilam, seunit mesin basuh, seunit peti sejuk, satu set meja makan, satu unit kabinet televisyen, sebuah televisyen 29 inci, sebuah sofa L-Shape, dua set meja tepi, satu set seterika dan papan penggosak, seunit tong gas, 13 unit bantal dan pelbagai jenis peralatan dapur milik Sharifah Salwa Syed Shafie, 43. 

Aizam didakwa melakukan perbuatan itu di rumah sewa milik Sharifah Salwa di Taman Semarak Bukit Tunggal, Kuala Nerus pada jam 11 pagi 30 September lalu. 

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live