Quantcast
Channel: The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live

'Siapa yang cakap gaji saya RM1,000? Gaji saya RM10,000' - Bodyguard Dato' Aliff Syukri

$
0
0

Baru-baru ini, jutawan kosmetik, Dato Aliff Syukri Kamarzaman didakwa membayar gaji pengawal peribadinya sebanyak RM1,000 sahaja, menyebabkan beliau dikecam netizen di media sosial. 

Betul ke dakwaan itu? RM1,000 itu di bawah gaji minimum di Semenanjung Malaysia. 

Bagaimanapun, Aliff Syukri tampil menafikan dakwaan yang tidak berasas itu dan meminta mereka yang tidak tahu cerita, jangan memfitnah sesuka hati. 


"Harap je nama lelaki, tetapi mulut macam betina! Sesuka hati korang je kan mulut yang mengata saya macam longkang. 

"Kalau tak tahu kebenaran, please jangan memfitnah, nanti jatuh berdosa. Esok bodyguard saya datang, saya mengadu dengan dia," katanya di Instagram. 

11 jam yang lalu, Aliff memuat naik gambar video penjelasan pengawal keselamatannya bernama Joe, di Instagram, sekaligus menafikan semua dakwaan karut dari netizen yang tidak bertanggungjawab. 

"Siapa yang cakap tu, diorang tak tahu apa-apa. Background abang Joe diorang tak tahu. Abang Joe ni bekas ADC Kerabat. Sekarang ni gaji Abang Joe termasuk elaun semua, lima angka," katanya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar. 


Tetapi Aliff mendesak pengawal keselamatannya memberitahu saja angka sebenar kerana geram dengan tindakan individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah memfitnahnya sebelum ini. 

"RM10,000. Semua RM10,000," kata Joe. 

Surirumah dibelasah dan dibotakkan kerana disyaki punyai hubungan sulit dengan lelaki lain

$
0
0

Bukan saja dipukul, malah kepalanya turut dibotakkan oleh suami yang mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. 

Mangsa yang merupakan surirumah sepenuh masa berumur 32 tahun, tinggal di Taman Kluang Setia, Johor, dipukul sehingga lebam di muka, kepala dan tangan oleh suaminya tanpa belas kasihan. 

Ketua Polis Kluang, ACP Mohamad Laham berkata, pada awalnya mangsa menghubungi bapanya, 63, yang tinggal di Petaling Jaya dan memberitahu mahu pulang ke rumahnya tanpa mendedahkan apa sebenarnya yang telah berlaku 

Bapa mangsa hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak perempuannya itu selepas menerima gambar yang dikirim oleh besannya melalui aplikasi WhatsApp.. 

"Lebih kurang jam 8.30 pagi, bapa mangsa telah menerima gambar anaknya melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh besannya. Bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kemudian cuba menghubungi anaknya, tetapi gagal sebelum membuat laporan polis," katanya. 

Bertindak di atas laporan, polis telah menahan suspek berumur 32 tahun, bekerja sebagai kontraktor dan direman sehingga 18 November. 

Siasatan awal mendapati motif kejadian suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain lalu memukul dan mencukur kepala mangsa sehingga botak.

"Suspek memukul kepala dan muka isterinya menggunakan tangan. Mangsa cuba menghentikan suaminya, tetapi berakhir dengan lebam dan bengkak di muka sebelum suspek mencukur kepalanya sehingga botak," katanya. 

Mangsa kemudian diselamatkan oleh ibu mertuanya dan meminta mangsa membuat laporan polis terhadap anak lelakinya itu. Malah, ibu mertua meminta mangsa mendapatkan rawatan di hospital, namun mangsa menolak untuk berbuat demikian.

Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. 

'Kebabian apakah ini? Belajar tinggi-tinggi kat universiti tapi parking 3 layer' - Student IPT

$
0
0

Viral di media sosial video seorang pelajar IPT kesal dengan tindakan tidak bertamadun dan mementingkan diri segelintir pelajar di universiti meletakkan kenderaan mereka sehingga menghalang laluan untuk keluar. 

Video yang dimuat naik oleh Amirul Azman itu dikatakan berlaku pada pagi semalam di UiTM Puncak Alam. 

"Kebabian apakah ini? Parking tiga layer. Bodohnya lah masyarakat. Belajar tinggi-tinggi kat universiti," katanya dalam video tersebut. 

Menurut Amirul, pemilik kenderaan yang menghalang laluan mereka langsung tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. 


Difahamkan, Amirul dan rakan-rakannya hanya dapat keluar dari kawasan tempat letak kereta itu di sebelah petang dan mujur mereka juga ada kelas pada petang itu. 

Menurut Miera Zainuddin pula, kawasan tempat letak kereta yang ditunjukkan dalam video tersebut sememangnya tempat letak kereta khas untuk pelajar. 

"So memang kadang-kadang wujud kebodohan semasa parking. Hahaha! Belum tengok lagi parking yang redha bumper nak kena sagat. 

"Ada garisan tapi cuma di bawah. Ini bahagian parking atas. Well, bila ada garisan memang susah dapat parking. Itu yang terdesak parking di mana-mana saja. Hahaha," katanya.



Sementara itu reaksi netizen:

"Video ini mengajar kita yang belajar di universiti belum tentu menjamin yang kita ini pandai. Orang tak masuk universiti pun lagi pandai parking kereta," - Fadli Alee.

"Inilah orang belajar tinggi-tinggi tapi tak apply kepandaian dalam everyday life." - Afiq Muazam.

Pelajar tingkatan 3 dibelasah 10 pelajar lain sehingga mengalami kesukaran untuk buang air kecil

$
0
0

Seorang pelajar tingkatan tiga mengalami kesukaran untuk membuang air kecil selepas dipukul sekumpulan pelajar dalam kejadian buli awal bulan November, lapor Sinar Harian. 

Mangsa, 13, berada dalam keadaan lemah dengan kesan luka di mata kiri selepas dibelasah 10 rakan sebaya di bilik asrama sekolah tersebut. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam 4 November, didalangi oleh seorang pelajar senior tingkatan lima selepas mangsa dikatakan mengaku mencuri wang milik rakannya di tiga bilik berasingan.

Mangsa diminta menghadiri perjumpaan kelas di sebuah bilik gelap sebelum matanya diikat dengan kain pelikat dan tangannya dipegang oleh seorang pelajar. 

Mangsa kemudian dipukul bertubi-tubi oleh semua pelajar terlibat, sebelum diselamatkan oleh rakan baiknya yang membawa dia berehat di bilik lain.  

Ibu mangsa hanya menyedari keadaan anaknya ketika datang melawat pada 5 November lalu. Bimbang melihat kecederaan anaknya itu, mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran dan pemeriksaan mendapati terdapat banyak kesan lebam dan calar di seluruh badan mangsa. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang selepas mengadu sakit di bahagian perut dan riujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. 

Doktor yang merawatnya mengesahkan mangsa mengalami kesukaran untuk membuang air kecil akibat kejadian itu. 

Ekoran kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada 8 November untuk tindakan lanjut pihak polis. 


Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal ABdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan telah menahan 10 pelajar berusia 15 tahun dan seorang berusia 17 tahun. 

"Berdasarkan laporan hospital mendapati tiada kecederaan dalaman. Mangsa masih ditempatkan di HRPB dan keadaannya bertambah pulih. 

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya. 

Difahamkan kejadian buli itu merupakan kejadian yang berlaku di sekolah berkenaan.

'Buatlah kalau nak report, simpanlah gambar² awak tu dalam kubur' - Wedding planner tak puas hati ditegur guna gambar orang lain untuk promote service

$
0
0

"Saya terkejut tengok (ada) orang guna gambar yang saya shoot untuk promote service dia. Bila ditegur, saya pula yang disekolahkan, sebelum dia block saya. Haihh! Hati-hatilah semua," demikian tulis jurugambar perkahwinan, Khairi Aswad semalam di Facebooknya. 

Khairi kesal ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan gambar hak miliknya tanpa kebenaran bagi tujuan peniagaan. Malah, individu berkenaan 'melenting habis' apabila ditegur. 

"Kenapa? Awak kenal ke? Kawan saya. So salah ke? Tak boleh ek? Malay please, bagi tak salah kot? Bukannya ada nama sesiapa pun. Eee," kata individu berkenaan. 

"Gambar ini gambar client saya, saya photographer mereka. You should use your own picture, your own product. Ini macam nak tipu client. 

"Ini gambar saya dan hak milik gambar ini cuma saya dan client saya dan awak boleh cakap tak salah?" soal Khairi. 

"Kalau macam inilah awak berbisnes, tak ke manalah awak. Orang guna picture saya pun, saya tak kisah pun," balasnya. 



Bagaimanapun, perbualan itu terhenti apabila individu berkenaan mengambil tindakan menyekat Khairi dari terus menghubunginya. 

Difahamkan, individu berkenaan bukan jurugambar, tetapi sebagai wedding planner dan dipercayai baru saja berkecimpung dalam perniagaan tersebut, namun menyalahgunakan gambar yang bukan hak miliknya. 

Beberapa rakan Khairi juga cuba menegur individu berkenaan, tetapi gagal apabila mereka turut menerima nasib yang sama. 

Enggan mengakui kesalahannya, individu terbabit kemudian memuat naik status berikut di Facebooknya. 

"Nak tengok tak betapa pandainya kerja-kerja tambah menambah mereka ini? Bagus sekali, saya suka. Ada lagi? Buatlah lagi. Tak apa, saya sabar hari ini, hari kau orang busukkan saya. Tengoklah nanti apa jadi pada kau orang pula. Kau orang jawablah dalam kubur nanti okay," katanya. 


Rakan Khairi, Aizat Mohd Arshad, memberi peluang kepada individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam. Malangnya peluang yang diberi tidak dimanfaatkan, malah dia tidak gentar jika mereka membuat laporan polis terhadapnya. 


"Buatlah kalau nak report. Sudahlah. Simpanlah gambar-gambar awak tu dalam kubur nanti ye," katanya. 

Difahamkan, mangsa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan atas dakwaan menggunakan gambar hak milik merek tanpa kebenaran di bawah jenayah komersial. 

'Cikgu tadika layan anak saya seperti tak wujud, tapi dengan murid lain bukan main mesra lagi' - Ibu kesal cikgu tadika pilih kasih

$
0
0

Kes confessor ini menarik, si ibu terkilan dengan sikap guru tadika yang mengamalkan sikap pilih kasih. Ini realiti yang perlu kita semua akui. Namun, bagaimana caranya untuk kita menegur? 

Apa yang ibu bapa bimbangkan, jika mereka menegur, pastinya ada yang akan 'anti' atau memulau mereka kononnya cerewet atau melebih-lebih. Padahal mereka sepatutnya beri layanan yang sama kepada semua kanak-kanak. 

ASSALAMUALAIKUM. Saya nak meluahkan sikit tentang cikgu-cikgu sekolah tadika anak saya. Saya kecewa sebab kebanyakan cikgu tadika ini memilih kasih pada anak-anak, terutamanya anak saya yang diperlakukan seperti tidak wujud. 

Kebiasaannya sekolah ada wujudnya group WhatsApp ibu bapa murid tadika, kan? Setiap ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah atau cuti akan memaklumkan perkara itu di dalam WhatsApp group. 

Apa yang saya perasan, setiap kali saya maklumkan anak saya tak dapat hadir ke sekolah, tiada respon langsung daripada cikgu tadika. Anak saya sakit sampai masuk ke hospital pun, tetap tiada respon. 

Perkara ini membuatkan saya terfikir seketika, apakah cikgu-cikgu sekolah anak saya ini berhati batu ke? Pilih kasih yang amat. 

Berbeza pula jika ibu bapa murid yang lain memaklumkan anak mereka tidak dapat hadir ke sekolah, panjang berjela ucapan semoga sembuh bagai. 

Bukan saya seorang saja yang terkena, malah ada sesetengah ibu bapa kepada murid di sekolah itu juga turut menerima nasib yang sama. Seperti anak kami tidak digemari oleh mereka. 

Banyak lagi cerita lain tetapi saya tak kuasa nak cerita panjang-panjang. Kalau anak yang ibu bapanya 'kamcing' dengan mereka (cikgu tadika), fuhh! Dia punya manis, macam gula batu.


Bayangkanlah, hati ibu mana yang tidak sedih min? Semasa hari ulangtahun kelahiran anak saya, dia letak kek atas kerusi kemudian potong kek seorang diri. Kawan-kawan tiada di tepi kiri dan kanan. Saya sedih bila mengenangkan perkara itu. Sudahlah gambar anak saya sambut hari ulangtahun  kelahirannya tidak dimuat naik ke dalam group Facebook. 

Untuk ucapan ulangtahun anak orang lain, elok saja cikgu-cikgu tadika ini muat naik ke dalam group. Siap beri ucapan hari ulangtahun kelahiran, bergambar dengan kawan-kawan apa semua. 


Saya sedih melihat sikap cikgu-cikgu tadika seperti ini, sampai menitis air mata saya. Sedih, anak saya tak diberi layanan yang sama rata. 

Buat cikgu-cikgu tadika saya nak berpesan, bila jadi cikgu kepada anak-anak kecil ini, jadilah seperti ibu yang tidak membezakan kasih sayang. 

'Penyewa lari, tengok-tengok rumah dah jadi begini dan kepala paip pun dirembat'

$
0
0

Bila penyewa mesej mereka nak keluar rumah macam itu saja. Mereka mesej kata kunci rumah diletak dalam rumah, kemudian mereka block nombor telefon saya. 

Rasa tak sedap hati terus pergi ke rumah. Bila tengok rumah, aduhai. Orang jenis apa yang duduk di rumah ini? 

Selama ini kalau penyewa lain yang sewa, bila mereka keluar, kami suami isteri boleh saja cuci rumah sendiri. Tetapi kali ini saya mengalah. Tak selera saya tengok toilet begini. Penyewa ini jenis tak basuh toilet ke? Dah berkahwin dan dah ada anak, takkan perangai kotor begini? 



Toilet satu hal, sinki boleh bengkok apa cerita? Apa yang awak buat sampai sinki pun bengkok begini? Mozek di dinding pun banyak tercabut. 

Kami memang tak pernah nak periksa rumah sebab mahu menjaga privasi penyewa. Tengok-tengok rumah dah jadi begini. Sudahlah rumah sewa sebelum ini kami cat lawa-lawa. Tak kisahlah tinggal rumah kotor sebab kita faham takkan selepas angkut barang, awak nak kemas barang? Tapi bila barang-barang rumah banyak rosak, itu yang menyakitkan hati. 

Seperkara lagi. Bang oii, kepala paip pun nak bawa lari ke? 





Dahlah si suami baik hati tak pernah nak menaikkan kadar sewa rumah. Deposit pun ambil satu bulan saja sebab tak mahu membebankan penyewa. Tengok-tengok orang buat kami begini, memang rasa nak marah. Duit deposit rumah yang ada pun tak dapat nak tanggung kerosakan yang mereka tinggalkan. 

Sekarang masalahnya penyewa sudah lari dan tidak dapati dicari. Kalau esok dia masih berdiam diri walaupun kami sudah menghubungi dia melalui mesej, tindakan susulan akan diambil sebab semua perjanjian ada. 



Akaun Facebook penyewa pun kami dah jumpa. Harap penyewa ini keluar dari lubang tikus dan tampil untuk bertanggungjawab. 

Sumber: Ziera Rahman

'Mengapa begitu kejam terhadap anak saya?'

$
0
0

"Mengapa begitu kejam terhadap anak saya?" demikian kata bapa yang mendakwa anak lelakinya dipukul, diterajang dan dipijak badannya oleh anggota beruniform dalam satu kemalangan yang tidak disengajakan. 

Bapa mangsa, Mat Lan Mohd, kesal dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu dan memohon orang ramai tampil membantunya untuk menuntut keadilan jika terbukti anaknya tidak bersalah dalam kejadian itu. 

MALAM tadi anak saya telefon dari Johor, mengatakan keretanya tergesel dengan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh anggota polis. 

Ceritanya, semalam dia membawa kawan-kawannya dari kampung bersiar-siar di Johor Bahru. Sampai di satu simpang, dia ternampak sekumpulan motosikal yang bergerak perlahan. Dia tidak menyangka sekumpulan penunggang itu adalah anggota polis kerana mereka tidak memakai vest cerah (pantul cahaya). 

Malangnya tempat itu gelap dan kereta anak saya tergesel dengan salah seorang anggota bermotosikal. Terus polis itu bangun dan menarik anak saya keluar dari kereta, lalu ditumbuk beramai-ramai. Selain itu anak saya juga diterajang dan badannya dipijak. 

Selepas itu, mereka menggeledah kereta dan membawanya ke balai polis berhampiran. Mereka juga tidak membenarkan anak saya buat laporan polis berhubung kejadian itu. 

Saya menyuruh anak saya membuat laporan polis di balai lain dan membuat medical check up. Sehingga kini dia masih ditahan di wad kecemasan hospital kerana dipercayai mengalami pendarahan dalaman. 

Anak saya berhijrah ke Johor untuk bekerja kerana tidak cukup wang hantaran perkahwinannya. Selepas ini dia mungkin tidak dapat bekerja lagi. 

Saya memohon warga Malaysia yang prihatin memberi pembelaan kepada anak saya. Mohon viralkan post ini. 


Sumber: Mat Lan Mohd

Semoga polis menyiasat dakwaan ini bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Netizen dinasihatkan jangan cepat melatah dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Berang ditinggal bas ekspress, penumpang tikam pemandu bas

$
0
0

Berang ditinggalkan bas ekspress ketika berhenti di terminal bas di Alor Setar, Kedah, seorang penumpang menikam pemandu bas berkenaan dengan pisau di Stesen Bas Ekspress Bukit Lagi, Kangar, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Mohd Fakhri Yahya, 33, cedera di bahagian belakang bahu kiri dan menerima tiga jahitan akibat ditikam penumpang yang dibawanya dari Larkin, Johor Bahru. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11 pagi dari kerani syarikat bas tersebut yang memaklumkan seorang pemandunya cedera ditikam penumpang. 

Difahamkan, mangsa memandu bas ekspress dari Stesen Bas Larkin, Johor Bahru ke Perlis yang bertolak dari malam semalam. 

"Ketika bas berhenti untuk menurunkan penumpang di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar, suspek turun untuk ke tandas tanpa memaklumkan kepada mangsa. 

Sejurus keluar dari tandas, suspek mendapati bas berkenaan sudah meninggalkannya dan menuju ke Stesen Bas Ekspress Kangar. 

"Suspek dalam keadaan marah pergi ke kaunter bas di Terminal Bas Shahab Perdana untuk memaklumkan perkara itu. Kemudian menyewa sebuah teksi menuju ke stesen bas tersebut. 

"Setibanya di stesen itu, suspek terus meluru ke dalam bas itu dan terus menikam belakang bahu mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa yang cedera berjalan ke kaunter tiket bas berhampiran untuk mendapatkan bantuan," katanya. 








Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dengan ambulans untuk dirawat dan sudah dibenarkan pulang. 

Polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan oleh suspek dan sebuah beg besar berisi pakaian milik suspek yang ditinggalkan dalam bas berkenaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. Polis kini sedang giat mengesan suspek. 

Takut guna eskalator, datuk tampar cucu sampai hidung berdarah

$
0
0

CHINA - Seorang lelaki berusia 49 tahun yang menampak cucu perempuannya berusia 4 tahun sehingga hidungnya berdarah ditahan reman selama lima hari, lapor South China Morning Post

Kejadian yang sempat dirakam kakitangan pasar raya itu dikatakan berlaku pada Isnin lalu di Yongzhou, wilayah Hunan. 

Rakaman video menunjukkan muka mangsa berdarah sedang dirawat oleh seorang wanita, kakitangan pasar raya berkenaan. Juga kelihatan tompokan darah di lantai, di kaki dan baju mangsa, sementara datuk dan adik lelaki mangsa yang berusia satu tahun hanya memerhatikan mangsa. 

Namun secara tiba-tiba lelaki terbabit menolak kakitangan berkenaan lalu menampar kepala mangsa dengan kasar sebanyak beberapa kali. 

Keadaan itu memaksa dua kakitangan tampil melindungi mangsa dari terus dipukul datuknya. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Yongzhou pada tengah hari Ahad lalu berkata, suspek telah membawa dua beradik berkenaan ke pasar raya. Tetapi suspek menjadi berang apabila mangsa enggan menggunakan eskalator kerana takut. 

Suspek yang hilang kesabaran lalu menampar mangsa di bahagian muka menyebabkan hidungnya berdarah sebelum dibantu oleh dua kakitangan pasar raya berkenaan. 


Dalam keterangan suspek kepada polis pula menjelaskan dia menampar mangsa buat kali kedua kerana kanak-kanak itu enggan berhenti menangis. 

Apabila polis menghubungi dan memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mangsa, mereka merayu agar polis menggugurkan kes itu. Malangnya rayuan mereka tidak diendahkan dan suspek ditahan reman selama lima hari untuk siasatan atas dakwaan mencederakan mangsa dengan sengaja. 

Anak² taska ditolak sehingga terjatuh dan mulut disumbat dengan wasabi

$
0
0

CHINA - Seorang wanita tergamak menganiaya dua kanak-kanak di tempat kerjanya, taska Ctrip, mencetuskan kemarahan ibu bapa dan juga netizen di media sosial, lapor Shanghaiist. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita berkenaan dilihat mencampak beg milik seorang kanak-kanak perempuan sebelum menunjal kepalanya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk pada meja. 


Ketika kejadian itu berlaku, dua orang kakitangan yang lain hanya melihat perbuatan wanita itu tanpa melakukan apa-apa. 

Dalam video CCTV kedua pula, seorang kanak-kanak lelaki yang menangis disuap dengan sesuatu ke dalam mulutnya oleh wanita yang sama. Selepas disiasat, ibu bapa mangsa dimaklumkan bahawa wanita itu menyumbat wasabi ke dalam mulut anak mereka. 


"Anak saya baru berusia 17 bulan dan dia sumbat setengah tiub wasabi ke dalam mulutnya. Akibatnya anak saya terberak enam kali dalam masa satu jam," kata ibu mangsa yang menangis selepas menonton semula video CCTV tersebut. 

Pihak taska Ctrip kemudian mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan dan dalam kesempatan itu ibu bapa mangsa telah menyerang wanita berkenaan dan sempat memaksanya untuk menelan wasabi seperti mana yang dia lakukan pada anak-anak mangsa. 




Wanita itu juga berulangkali memohon maaf kepada ibu bapa sambil melutut dan menangis. Pihak taska Ctrip kemudian mengesahkan bahawa wanita itu bukan cikgu di taska berkenaan, sebaliknya sebagai pekerja pembersihan sahaja. 

Apabila ditanya mengapa pekerja pembersihan dibenarkan untuk mendisiplinkan anak-anak keicl itu, pengurus taska berkenaan, Zhang Baobao menjelaskan, kesemua kakitangan di pusat berkenaan telah diminta untuk proaktif dalam menjaga anak-anak asuhan. 

Difahamkan taska itu mengasuh lebih dari 100 orang kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah. 

Berikutan kejadian itu, Ctrip telah memecat wanita berkenaan dan menutup taska itu untuk sementara waktu agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan. Dalam masa yang sama, ibu bapa yang terpaksa menjaga anak-anak mereka di rumah diberi pampasan. 

'Perut saya ditumbuk dan dada dipijak'

$
0
0

Susulan viral luahan seorang bapa yang mendakwa anaknya dikasari anggota beruniform sehingga mengalami pendarahan dalaman, netizen mempersoalkan kesahihan dakwaan itu kerana apa yang cuba disampaikan itu tidak jelas sehingga mereka menuntut salinan laporan polis bagi mengesahkan dakwaan itu.

Mangsa, Mohamad Muslihin Mazelan, 23, tampil memuat naik laporan polis yang dibuatnya semalam sebagai bukti kejadian itu sememangnya benar berlaku dan turut menyebabkan dia mengalami kecederaan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Berikut laporan polis yang telah dibuat oleh Mohamad Muslihin:

"Pada 16 November 2017, jam lebih kurang 1.45 pagi, semasa saya sedang memandu kereta bersama dua rakan lelaki di kawasan perindustrian Tebrau 4 dan telah keluar simpang ke kiri dan mahu ke kanan jalan, tiba-tiba ternampak dua buah motosikal berada di tepi kereta saya. 

"Selepas itu saya menoleh ke hadapan semula dan tiba-tiba ada sebuah motosikal menghalang perjalanan saya. Saya tidak sempat berhenti lalu terlanggar motosikal tersebut tanpa sengaja. Tetapi penunggang motosikal tersebut dapat pertahankan motosikalnya dari terjatuh. 

"Saya perasan tiga orang yang berpakaian uniform polis. Kemudian salah seorang dari mereka bernama Q terus membuka pintu dan saya mahu keluar untuk meminta maaf tetapi terus dipukul di bahagian perut. 

"Dua orang anggota lagi memegang saya dan Q terus menumbuk saya di bahagian perut dan menolak saya sehingga jatuh, seterusnya memijak saya di bahagian rusuk. 

"Selepas itu dia menarik saya ke tepi jalan sehingga menyebabkan luka di tangan dan meminta saya untuk bangun semula. Bila saya pegang perut kerana sakit, dia meminta saya mengalihkan tangan kemudian sekali lagi perut saya ditumbuk. 

"Mereka kemudian membuat pemeriksaan pada kereta dan pemeriksaan identiti ke atas rakan-rakan saya. Beberapa minit kemudian datang tiga lagi anggota berpakaian biasa bertanya apa yang berlaku. 

"Saya kemudian diminta ke Balai Polis Bandar Dato Onn. Saya dibawa ke satu bilik untuk disoal siasat. Mereka meminta saya membayar ganti rugi ke atas kerosakan motosikal anggota terbabit dan meminta saya berjumpa dengannya hari ini (semalam) jam 5 petang di Balai Polis Bandar Dato Onn sebelum saya dibebaskan." tulisnya dalam laporan tersebut. 



Bagaimanapun netizen dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan komen-komen yang tidak sepatutnya sehingga pihak berkaitan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian ini.

'Dah tau selekoh, double line plak tu'

$
0
0

Viral di media sosial video seorang pemandu kereta pacuan empat roda memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Video yang dimuat naik Chin Kean Fatt sejak 18 jam lalu telah dikongsi 12,386 kali dan ditonton 1.5 juta pengguna Facebook.

Berdasarkan video, kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi semalam di Ranau, Sabah, menunjukkan pemandu kereta pacuan empat roda Ford yang tidak sabar dan cuba memotong sebuah lori di jalan garisan berkembar. 

Namun tindakannya itu mengundang padah apabila sebuah kereta jenis Isuzu Mu-x yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta Ford tersebut. 


Difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku, tetapi kedua-dua buah kenderaan itu mengalami kerosakan yang teruk di bahagian depan. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan pemandu Ford yang memandu secara berbahaya itu menjadi punca kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan. 

"Mohon pihak berkuasa ambil tindakan dan gantung lesen pemandu tak guna ini. Dah jelas dan terang jalan itu ada double line tak boleh memotong, dia degil dan potong juga. Potong kat selekoh plak tu," kata Araish. 

"Ini namanya kereta besar tapi otak pemandu kecik atau otaknya letak di lutut. Kasihan orang lain menjadi mangsa keadaan," kata Fatty. 


Difahamkan, susulan kejadian itu juga pemandu kereta itu juga telah dikenakan saman RM300 kerana memotong di garisan berkembar. 

Terjumpa kondom dalam poket seluar, isteri tikam suami 10 kali sampai mati

$
0
0

Seorang wanita berusia 22 tahun mengaku telah membunuh suaminya dengan menikam mangsa beberapa kali sehingga mati. 

Dalam kejadian Rabu lalu, Nittaya Saengdeuan, 22, dari Udon Thani, Thailand, didakwa menikam Amnuay Wensila, 62 sehingga mati di kediaman mereka selepas berlaku pergaduhan yang difahamkan berpunca dari kondom yang ditemui dalam poket seluar mangsa. 

Saengdeuan percaya, penemuan kondom itu sudah cukup membuktikan bahawa suaminya curang dan dia berasa tertipu. 

Pasangan itu kemudian bertengkar dan Saengdeuan mengambil pisau untuk menikam suaminya. Mangsa berlari keluar dari rumah, namun sempat ditikam sebanyak 10 kali dan mati di tempat kejadian. 

"Selepas mendapati suami telah mati, saya heret mayatnya dan sembunyikan di dalam tangki septik," katanya.




Lapor Daily News, Saengdeuan kemudian menghubungi polis dan mereka cerita kononnya dia menemui mayat suaminy di dalam tangki septik itu. 

Bagaimanapun setelah disiasat, Saengdeuan akhirnya mengaku bahawa dia telah menikam suaminya sehingga mati kerana cemburu selepas menemui kondom di dalam poket seluar mangsa. 

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan Saengdeuan dan didakwa kerana membunuh dan menyembunyi mayat mangsa.

'Inilah nasib kita rakyat Malaysia, hanya layak untuk benda-benda yang berkualiti rendah'

$
0
0

Terkejut baca aduan dari seorang penduduk di Putrajaya di rumah yang baru didiaminya selama dua bulan. Walau bagaimanapun, masalah-masalah yang disenaraikan itu ada beberapa yang merupakan masalah individu, contohnya sampah. 

Difahamkan, post yang sama telah dimuat naik di sebuah laman Facebook komuniti Putrajaya. Malangnya post tersebut telah dibuang tanpa diketahui sebabnya. 

Berikut merupakan aduan yang sedang viral di media sosial:

Semalam balik kerja, dapat surat cukai pintu cuma RM924 saja. Tak payahlah terkejut sangat, Putrajaya, kan?



Hari ini balik kerja, lif rosak buat kali ketiga dalam masa empat bulan. Usai solat, makan di luar dan bila dah balik, rupanya technician baru sampai. Nak tak nak, menapak juga sampai ke aras 17 dengan anak-anak (4 dan 2 tahun) dan juga isteri. 

Kesian abang ni. Tak boleh angkut barang-barang untuk pindah. Dah malam kena jaga barang-barang pula.


Lif ini baru sangat beroperasi tak sampai enam bulan. Kali pertama berlaku, 17 lif rosak serentak dan ada yang masih belum dipulihkan sehingga sekarang. 

Caj penyelenggaraan bulanan adalah sebanyak RM260 sebulan, tiada kolam, gym, gate guard, parking extra (selalu parking penduduk kena kebas). Lambat bayar, kena surcaj. 

Kebersihan? Tak pernah nampak cleaner sapu depan rumah. Tangga kecemasan, jangan tanya. 



Ini dark side yang orang lain tak nampak (yang buruk di Putrajaya ini tak akan jumpa dalam paper), ingatkan bila jadi penghuni Putrajaya kerja 'Gomen' semua pun senang lenang. 

Yang masih tinggal di kuarters, hargailah nikmat dan kemudahan. Boleh ambil peluang untuk menyimpan. 

Oh lupa. Pemaju perumahan ini ialah SP Setia (so called paling hebat di Malaysia). Perkhidmatan lif oleh Hyundai Elevator. 

Inilah nasib kita, rakyat Malaysia hanya layak untuk benda-benda yang berkualiti rendah. Aduan rasmi? Agaknya penduduk buat tak. 

#PPA1M #Selasih #SPSetia #Putrajaya #HyundaiElevator


'Tak pernah beli, tiba-tiba courier paksa bayar RM268'

$
0
0

"Saya tak pernah beli pun produk China di Facebook," demikian kata Akma Omar yang terkejut apabila dia dipaksa oleh pihak kurier membuat bayaran sebanyak RM268 bagi produk yang tidak dibelinya secara online. 

Menurut Akma, dia tidak menolak kemungkinan data peribadinya seperti nama, nombor telefon dan alamat rumah yang pernah digunakan untuk membuat pendaftaran di web jualan secara talian telah dijual kepada pihak ketiga dan disalahgunakan.

"Ini namanya Forced Seller cuba nasib dengan taktik kotor terbaru. Mana entah mereka dapat details nama, alamat aku dan main hantar saja courier. Lepas itu suruh aku bayar RM268 untuk dua Whitening Spot Removing Cream, sedangkan aku tak pernah order online, bayar Cash on Delivery (COD). 

"Pada awalnya budak courier itu kata, "Macam mana pun, akak kena bayar juga kak.", Naik anginlah aku. Keras aku jawab, "Pasal apa pulak aku kena bayar sedangkan aku tak order? Produk dari mana ni?". 

"Depan-depan dia aku snap gambar dan kata, "Kau pulangkan balik. Scam ni. Ingat aku bodoh, suka-suka hantar barang dan suruh orang bayar?!" 

"Berhati-hatilah semua kalau terkena kejadian seperti ini. Courier itu kata, kalau courier macam ini semua seller dari Facebook. Sebab banyak dah dia hantar, penerima kata tak order tetapi buta-buta saja bayar juga sebab barang atas nama kita. 

"20 parcel dia rancom hantar tak mustahil 4-5 penerima yang akan bayar saja. Untung, kan? 


"Pandai diorang. Tak perasan 'pre-sales' yang dinyatakan pada slip dalam tulisan kecil itu. Kalau orang tak tahu dan fokus pada harga yang dicetak dengan font besar, memang bayar sajalah," katanya. 

Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak menyalurkan maklumat peribadi kepada mana-mana laman web yang meragukan bagi mengelakkan kerugian wang ratusan ringgit. 

Sylvester Stallone didakwa melakukan serangan seksual terhadap remaja 16 tahun dan ugut akan pukul kepalanya jika dedahkan perkara itu

$
0
0

Pelakon terkenal Hollywood, Sylvester Stallone, 71, didakwa melakukan serangan seksual terhadap remaja perempuan yang juga peminatnya berusia 16 tahun ketika menjalani penggambaran filem Over the Top di Las Vegas pada tahun 1986, menurut laporan polis yang didedahkan secara eksklusif oleh Daily Mail

Sylvester yang ketika itu berusia 40 tahun, bertemu dengan remaja berkenaan di hotel Hilton di mana pengawal peribadi memberinya kunci bilik pelakon berkenaan. 

Difahamkan remaja itu tinggal di hotel itu bersama keluarga kawannya selama 10 hari dari 18 Julai hingga 28 Julai dan berkenalan dengan Slyvester pada 23 Julai selepas diperkenalkan oleh pelakon David Mendenhall yang berlakon sebagai anak Sylvester dalam filem tersebut.



Sylvester didakwa melakukan hubungan seks dan memberitahu remaja itu yang dia 'agak ketat' sebelum bertanya sama ada remaja itu pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki dalam masa yang sama. 

Menurut mangsa, dia dan Sylvester bukan benar-benar melakukan hubungan seks kerana pelakon itu hanya memasukkan 'sedikit' ke dalamnya dan kekal di situ beberapa minit sahaja. 

Mangsa mendakwa, pengawal peribadi Sylvester, Michael 'Mike' De Luca, menunggu di dalam bilik air ketika itu sebelum Sylvester membawanya keluar dan memaksa mangsa melakukan oral seks pada dirinya. 


Selepas melakukan oral seks, De Luca mengadakan hubungan seks dengannya dan dalam masa yang sama mangsa melakukan oral seks pada Sylvester. 

Dalam keterangan kepada polis, mangsa mengakui dia kurang selesa apabila De Luca menyertai mereka dalam bilik itu, namun dia tidak mempunyai pilihan yang lain untuk meneruskan. 

Selepas kejadian itu, mangsa mendakwa Sylvester memberi amaran kepadanya agar tidak mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa kerana mereka berdua sudah berkahwin dan jika dia mendedahkan, mereka akan memukul kepalanya. 













Mangsa berkata, jika pengawal peribadi Sylvester tidak menyertai mereka pada waktu itu, dia tidak akan memanjangkan perkara ini. Namun oleh kerana De Luca sudah berada di situ, dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan.

Polis berkata, mangsa mengambil keputusan untuk tidak mendakwa kedua-dua lelaki berkenaan kerana dia takut dan malu. 

Pada 2013, De Luca, 27, dilaporkan telah mati ditembak Polis California. 

Sementara itu di media sosial, netizen menjangkakan kes ini akan menamatkan kerjaya Sylvester Stallone. 

Anak boleh survive jika mereka ada 'Skill', bukannya bilangan 'A'

$
0
0

Keputusan seorang murid Darjah 1

KESAN hari ini: KECEWA kerana kedudukan dalam kelas 22/32 walaupun semuanya A. Bertambah seorang lagi Mental Stress Disorder mungkin?

Sampai bilakah senario seperti ini terus DIBENARKAN untuk berlaku dalam masyarakat kita? STOP saying, "There's nothing we can do.""The system requires the child to read.""The system this.. the system that..."

Sampai bila? Tidakkah kita yang dewasa ini ada akal dan fikiran yang boleh berfikir dan mengimbangi apa yang perlu dan apa yang tidak perlu?

Ya, kita STUCK dalam sistem. Boleh tak kita HENTIKAN KITARAN JAHAT (Vicious Cycle) ini? Boleh tak kita move on with our life, dengan tidak kisahkan jika anak kita boleh atau tidak? Sebab secara saintifiknya, anak-anak ini boleh survive, boleh belajar, boleh hidup, jika kita benarkan mereka menjadi diri mereka.

PERCAYA KEPADA PROSES

Bukan percaya kepada HASIL yang PROSESnya melibatkan tekanan seperti ini. Saya kasihankan anak-anak kita yang kecil-kecil lagi sudah mengalami tekanan jiwa.

Alternatifnya Parents? 

  • Sama ada pihak sekolah memberi tekanan atau tidak, TOLONG ABAIKAN. 
  • Sama ada anak kita masuk kelas terakhir atau tidak, TOLONG ABAIKAN. 
  • Sama ada kawan-kawan kita nak banding-bandingkan anak-anak, TOLONG ABAIKAN. 
  • Sama ada ahli keluarga kita mahu mengherdik anak kita atau tidak, TOLONG ABAIKAN.
KENAPA? Kerana ANDA lebih tahu SIAPA ANAK ANDA!

Apa yang perlu anda lakukan?

Berikan sokongan MORAL. Percaya pada kebolehan anak anda. Multiple Intelligence ada banyak, jikapun ianya bukan di bidang berkaitan akademik, ada banyak lagi Intelligences yang lain. Dalam AlQuran tercatat 14 Multiple Intelligence, Howard Gardner baru jumpa 9. Kenapa Howard Gardner yang buat kajian? Kenapa tidak kita?

Kayu pengukur bukan hanya PEPERIKSAAN. Ada banyak cara lain. Adakah kita semua bersedia untuk menggunakan Kayu Pengukur yang lain? Tepuk dada, tanya selera. Kita ada akal, kita perlu berfikir.

Jom! HENTIKAN KITARAN JAHAT ini segera. 10 tahun akan datang, dunia tidak lagi melihat bilangan A. Saya ulangi kata-kata ini (semenjak tahun 2014 lagi), 'anak anda boleh survive jika mereka ada SKILL, bukan bilangan A'. Dah bersepah di luar sana dengan hanya cantik atas KERTAS, tetapi tidak boleh bekerja.

PLEASE CHANGE.

#stoptheviciouscycle
#hentikankitaranjahatini
#ubahpendidikan
#ubahmetodpendidikan

'Cucuh rokok tak pandang kiri kanan, apa ke babi sungguh perangai'

$
0
0

Sudah kerap ditegur, diberi peringatan bagai kepada golongan perokok. Namun masih ada yang kurang cerdik dan tidak mengendahkannya. Biarpun sudah banyak kes anak-anak kecil mengalami jangkitan kuman di paru-paru akibat terhidu asap rokok, golongan perokok yang tidak bertanggungjawab masih berdegil.

Dalam insiden yang dialami oleh Syapik Hassan baru-baru ini, seorang perokok dengan selamba mencucuh rokok di kedai makan, biarpun menyedari ada anak kecil berhampiran. Mahu saja si bapa bersuara, namun tidak mahu mengeruhkan keadaan dan hanya mampu bersabar.

INI gambar selfie tengah hari semalam di sebuah kedai makan di Pandan Jaya, Ampang. Selfie ini bukan saja-saja atau sebarang selfie, tetapi selfie penuh makna. 

Selfie ini sebagai peringatan kepada semua para perokok bangang di luar sana supaya mengurangkan kebangangan kalian di masa akan datang. 

Dulu aku juga merokok tetapi dah empat tahun lebih berhenti. Tetapi kalau aku nak cucuh rokok, aku tak bodoh macam brader dalam gamabr ini. 

Hello brader bajet acah-acah suwit pakai baju sedondon warna pink tetapi makan kedai tepi jalan, bajet romantik gitu. Ni aku nak tanya, sebelum cucuh rokok itu ada tak tengok kiri kanan? Anak aku yang umur belum sampai satu tahun itu duduk dalam kerusi budak betul-betul di sebelah kau. Jarak tak sampai dua kaki dari kau. Tak nampak ke? Ke kau nak makan kaki aku dulu baru kau nampak?

Aku dah lama gila tak mencarut tahu tak? Tetapi kali ini nak cakap, apa ke babi sungguh perangai? Serius aku sangat menyirap semalam tetapi masih mampu menahan sabar. Terus aku angkat anak aku, duduk dengan aku. Itu pun masih bau asap rokok kau di tempat aku duduk. Nasib baik dah habis makan (Doris baru nak habis makan), cepat-cepat bayar kemudian cepat-cepat blah. 

Nak merokok, terpulang pada kaulah, aku tak larang tetapi pergi jauh sikit. Duduk di luar sana, kiri kanan kedai tutup, duduk di kerusi kedai yang tutup itu. Tak boleh tinggal awek sekejap ke? Awek kau pun sama bangang 2 x 5, tak ada nak suruh pakwe dia yang hisap rokok jauh sikit ke apa. 

Sekian, done menyumpah. 

Curi barang pasar raya berjumlah RM640.72, bakal graduan dipenjara sehari dan denda RM1,200

$
0
0

Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dijatuhi hukuman penjara selama sehari dan denda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mencuri barangan termasuk mi segera di sebuah pasar raya, bulan lalu, lapor Kosmo!

Majistret Mohd. Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Edayu Shamsudin, 23, yang mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. 

Nur Edayu didakwa dengan niat curang mengambil enam paket Milo, dua unit Nestum, empat unit mi segera Samyang, enam unit Nescafe, empat kartun susun F&N, dua unit minyak masak Seri Murni dan dua unit minyak masak Cap Buruh. 

Kesemua barangan yang diambil berjumlah RM640.72 tanpa membuat pembayaran di pasar raya Aeon Bandaraya Melaka pada jam 10.50 pagi, 29 Oktober lalu. 

Nur Edayu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. 

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan mulai dari tarikh jatuh hukuman. 

Difahamkan, tertuduh baru menamatkan pengajian dalam bidang pelancongan dan penghotelan membayar denda tersebut. 
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live