Quantcast
Channel: The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live

(Video) 'Cepat Ambik kain! Nanti terkena perabot aku!' - Rumah mewah Aliff Syukri bocor

$
0
0

Sejam yang lalu, pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik video sebuah bilik di rumah barunya bocor dan air mencurah-curah dari atas siling. 

Menurut Aliff, dia pada ketika itu sedang baring melayari akaun media sosialnya pada pagi tadi dan secara tiba-tiba air terjun muncul dari atas siling bilik dan ruang tamu. 

"Tengah baring-baring main handphone Instagram dan Facebook pagi tadi. Tiba-tiba air terjun muncul dari atas siling bilik dan ruang tamu. 

"Sedih sangat sebab rumah ini baru saja siap. Katil dan perabot baru saja beli. 

"Sampaikan saya terjatuh sebab nak minta bantuan. Saya tak tahu mana suis utama air," tulisnya di Instagram. 
Sementara itu di ruangan komen, netizen mengucapkan takziah di atas kejadian yang menimpa jutawan kosmetik itu.

Ada segelintir netizen juga mempersoalkan tindakannya merakam kejadian itu berbanding mengambil langkah menyelesaikan masalah itu. 

Tidak kurang juga netizen yang menasihatkan Aliff mengambil tindakan terhadap kontraktor yang membina rumahnya itu. 

'Ibu dia lebih penting dari saya ke?' - Isteri kecewa suami tak tunai janji beli Toyota Vios

$
0
0

Terdahulu, viral luahan kecewa seorang isteri terhadap suami yang menghadiahkannya sebuah beg Louis Vuitton palsu. Sedangkan dia menyangka beg itu tulen dan berharga RM4,000 ke atas. Namun hanya mengetahui beg itu palsu setelah dimaklumkan oleh rakannya. 


Baru-baru ini juga, lagi seorang wanita tampil meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya kerana tidak menepati janji. Lain yang dijanjikan, lain pula yang dapat. 

"Selamat malam warga Kisah Rumah Tangga. Malam ini saya tidak dapat melelapkan mata. Sakit hati dengan suami min. 

"Dia kata nak belikan saya kereta Toyota Vios, kereta idaman saya min. Saya sudah berjanji dan mengajak kawan berjalan-jalan dengan kereta baru itu. 

"Tetapi apa yang berlaku ialah, suami belikan kereta Perodua Viva. Sedih saya min. Saya malu kalau kawan-kawan ketawakan saya. 

"Suami saya kata tiba-tiba dia perlukan wang untuk menanggung kos umrah ibu dia nanti. Persoalan saya ialah, ibu dia lebih penting dari saya ke? Saya isteri dia, dia patut tahu isteri lebih utama dari ibunya. Sedih sangat," luahnya. 

Netizen di media sosial tersedak membaca perenggan terakhir luahan wanita terbabit yang dianggap mengarut dan tidak bersyukur. 

"Tersedak kopi baca kau punya mengarut sis. Tak bersyukurlah kau sis. Orang lain suami nak beli basikal pun tak mampu. Alhamdulillah dapat kereta. Kau doakan saja kalau kau ada anak menantu perempuan nanti tak mewarisi perangai macam kau." - Nana Myana Abdullah. 

"Syabas kepada suami confessor kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan suami dengan baik. Berbakti kepada ibu dan tidak melupakan isteri. 

"Buat confessor, jangan bersikap tidak bersyukur. Orang seperti andalah yang Allah akan tarik segala nikmat yang telah diberi. 

"Pada pandangan kasar saya, suami awak sudah berikan cukup nafkah zahirnya pada anda. Cubalah belajar bersyukur. Nescaya akan datang segala nikmat dunia." - Aminah Mohd Yusoff.

'Kami dah duduk dalam Mid Valley sebelum tempat ini diwujudkan' - Terserempak dengan dua makhluk misteri

$
0
0

Kisah dan pengalaman saya ini berlaku pada tahun 2013 di pusat beli-belah, Mid Valley. Dalam jam dua pagi, saya baru saja selesai menonton filem The Conjuring, American supernatural horror film yang diarahkan oleh James Wan. 

Orang lain semua sudah beredar mengikut arah North Wing. Hanya saya seorang diri saja yang gigih berjalan kaki menuruni eskalator yang telah berhenti berfungsi dan saya fikir nak keluar mengikut South Wing. 

Apabila sudah sampai di Ground Floor, saya mendapati semua pintu telah dikunci dan keadaan pada waktu itu sangat sunyi sepi. Pengawal Keselamatan pun tidak kelihatan. 

Kemudian saya ternampak ada dua orang awek India lepak di Kaunter Pertanyaan. Mujur ada orang, jadi bolehlah saya bertanya macam mana nak keluar dari situ sebab semua pintu sudah dikunci. 

Baru saja mahu bertanya, mereka berdua gelak-gelak kambing pada saya. Saya pun malas nak fikir, lalu bertanya jalan keluar. 

Tetapi mereka kata, mereka berdua sudah bertahun duduk di situ dan inilah pertama kali orang bertanyakan soalan seperti itu pada mereka. 

Saya dah mula rasa cuak pada masa itu. Saya bertanya semula, apa yang mereka maksudkan 'sudah bertahun duduk di situ'? 

"Kami dah duduk dalam Mid Valley sebelum tempat ini diwujudkan." 


Saya pun apa lagi, terus melarikan diri dengan segala kudrat yang ada. Tahu-tahu saya sudah berada di luar premis Starbuck.  Kemudian datang seorang pengawal keselamatan warga asing (Myanmar) bertanya kenapa saya berlari? 

Saya pun jelaskan tentang dua orang wanita yang saya temui di Kaunter Pertanyaan itu. Mendengar penjelasan saya, pengawal keselamatan itu terkejut sebab sebelum ini katanya, ada orang lain yang juga pernah terserempak dengan dua wanita berkenaan. Tetapi dia dan rakan-rakan sekerjanya yang lain tidak pernah terserempak mahupun terjumpa dengan dua orang wanita itu. 

Katanya lagi, mereka juga mendapat arahan dari pihak pengurusan Mid Valley untuk mencari dua wanita berkenaan. Tetapi semenjak dari itu, mereka tidak pernah terjumpa dua wanita terbabit. 

Gambar hiasan
Saya yakin, dua wanita yang saya jumpa itu bukan manusia. Saya sangat yakin. Ngeri siot! 

Dua makhluk berkenaan tak adalah berpakaian sari ke apa. Baju zaman-zaman 90-an begitu. Seorang berbadan gemuk, dan seorang lagi saiz biasa. Mungkin yang jenis bunuh diri di kawasan itu agaknya. Wallahualam.

Sekarang tak tahulah sama ada dua makhluk itu masih ada di sana atau tidak. Kalau tanya pengawal keselamatan yang bekerja di pusat beli-belah itu, rasanya mereka tahu.

Mid Valley memang keras, spooky. Yang jenis tengok filem larut malam itu, janganlah pergi seorang diri. Kalau boleh, biarlah berteman. Kalau sesat, sekurang-kurangnya ada teman.

Yang kes saya, mujur Allah melindungi saya dan memang rezeki saya selamat pada masa itu. Kuasa Allah kuasa Maha Agung. Kalau Dia tak izin, maka takkan dapatnya celaka/bala ke atas makhluk Dia. Semuanya atas Kun Faya KunNya.

'Dia cuba pujuk guru untuk benarkan dia bawa pulang anak saya'

$
0
0

Terkejut seorang bapa apabila guru tadika memaklumkan ada seorang lelaki warga asing yang cuba membawa anaknya pulang, sedangkan beliau tiada meminta pertolongan dari mana-mana individu untuk berbuat demikian. 

Menurut Ahmad Najmuddin, lelaki warga asing itu bukan saja mengetahui nama anaknya, malah mengetahui sekitar jam berapa beliau menjemput anaknya pulang. 

"Salam semua. Ini saya nak kongsikan peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana yang ada anak kecil yang dihantar ke tadika, pesanlah kepada anak dan gurunya siapa yang akan menjemputnya pulang nanti. 

"Sebab kejadian semalam hampir berlaku pada anak saya sendiri di mana seorang lelaki warga asing (Bangladesh) pergi ke tadika anak saya. Kemudian dia minta dengan guru tadika nak bawa balik anak saya dengan alasan kononnya saya yang meminta dia datang untuk ambil anak saya. 

"Padahal saya tiada meminta siapa-siapa pun untuk pergi ambil anak saya. Malah, lelaki Bangladesh itu siap tahu nama penuh anak saya. 

"Atas sebab keselamatan, guru tadika itu meminta lelaki terbabit menghubungi saya terlebih dulu. Tetapi lelak itu tidak berbuat demikian. 

"Sebelum beredar, lelaki itu masih cuba memujuk guru berkenaan untuk membenarkan dia membawa pulang anak saya. Allahuakbar. 

"Saya selisih dalam 10 minit saja dengan lelaki Bangladesh itu. Dia macam tahu-tahu saja saya biasa ambil anak jam berapa. Lokasi di Taman Daya, Johor Bahru," katanya.


(Video) Kakitangan hotel dibuang kerja selepas minta pelanggan wanita puaskan nafsunya

$
0
0

Viral di media sosial, video seorang kakitangan sebuah hotel di Bali, Indonesia, meminta pelanggannya melakukan 'blow job' sekiranya mahu wangnya dikembalikan, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakannya itu. 

Ibu kepada seorang anak itu, Aneta Baker, berasal dari New Zealand berkata, kejadian itu berlaku ketika dia dan rakan-rakannya mendaftar keluar dari hotel tersebut.

Difahamkan, Aneta dikenakan bayaran penginapan lebih satu malam dalam bilnya secara tidak sengaja selepas berlaku salahfaham di antara kedua-dua pihak. 

Aneta yang cuba menyelesaikan masalah itu dan menuntut wangnya dikembalikan. Lelaki terbabit bersetuju untuk memulangkan wangnya tetapi dia juga meminta Aneta melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsunya. 

Pemintaan pelik lelaki itu membuatkan Aneta terkejut lalu bertindak merakam kejadian itu tanpa disedarinya. 

"Dengar apa yang dia kata pada 0:09 saat. Dia nyatakan 'bl*w j*b' dengan perlahan tetapi ia boleh didengar dengan jelas!" katanya.

Aneta: "Jadi awak nak saya beri awak apa?"
Staff: "B*** j*b." 


Video yang dimuat naik sejak 2 Februari lalu telah ditonton lebih 3.8 juta kali, lebih 20,000 perkongsian dan lebih 100 komen. 

Bagaimanapun, ada netizen yang berpendapat berkemungkinan Aneta tersalah dengar dan menganggap mungkin lelaki itu menyebut 'voucher' sebagai ganti rugi. 

Tambahan, lelaki berkenaan tidak begitu fasih berbahasa inggeris yang menyebabkan dia menyebut perkataan itu dengan nada yang tidak betul. 

Meskipun lelaki itu kelihatan seperti mengiakan dakwaan Aneta yang kononnya dia mahu Aneta melakukan sesuatu yang tidak senonoh, netizen juga tidak menafikan mungkin dia juga tidak faham apa yang dikatakan oleh Aneta. 

"Saya terkejut melihat post ini menerima banyak perkongsian dan bagaimana netizen menilai lelaki terbabit dan memuji tindakan berani Aneta. 

"Jangan salah faham, saya 100% menentang jenayah gangguan seksual. Tetapi jika anda menonton dan mendengar sendiri video tersebut dan baca semula apa yang ditulis oleh Aneta, jelas sekali ini hanyalah salah faham sahaja. 

"Apa yang saya lihat, lelaki ini telah melakukan kesilapan dan dia cuba menawarkan jalan penyelesaian dengan menawarkan voucher kepada Aneta dan dia juga akan menggunakan wangnya sendiri, daripada terpaksa melalui pelbagai proses yang memakan masa. Bukannya dia minta buat perkara yang tidak senonoh. 

"Berhenti kongsi kongsi post Aneta Baker kerana tuduhan dia itu adalah fitnah. Jika anda pernah mengalami gangguan seksual, lapor kepada pihak pengurusan hotel atau polis, bukannya buat drama di media sosial," katanya. 

Netizen yang lain juga tidak menyokong dakwaan Aneta, sebaliknya menganggap perkara itu hanya salah faham sahaja. 


Susulan video viral itu, pihak pengurusan hotel menjalan siasatan dan kakitangan terbabit telahpun dibuang kerja dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook rasmi hotel berkenaan. 

"Kami kesal dengan kejadian yang menimpa pelanggan kami. Sudah tentu kami tidak dapat menerima kelakuan sebegini dari kakitangan kami. Kakitangan terbabit tidak lagi bekerja di hotel dan siasatan sedang dijalankan," kata kenyataan itu. 

Sementara itu, Polis Indonesia berkata, lelaki terbabit telah mengaku menyebut perkataan 'bl*w j*b dan dia akan didakwa mengikut undang-undang anti pornografi. 

Sumber: Nextshark

Semua guru tak dibenarkan bawa telefon dalam kelas

$
0
0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa guru tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit ketika berada di dalam bilik darjah. Tetapi boleh membawanya ke sekolah dan disimpan di pejabat atau bilik guru, lapor Utusan Malaysia

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, prosedur itu telah ditetapkan kepada semua guru. 

Mengulas mengenai insiden seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 22 Januari lalu, yang didakwa mencuri telefon bimbit gurunya sehingga tertekan lalu mengambil tindakan menggantung dirinya, beliau berkata pihak kementerian masih belum menerima laporan penuh daripada pihak polis. 

"Saya belum menerima laporan bagaimana dan di mana telefon (iPhone 6) itu didakwa hilang, laporan dan siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis," katanya. 

Kamalanathan berkata, ramai pihak yang telah mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung insiden tersebut dan menasihatkan semua pihak menunggu hasil siasatan penuh pihak polis. 

Beliau juga memberikan jaminan, KPM akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak. 

Sementara itu di media sosial, larangan itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen terutamanya dari golongan mereka yang bekerjaya sebagai guru.

"Disebabkan kes hari itu saja. Sebelum nak beri gajet kepada cikgu, tak fikir habis. Juta-juta ringgit Malaysia habis, macam-macam apps dibina. QR code dalam buku teks. Sembang kari," kata Maisarah Saidi Sukri.

"Hapuskan juga sistem pelaporan E itu E ini. Menyusahkan guru. Bagus juga tak boleh bawa telefon. Selepas ini boss jangan beri arahan melalui WhatsApp dah," kata Aazyf Roshan.

'Tak sangka dia tipu dan khianat saya' - Pasrah ditipu bakal isteri, lelaki rugi RM30,000

$
0
0

Seorang lelaki bujang terpaksa berputih mata menanggung kerugian sebanyak RM30,000 selepas diperdaya teman wanitanya sendiri. 

Mangsa, Muzaffar, 32, berkata, dia mengenali teman wanitanya itu dari kenalannya sejak empat tahun yang lalu tidak menyangka gadis yang mempunyai sifat yang baik, lemah lembut serta sering berhubung dengannya melalui telefon bimbit dan WhatsApp itu tergamak menipunya. 

"Permulaan perkenalan kami pada tahun 2014. Dia tidak bekerja dan hanya duduk di rumahnya di Kampung Demit, Kubang Kerian. 

"Sifatnya yang alim dan sering memberi peringatan mengenai solat, manja dan lemah lembut membuatkan saya terjatuh hati kepadanya," katanya. 

Muzaffar berkata, gadis itu pernah meminta tolong memasukkan duit ke dalam akaun bank kerana dia memerlukan wang belanja. Oleh kerana sayang dan percaya, Muzaffar menurut saja kehendak gadis itu. 

"Saya masukkan duit dalam akaun milik rakannya secara berperingkat sehingga jumlahnya mencecah RM30,000. 

"Saya tidak pernah sangsi mahupun ragu yang dia akan menipu dan mempermainkan perasaan saya.

"Sehinggalah pada tahun 2016, dia akhirnya mendapat kerja sebagai pembantu taska di Bangi dan saya ada bertemu dengannya sekali di tempat kerjanya. 

"Kemudian kami bersetuju mengikat tali pertunangan dan saya menghantar rombongan meminangnya pada 2 Januari di rumah keluarganya. 

"Sehinggalah sebelum tarikh merisik dan meminang, saya ada masukkan RM3,000 secara berperingkat dalam akaunnya atas alasan kononnya dia mahu menempah dua bentuk cincin termasuk cincin merisik dan bertunang serta menempah sebiji kek untuk majlis merisik dan bertunang itu. 

"Dia juga berjanji akan menempah rumah tumpangan untuk saya dan keluarga menginap. 

"Sehari sebelum menghantar rombongan meminang, saya menghubunginya dan berjanji akan bertemu dengannya di depan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sebelum dia membawa rombongan kami ke rumahnya," katanya. 

Malangnya bila tiba pada hari yang ditunggu-tunggu itu, Muzaffar dan keluarganya yang baru sampai di kawasan rehat Gua Musang tidak dapat menghubungi teman wanitanya itu. Malah telefon bimbitnya juga telah dimatikan. 

"Saya cuba menghubungi kedua-dua nombor telefon miliknya. Namun mesej WhatsApp saya telah disekat. Malah dia gagal dihubungi. 

"Memang pada mulanya saya berasa tidak sedap hati tetapi nekad meneruskan perjalanan sehinggalah sampai ke Kota Bharu dan sekali lagi cuba menghubunginya, namun masih gagal," katanya. 

Sehubungan itu, Muzaffar nekad pergi ke sebuah pasar raya berhampiran dan bertanyakan sama ada mereka pernah terserempak atau mengenali bakal isterinya itu. Tetapi jawapan yang diterima menghampakan. 

"Akhirnya pekerja kedai itu membawa saya dan rombongan ke masjid mukim Demit untuk bertemu dengan penghulu dan imam di masjid itu. 

"Selepas diselidik mengenai teman wanita saya itu, penduduk, imam dan ketua kampung akui tidak pernah mengenalinya malah keluarganya juga. 

"Puas saya bersuaha sehinggalah hari semakin gelap dan melihat saya dalam keadaan buntu, penghulu di kawasan itu menawarkan kami tinggal di rumah tumpangan berdekatan," katanya. 

Muzaffar mengakui dia terkilan dengan tindakan teman wanitanya itu yang mengkhianati hubungan mereka. 

Susulan kejadian itu, Muzaffar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa pada 3 Januari lalu. 

"Kejadian ini benar-benar menjadi pengajaran kepada saya. Walaupun masih terkilan dengan tindakannya itu, namun saya masih bersifat positif dengan menganggap kejadian ini sebagai ujian dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati. 


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Ibrahim Sharif mengesahkan menerima laporan dari mangsa dan kes disiasat untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Sinar Harian

(Video) 'Mentang-mentang masuk Jalan-jalan Cari Makan, boleh letak harga tak masuk akal' - Pelanggan kesal dikenakan caj RM120 untuk makan tengah hari

$
0
0

"Rupa-rupanya orang negeri itu pun blacklist kedai tersebut sebab mencekik darah," demikian tulis Sue Idris di Facebook yang kesal dikenakan caj harga makanan sebanyak RM120 yang dikatakan tidak berbaloi. 

Sue Idris dan tiga lagi rakannya datang berkunjung ke negeri Melaka. Setelah puas dan penat berjalan, mereka singgah di sebuah kedai makan yang 'famous'. Namun alangkah kecewanya apabila mereka mendapati kedai itu indah khabar dari rupa. 

"Saya pergi ke Melaka dengan rakan-rakan saya baru-baru ini. Ada sebuah kedai makan tengah hari yang famous, masuk Trip Advisor, masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Mestilah semua orang imagine sedap kan?

"Secara jujurnya, biasa saja asam pedas dia. In fact, di Kuala Lumpur ada asam pedas yang lebih sedap," tulisnya. 

Sebelum itu, Sue menegaskan dia bukan mahu memburuk-burukkan perniagaan orang lain tetapi untuk memberitahu kepada semua agar mereka merancang dengan baik jika datang berkunjung ke negeri bersejarah itu. 

"Tujuan saya menulis adalah untuk beritahu semua yang mungkin merancang atau akan datang ke negeri bersejarah itu di masa akan datang. Juga saya tidak mengalakkan anda makan di kedai berkenaan. 

"Rupa-rupanya orang negeri itu pun blacklist kedai tersebut sebab harganya mencekik darah. 

"Al kisahnya kami berempat mengambil lauk asam pedas bahasgian ekor (tak besar mana pun) tiga, kepala ikan (kecil juga dan dibelah dua), sayur kobis kami letak dalam satu pinggan sebelum ambil portion masing-masing, nasi tiga pinggan dan air tiga cawan. 

Ini harga makanan yang mereka caj: 
  • Bahagian ekor (3 pcs): RM40
  • Kepala ikan belah dua: RM40
  • Sayur kobis sepinggan: RM23 (ini yang paling tak puas hati!)
Jumlah keseluruhan yang kami perlu bayar termasuk dengan air ialah RM120. Ada ke patut sayur itu dicaj RM23??

Apabila pergi membuat bayaran dan bertanya kenapa harga yang dicaj terlalu mahal, ini jawapan mereka. 

"Eh, memang harga macam ni lah!" 


Foto Lobak Merah

Foto Lobak Merah

"Dalam video mungkin saiz ikan itu nampak besar. Tetapi sebenarnya tidak," katanya. 


'Kenapa perlu paksa semua pekerja swasta untuk mencarum SIP 0.2%?' - Baca penjelasan Pegawai HR ini

$
0
0

Sistem Insuran Pekerjaan (SIP/ EIS)

Sepanjang minggu lepas, saya banyak membaca ketidakpuasan hati pekerja berkait pemotongan caruman Sistem Insurans Pekerjaan (SIP/EIS) apabila mendapat slip gaji Januari 2018.

Sebagai Orang HR saya terpanggil berkongsi sedikit maklumat Skim SIP ini yang saya perolehi dan wajib memotong gajian pekerja setiap bulan tanpa gagal memandangkan ia adalah potongan mandatori berdasarkan arahan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP 2017/ AKTA 800) yang berkuatkuasa mulai 01 Januari 2018.

Ya, ramai pekerja rasa tertipu kerana menyangka potongan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso/Socso) dan caruman SIP adalah potongan berkait dan sekadar untuk memenuhkan kantung kerajaan yang kononnya sudah kosong.

IA TIDAK BENAR!

Secara ringkas, caruman Perkeso adalah caruman untuk faedah pekerja jika mengalami kematian atau keilatan akibat kemalangan berkait kerja atau penyakit akibat pekerjaan. Manakala SIP pula adalah caruman untuk faedah pekerja jika mereka dibuang kerja akibat masalah ekonomi atau lain-lain faktor mengikut kelayakan.

Persamaannya ialah keduanya diurus oleh PERKESO, dan menggunapakai konsep majikan dan pekerja mencarum dalam satu tabung yang membayar faedah kepada pekerja yang terlibat musibah sahaja. Jika pekerja tidak terlibat musibah, bayaran carumannya lebur dan tidak dipulangkan semula sebagaimana caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/ EPF).

Caruman SIP sangat rendah iaitu 0.2% daripada penggajian pekerja dan 0.2% syer majikan. Dan jumlah itu pula terhad kepada RM7.90 maksimum kepada keduanya. Bermakna caruman tertinggi pekerja bergaji RM4,000 dan ke atas untuk SIP bagi pekerja dan majikan cuma Rm15.80. (Fasal 18, Jadual Kedua, Bahagian 45)

Caruman terendah pula ialah 10 sen sebulan bagi pekerja bergaji Rm30 atau kurang, dengan caruman 5 sen pekerja dan 5 sen majikan. (Fasal 18, Jadual Kedua, Bahagian 1)

Semua majikan swasta wajib mencarum SIP jika mempunyai satu pekerja dan ke atas. Dan pekerja juga tiada pilihan biarpun sudah bergaji RM4,000 ke atas. Diringkaskan cerita, jika anda mencarum Perkeso, anda sebenarnya wajib mencarum SIP. Tak boleh lari!

Oh ya! Biarpun mengikut takrifan Akta Kerja 1955, definisi pekerja itu turut meliputi Pekerja asing, SIP melalui Fasal 83 mengecualikan caruman pekerja asing dan mereka tidak layak untuk mendapat faedah ini.

Sebagai pengetahuan umum, saya dapat katakan bahawa jika sesuatu syarikat mengalami kemerosotan dan hendak membuang pekerja, mereka dikehendaki membuang pekerja asing terlebih dahulu biarpun kemahiran di syarikat tersebut memang bergantung kepada pekerja asing. Dan mereka tidak mendapat sebarang pampasan SIP dan dikehendaki pulang ke negara asal.

Objektif SIP?
  1. Bantuan kewangan seawal 7 hari selepas disahkan hilang kerja.
  2. Bantuan perolehan kerja baharu melalui penempatan semula pekerjaan.
  3. Bantuan latihan dan latihan vokasional. Turut diberi elaun latihan dan yuran.

Syarat kelayakan SIP? (Fasal 30 Akta SIP 2017)
  1. Retrenchment (pembuangan pekerja beramai-ramai), Redundancy (Pertindihan kerja).
  2. VSS / MSS (Perberhentian pekerja secara sukarela/ mutual).
  3. Force Majeuce (bencana alam), rusuhan, kebakaran dan kerosakan gas.
  4. Majikan hilang (abscond), Syarikat muflis, Syarikat tutup.
  5. Pengstrukturan perniagaan, automasi, teknologi digital.
  6. Pengecilan operasi (downsizing).
  7. Constructive dismissal oleh majikan akibat pelanggaran terma kontrak.
  8. Pekerja diarah kerja luar skop kerja yang bahaya kepada keselamatan dan kesihatan.
  9. Pekerja letak jawatan akibat ugutan kepada diri atau keluarganya, atau gangguan seksual.

Pekerja yang TAK LAYAK?
  1. Kes disiplin/ salah laku
  2. Berhenti kerja sendiri
  3. Bersara wajib.
  4. Tamat tempoh kontrak.

Syarat layak? 

1. mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan berterusan. Tuntutan ikut kelayakan. Contohnya pekerja telah mencarum 12 bulan, dia layak mendapat faedah hanya 3 bulan dengan formula agihan elaun 80%, 50% dan 40%. Jika sudah mencarum 24 bulan, pekerja akan dapat 6 bulan elaun dengan formula 80%, 50%, 40%, 40%, 30% dan 30%. (Fasal 18, Jadual Kedua dan Jadual Ketiga).

2. Pencarum itu mesti bersedia untuk bekerja semula, mampu terus bekerja dan mesti aktif mencari kerja.

Faedah SIP?
  1. Penempatan pekerjaan dan kaunseling kerjaya.
  2. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).
  3. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA).
  4. Elaun Latihan (EL).
  5. Fi/ Yuran Latihan (FL).
  6. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB). Ini khas untuk pekerja yang punyai lebih daripada satu majikan.

Okeylah, untuk pengetahuan am. Maklumat ini saya kira sudah sangat mencukupi. Jika hendak tahu lebih lanjut, boleh layari www.perkeso.gov.my/sip/. Semoga bermanfaat.

Izman Pauzi
Orang HR Kilang
Penulis buku JANGAN SENTAP, OKEY! (Karangkraf)

Rujukan :
  1. Slaid terbitan Perkeso berjudul 'Sistem Insurans Pekerjaan (SIP): Taklimat Awal Perlaksanaan Peringkat Kebangsaan. Dikemaskini sehingga 20 Disember 2017.
  2. Portal rasmi Perkeso di www.perkeso.gov.my/sip/
  3. Surat Arahan Perkeso melalui Pekeliling Majikan Bil. 3 Tahun 2017: Tatacara Pendaftaran Dan Caruman Bagi Sistem Insurans Pekerjaan (PKS/BC/208/157/4 Jld.2(16).

#sisteminsuranspekerjaan2017

'Dah 2018 pun masih buat perangai camni...' - Netizen

$
0
0

Sudah 2018, namun masih ada segelintir pemandu teksi yang tidak menggemari perkhidmatan Uber dan Grab yang didakwa telah menjejaskan periuk nasi mereka. Sedangkan kerajaan juga telah membenarkan perkhidmatan Uber dan Grab beroperasi di negara ini. 

Dalam kejadian awal bulan ini sekali lagi memberikan imej yang tidak baik kepada golongan pemandu teksi apabila ada sekumpulan pemandu teksi di KTM Batang Benar yang didakwa telah mengancam seorang wanita yang mahu melanggan perkhidmatan Uber. 

"KETIKA berada di KTM Batang Benar, saya cuba mendapatkan perkhidmatan Uber tanpa mengetahui yang kawasan itu adalah kawasan larangan untuk Uber/Grab menjemput penumpangnya. 

"Apabila pemandu Uber sampai, saya masuk ke dalam kereta dan datang beberapa pemandu teksi lebih kurang lima atau enam lelaki menghampiri kereta Uber itu. 

"Mereka kemudian memberi sekeping notis kepada pemandu Uber (pakcik) dan salah seorang daripada mereka memaklumkan yang dia tidak boleh menjemput penumpangnya di kawasan ini seperti mana yang tertulis pada notis tersebut. Dan lelaki terbabit sangat biadab orangnya. 

"Kemudian, salah seorang daripada pemandu teksi itu membuka pintu bahagian penumpang belakang dan meminta saya keluar. Mereka menegaskan saya tidak boleh menggunakan perkhidmatan Uber kerana ia tidak dibenarkan beroperasi di kawasan ini. 

"Pakcik itu kemudian memandang saya dan berkata dia tidak dapat menghantar saya ke destinasi. Jadi saya keluar dari kereta dan sekumpulan pemandu teksi itu membebel-bebel. Sesekali mereka menjerit ke arah saya bahawa saya tidak boleh menghubungi Uber di kawasan ini. Hanya boleh melanggan perkhidmatan teksi atau menaiki bas. 

"Saya tak tahu nak buat apa, maka saya pun beredar dari KTM. 

"Saya cuba menghubungi rakan-rakan saya dan dalam masa yang sama sekumpulan pemandu teksi itu mengekori saya dan berulangkali menegah saya dari menghubungi Uber. 

"Saya menjelaskan kepada mereka yang saya sedang cuba menghubungi rakan dan tiba-tiba salah seorang daripada mereka datang ke arah saya dan meminta saya membaca notis yang ditunjukkannya. Sekali lagi saya menjelaskan saya hanya cuba menghubungi dan meminta rakan mengambil saya di situ. 

"Tak semena-mena dia bertindak merakam video saya dengan telefon bimbitnya. 

'Tak payah record la pakcik...'

"Dia kata dia akan buat aduan jika saya menghubungi Uber, malah dia akan memastikan saya tidak dapat menyambung pengajian. Ini sudah melampaui batas. 


"Saya benar-benar rasa ketakutan. Sudahlah seorang diri dan mereka pula ada enam orang. Beberapa minit kemudian, ada sebahagian dari mereka mula beredar dan salah seorang masih menunggu saya melintas jalan. Mungkin dia mahu memastikan saya tidak menghubungi Uber," kata Alice.

Difahamkan, Alice telah membuat aduan kepada secara online kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pihak berkenaan juga telah respon terhadap aduan tersebut. 

'Mungkin dia tak tahu Iman mengalami Diskalkulia'

$
0
0

"Anak saya menangis-nangis sebab cikgu kata dia malas dan ketuk kepala dia sebab dia buat kesilapan ketika buat kira-kira dalam subjek matematik. 

"Saya menangis sama, anak ciwek, ummi pun ciwek (mudah tersentuh/menangis) juga. Dia mengalami Diskalkulia (masalah pembelajaran dalam matematik). Dia cuba berikan yang terbaik. Kasihan dia," demikian tulis Sazwani yang berkongsi tentang anak lelakinya yang mengalami Diskalkulia di Twitter. 

Sazwani yang juga merupakan seorang guru tidak menyalahkan guru anaknya, malah berfikir positif mungkin guru terbabit tidak mengetahui keadaan sebenar anaknya dan akan mencari masa yang sesuai untuk memaklumkan perkara itu kepada guru anaknya itu. 

"Tak tahulah (kenapa diketuk kepala), mungkin sebab banyak kesalahan. Rasanya cikgu yang baru itu tak tahu Iman mengalami Diskalkulia, sebab saya pun tak jumpa lagi cikgu tahun ini," tulisnya. 

Beliau pernah berhasrat menempatkan Iman di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Disleksia tetapi tiada di Kuala Langat. Malah anaknya juga tidak layak untuk pendidikan khas berkenaan atas sebab-sebab tertentu.

"PPKI Disleksia tiada di Kuala Langat dan dia tak layak untuk pendidikan khas kerana dia Mild Disleksia dan Diskalkulia. 

"Dia boleh membaca dan buat matematik tetapi selalu akan membuat kesilapan sebab dia akan tertinggal sesetengah perkara. Contohnya, tulis bahagi tak tulis baki atau dia lompat sifir. Sepatutnya darab tiga, tetapi dia tulis 13," jelas Sazwani kepada rakan-rakan Twitternya.  

Sebenarnya dia berada di aliran perdana itu pun selepas dia belajar di Persatuan Disleksia Malaysia di Bangi selama enam bulan. Jadi sudah banyak dia cuba untuk mempertingkatkan dirinya. 

"Tetapi dia sedih apabila dia berusaha tetapi cikgu kata dia malas hanya kerana kesilapan kecil. Tetapi begitulah hakikat kehidupan di dunia," tulisnya. 

Perkongsian Sazwani itu sedikit sebanyak membuka mata netizen mengenai Disleksia dan Diskalkulia. Meskipun sedih melihat anaknya menangis, namun Sazwani akan terus memberi sokongan dan didikan kepada anaknya. 



Dalam perkongsiannya itu juga, Sazwani meminta netizen tidak salah faham dengan perkongsiannya itu dan menegaskan bahawa beliau hanya berkongsi mengenai masalah Diskalkulia yang dialami oleh anaknya. 

Sementara itu, netizen turut memberi sokongan kepada dua beranak itu dan mendoakan Iman tabah dan tidak mudah berputus asa serta menganggap apa yang berlaku itu sebagai cabaran untuk berjaya di masa depan.  

'Aku dah kabor pasal produk ni dulu, tapi degil tak nak dengar' - Denda RM25K atau penjara 3 tahun jika jual produk ini

$
0
0

Iklan produk-produk kesihatan di sepanjang lebuh raya semakin menjadi-jadi bagi mempengaruhi pengguna yang saban hari menggunakan lebuh raya berkenaan. Tetapi sejauh mana selamatnya produk berkenaan?

Terbaru dalam pendedahan Khairul Yoi, seorang pengedar produk ubat kurus di Melaka ini diberikan surat amaran kerana memiliki produk Lemonex yang disyaki tidak berdaftar. 

Surat amaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, bertarikh 31 Januari 2018 menyatakan pemeriksaan mendapati pengedar terbabit memiliki produk Lemonex yang disyaki tidak berdaftar. 

"Penjualan, pengimportan atau pemilikan bukan keluaran berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan produk kosmetik yang tidak bernotifikasi adalah satu pelanggaran di bawah Peraturan 7 dan Peraturan 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 

"Ketidakpatuhan terhadap Peraturan ini boleh menyebabkan pihak berkenaan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama, kata kenyataan dalam surat tersebut. 



Sementara itu, Khairul Yoi di laman Facebooknya berkata, beliau pernah berkongsi tentang produk tersebut sebelum ini, tetapi ramai yang tidak mengendahkannya. 

"Ini kisah seller Lemonex yang malang. Aku dah khabar tentang Lemonex dulu, tak nak dengar, degil. Haa, kan dah kena. 

"Disebabkan pihak Lemonex tidak membuat kenyataan awam bagi menyatakan produk mereka sepatutnya tidak boleh dijual kerana tidak berdaftar, maka seller, ejen, stokis yang mana terlibat dalam urusan jual beli Lemonex terkena tempias. 

"Denda RM25,000 bukannya sikit. Boleh guna duit itu untuk kahwin ,pergi berbulan madu di Korea, make love di Paris, beranak di London dan membesar di Malaysia Darul Kilo. 

"Cuba kau minta RM25,000 dari founder untuk bayar denda. Aku nak tengok dia bagi ke tidak. 

"Mana-aman seller atau ejen atau stokis yang masih menjual Lemonex, sila berhati-hati sebelum korang pula kena warning dengan KKM. Jangan pula kata 'Khairul Yoi kaki fitnah, pelingkup bisnes Melayu'," katanya. 

'Stop selling this stupid whitening products girl' - Nabila Huda sound direct seller promote produk tak bertempat

$
0
0

Tak salah nak mencari rezeki dengan cara meninggalkan komen berbentuk iklan promosi produk di akaun Instagram atau media sosial yang lain, tetapi pandanglah ke kiri dan ke kanan sebelum melakukannya. 

Tetapi adakalanya peniaga atau ejen produk kosmetik/kesihatan ini muat naik iklan di post yang tidak sepatutnya. Contohnya pemilik Instagram berkongsi sesuatu yang sedih, tiba-tiba ada pula komen "Nak putih? Visit IG kite, ada banyak diskaun.'. Pasti mengundang rasa nak delete saja komen seperti itu. 

Baru-baru ini, pelakon Nabila Huda turut mendapat komen dari seorang peniaga online yang mempromosikan produk pencerahan kulit. Bagaikan tidak sensitif dengan 'tuan rumah,' jadi inilah respon Nabila. 


"Kenapa nak putih kalau saya suka berjemur? I love my skin so much! 

"Stop selling this stupid whitening products girl. It's not good to your skin pada masa akan datang. Jangan biasakan diri ambil product putih ini semua. 

"Takkan nak kena depends on product sampai tua untuk maintainkan putih itu. Berbanggalah dengan kulit kita, nusantara! 

"Girls, kita dilahirkan dengan kulit yang paling cantik dalam dunia. Pergilah travel satu dunia, semua akan jatuh cinta dengan kulit kita," katanya. 


Dalam hidup ini, kita perlu hargai anugerah yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Jangan memandai-mandai mengubah sesuatu yang sudah ditetapkan melainkan perlu dan untuk kesihatan. Tak usah terpengaruh dengan iklan-iklan produk kosmetik yang kebanyakannya membuatkan anda hilang keyakinan diri. 

'Abang ni peniaga jujur dik' - Pengasas Lemonex tampil beri penjelasan dan dakwa ada pihak ambil kesempatan

$
0
0

"Abang ni peniaga jujur dik," demikian kenyataan pengasas Lemonex, Syukor Majid susulan viralnya surat amaran kepada salah seorang pengedar produk tersebut di media sosial. 

Syukor mendakwa, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuat produk tiruan yang sama seperti produknya. Katanya, tindakan pihak berkenaan bukan sahaja telah merosak nama syarikatnya, malah merosakkan jenama produknya di pasaran. 

"Yang tak jujur itu orang yang buat produk tiruan, yang menjual produk tiruan dan yang membeli produk tiruan. Merosakkan nama produk, merosakkan nama BOT Holdings Berhad, merosakkan nama abang, merosakkan pasaran. 

"Ingat tahu, Lemonex Original ini tiada kandungan terlarang seperti Sibutramine dan segala mak nenek bahan berbahaya. 

"Lemonex selamat digunakan. Kalau tak selamat, tak adalah kilang abang dapat approval untuk buat produk ini. Kilang abang ini berlesen, lengkap dengan GMP, HACCP, MESTI, ISO: 22000. Bukannya buat produk di belakang rumah. 

"Yang tidak selamat itu adalah Lemonex tiruan. Yang murah-murah itu, yang membeli pun, pergi cari yang murah. Dapat yang tiruan, padan muka," katanya yang juga mendakwa kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membanteras produk-produk tiruan yang membahayakan kesihatan orang ramai. 

Gambar dokumen yang dikongsi Syukor Majid

Gambar dokumen yang dikongsi Syukor Majid

Syukor juga kesal mendakwa, usahanya membangunkan Lemonex sehingga jutaan ringgit dihabiskan, dianiaya  oleh pihak yang mengambil kesempatan ke atasnya. 

"Kami separuh mati hidupkan Lemonex, habis berjuta duit, diorang suka-suka hati ambil kesempatan ke atas insan lemah seperti abang ni. Korang tunggulah pihak berwajib datang serang, baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah. Kahkah," katanya dalam status yang dimuat naik pada 6 Februari lalu. 

Status terkini yang dimuat naik sejam yang lalu menegaskan bahawa, produknya itu hanya ada masalah pada risalah testimoni dan kenyataan tuntutan pada botol produk. 

"Bukan disebabkan ada sibutramine. Sekarang dah tiada lagi risalah dalam botol. Tiada lagi isu dan KKM benarkan berniaga seperti biasa. 

"Lemonex juga dikelaskan sebagai makanan dan tidak perlu berdaftar dengan NPRA. Sebab itu tak ada MAL dan tiada dalam senarai Quest3. 

"Sudah 10 tahun abang dalam industri. Abang bukan berniaga produk timbang kilo dik. Kilang abang berstatus GMP, HACCP, MESTI dan ISO:22000," katanya. 


Laporan telah dibuat dan gambar beberapa laman Facebook yang didakwa telah memfitnahnya.

Difahamkan, Syukor juga telah membuat laporan polis berhubung viral itu dan akan membuat sidang media dalam masa terdekat untuk memberi penjelasan kepada semua pihak. 

Dalam masa yang sama meminta semua pihak tidak menyebarkan fitnah yang bertujuan memburukkan perniagaannya itu. 

BERITA BERKAITAN:

'Setelah 3 hari consume produk tambah tinggi, kaki saya semakin panjang'

$
0
0

Bagi pengguna tegar Instagram, iklan-iklan ubat tinggi selalu berada di mana-mana dan sudah tentu iklan mereka sangat menjengkelkan! 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tahun lalu juga pernah menegur tindakan ejen produk berkenaan yang gemar spam ruangan komen Instagramnya dan mahu melaporkan penjualan produk mengarut itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar 'perubahan' dirinya yang semakin tinggi selepas mengamalkan produk tersebut dalam nada 'sarcasm' (gambar diedit dengan apps)

"Alhamdulillah, setelah tiga hari consume product tambah ketinggian yang dijual di Instagram, kaki saya semakin panjang," tulis Tatty Hassan. 


Gambar itu kemudian dikicau lebih dari 1,800+ kali di Twitter. Yang peliknya, ada juga netizen yang percaya.

Gambar itu menjadi semakin menarik apabila ada yang terlebih kreatif mengubahsuai gambar tersebut kononnya selepas beberapa hari mengamalkan produk menambah ketinggian itu. 




Netizen dinasihatkan untuk tidak terperdaya dan membeli produk menambah ketinggian dengan peniaga online yang mengiklankan produk berkenaan secara berleluasa di laman Instagram kerana tidak diketahui asal usul dan kesan sampingan produk berkenaan. 

'Anak kau memang dah putih kot??' - Guna anak jual produk putihkan kulit, netizen tegur Rozita Che Wan

$
0
0

Gambar anak kepada pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang mempromosikan produk losyen putih ajaib di Instagram dengan ayat 'siapa nak putih gebu macam Aaisyah' mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Individu yang bertanggungjawab memuat naik gambar tersebut, Nuyulhuda, hairan mengapa anak pasangan berkenaan digunakan untuk mempromosi produk tersebut, sedangkan kanak-kanak itu sememangnya berkulit cerah. 

"Stresslah artis-artis ini mengambil kesempatan. Ambillah orang Korea ke," kata Nuyulhuda. 

Sementara itu, netizen juga kesal anak-anak kecil kini diajar untuk menganggap mereka yang berkulit cerah itu sebagai cantik sehingga terpaksa menggunakan produk tambahan bagi mengekalkan kecerahan berpanjangan. 

"Kasihan dekat mak-mak yang terperdaya. Anak yang menjadi mangsa kerakusan untuk cantik." - Aimi. 

"Meleis, senang-senang saja buat produk. Kemudian bagi kenyataan entah apa-apa. Dah putih semulajadi, tetapi mengaku disebabkan produk." - Izzah.

"Selagi boleh buat duit, buat. Pakai modal anak pun tak apa. Sapu banyak-banyak bagi cantik. Safety, test lab result, ingredients, allery testing, approval KKM belakang cerita. 

"Why would they even bother about general public? Their goals to make money in the expense of public ignorance. Janji kaya." - Nurafifah Zainuddin. 



(Video) Pemandu BMW bunuh pekerja car wash kerana lambat cuci keretanya

$
0
0

Berang kereta lambat dicuci, seorang pemandu kereta jenis BMW bertindak menumbuk dua kakitangan premis cuci kereta dan salah seorang mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian, lapor Daily Mail. 

Tindakan lelaki Rusia terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menumbuk dua kakitangan berkenaan yang didakwa mengantuk dan lambat mencuci keretanya apabila dia tiba pada jam 3.30 pagi. 

Dalam kejadian di Stupino, berdekatan Moscow, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai selepas ditumbuk oleh suspek.


Lelaki warga asing berusia 39 tahun itu kemudian dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma. Namun tidak beberapa lama kemudian mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Mangsa kedua juga cedera, tetapi tidak mengalami kecederaan yang kritikal. 

Suspek yang tidak dinamakan itu kemudian ditahan selepas kejadian itu. 

Suspek mengaku melakukan jenayah itu dalam sebuah video yang disiarkan oleh pihak polis. 

Jika didapati bersalah, suspek akan dipenjara selama lapan tahun kerana menyerang mangsa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. 



Berdasarkan video pengakuan suspek, suspek juga mengaku pernah dipenjara sebelum ini atas kesalahan pecah rumah secara berkumpulan. 

'Kak, boleh saya tumpang'

$
0
0

Di bawah perkongsian pengalaman penulis sendiri yang didakwa berlaku di tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Meremang bulu roma baca pengalaman beliau. Bayangkanlah jika anda berada di situasinya ketika itu. 

Sekadar perkongsian kisah/cerita/pengalaman sebenar. Baca untuk suka-suka sahaja dan jangan sesekali terpengaruh dan timbul rasa takut. Selamat membaca. 

SAYA nak kongsi cerita pengalaman saya di KLIA. Tak tahulah apa yang berlaku ini betul atau sebaliknya. Rasa seperti mimpi pun ada juga. 

Suami saya nak outstation ke UK. Flight dia berlepas pada jam 11 malam di KLIA. Saya dengan anak-anak pun bersiap dan menghantar suami ke KLIA. Ingat nak gunakan kereta saya tetapi tiba-tiba minyak hitam pula low. Jadi terpaksa guna kereta suami. 

Selepas suami masuk ke Balai Perlepasan KLIA, saya dengan anak berusia dua tahun terkedek-kedeklah nak balik. Berdua saja kan. 

Sampai di parking lot, ketika saya sedang sibuk pasangkan belt carseat anak, tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahu saya. Saya terkejut sangat sebab saya tak dengar apa-apa mahupun bunyi orang berjalan. 

Bila saya toleh ke belakang, ada seorang perempuan, memakai baju kurung berdiri dekat dengan saya. Mukanya pucat, pakaian berwarna putih dan agak lusuh. Kain batik seperti kain batuik mak-mak kita pakai itu warna coklat. 

Yang menyeramkan, dia pegang baby yang dibalut dengan kain putih. Saya tak nampak dan baby itu pun tidak berbunyi. 

"Kak, nak balik ke? Boleh saya tumpang?" dia bertanya. 

Mak oi! Masa ini memang meremang gila! Sudahlah tak ada orang lain pada masa itu. Memang dalam KLIA, tetapi malam kejadian itu memang sunyi sangat-sangat. Sunyinya semacam, tak macam berada di KLIA2. 

Saya tak jawab dan terus menyambung menguruskan belt anak dalam carseat. Kemudian baru saya bertanya dianak ke mana? 

"Saya nak ke depan sana saja. Anak saya melalak-lalak seperti terkena histeria," katanya. 


Saya pun, 'dah kenapa budak ini?'. Bila saya toleh balik, perempuan itu sudah hilang. Kan saya kata tadi saya bawa kereta suami, boleh pula terkial-kial nak buka lock kereta itu. Ya Allah, masa itu tuhan saja yang tahu macam mana perasaan saya pada ketika itu. 

Duk tengok dalam kereta, takut perempuan itu ada di dalam. Tetapi saya tak cakap pula boleh atau tidak bila dia tanya nak menumpang tadi. Jadi, tidak mungkin dia masuk. 

Semasa saya nak return parking ticket, ada orang parking di situ. Saya pun bertanya jika dia ada ternampak seorang perempuan membawa baby. Dia kata tak ada nampak. Saya pun apa lagi, terus pecut balik ke rumah. Sampai sesat-sesat saya dibuatnya masuk Putrajaya sampai ke Subang Damansara. Padahal nak pergi ke Setiawangsa. 

Tak tahu, macam serba tak kena. Yang saya ingat, tidak jauh dari KLIA kereta saya berbau wangi sangat. Saya asyik tengok seat belakang saja kalau ada apa-apa. Anak pada masa itu pula sudah tidur lena. Taubat dah tak nak berani-berani lagi macam itu. Sampai di rumah pun lewat sangat sebab tersesat. 

Sumber: Akusteeq

Hantarkan kisah anda di facebook.com/thereportermy

Buah pinggang 'dicuri' suami kerana keluarga isteri tak bayar mas kahwin RM122

$
0
0

Seorang wanita India mendakwa suaminya telah mencuri salah satu buah pinggangnya dan dijual di pasar gelap selepas keluarganya gagal membayar mas kahwin, lapor Daily Mail.

Rita Sarkar, 28, mendakwa suaminya mengambil kesempatan ke atas dirinya ketika dia menghidap penyakit apendiks dua tahun lalu dan buah pinggangnya dikeluarkan semasa mangsa dibedah bagi merawat penyakitnya itu. 

Sarkar berkata, dia tidak mengetahui jenayah yang dilakukan suaminya itu sehingga beberapa bulan lalu apabila dia dimasukkan ke hospital dan dotor mendapati buah pinggang kanannya telah hilang. 

"Dua tahun yang lalu saya menderita sakit perut. Suami membawa saya pergi ke sebuah klinik swasta di Kolkata di mana dia dan kakitangan klinik berkenaan memberitahu yang saya akan sembuh selepas melakukan pembedahan," katanya. 

Sarkar juga dinasihatkan oleh suaminya agar tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai pembedahan itu. Namun selepas pembedahan itu, Sarkar masih mengalami masalah kesihatan yang berterusan di bahagian perut dan belakang badan. 

Akhirnya, Sarkar dibawa oleh keluarganya ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang kemudian menjalani pemeriksaan dan dimaklumkan buah pinggang kanannya telah hilang. 

"Baru sekarang saya faham mengapa sebelum ini suami berpesan agar tidak menceritakan pembedahan itu kepada sesiapa. Dia menjual buah pinggang saya kerana keluarga saya tidak dapat menunaikan tuntutan mas kahwin," katanya. 


Difahamkan, mas kahwin dibayar oleh keluarga pengantin perempuan kepada pengantin lelaki yang diamalkan kebanyakan masyarat di India meskipun amalan itu telah diharamkan sejak 1961. 

Ibu kepada anak lelaki berusia 11 tahun itu berkata, suaminya telah meminta mas kahwin sebanyak 2,000 rupee (RM122). Tetapi keluarganya tidak dapat menunaikan permintaan lelaki itu. 

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan suspek dan abangnya pada Isnin lalu dan didakwa memperdagangkan organ manusia. 

Difahamkan juga, suspek telah menjual buah pinggang isterinya kepada seorang ahli perniagaan dan mendakwa mangsa telah bersetuju untuk 'mendermakan' organnya. 

'Satu Malaysia tuduh saya pembunuh' - Doula Mas tampil beri penjelasan dan buat laporan polis tetapi...

$
0
0

'Home birth' kini menjadi pilihan wanita-wanita yang melahirkan anak tanpa memikirkan natijah di sebaliknya. Kelahiran ini dipilih kerana terpengaruh dengan momokan dari mulut ke mulut tentang 'kebaikan' home birth ini. Walaupun ada beberapa kes kematian yang telah dilaporkan sebelum ini, namun masyarakat masih belum sedar akan risikonya. 

Kini timbul pula isu 'doula' yang dikaitkan dengan isu kematian  seorang bayi songsang di selatan tanah air. Beliau menafikan telah terlibat dengan isu ini. Doula Mas telah membuat laporan polis mengenai fitnah yang telah dilemparkan ke atasnya. Beliau telah memuat naik statusnya di Facebook berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Doula terbabit disangkal oleh Doktor Sakinah Sulong melalui Facebook yang mendakwa Doula Mas yang menyebabkan kematian bayi yang tidak berdosa itu serta menyatakan Doula Mas adalah pembohong. 

"Satu Malaysia menuduh saya pembunuh," demikian tulis Masyitah Md Hassan yang tampil menafikan dakwaan itu. 

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ini adalah kenyataan rasmi daripada saya, Masyitah Md Hassan (Doula Mas) berkenaan kes yang viral di Malaysia kini mengaitkan nama saya. 

"Pada mulanya saya bercadang tidak mahu respon memandangkan saya juga sedang menunggu masa melahirkan bayi keempat dan juga disebabkan post yang dibuat oleh sebuah laman Facebook yang sudah biasa memfitnah saya, sekali gus adminnya tidak dikenali. 

"Namun, apabila ramai doktor dan kakitangan kesihatan cuba menghangatkan lagi isu walaupun mereka hanya menerima maklumat ini daripada laman Facebook yang tidak bertanggungjawab, seterusnya menghakimi saya dan mengajak netizen datang menyerang profile Facebook saya dengan perkataan 'Pembunuh Bayi'. 

"Perkara ini amat tidak menyenangkan sehingga suami saya terpaksa mengambil alih akaun Facebook saya dan block semua pemfitnah ini, memandangkan beliau tidak mahu emosi saya bercampur baur dan menyebabkan gangguan emosi. 

"Bagaimanapun, setelah beberapa hari kemudian kejadian ini masih belum reda dan mereka berusaha menyebarkan fitnah ini dengan lebih luas sehingga ada yang mendoakan kematian bayi saya pula. Maka dengan ini saya menggagahkan diri di saat sarat mengandung ini untuk membuat laporan polis mengenai semua tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sungguh! Tuduhan sebagia pembunuh ini sangat-sangat berat buat saya. 

KES BAYI MATI KELAHIRAN SONGSANG DI RUMAH

"Ya benar, memang ada kes kematian bayi di rumah baru-baru ini di selatan tanah air. Saya mengambil masa juga untuk mendapatkan cerita penuh tentang kejadian yang didakwa sebagai perbuatan sengaja untuk melahirkan bayi di rumah. Dan saya dituduh membantu proses kelahiran yang mengakibatkan kematian bayi. 

"Saya mengambil masa untuk mengenalpasti individu-individu yang terlibat menyebarkan dakwaan ini dan punca mereka membuat tuduhan kejadian tersebut adalah perbuatan 'Homebirth'. Lagi pula pasangan berkenaan baru sahaja kehilangan anak, maka banyak urusan mereka perlu selesaikan, terutamanya si ibu yang masih berada dalam keadaan terkejut dan dalam proses berpantang. 

"Saya mempertimbangkan keadaan ibu yang mungkin mengalami depression jika saya cuba mendapatkan maklumat berkenaan dakwaan Homebirth yang diviralkan, maka saya menunggu sehingga mereka sendiri menghubungi saya untuk penjelasan. 

"Disebabkan itu, saya memilih untuk tidak menjawab sebarang tohmahan pada saya di media sosial sehingga saya mendapat gambaran sebenar keseluruhan kejadian hingga menyebabkan petugas yang terlibat merawat ibu dan bayi berkenaan mendakwa itu adalah perbuatan Homebirth dan mengambil tindakan menyebarkannya di kalangan petugas kesihatan yang lain melalui media sosial Facebook termasuk WhatsApp. 

"Saya tidak mengelak untuk memberikan kenyataan kecuali setelah saya memahami keseluruhan dakwaan yang dituduh terhadap saya, walaupun beribu-ribu PM, komen dan tag di media sosial mendesak saya tampil membuat kenyataan, selain netizen yang terpengaruh dengan fitnah dan turut sama mencerca dan mengeji saya walaupun sumber mereka adalah tidak diketahui siapa penulisnya dan juga tiada bukti. 

"Saya difahamkan oleh pasangan terbabit bukanlah plan Home birth seperti dicanangkan dan mereka juga tidak pasti kedudukan bayi pada ketika itu. Tetapi si ibu menyatakan bahawa last check up memang bayi belum dalam keadaan kepala di bawah. Maka tidak munasabah untuk mereka mengambil risiko untuk melakukan percubaan homebirth. Bahkan beliau mengatakan pada saya walaupun beliau ada berharap bayi pusing di saat akhir, tetapi jika bayi tidak berpusing, beliau redha untuk emergency c-section. 

"Semasa kejadian adalah lebih kurang selepas maghrib, si ibu memang bercadang untuk pergi ke hospital .Beliau mula mengalami mild contraction selepas asar. Bila saya tanya kenapa tidak pergi ke hospital awal lagi? Beliau menjawab beliau ada pengalaman anak sulung menunggu terlalu lama bila pergi sebelum ada sakit. Jadi beliau menunggu sekejap di rumah sambil menjaga anak sulung. Jarak rumah dengan hospital juga tidak begitu jauh. 

"Namun beliau tidak menyangka semasa maghrib itu tanpa kontraksi yang kuat dan bersama barangan bayi yang telah disiapkan untuk pergi ke hospital, tiba-tiba beliau terasa mahu meneran. Beliau meneran dan akhirnya kaki bayi keluar dulu dan disambut oleh suami. Bayi juga tidak bernafas setelah keluar sepenuhnya dan suami menghubungi ambulans. Pihak ambulans datang dan cuba memberi bantuan untuk menyelamatkan bayi, malangnya bayi itu sudah tiada. 

"Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap saya yang menyatakan saya mendoula pasangan berkenaan, mempengaruhi untuk melakukan homebirth adalah tidak benar sama sekali. Dalam keadaan saya yang juga sarat mengandung 39 minggu lebih mustahil saya mampu untuk mendoula ibu yang mana kerja ini memerlukan tenaga dan daya kudrat yang tinggi. 

"Ibu ini juga telah memberi kenyataan kepada pihak hospital dan polis bahawa saya tiada kaitan dengan kes beliau dan beliau tidak pernah mengambil sebarang perkhidmatan saya walaupun beliau baru mengenali saya. Dan amat tidak munasabah untuk saya menyambut bayi di rumah memandangkan kebiasaannya bayi low risk pun saya mendoula di hospital swasta dengan adanya staff perubatan. Inikan pula kes berisiko tinggi seperti ini. 

"Sehingga kini saya masih belum dihubungi oleh mana-mana pihak yang mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahupun pihak berkuasa untuk meminta saya tampil memberi keterangan. Akan tetapi viral post daripada beberapa laman Facebook dan beberapa profile individu telah mendakwa saya terlibat membantu pasangan terbabit untuk melakukan homebirth secara sengaja. 

"Dengan ini saya lampirkan laporan polis terhadap semua tuduhan yang tidak benar ke atas saya. Saya berharap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan pada semua tentang kes ini dan kita doakan ibu dan bapa berkenaan diberi kekuatan menghadapi ujian ini. 

"Pada saya, tidak ada ibu bapa yang mahu kejadian seperti ini berlaku. Anak yang dikandung sembilan bulan akhirnya tidak dapat diselamatkan. Akan tetapi tambahan ujian lagi pada pasangan ini kerana kejadian berlaku di rumah mereka, maka mereka dikatakan sengaja bersalin di rumah. Jika bayi berkenaan terkeluar di mana-mana tempat seperti pusat beli belah, Marrybrown atau di hospital, mungkin tuduhan ini tidak berlaku dan doula juga tidak dikaitkan. 

"Berikutan kejadian ini, saya percaya terdapat pihak cuba mengambil kesempatan untuk memanipulasi situasi ini untuk menganiaya saya dengan dakwaan palsu atas andaian mereka sendiri dan secara tidak langsung menganiaya pasangan terbabit demi mendatangkan kemudaratan pada latarbelakang saya yang menjalankan kelas sebagai Child Birth Education (CBE) yang juga seorang Peneman Ibu Bersalin (Doula). 

"Jika sekiranya pihak hospital atau polis mahu mengambil keterangan saya, pihak berkenaan boleh menghubungi saya di talian 012-2257914. Tindakan kakitangan terbabit yang mengambil tindakan secara individu dan menyebarkan dakwaan tidak benar kepada pihak awam jelas melanggar etika kerja anda sebagai kakitangan perubatan. 

"Jika terdapat sebarang keraguan, sila buat laporan polis dan aduan rasmi kepada hospital seperti mana nasihat anda kepada saya semasa isu staff Hospital Shah Alam yang telah bertindak secara tidak beretika terhadap pesakit. 

"Saya berharap kesi ni dapat menjadi pengajaran kepada semua pembaca supaya tidak menuduh secara melulu apa yang dibaca di media sosial terutama daripada page yang adminnya secara sengaja 'baling batu sembunyi tangan'. Jika mereka berada di pihak yang benar, maka tidak perlu bersembunyi di sebalik nama samaran 'enthonox' ataupun lain-lain profile palsu. 

"Ini kerana mereka bukanlah insan bertanggungjawab dan tidak takut melakukan apa sahaja walauapun ke tahap memfitnah dan memalukan individu yang mereka tidak sukai sehingga sanggup mereka, mengubah gambar milik orang lain dengan label-label berunsur fitnah serta menghakimi mangsa fitnah dengan tuduhan penjenayah, pembunuh, sedangkan itu tugas hakim dan pihak polis. 

"Sekian kenyataan rasmi daripada saya. Saya tidak dapat memberi respon lagi pada mana-mana komen atau PM berunsur provokasi kerana saya perlu fokus untuk proses bersalain saya buat masa ini. Sebarang urusan lanjut saya serahkan kepada pihak berkuasa dan saya sedia bekerjasama untuk melancarkan siasatan dan seterusnya memberikan nama saya daripada tuduhan ini. 

"Saya juga akan mempertimbangkan tindakan undang-undang tehradap semua pihak yang terlibat menyebarkan dakwaan fitnah ini. Terima kasih," tulisnya dan turut melampirkan salinan laporan polis yang telah dibuat. 





Terdahulu, Doktor Sakinah melalui Facebooknya turut meluah rasa kesal dengan kejadian yang tidak diingini itu berlaku sehingga menyebabkan seorang bayi kehilangan nyawa. Malah beliau berasa pelik mengapa individu yang bertanggungjawab terbabit enggan mengaku terlibat dalam kejadian itu. 

"Saya memang marah hari ini. Pertama, marah dengan Doula keji itu. Dah sah-sah dia yang attend kes water birth di rumah klien dia, dia boleh nafikan pula. Habis, kawan-kawan/klien dia back up dia kononnya dia kena fitnah. Kononnya dia elok duduk di rumah pada malam kejadian. 

"Aik? Berbohong itu kan berdosa. Sudah terang-terang dia berada di sana ketika ambulans datang nak selamatkan baby itu. Dia juga ikut pasangan berkenaan ke hospital. 

"Jangan nak berdalih, ada ramai saksi di hospital. CCTV pun ada. Entah-entah solat maghrib pun tak sempat kan?

"Peliklah, you are heavily pregnant now, tak takut ke Allah bayar cash to you hasil perbuatan dan pembohongan you itu? Yakin sangat ke yang suami awak itu boleh conduct the delivery kali ini tanpa sebarang masalah walaupun dia dah berjaya sebelum ini?

"Remember, health staff yang jaga area you will be reminded to be alert if ada unexpected emergency.

"Second, kepada makcik-makcik bawang yang kata doktor cakap tanpa bukti, kata kami fitnah, saya ada bukti dan sebab itu saya berani kongsikan perkara ini di wall Facebook saya. 

"I know the doctor or staffs yang terlibat pada malam kejadian. That's why I know this case happened. Nak bukti? Medical records ibu ini? You guys should know, as medical staffs kami tidak dibenarkan untuk berbuat demikian. Kerahsiaan pesakit, nama pesakit, butiran pesakit, apa kerja dia, siapa suami dia, bila kali terakhir dia bersalin, rekod-rekod lepas, ada di tangan kami. Tetapi kami tidak boleh dedahkan kerana inilah tanggungjawab kami kepada pesakit berkenaan. 

"Tetapi adalah menjadi tanggungjawab kami juga membuka cerita ini tanpa mendedahkan kerahsiaan pesakit agar menjadi pengajaran untuk ibu bapa lain dan yang masih berangan nak berenang dalam kolam beranak di rumah tanpa medical supervision supaya korang sedar ada doula yang tidak bertanggungjawab hanya mahu mengutip duit tetapi nak menguruskan kes berisiko pun tak tahu," katanya. 
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live