Quantcast
Channel: The Reporter
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live

(Video) 'Ini F**zi dah lepaskan aku dengan talak tiga kerana nak ikut isteri orang'

$
0
0

Viral di media sosial video seorang isteri berdepan dengan suaminya yang didakwa kantoi curang dengan wanita yang masih berstatus isteri orang, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video dimuat naik Sharel Al Hafiz sejak semalam telah dikongsi lebih 10,835 kali di Facebook.

Menurut Sharel, kejadian berlaku pada jam 11 pagi semalam di kawasan rumah sewa kekasih si suami, Apartment Delima, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 

"Beliau dikatakan sedang berdua-duaan ketika diserbu oleh isteri dan anak-anak serta suami kepada wanita terbabit 

"Malah si suami sanggup menceraikan isterinya dengan talak tiga semata-mata mahu bersama isteri orang. Isteri orang itu pula masih lagi sah tetapi masih lagi mengikut jantan itu. 

"SubhanAllah, zaman sekarang makin menjadi-jadi dengan maksiat sebegini. 

"Dikatakan perempuan itu mempunyai tiga orang anak, sanggup tinggalkan anak-anak dan menipu suaminya semata-mata mahu mengikuti suami orang itu. 

"Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka. Bertaubatlah sebelum terlambat. Ingatlah bahawadoa isteri yang teraniaya dimakbulkan Allah," tulis Sharel. 

Berdasarkan dua video tersebut, si suami bersikap kebudak-budakkan apabila berdepan dengan isteri dan sanggup mengajak suami kepada kekasihnya bertumbuk. 


Si isteri berkali-kali meminta suaminya mengulangi semula lafaz cerai talak tiga yang dilafazkan terdahulu, namun lelaki itu enggan berbuat demikian. 

Berang diasak berkali-kali menyebabkan lelaki itu hilang sabar lalu menepis telefon isterinya dari terus merakam kejadian itu sebelum berlaku pergelutan di antara mereka berdua. 

Telefon bimbit yang terjatuh itu kemudian dipijak oleh suaminya sehingga rosak. 


Dalam video kedua, si isteri 'memperkenalkan' kekasih' suaminya kepada netizen dan meminta netizen menilai sendiri tindakan wanita terbabit yang sanggup merosakkan rumah tangga orang lain. 

Sementara itu, netizen mendoakan si isteri bersabar dan tabah menghadapi dugaan itu. Ada segelintir netizen pula berpendapat perkara itu tidak perlu diviralkan, sebaliknya dibawa terus dan selesaikan di mahkamah.

'Puas hati dapat burukkan nama Fathia lagi? Do you really want me to sue you for defamation?' - Fathia Latiff

$
0
0

Pelakon Nur Fathia Latiff meluahkan rasa bengangnya terhadap sebuah portal hiburan yang didakwa telah memburukkan namanya. 

Terdahulu, Fathia memuat naik tweet yang mengulas berita seorang penganggur didapati bersalah kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah serta tertuduh dikenakan hukuman gantung.

Bagi Fathia, tertuduh sepatutnya diberi peluang kedua dan mengandaikan lelaki itu mungkin sudah berubah menjadi manusia yang berguna. 

"Tak boleh ke bagi dia second chance? Mana tau lepas ni dia berubah jadi orang yang lebih baik?

"Ini kes tiga tahun lepas. Semoga roh berada dalam keadaan yang tenang dan aman, Aminnn. 

"Tetapi mungkin dalam masa tiga tahu itu dia dah belajar menjadi manusia yang berguna," tulisnya. 


Tweet pelakon itu kemudian menjadi bahan siaran portal hiburan berkenaan dengan tajuk, "Tak boleh ke bagi perogol peluang kedua?" mengundang kemarahan pelakon berkenaan. 

"A very stupid statement from rotikaya! Siap letak inverted commas??? Adakah korang puas hati dapat burukkan nama fathia lagi @rotikaya?? 

"Do you really want me to sue you for defamation? Kenapa nak tukar ayat yang aku cakap???" tulisnya di Twitter yang kini telah ditetapkan ke mode private. 

(Video) 'Macam ini nak jadi pilot? Bundar pun tak tahu?' - Cita-citanya menjadi bahan ketawa

$
0
0

Viral di media sosial video luahan pengalaman seorang lelaki yang mendakwa cita-citanya mahu menjadi seorang juruterbang diperlekehkan oleh guru sekolahnya ketika darjah lima. 

Video yang dimuat naik pada 27 Februari oleh Akeem Sharyzal itu kembali viral di media sosial. 

"Dia tanya aku, 'Fadzreen, apa cita-cita awak?'. Aku cakaplah aku nak menjadi seorang juruterbang, pilotlah. Dia gelak kau tahu, 'hahaha'. Dia memperkecilkan cita-cita seorang kanak-kanak kot? 



"Dari kecil dah diejek dan dia suruh kawan-kawan aku ejek. 

"Macam ini nak jadi pilot? Bundar pun tak tahu?" 

"Dia tak tahu ke aku hidup lama lagi? Kau boleh ramal masa depan orang ke? Aku baru darjah lima kot? Habis, darjah enam aku tak boleh dapat lima A? Kau boleh tentukan ke? Kau tuhan ke? 

"Jadi sebagai seorang guru yang berwibawa, ada integriti baik (mungkin akan berkata begini):

"Okey Iqmal, kalau awak nak jadi seorang pilot, awak kena fokus matematik. Awak kena fokus ini dan itu, awak tak boleh macam ni. Awak jangan jadi malas," 

"(Nasihat/teguran) seperti itu baru betul. Aku tak kisah, lagipun perkara itu dah lama, aku pun dah tak jadi pilot pun. Cuma perkara ini sampai dewasa pun aku ingat. Sampai sekarang aku meragui guru-guru di Malaysia. 

"Ada tak intipati dalam diri? Kau nak ajar geografi kan? Ilmu geografi kau tinggi kan? Tetapi intipati seorang guru, seorang ayah, seorang ibu? Ada tak? 

"Kau nampak memang kurang ajar budak ini, dia pancitkan tayar kereta kau. Kau tak boleh judge dia, kau kena bantu dia. 

"Di institusi perguruan, dia minta SPM straight A, minta diploma empat pointer ke atas, tetapi dia tak test mentaliti seorang individu nak menjadi seorang guru, tak ada. 

"Tahu-tahu, maki. Budak darjah satu ke enam ini, mereka tak tahu apa. Apa yang mereka tahu mereka nak main saja. 

"Tapi aku kena macam itu. Perkara itu bukan main-main sebenarnya. Dia langsung tak bantu aku jawab soalan bundar itu, tak. Daripada maki-maki, gelak-gelak, settle. Dia tak tolong aku pun," katanya dalam video tersebut yang telah dikicau 36,173 kali di Twitter. 

Bagaimanapun dalam penjelasan Iqmal selepas video itu viral meluas di media sosial, Iqmal menegaskan dia tidak menghina guru dan institusi perguruan. 

"Saya secara jujurnya tidak menghina dan tidak ragu-ragu pun pada institusi perguruan di Malaysia. Saya percaya ramai guru yang baik dan berwibawa di luar sana. 

"Saya memohon maaf di atas kata-kata saya yang mungkin membuatkan anda terasa dengan cara saya bercakap yang penuh bersemangat itu kerana ketika itu saya hanya berbual dengan kawan-kawan sahaja. 

"Tiada niat untuk memburukkan mana-mana pihak pun. Saya hanya bercakap melalui pengalaman saya sahaja. Saya harap kata-kata yang saya luahkan itu tidak menjadi salah faham lagi kepada anda semua. 

"Dengan ini sekali lagi saya memohon maaf dan terima kasih atas pandangan anda semua," katanya. 


Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sama-sama kita ambil iktibar dan jangan hina impian/cita-cita orang walaupun kanak-kanak. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.

'Baru kahwin 8 bulan, tapi saya rasa nak bercerai' - Suami kesal isteri tak benarkan keluar malam lepak dengan kawan

$
0
0

Kerap kali kita baca kisah ada segelintir lelaki bergelar suami meluahkan rasa tidak puas hati isteri tidak membenarkan atau tidak gemar mereka keluar lepak bersama kawan-kawan di malam hari. Dalam kejadian baru-baru ini juga, seorang suami tergamak memaki hamun isterinya sendiri. Sedangkan si isteri hanya mahu suaminya balik dan tidur awal kerana keesokan harinya bekerja. 

Dalam perkongsian dari Puan Wana Abas ini, lelaki muda ini baru sahaja berkahwin lapan bulan namun sudah terdetik di hatinya mahu bercerai kerana perkara yang sama. Kasihan dengan pasangan muda ini, beliau berikan tiga nasihat yang amat berguna ini. Semoga bermanfaat kepada semua terutamanya golongan suami. 

SAYA kerap juga menaiki Grab atau Uber. Beberapa bulan yang lalu, saya menaiki Uber untuk perjalanan agak jauh. Waktu jem pula pada masa itu.

Kebetulan saya dapat driver yang rajin berbual. Muda lagi orangnya. Selepas hampir 15 minit bercerita, sekali terkeluar cerita yang isterinya bekerja. 

"Kau dah kahwin ke dik? Nampak muda lagi." 

"Saya baru kahwin lapan bulan akak. Saya umur 25, isteri saya umur 23. Tapi saya rasa nak bercerailah." katanya. 

"Kau biar benar? Baru lagi kahwin dah nak bercerai?" terkejut saya mendengar kata-katanya. 

"Saya tidak tahan dengan perangai isteri saya kak. Dia tak bagi saya keluar dengan kawan-kawan. Saya malam-malam, naklah lepak dengan kawan. 

"Ada sekali itu dia tanya saya di mana, terus dia datang ke tempat saya melepak itu. Stress saya," katanya. 

Saya dengar, terus jadi kasihan. 

"Kau nak tak akak share tips macam mana nak keluar lepak malam tanpa isteri marah?" 

"Serius ke kak? Macam mana?" soalnya. 

Tiba-tiba rasa macam kaunselor pula. 

"Kau buat tiga perkara ini. Pasti isteri kau tak kisah kau lepak dengan kawan-kawan malam-malam. Pertama, sebelum kau keluar, pastikan kau dah siapkan makanan untuk isteri kau makan. Dah berbual dengan dia.

"Kalau dah ada anak nanti, pastikan anak dah makan, dah mandi, dah cebuk berak. Jangan kau keluar jumpa kawan-kawan tetapi isteri tunggang terbalik uruskan anak, masak suap anak makan. 

"Kedua, kau tunaikan hak kau dengan tuhan. Pergilah solat di masjid. Dapat seminggu sekali pun bagus. Bawa isteri kau sekali, ajak dengar ceramah. Kalau ada anak nanti, kau pastikan anak solat mengaji. Semak bacaan anak solat. Baca AlQuran ke, seminggu satu muka surat pun tak apa. Ini setahun satu muka surat, manalah isteri kau nak yakin dengan kau. 

"Akhir sekali, selepas balik lepak, pastikan bangun subuh dan belikan siapkan makanan untuk isteri. Kemudian jam lapan pagi kau sambunglah tidur. 

"Ini tidak, sudahlah balik lambat, subuh pun tidak. Siap terbongkang sampai zohor. Mana isteri kau tak marah?" kata aku. 

"Betul juga tu. Suami akak buat ke semua itu?" soalnya lagi. 

"Buatlah dik. Sebab itu akak tahu dan okay dia keluar. Melainkan anak sakit, barulah akak bising. Ini rahsia besar. Akak beritahu sebab kasihan kat kau, muda-muda nak bercerai," aku kata. 

Sedang elok pula kereta sampai rumah. 

"Terima kasih akak, saya suka tips ketiga. Saya akan cuba akak. Rezeki saya jumpa akak," katanya. 

"Syaitan memang suka tengok suami isteri bercerai. Selagi boleh cuba bertahan. Tak boleh nak buat macam mana?" sempat sound sebelum keluar dari kereta. 

Tiba-tiba rasa lupa nak pesan. 

"Last sekali dik, kalau ada kawan kau yang perli-perli kau, kalau berbuat baik pada anak isteri kemudian sibuk berkempen kau kahwin lain, sedangkan tak pernah ajak kau buat perkara baik, kau hati-hati dik. Ini namanya kawan-kawan membawa ke neraka," katanya. 

'Ditendang dan dipijak sehingga terkencing' - Kanak-kanak mati didera bapa dan ibu tiri

$
0
0

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya di rumah mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, malam Rabu. 

Dalam kejadian jam 11.30 malam sebelum itu, mangsa, Aina Nabihah Muhammad Abdullah, tidak sedarkan diri dan bapanya anggota tentera berpangkat sarjan cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi tidak berjaya sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk rawatan. 

Mangsa yang merupakan anak kedua itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan mangsa. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, mayat mangsa diserahkan ke Unit Forensik HJT untuk bedah siasatan dan keputusan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada organ dalaman. 

"Bedah siasat mendapati buah pinggang mangsa rosak, usus koyak, tulang rusuk kanan dan kiri patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul," katanya. 

Susulan kejadian itu, suspek, 35, dan isterinya, 34, terus ditahan selepas mangsa selesai dibedah siasat di HJT dan direman selama tujuh hari selepas mendapat perintah tahanan reman dari Mahkamah Majistret Port Dickson.

Difahamkan, suspek juga pernah ditahan di atas kesalahan yang sama pada Jun lalu selepas bekas isterinya membuat laporan polis sebaik saja melihat kesan lebam ketika mengambil mangsa daripada jagaan lelaki itu. 

Kes itu juga telah dirujuk ke Pejabat Timbalan pendakwa Raya tetapi suspek dibebaskan atas alasan ingin mendidik mangsa. 

Siasatan awal mendedahkan, bangku dan tali pinggang adalah antara barangan yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa sehingga meninggal dunia. Barang-barang berkenaan ditemui polis selepas kedua-dua suspek dibawa ke kediaman mereka untuk membantu siasatan. 

Pasangan berkenaan yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari di bawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa. 


Berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa telah memukul mangsa menggunakan tali pinggang pada malam kejadian. 

"Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada jam 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke HTJ Seremban dan disahkan meninggal dunia sejam kemudian. 

"Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan kayu plastik sebelum ini. Berikutan itu polis merampas bangku itu yang sudah patah," kata Zainudin. 


Seorang jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga merupakan rakan mangsa mendedahkan Aina kerap mengadu dia didera oleh bapanya sebelum ini. 

"Lama-lama nanti aku mati kena bunuh." ayat yang pernah diluah oleh Aina kepada rakannya itu. 

"Dia beritahu anak saya, dia selalu dipukul malah pernah dibaling dengan kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga memberitahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati," katanya. 


Seorang lagi jiran lian mendakwa, mangsa beberapa kali dilihat lebam di muka terutama pada bahagian mata. 

"Mangsa agak pendiam dan jarang keluar rumah. Tetapi semua orang di sini tahu dia adalah kanak-kanak yang baik. Apabila saya bertanya mengenai kecederaannya sebelum ini, dia memberi alasan terjatuh daripada basikal. 

"Kami juga kerap mendengar suara bapanya marah-marah di dalam rumah itu dan disusuli dengan bunyi seperti pukulan. Bapanya memang garang tetapi mempunyai hubungan yang baik dengan jiran dan pernah memberitahu tidak sentuh anak-anak ketika marah," katanya. 

Pada hari kejadian, mereka tidak menyedari bunyi yang mencurigakan. Namun terdengar suara lelaki itu marah dengan kuat dari dalam rumah itu pada tengah hari Ahad lalu. 


Sementara itu, guru mengaji mangsa, Siti, 66, berkata mangsa nampak lain dan lebih banyak diam pada malam kejadian. 

"Pada malam itu, dia datang mengaji al-Quran di rumah saya seperti biasa bersama abangnya selepas solat Maghrib. Pada malam itu, arwah nampak lain dan lebih banyak diam. 

"Apabila ditanya, Aina hanya tunduk dan memberitahu tiada apa-apa yang berlaku. Saya hanya mengetahui Aina meninggal dunia selepas diberitahu jiran keesokan pagi," kata warga emas berkenaan. 

Siti terkejut dan tidak menyangka mangsa menanggung penderitaan didera bapa dan ibu tirinya sejak sekian lama. Siti pernah melihat kesan lebam di wajah mangsa sebelum itu tetapi mangsa memberitahu kecederaan itu akibat terjatuh. 

"Arwah sangat baik dan pernah mengikut saya ke masjid berhampiran kawasan perumahan ini jika ada aktiviti keagamaan, selain pandai mengaji dan solat sunat. 

"Sepanjang mengenalinya, arwah memang takut dengan bapanya. Arwah akan segera pulang ke rumah apabila dipanggil," katanya. 

Sumber: Harian Metro

'Ramai kecam pihak sekolah, jiran, ibu kandung dll tak beri peranan sewajarnya sedangkan...'

$
0
0

Berikutan kes kematian kanak-kanak perempuan 9 tahun akibat didera bapanya, ramai netizen yang mengecam pihak sekolah, jiran dan sebagainya yang didakwa tidak bertanggungjawab dan peka dengan apa yang berlaku sebelum itu sehingga menyebabkan mangsa mati di tangan lelaki terbabit. 

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang mungkin netizen tidak tahu bahawa pihak-pihak yang dituduh tidak memainkan peranan masing-masing itu sebenarnya sudah bertindak lebih awal. Tetapi keadaan terbatas atas beberapa perkara. 

"Saya selalu kena pukul, lama-lama saya boleh mati"

CANTIK rupa ibu tiri dan bapa kandungnya. Rupa elok, manis, tutup sempurna dan macam keluarga idaman. Soleh dan solehah. Tetapi hakikatnya hanya tuhan saja yang tahu. 

Malam tadi agak lapang, jadi saya scroll tentang berita Nur Aina. Ramai yang mengecam pihak sekolah, pada jiran, ibu kandung mangsa dan sebagai. Pada mereka, pihak yang bertanggungjawab tidak memberikan peranan yang sewajarnya. Mungkin ada info yang mereka tidak tahu. jadi saya tulis di sini:

Guru Besar pernah memanggil bapanya ke sekolah, berkenaan dengan kesan lebam dan kecederaan yang dialami Nur Aina yang agak jelas. Tetapi Guru Besar pula yang dimarahi olehnya. 

Saya sendiri menghubungi jiran sebelahnya (SMS). Pada pendapat saya, cuma beberapa orang jiran sahaja yang pernah nampak lebam Nur Aina. Jiran tersebut ada inisiatif untuk bertanya. Tetapi arwah kata dia terjatuh. 


Bapanya juga mengaku dia memang garang tetapi tidak pernah menyentuh anak-anaknya. Jiran juga mengaku selalu terdengar suara si bapa mengamuk dan memaki, tetapi tiada suara menangis, merintih, meminta tolong, menjerit dan sebagainya. Itulah asbab kenapa tiada seorang pun jiran yang tampil ke depan. 

Sebelum dilaporkan meninggal dunia, Nur Aina sempat pergi mengaji di rumah jiran yang terletak di sebelah depan bersama dengan abangnya. Guru mengaji kata arwah agak pasif pada waktu itu. Malah guru mengaji berkenaan juga bertanya tentang lebam arwah, katanya disebabkan terjatuh juga. 

Lapan bulan yang lalu, ibu kandung ada membuat laporan polis berhubung kecederaan Nur Aina, kes berpanjangan sehingga ke mahkamah tetapi kemudian si bapa dilepaskan atas dasar 'ayah mendidik anak'. (Timbalan Pendakwa Raya mesti menyesal)

Sebelum digari, ibu tiri Nur Aina sempat mengirimkan mesej dalam group WhatsApp kelas/sekolah anak tirinya untuk memaklumkan yang Nur Aina meninggal dunia sewaktu tidur. Ibu tirinya juga pernah memberitahu guru di sekolah yang arwah agak manja dengannya. 

Wallahualam, ramai yang mengambil berat tentang arwah tetapi mungkin kesungguhan itu kurang. Manusia mudah mengkritik, sedangkan tidak kena pada diri sendiri. Daripada mengkritik dan mempersoalkan, lebih baik doakan yang baik-baik. 

Kita bukan tuhan, bukan hakim yang ada kuasa menjatuhkan hukum. Ramai yang buat andaian awal di post sebelum ini, yang mana jika andaian atau tuduhan itu salah boleh jatuh fitnah (fitnah lebih teruk dari membunuh). Jadi apa beza anda dengan bapa yang anda panggil pembunuh itu?

Saya ada terbaca komen daripada salah seorang jiran yang mana tidak pernah sekali pun mereka dengar ibu tiri Nur Aina menengking arwah. Dengar kata ibu tiri tersepit di tengah-tengah (jiran tidak mahu cerita lebih lanjut sebab kes ini masih dalam siasatan).

Berdasarkan pengalaman saya di sekeliling, kebanyakan wanita jadi 'kurang cerdik' bila terlalu sayangkan seseorang. Maaf agak kasar tetapi ini fakta.


Jirannya juga ada maklum yang ibu tiri Nur Aina pernah tergesa-gesa mengambil Nur Aina dari sekolah (mungkin terlambat) sedangkan waktu itu dia masih berada dalam pantang.

Ibu tiri arwah mungkin salah sebab membiarkan penderaan itu terjadi. Tetapi kita tidak tahu apa yang dia tanggung, rasa dan tahu.

Maaf jika saya ada sakitkan hati sesiapa. Saya juga tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebab akal manusia terbatas untuk menilai sesuatu perkara dengan tepat.

Al-fatihah untuk arwah adik Nur Aina Nabihah. Syurgalah tempat kamu. 

'Dia bertegas mahu membantu, tiba-tiba dua lelaki bergegas keluar membawa beg saya'

$
0
0

Kejadian ini berlaku lebih kurang pada jam lima petang, Jumaat 2 Februari, ketika saya bersendirian di pusat beli-belah Sunway Pyramid. 

Saya berada di premis pertukaran mata wang di Sunway Pyramid, LG2, untuk buat persiapan ke luar negara tidak lama lagi. Selepas selesai urusan di situ, saya meletakkan wang tunai di dalam beg galas. Kemudian saya buat keputusan untuk berjalan-jalan dan mungkin mahu melakukan beberapa perkara yang lain di pusat beli-belah itu. 

Semasa berjalan, tiba-tiba terasa ada cecair yang terkena pada belakang baju sebelah kanan. Cecair berwarna putih itu telah mengotorkan baju, seluar dan beg galas, malah ada sebahagiannya terkena pada tangan membuatkan saya rasa jijik. 

Saya terus segera berpaling ke belakang dan mendapati ada sekumpulan gadis yang memandang saya seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku. Jarak mereka yang agak jauh juga tidak mungkin mereka yang melakukan perbuatan itu tanpa saya sedari. 

Saya segera pergi ke tandas berhampiran GNC, di sebelah premis Yubiso untuk membersihkan kotoran yang meletak pada pakaian dan beg saya itu. 

Ketika berada di tandas, saya membasuh tangan. Sementara itu beg galas tadi diletak di lantai berhampiran sinki (di sinilah kesilapan saya) dan pergi mengambil tisu. Baru beberapa langkah, tiba-tiba datang seorang lelaki warga asing yang menawarkan dirinya untuk membantu saya. Saya menolak dengan baik dan terus pergi mendapatkan tisu. 

Tetapi lelaki itu bertegas mahu membantu dan terus memotong jalan saya untuk mendapatkan tisu (inilah taktik mereka untuk mengalihkan perhatian saya agar di kesempatan itu rakannya dapat mencuri beg galas saya).

Tidak lama selepas itu, saya ternampak dua orang lelaki bergegas keluar dari tandas. Apabila saya pandang ke tempat beg galas saya diletakkan di tempat tadi sudah tiada! Saya yakin mereka telah mengambil beg saya kerana saya nampak mereka memeluk kemas beg tersebut ketika keluar dari tandas. 

Saya segera keluar mengejar mereka tetapi malangnya mereka sudah tidak dapat dikesan. Kemudian saya kembali ke dalam tandas untuk mencari lelaki warga asing yang beria-ria membantu saya tadi, malangnya lelaki itu juga sudah lesap. 

Saya terus melaporkan kejadian itu kepada pihak keselamatan Sunway Pyramid dan membuat laporan polis. Mereka sangat membantu dan cuba meneliti semula video rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Malangnya tiada CCTV berhampiran kawasan kejadian itu. CCTV yang paling hampir adalah di premis pertukaran mata wang dan ianya terlalu jauh untuk merakam kejadian itu. 



Secara jujurnya saya tidak menyangka kejadian seperti ini boleh berlaku pada saya. Cecair yang dituang pada pakaian saya rupanya adalah losyen atau krim tangan. 

Saya menjadi mangsa rompakan di siang hari di pusat beli-belah. Saya kongsikan kejadian itu sebagai peringatan untuk semua agar kita lebih berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Kejadian ini juga boleh berlaku kepada sesiapa dan bila-bila masa terutamanya ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai. 

Sumber: Daniel Muk

'Selagi tak bayar, tak halal sebungkus teh ais itu!' - Peniaga viralkan pelanggan lewat bayar, tetapi akhirnya memakan diri

$
0
0

Viral di media sosial, luahan tidak puas hati seorang peniaga yang mendakwa seorang pelanggannya tidak membayar sebungkus air teh yang 'dibeli' darinya. 

Luahan yang dimuat naik di sebuah group kenegerian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam peniaga terbabit yang dikatakan tiada sifat kesabaran sehingga sanggup memalukan pelanggannya. 

Dalam kejadian 2 Februari itu, peniaga itu menegaskan dia bukan mahu menjatuhkan maruah wanita berkenaan. Tetapi dia juga mencari rezeki dan tidak dapat menerima alasan wanita itu yang tiada duit kecil untuk membayarnya. 

"Maaflah, bukan nak menjatuhkan maruah seorang ibu. Kami pun cari makan juga. Tak payahlah kata tak ada duit kecil nak bayar. Benda yang dibeli itu hanya berapa saja.

"Ingatlah, benda yang dibeli itu makanan. Jika dimakan, jadi darah daging. Kasihan pada anak-anak itu. 

"Boleh pula dia kata sat (kejap) lagi mai bayar lain sebab tak ada duit kecil, nak pergi isi minyak motosikal dulu. Sat lagi nak mai bayar, tetapi sampai sekarang tak nampak batang hidung pun. 

"Kasihan la anak-anak masih kecil, takkan nak bagi makan pun nak kena menipu? Minta tolong mai bayar saja. Selagi tak bayar, tak halal," tulis peniaga terbabit. 


Bagaimanapun tampil seorang rakan kepada wanita yang menjadi mangsa viral peniaga terbabit, memberi penjelasan dan menuntut peniaga berkenaan memohon maaf di atas tindakannya yang terburu-buru itu. 

"Saya kawan kepada wanita dalam gambar berkenaan. Kes air teh ais itu cuma lewat setengah jam sahaja. Tetapi dia sudah bayar.

"Kepada tuan kedai, mohon minta maaf kepada kakak itu. Dia terlewat bayar sebab hantar anak pergi sekolah. Dia nak bayar pada awalnya tetapi tuan kedai tiada duit kecil. 

"Kalau nak berniaga, biarlah ikhlas. Esok kita jumpa di kedai. Terima kasih kepada mereka yang bersimpati dengan kakak itu. Dia dah bayar duit itu," kata Hidayat Dayat. 


Sementara itu di media sosial, netizen mengecam peniaga terbabit yang kurang sifat kesabaran sehingga memfitnah pelanggannya sendiri. 

"Alahai, kes teh ais sebungkus saja pun. Lewat setengah jam saja bayar, akak itu tetap bayar walaupun lewat. Untung akak itu dapat pahala percuma.

"Benda tak logik viral pun nak viral. Orang lain sampai berpuluh ringgit lewat bayar pun tak kecoh. Orang lain pun berniaga juga, tetapi ada juga sifat timbang rasa," kata Alang Siti. 

"Ibarat kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Anggap saja sebagai sedekah. Hari ini kita rugi RM1.50, esok-esok kita untung berlipat kali ganda kak oi!" kata Adilla Paiman. 

Mengetahui dirinya dikecam netizen,  peniaga terbabit dijangka akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelanggannya itu. Malangnya dia memilih untuk memberi respon berikut:

"Ampa nak cakap apa, cakap la. Saya bercerita pasal hak saya!!" 


'Baru study mak bapak bagi kereta dan duit poket setiap bulan, itu kau kata struggle?'

$
0
0

Kebanyakan anak-anak muda zaman ini terlalu dimanjakan sehingga terlupa cara untuk berdikari. Apabila disuruh berusaha sedikit untuk mendapatkan sesuatu, mulalah mereka merungut dan memberikan pelbagai alasan.

Namun bila dipandang pada gaya hidup mereka, langsung tidak kelihatan seperti orang susah seperti mampu berbelanja di kedai atau restoran mahal, memiliki gajet mewah dan sebagainya.

Tetapi apakah maksud struggle yang sebenarnya? Ini pandangan Suhaila Adam yang patut anda hadamkan.

Kau belum habis study lagi mak bapak dah bagi sebuah kereta dan duit poket setiap bulan. Bila sudah habis study, pergi temuduga di mana-mana naik kereta, dapat kerja. 

Bila nak sewa rumah, deposit rumah sewa pun mak bapak support lagi. Nak tunggu gaji pertama, duit poket mak bapak dah hulurkan dulu. 

Weekend, kau pergi melepak sana sini, makan di kafe hipster yang menu air sirapnya pun harga RM7.00. Itu yang kau kata struggle? Kat mana yang kau struggle dengan hidup kalau purse kau tak pernah tak ada duit? 


Orang yang ke hulur ke hilir naik bas, KTM, LRT segala macam pengangkutan awam sampai mencecet-cecet peluh semata-mata nak pergi temuduga, itu baru orang panggil struggle. 

Kau pernah kira duit syiling nak bayar nasi bujang? Tak pernah kan? Tak payah nak sembang kata kau orang susah. Tolong bersyukur sikit, boleh?

Kau sedar tak, ada orang yang terpaksa berhenti study sebab tak ada duit. Ini aku ulang, berhenti study sebab tak ada duit. 

Hidup ini jangan pandang langit sangat. Tunduk sikit tengok bumi, reti? Sekian. 

Sumber: Suhaila Adam

(4 Foto) Nyaris terlanggar bayi merangkak ke tengah jalan raya

$
0
0

Seorang lelaki Thailand berkongsi kejadian di mana dia hampir saja menggilis bayi lelaki yang merangkak ke tengah jalan raya mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial. 

Kittithorn Jadaeng, guru di sebuah sekolah berkata, dia ternampak bayi ketika melalui jalan raya itu di Uthai Thani semasa dalam perjalanan ke Sekolah Banmai Klong,angwa di daerah Ban Rai.

Kittithorn segera keluar mendapatkan bayi itu mencari ibu bapa anak kecil itu. 

Difahamkan ibu bayi berkenaan tiada di rumah pada ketika kejadian dan bapanya pula tertidur di dalam rumah. 

"Bayi itu merangkak ke tengah jalan dan kalau ada kereta yang memandu laju dan tidak menyedari kehadirannya, saya tidak dapat membayangkan apa seterusnya yang akan berlaku," katanya. 

Justeru Kittithorn menasihatkan golongan ibu bapa berhati-hati dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka. 





Sumber: The Star

'Dulu muka barai, konon guna serum sendiri terus muka jadi elok, padahal..' - Serum sampah berleluasa di pasaran dan ini cara untuk mengesannya

$
0
0

Lambakkan produk-produk kecantikan dengan tuntutan yang melampau dan tidak masuk akal semakin banyak dijual di pasaran. Meskipun di bungkusan tidak dinyatakan bahan-bahan yang terkandung di dalam produk mahupun nama pengilangnya, masih ramai pengguna yang membeli dan menggunakannya. Apabila mengalami kesan sampingan, baru nak menyesal. 

Perkara ini berlaku kerana kebanyakan pengguna masih mudah terpengaruh atau terperdaya dengan testimoni palsu, tuntutan melampau (overclaim) dan juga harganya murah. Dan di kesempatan itulah yang diambil oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan. 

Jadi, bagaimana mahu mengesan produk-produk sampah seperti ini? Hadam enam perkara yang dikongsikan oleh lelaki ini, semoga bermanfaat. 

SERUM SAMPAH

Sebelum aku membebel tentang serum sampah, izinkan saya membebel dulu tentang kilang OEM. Ramai lagi yang tidak tahu apa itu kilang OEM (Original Equipment Manufacturer). Kilang OEM ini adalah kilang yang menghasilkan produk tanpa jenama. Jadi engkau orang yang miskin papa kedana kelas pun selalu tuang gi romen belakang kantin kalau berlagak nak jadi founder kaya konon-konon korang formulate produk sendiri, bolehlah dapatkan khidmat kilang OEM ini. 

Kilang OEM ini sebenarnya bukan keluarkan skincare, supplement dan produk kesihatan sahaja. Pendek kata segala mak neneklah dia boleh keluarkan. Tinggal korang nak tampal pelekat jenama sendiri saja.

Satu saja aku nak pesan. Kalau kau nak jadi founder, jangan jadi founder produk kesihatan. Itu bukan bidang kau melainkan kau ada background yang layak untuk formulate produk kesihatan. Bab kesihatan orang jangan main-main. Kalau bodoh-bodoh ini jadi founder lampin bayi tak apa. Tak pun founder bantal kekabu ke apa ke, janji jangan melibatkan kesihatan orang. 

Yelah, kau pun sengkek, nanti kesihatan orang barai bukan kau nak bertanggungjawab pun. Ukurlah kain kapan di badan sendiri. Kalau nak berniaga perlu ada ilmu. Jangan setakat mengharapkan muka lawa atau followers ramai. Bila ditanya tentang produk, kau maki pula. 


Rakyat Malaysia sudah semakin bijak membezakan antara claim berfakta dan claim mengarut. Juga perbezaan antara peniaga jujur dan peniaga penipu. Tambah-tambah geng #skuadpenggunabijak. Haa, kau jangan main-main, semua dah cerdik belaka.  

Tentang serum, ya serum sampah pun sudah berleluasa sekarang ini. Saya dah ajar cara nak mengesen krim kilo sampah, kali ini saya nak ajar cara mengesan serum sampah. Kenapa sampah? Sebab:

1. Seperti biasa, di kotak tiada tertulis bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Formula rahsia supaya founder lain tak rembat formula katanya. Padahal haram dia tak tahu apa pun yang kilang letak dalam serum itu. Dan bahan-bahannya mestilah dalam terma saintifik, bukan ekstrak itu ekstrak ini, vit itu, vit ini. 

2. Warna warni di aidilfitri. Perhatikan warna-warna di bawah, macam itulah serum sampah. Serum di drugstore sama ada warna jernih atau warna putih sahaja. Yang ini dia claim perisa strawberi, keladi, anggur, cili, durian, you name it. 


3. Kilang tak ada. Katanya rahsia company. Haa, kau tak kabor yang sebenarnya kau beli kilo dari kilang. Balik rumah kau suntuk sendiri masuk botol. Tak pun kilang OEM sudah tolong botolkan untuk kau siap-siap. 

4. Founder seperti yang dinyatakan di atas. Tak salah nak support bisnes Melayu tetapi supportlah Melayu yang benar-benar mencurahkan usaha bertahun-tahun untuk mengkaji tentang produk, kesan sampingan terhadap pengguna, safe percentage setiap bahan dan sebagainya. Jangan support yang fikirkan duit poket sendiri tetapi kesihatan pengguna ditolak ketepi. 

5. Testimoni tak agak. Muka edit guna kamera 360, kemudian didakwa muka jadi cantik hasil dari menggunakan serum kau. Tak pun dulu muka barai, kemudian konon-kononnya guna serum sendiri muka terus menjadi elok. Yang kau pergi cucuk sana cucuk sini, tak pun makan ubat Dr. Ko, kau tak kabor pula? 


6. Overclaim. Mana-mana produk bagus pun takkan beri kesan seawal tiga hari, seminggu atau kurang dari smeinggu. Paling koman pun sebulanlah. Kalau pesen lahir celah pokok pisang ini, kau tempek berkilo-kilo serum pun muka tetap Melayu. Tak perlu berangan nak menjadi Korea sangat. 

Mudahkan nak kesan? Tak susah pun. Selepas itu jangan tanya lagi "You serum ini ada kilo tak?", "Yoi krim ini kilo tak?" bagai. Jangan sampai aku avada kedavrakan seorang-seorang. 

Dah bijak bukan? Bagus, marilah kita meraikan dengan daun saderi. I've done my part, the choice is yours.


ARTIKEL BERKAITAN: 

Bapa percaya Aina Nabihah mempunyai 'saka'

$
0
0

Selain bangku kecil plastik yang telah patah dan tali pinggang tentera yang digunakan untuk mendera mangsa, Nur Aina Nabihah Mohammad, 9, polis turut mengambil bekas air yang didakwa suspek mengandungi 'air jampi' untuk merawat anaknya itu, lapor Sinar Harian. 

Mangsa pada jam 12.30 Khamis lalu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban selepas ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya di rumah sewa mereka di Taman Vista Jaya, Lukut. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad mengesahkan bekas air tersebut turut dirampas polis untuk membantu siasatan. 

Difahamkan, suspek percaya bahawa mangsa mempunyai saka dan air jampi itu digunakan untuk mengelakkan masalah itu berlarutan.

Bedah siasat ke atas kanak-kanak itu mendapati mangsa mengalami kecederaan parah, hati koyak, putus pankreas, patah tulang rusuk kiri dan kanan serta terdapat lebam dalamam pada usus besarnya. 

Bapa dan ibu tiri mangsa juga telah ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk siasatan. 


Dalam siasatan awal, suspek mengaku telah memukul anaknya dengan tali pinggang, menendang dan memijak perut mangsa sehingga terkencing dan turut mengaku pernah memukul anaknya menggunakan  bangku kecil plastik. 

Sumber: Sinar Harian

BERITA BERKAITAN

'Takde hati perut!'

$
0
0

Seorang pekerja pembersihan dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas dia dibelasah teruk oleh seorang wanita, lapor NextShark.

Mangsa yang tidak didedahkan namanya itu dibelasah kerana membasahkan sandal wanita berkenaan di pasar makanan laut di Sanya, pulau Hainan dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu. 

Menurut saksi kejadian, insiden itu berlaku apabila mangsa secara tidak sengaja membasahkan sandal wanita berkenaan yang berdiri tidak jauh darinya. 

Menyedari kesilapannya itu, mangsa segera memohon maaf dan berkata dia tidak menyedari wanita itu berdiri berhampiran. 

Malangnya permohonan maaf mangsa tidak diendahkan dan wanita itu terus menyerang dan membelasah mangsa terutamanya di bahagian kepala sambil menjerit mangsa tidak akan mampu membayar pampasan kepadanya kerana sandal yang dipakainya itu sangat mahal harganya. 



Selepas kejadian itu, rakaman video orang awam menunjukkan wanita terbabit ditahan dan diiring keluar oleh dua anggota polis. Sementara itu, mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. 

Kejadian itu mengundang kemarahan netizen, "Pakai sandal mahal tapi hati busuk gile!". 

Bagaimanapun ada segelintir netizen berasa sangsi dengan dakwaan wanita terbabit kononnya sandal yang dipakainya itu mahal. 


Semakan pada video viral di saat ke 00.13 hingga 00.16 menunjukkan wanita terbabit hanya memakai sandal biasa, bukannya sandal mahal seperti yang didakwanya. 

'Saya tetap akan tunggu' - 8 tahun menunggu tunangnya pulih dari koma dan hilang ingatan

$
0
0

Pasangan dari Jepun, Hisashi Nishizawa dan Mai Nakahara telah merancang untuk berkahwin pada 2007, malangnya majlis itu terpaksa ditangguhkan untuk jangka masa yang agak lama sebelum mereka kembali bersatu pada 2014. 

Mengikut perancangan asal, mereka sepatutnya berkahwin pada awal tahun 2007, tetapi berlaku kejadian yang tidak diingini memaksa Nishizawa membatalkan semua perancangan yang telah dibuat. 

Bakal pengantin perempuan, Nakahara, tiba-tiba hilang daya ingatan jangka pendek pada Disember 2006 dan mula mengeluarkan bunyi pelik pada suaranya bila menjelang waktu malam. 



Gagal mengenalpasti punca masalahnya itu, Nakahara dipindahkan ke hospital mental. Ketika berada di bawah penjagaan hospital berkenaan, Nakahara disahkan koma selepas jantung dan paru-parunya tidak berfungsi. 

Nakahara kemudian dihantar ke Hospital Universiti Okayama untuk pemeriksaan lanjut. 

Melihat keadaan Nakahara seperti itu, ibu bapanya meminta Nishizawa untuk mencari wanita lain. Tetapi dia enggan berbuat demikian dan kerap mengulangi, "Saya tetap akan tunggu.". 

Selepas beberapa bulan kemudian, Nakahara disahkan menghidap penyakit yang dikenali sebagai Anti-NMDA receptor encephalitis yang menyebabkan kegagalan fungsi otak. 

Difahamkan penyakit itu amat jarang berlaku dan pesakitnya mengalami halusinasi, pernafasan yang lemah dan ketidakupayaan menunjukkan reaksi. 

Namun selepas diberi rawatan perubatan, Nakahara mula menunjukkan tanda-tanda positif, termasuk mampu bertindak balas terhadap suara. 

Bulan berganti tahun, akhirnya Nakahara semakin pulih. Menjelang 2011, dia sudah dapat menyatakan emosinya dan menulis namanya sendiri dan dibenarkan keluar dari hospital. Keadaannya bertambah baik di rumah di mana dia mula mengenal ahli keluargannya. 



Malangnya hanya seorang saja yang masih tidak dapat diingatinya iaitu tunangnya, Nishizawa, meskipun dia tahu lelaki itu selalu berada di sisinya. Malah dia sendiri hairan kenapa lelaki itu kerap bersama dengannya sepanjang masa. 

Ingatannya terhadap Nishizawa datang kembali setelah dia melihat beberapa keping gambar lama dengan ucapan-ucapan perkahwinan dengan tarikh 11 Mac 2007 ditulis pada gambar tersebut. 


Akhirnya dia sedar Nishizawa juga adalah sebahagian daripada hidupnya dan gambar-gambar tersebut juga menunjukkan mereka selalu merakam gambar bersama-sama. 

Pada Jun 2014, selepas hampir lapan tahun majlis perkahwinan ditangguhkan, pasangan itu menghubungi semula wedding planner yang sama untuk menjadualkan semula perkahwinan mereka. 


Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung pada 21 Disember 2014 dan dihadiri oleh ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan kakitangan hospital yang menjaga Nakahara ketika sakit. 

"Ketika saya melihat dia semakin pulih dari hari ke hari, walaupun sedikit demi sedikit, saya tidak rasa yang lapan tahun itu agak lama," kata Nishizawa.  

"Saya bersyukur dan saya mahu bina keluarga bahagia bersama dengannya," kata Nakahara. 





Kisah Nishizawa dan Nakahara membuatkan netizen rasa tersentuh dan terharu. Malah kisah mereka telah dibukukan dan dijadikan sebagai filem. 

Diseksa ala komando hanya kerana tak baca doa tidur, kesilapan mengaji dan tak dengar arahan suspek

$
0
0

Perkembangan terkini siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan akibat didera bapa kandungnya mendapati, mangsa, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, diseksa ala komando, lapor Harian Metro

Mangsa yang diperlakukan seolah-olah rekrut komando yang sebenar oleh suspek dipercayai dipaksa melakukan tekan tubi, berguling, 'sit up' dan ketuk ketampi sebagai denda. 

Selain itu, mangsa juga dipukul, ditampar, disepak, dipijak kepala dan badan serta ditendang oleh suspek berusia 35 tahun yang juga anggota tentera di sebuah kem di Port Dickson. 

Difahamkan, kesemua tindakan itu dilakukan oleh suspek dipercayai hanya kerana anak perempuannya tidak membaca doa tidur, kesilapan ketika mengaji al-Quran dan tidak mendengar arahannya. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan lanjut terhadap suspek masih dijalankan. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perbuatan kejam suspek terhadap mangsa.

Jumaat lalu, polis merampas kerusi dan tali pinggang tentera milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memukul Nur Aina sehingga meninggal dunia. Selain itu turut dirampas satu botol air yang didakwa suspek mengandungi air jampi untuk mengubati mangsa kerana degil dan tidak mendengar kata. 

BERITA BERKAITAN: 



'Awak yang nak berhentikan di minum botol kan? Saya tak nak dengar apa-apa' - Terguris hati isteri, suami enggan bantu jaga anak

$
0
0

Dalam rumahtangga, suami isteri perlulah bersama-sama memainkan peranan masing-masing. Bila isteri menjadi surirumah sepenuh masa, suami pula jangan menyangka isteri goyang kaki sepanjang masa. Tetapi isteri juga ada kerja-kerja yang perlu dibuat iaitu menguruskan rumah dan menjaga/mendidik anak-anak. 

Namun kebanyakan golongan suami hari ini bila mendengar isteri meminta bantuan untuk menguruskan anak, ada saja alasan yang diberikan. Malah ada yang berani berkata bahawa tugas-tugas seperti itu adalah tugas isteri. Hati isteri mana yang tak terkilan bila mendengar suami berkata seperti itu. Sedangkan masing-masing sudah mengikat janji mahu mengharungi alam rumahtangga bersama. 

Semoga perkongsian dari Puan Zulaikha ini membuka mata golongan suami berkenaan agar mengambil inisitiaf untuk berubah dan lebih bertanggungjawab. 

"Awak yang nak berhentikan dia minum botol, kan? Saya tak nak dengar apa-apa." 

WAHAI suami, kenapa lidah itu tajam sungguh bila bersuara? Tidak terfikirkah terguris hati isteri? Hanya kerana rengekkan anak menganggu tidur malam suami. Tugas yang menyusahkan dan melecehkan diserah bulat-bulat kepada isteri. 

Kenapa? Sebab isteri suri rumah? Apa-apa yang berkaitan dengan rumah, semua awak tidak mahu ambil tahu termasuk mendidik anak-anak? Kalau anak dihantar ke pengasuh pula, perihal anak-anak pengasuh pula yang kena settlekan. 

Hello! Buat anak nak, jaga anak tak nak!

Tugas menjaga anak bukan sekadar belikan baju, belikan susu, belikan mainan, bayar pengasuh. Bukan duit, duit dan duit! Duit itu baru satu, kalau duit itu dah bertimbun sangat, hal anak semua nak serah pada orang. Give uplah jadi bapa. 

Siapa cakap 'anak-anak ini nanti dia retilah bila dah besar, nanti sampai masa pandailah'. Tolonglah, anak kalau tidak dididik, tidak diajar, tang mana nak pandai sendiri? Kalau susu badan, dua tahun pun ibu-ibu nak berhenti kan, sama saja kalau susu botol. Takkan tiba-tiba anak awak itu pandai sendiri? 

Ini baru isu botol susu, belum lagi ajar anak ke tandas. Nak tunggu anak pandai sendiri buka pampers, tiba-tiba ke tandas buang air. Siap pandai cuci dengan sabun dan flush! Perghh! Albert Einstein yang genius pun tak cenggitu. Tinggi sangat imaginasi awak wahai bapa-bapa. 

Anak perlu diajar satu persatu. Ya memang leceh dan memang menguji kesabaran. Buang botol susu anak itu, seminggu dia merengek. Lepas itu dia dah tak akan minta lagi dan dia dah boleh minum menggunakan cawan. 

Ajar anak ke tandas, buka pampers dia. Pakai seluar tanpa pampers seminggu dua, pandailah ke toilet, tak perlu pakai pampers lagi dah. 


Dengar seperti senang saja, kan? Tetapi prosesnya, para ibulah yang merasa azabnya seorang diri kalau sudah si bapa langsung tidak mahu mengambil tahu. Ibu terpaksa bersabar dengan rengekkan anak. Anak menangis kuat-kuat dan menjerit nak susu, nak susu. Tak boleh tidur kalau tak ada botol di mulut. Belum lagi anak terbangun di tengah malam meminta susu, tak dapat nangis lagi. 

Kalau toilet training, setiap 10 minit ibu tanya nak kencing tak? Nak berak tak? Setiap 30 minit, bawa anak ke tandas dan suruh dia kencing. Kadang-kadang terlupa, habis basah rumah dikencing si anak. Kena bersihkan. 

Itu belum lagi part kita dah 'shhh... shhh' di tandas sampai 20 minit tak kencing-kencing. Keluar saja dari tandas, sarung seluar basah pula dikencingnya. Kena bersihkan lagi. 

Penat? Ya, penat dan letih. Sangat menguji emosi dan fizikal. Tetapi ibu-ibu ini bersabar. Tak lama, seminggu dua pandailah anak aku ini. Tetapi bapanya? Sudahlah tidak membantu, boleh pula dia downkan lagi si ibu. 

Nak bicara tentang tidur malam yang nyenyak? Dari mengandung lagi si ibu tak tidur dengan nyenyak. Sakit-sakit dalam pantang pun tak tidur nyenyak. Anak dua tiga tahun pun masih tak dapat nak tidur nyenyak. Belum lagi bilamana anak sakit, anak demam. Boleh jadi satu malam dia tak tidur dan awak bergelar bapa pula mempertikaikan tidur awak? Sungguh tidak adil! 


Kami ibu-ibu bukan merungut, tetapi soal mendidik anak biarlah sama-sama kita laksanakan tugasnya. Bertolak ansur dan bertoleransi. Siang isteri dah berhempas pulas sendirian menjaga anak dan menguruskan rumah. Bapa bapil kerja paling-paling sejam dua melayan anak. Jam 10 malam, anak-anak dah mengantuk nak tidur dah. 

Pejam sajalah mata itu dan tutup mulut itu. Tolong sajalah isteri awak. Bukan anak orang lain, anak awak juga. Awak kerja esok, isteri pun ada kerja esok. Duduk di rumah dengan anak-anak bukan tak ada kerja nak buat. 

Sekali isteri tak nak peduli dah tentang rumah dan anak-anak, jangan terkejut bila awak balik rumah anak tak mandi, pampers penuh dan anak berak tak cuci. Rumah pula macam tongkang karam. Anak menangis kelaparan. Baru awak tahu kenapa dunia awak selalu indah. 

Isteri tak minta pun awak ambil cuti, ajar anak berhenti menyusu botol. Isteri tak minta pun awak cuti untuk ajar anak membuang di tandas. Tak, mereka buat sendiri. Awak hanya perlu sokong dan bantu sikit. Jadi tutuplah mulut dan tolonglah isteri tanpa sebarang persoalan. Fikirlah tentang mereka, kasihanilah mereka dan sayangilah mereka. 

Balik itu, ambil masa peluk dan ucaplah terima kasih kepada isteri. Pelukan awak itu powerfull wahai encik suami. Ia boleh menghilangkan rasa penat lelah isteri seharian. Ia boleh memadamkan api kemarahan isteri. Ia boleh hilangkan rajuk dan kecil hati isteri. 


Iya, peluk saja. Tak payah bagi bunga, bagi coklat bagai. Tak payah sampai nak bawa naik helikopter pusing satu Malaysia. Peluk saja dan ucapkanlah terima kasih. Tak susah pun, isteri gembira, anak gembira awak pun turut gembira. 

'Ya acik, saya cekik, campak buku dan tendang dia sebab dia tak nak berkawan dengan saya'

$
0
0

Hati ibu bapa mana yang tidak risau bila mendapat tahu bahawa anak mereka yang dihantar ke sekola untuk mendapatkan ilmu, rupa-rupanya menjadi mangsa buli rakan sekolah. Dalam kejadian yang menimpa anak kepada Puan Norasikin Hussein ini, aduan telah dibuat dan guru kelas mengambil tindakan mengasingkan tempat duduk dua muridnya ini. 

Malangnya, murid berkenaan semakin galak membuli rakannya itu yang terpaksa memendam rasa. Si ibu hanya mengetahui apabila anaknya sudah tidak tahan menanggung masalah itu yang sebelum ini dia cuba selesaikan sendiri.

BULI. Saya beranikan diri berkongsi kisah anak sendiri yang dibuli secara fizikal. Semoga ada iktibar. 
Bismillah.

Minggu lepas, saya jumpa pembuli anak di kantin sekolah, walaupun cikgu telah mengambil tindakan dengan mengasingkan mereka di dalam kelas. Saya ambil keputusan begini sebab kejadian buli itu masih berlarutan. Dia membuli anak saya.

Sepanjang dua minggu akhir bulan lepas, anak saya saban hari telah dicekik, dikoyakkan kertas, dilempar bukunya ditendang semasa menuruni tangga sekolah semasa waktu balik, diconteng seragam sekolahnya dan beberapa lagi kejadian yang saya tidak mahu senaraikan. Cukuplah ini setakat itu sahaja. Dan kes buli ini melibatkan budak yang sama.

Saya sedih. Bagaimana anak saya melalui semua ini dalam tempoh dua minggu berkenaan. Sepatutnya dia bergembira, bukan menanggung sedih seorang diri.

"Kenapa awak tak beritahu ibu semua ni?" saya tanya dia.

Bila dia jawab, dia cuba nak selesaikan masalah itu sendiri terlebih dulu, gugur air mata saya. Saya sedih, mengapa anak berusia tujuh tahun yang lahirnya fitrah, suci tanpa setitik dosa boleh melakukan semua ini pada rakannya. Apa sebenarnya dia sedang lalui? 

Saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan anak ini ketika waktu rehat tanpa melibatkan pihak lain iaitu ibu bapa dia dan guru. Saya ingin mengenali diri dia. 

"Assalamualaikum. Boleh acik dok sebelah?" saya beri salam.

"Waalaikumussalam acik!" dia menjawab salam saya. 

Bagus! Dia juga memberi ruang untuk saya duduk. Saya melihat baju dan tudung dipakai budak ini, bersih dan kemas. Pandai dia melipat tudung dua lapis itu. Anak tudung juga terletak elok. Raut wajah nampak tak seperti rakan sebaya yang lain, nampak matang sebelum usia.

Saya memulakan perbualan dengan bertanyakan namanya. Benarkah nama sekian-sekian. Dia angguk. "Ya betul acik"

Saya belanja dua biji donut coklat yang saya beli di kantin itu juga. Dia ucap terima kasih, bagus, ada adab. Tanpa berlengah lagi, saya terus ajukan soalan.

"Acik nak tanya, betul ke awak ada cekik anak acik setiap kali sekolah?"

Soalan itu membuatkan dia berhenti mengunyah, matanya terhenti melihat keropok lekor bersalut sos.

Saya ulang sekali lagi soalan tadi tetapi tiada respon.

"....jujur dengan acik. Acik tak marah, beritahu saja. Benar ke awak buat begitu?"

"Ya. Saya buat."

Berani budak ini. 

"Kenapa awak cekik anak acik?"

"Saya nak dia kawan saya. Saya cekik sebab dia tak nak kawan dengan saya.'' laju saja kata-kata itu keluar dari mulut dia.

Oh, dia fikir dengan mencekik orang dia boleh dapat kawan ke? Saya cuba betulkan. Mesti.

"Salah itu. Kalau nak berkawan, berkawan baik-baik dengan orang. Kena senyum, kena tegur orang. 'Hai..boleh saya kita kawan?'. Kalau awak cekik orang, siapa pun tak nak kawan dengan awak. Bukan anak acik saja tak nak berkawan dengan awak, nanti semua orang tak nak kawan dengan awak,"

Dia diam.

"Awak cekik anak acik itu, awak belajar dari mana? Mana tengok semua itu? Nanti boleh mati tau kalau cekik-cekik orang ini. Nak polis tangkap ke?" saya sambung lagi. 

Dia menggeleng-geleng kepala, "Tak. Tak nak. Tak nak acik."

Hah! Tahu takut! Saya ulang soalan, tanya dari mana dia belajar mencekik orang. Dia hanya menggeleng kepala. Saya serang lagi dengan soalan.

"Acik dapat tahu dari anak acik, duit dia yang dalam beg dan jam dia awak ambil. Ada si xxx sebelah awak, nampak awak buka beg anak acik tempoh hari."

"Tak acik, saya tak ambil," beria dia menafikannya. 

Baik, saya malas nak cerita panjang bab duit ini. Saya sambung siasatan. 

"Hari-hari anak acik kata awak suka campak buku-buku anak acik dalam kelas. Benar awak buat seperti itu?" 

"Ya acik, saya buat macam tu," dia mengaku lagi. 

"Kenapa buat begitu? Tak kasihan ke pada anak acik? Dia menangis bila cerita apa yang awak buat pada dia. Jenuh dia nak mengutip buku, pensil semua itu."

Saya tengok muka polos dia, kenapalah harus begini. Bagaimana aawak dibesarkan wahai anak. 


Tiba-tiba dia menjawab, "Sebab dia tak nak ajar saya belajar."

"Betul dia tak nak ajar awak belajar? Sekejap, acik panggil dia. Saya bangun dan acah-acah nak pergi ke tempat anak saya yang sedang makan dengan dua rakannya tadi. 

"Dia ajar. Saya tak faham," lekas dia menjawab membuatkan saya kembali duduk. 

"Kalau tak faham, cakap dengan anak acik untuk ajar lagi atau terus bertanya pada cikgu. Bukannya buat begitu. Itu tidak betul," kata saya. 

"Apakah benar awak menendang anak acik di tangga dan selepas itu awak lari?" 

"Ya acik, saya buat. Saya tendang sebab dia tak nak berkawan dengan saya," 

"Awak tidak puas hati dengan anak acik atau ada apa lagi yang anak acik ada buat apa-apa pada awak sampai awak buat begitu?"

"Dia jauh dengan saya, saya tak suka. Saya nak berkawan dengan dia," jawabnya. 

"Allah, budak ini nak menakluk. Apa yang dia saksikan hari-hari agaknya," getus hati saya. 

"Awak tahu, kalau awak tendang, kena bucu tangga, kena apa-apa yang berbahaya, anak acik jatuh dan berdarah, boleh cedera dan boleh mati tau kalau buat begitu. Tahu tak, boleh jadi begitu?" 

Dia tidak berani menatap mata saya. Saya ulang, "Tahu tak boleh mati? Bahaya awak buat begitu." 

"Tak tahu acik." 

"Lain kali boleh tak janji dengan acik jangan buat lagi semua perbuatan yang awak buat pada anak acik. Kalau buat lagi, acik telefon polis. Nanti polis tangkap awak, ibu awak atau ayah awak. Nak tak?" 

Dia terkedu, sengaja saya buat begitu. Saya juga bimbang kejadian yang sama berulang kembali. 

"Janji. Saya tak buat lagi cik," katanya. 

Saya buka handphone dan scroll, mencari sesuatu dalam group WhatsApp kelas. Saya tunjukkan pada dia gambar profile seseorang. Saya agak saja berdasarkan perbualan dalam group itu. 

"Kenal siapa ini?" 

"Mama!" bulat mata dia.
"Acik jangan beritahu mama. Janji cik. Nanti saya kena pukul!" rayunya. 

"Mama awak tahu tak awak buat begini?" 

"Tak tahu acik, jangan beritahu. Nanti saya kena tali pinggang, rotan. Mama pukul teruk," rayunya lagi membuatkan hati saya terasa sayu. 

"Okey, kalau begitu awak pun kena berjanji dengan acik jangan buli anak acik dan orang lain juga. Kalau buat lagi, acik laporkan kepada polis."

"Janji, saya tak buat lagi. Jangan beritahu mama saya cik." 

"Ye, janji jadi budak baik selepas ini. Cuba ya, nanti semua orang sayang awak." 

"Ye cik." 

Seketika kemudian, kata-kata yang seterusnya dari dia membuatkan saya terkejut. 

"Ayah selalu cekik mama bila bergaduh," katanya. 

"Ayah cekik mama? Awak selalu tengok ke?" 

"A'ah, bukan selalu. Tetapi bila bergaduh, ayah suka cekik mama sampai mama menangis cakap sakit," jelasnya. 

Sekarang saya sudah tahu dari mana dia belajar semua itu. Loceng berbunyi, tanda tamat sesi waktu rehat. Saya panggil anak saya dan bersalaman dengan anak ini. Entahlah, saya peluk dia. Saya masih terfikir hingga sekarang, apakah betul tindakan saya ini. Saya masih menanti dan risau. Semoga selepas ini kejadian itu tidak berulang lagi. 

Moga-moga acik dan awak tak teruskan perjumpaan di bilik kaunseling selepas ini. Acik cuba percayakan awak. Moga baik-baik saja untuk kamu wahai anak. 

(Video) Anak tembak kepala sendiri selepas dicabar bapanya

$
0
0

Padah mencabar anak tidak bertempat, pasangan suami isteri ini kehilangan anak lelaki mereka gara-gara tindakan si bapa yang berang dengan mangsa yang selalu bermain permainan di telefon bimbit dan tidak mahu membantu menguruskan kedai mereka.

Dalam kejadian pada malam Sabtu lalu di premis perniagaan yang juga merupakan rumah keluarga berkenaan di Pattaya, Thailand, pemiliknya, Anupap Boonrod (anggota polis), berang dengan anak lelakinya, Tossawat Boonrod, 21,kerap menghabiskan masa dengan bermain permainan di telefon bimbit. 


Kesal teguran tidak diendahkan, Anupap kemudian mengeluarkan pistolnya yang berisi peluru hidup dan meletakkan senjata itu di meja sebelum mencabar Tossawat menembak diri sendiri atau berhenti membuang masa dengan aktiviti yang dianggap tidak mendatangkan faedah itu. 

Tossawat mengambil pistol itu lalu mengacu tepat di bahagian telinga kiri sebelum melepaskan tembakan dan kejadian itu berlaku di depan mata ibu mangsa. 

Terkejut dengan bunyi tembakan itu, si bapa pada awalnya menyangka mangsa menembak ke tempat lain lalu melempang kepala anaknya itu. 

Akibatnya, mangsa yang terdahulu mati dalam keadaan terduduk, terjatuh ke lantai dan di saat itu barulah lelaki terbabit menyedari anaknya sudah mati, lalu mengelupur di lantai menyesali perbuatannya itu.



Ibu mangsa kemudian segera meluru ke arah mangsa dan mengambil dan membuang pistol tersebut kerana bimbang suaminya akan bertindak sama seperti mangsa. 

Difahamkan, polis kini sedang memburu seorang remaja yang dikatakan menemui senjata berkenaan selepas dibuang ibu mangsa. 

'Baru nak follow up, rupanya dah meninggal semalam' - Akibat gemar membeli produk 'kesihatan' secara online tanpa usul periksa

$
0
0

Pelbagai produk kesihatan dijual di media sosial melalui ejen-ejen pemasarannya. Ada produk-produk yang langsung tidak pernah dilihat atau dengar, dengan membuat pelbagai tuntutan bahawa produk mereka bagus, boleh menyembuhkan penyakit dan sebagainya.

Tetapi selamatkah produk berkenaan untuk dimakan, diminum atau digunakan? Dalam dua kes yang dikongsikan oleh pegawai perubatan ini, sedikit sebanyak mendedahkan betapa bahayanya pengambil produk-produk kesihatan yang dijual secara online tanpa diketahui asal usulnya.

SAYA jarang bercerita perihal pesakit sebab saya bukan orang yang selayaknya untuk bercerita. Tetapi hari ini saya nak kongsi sikit sebab saya rasa penting untuk pengajaran kita bersama. 

Khamis lalu, ada seorang pakcik berusia lingkungan 50-an dimasukkan ke ICU disebabkan pendarahan di perut dan usus. Dia datang ke hospital sebab batuk dan berak berdarah di rumah. Kami beri ubat yang berharga beribu-ribu dengan harapan pendarahan berhenti. 

Apabila ditanya pada anaknya, anaknya memberitahu ayahnya sudah berbulan-bulan gemar membeli supplement, kopi campuran, teh herba dan sebagainya secara online untuk tujuan kesihatan. Hari ini saya datang nak follow up, rupanya sudah meninggal dunia semalam. Okay, saya tinggalkan bed itu, ikut specialist round. 

Sampai-sampai saja saya ke katil seterusnya, specialist beritahu saya, "Pah, patient ni makan sibutramine.". Saya pun terpinga-pinga sekejap, setahu saya sibutramine itu haram, tak boleh jual. Pesakit wanita 30-an, sudah berbulan-bulan sesak nafas, bengkak kaki dan dengan simptom-simptom lain kegagalan fungsi jantung.

Apabila ditanya pada suami, pesakit ada makan beberapa produk menguruskan badan. Salah satu adalah sibutramine yang sudah diharamkan penggunaannya. Katanya beli daripada kawan dan si isteri itu tahu yang ubat itu adalah berbahaya tetapi tetap dimakan secara sorok-sorok daripada suami.

Bila buat medical investigation, otot jantung pesakit sudah menebal, menyebabkan kegagalan jantung serta komplikasi lain cardioembolic stroke dan kegagalan buah pinggang. Produk yang dia makan buatan negara seberang itu terang-terang dinyatakan ada sibutramine, senang kita kesan.

Di pasaran kita, berlambak-lambak produk menguruskan badan yang mengandungi sibutramine berselindungkan topeng herba, topeng acai beri itu macam mana pula?

Saya nak pesan, kalau anda makan produk-produk kurus ini, kalau rasa berdebar-debar, pening, berpeluh, tekanan darah tinggi, penat, sesak nafas ke, itu bukan maknanya kadar metabolisma anda meningkat, itu maknanya anda kena insoff dan segera berjumpa dengan doktor. Jangan sampai jadi arwah.


Dulu saya pernah cerita tentang ubat tranexamix  acid (ubat untuk hentikan pendarahan) dijual secara berleluasa di Facebook untuk memutihkan kulit dan kesan-kesan jangka panjang. Hari ini saya dapat screenshot iklan supplement yang perlu diberikan kepada anak-anak seawal umur enam bulan supaya kulit anak glowing.

Soalan saya, kegilaan apakah masyarakat kita?

Sumber: Afifah Azhari

'Betul ke 29 minggu? Saya terus ditahan wad' - Ibu lahir bayi besar tapak tangan (800 gram)

$
0
0

Selalu orang nasihatkan, bila mengandung jangan buat kerja-kerja berat, memanjat dan sebagainya bagi menjaga kandungan. Suami pula digalakkan mengambil alih peranan dalam menguruskan rumah tangga sehinggalah isteri selamat bersalin dan berpantang sepenuhnya. 

Berkongsi pengalamannya sendiri, Puan Fizah Sobri menasihatkan golongan ibu-ibu mengandung perlu berhati-hati dan tidak terlalu lasak dalam menjalankan aktiviti seharian. Beliau pernah mengalami keguguran di awal perkahwinan, namun Alhamdulillah diberi rezeki untuk mengandung buat kali kedua. 

Bagaimanapun, berlaku perkara yang tidak diingini pada awal kehamilannya dan hampir keguguran lagi. Mujur kandungannya selamat dan beliau selamat melahirkan bayi lelaki seberat 800 gram. Semoga si kecil membesar dengan kuat dan sihat. Semoga bermanfaat! 

PENGAJARAN untuk ibu-ibu mengandung terutamanya yang baru pertama kali mengandung. 
  1. Jangan terlalu gagah memandu, tak kira manual atau auto. 
  2. Jangan rajin sangat kemas rumah kalau tidak larat. Biarkan saja rumah seperti tongkang pecah (hahaha!).
  3. Tak payah memasak, suruh saja suami masak atau tapau. 
  4. Bakal-bakal bapa jangan sedap-sedap saja rasa isteri awak itu kuat. Walaupun dulu isteri awak itu budak sukan. 
Pengalaman yang lalu cukup memberikan kesan. Satu masa dulu, boleh kata saya agak aktif. Selepas kahwin, pernah keguguran sekali sebab berlari turun tangga tingkat empat. Gagah, kan? (Hahaha!)

Selepas enam bulan, Alhamdulillah saya disahkan mengandung lagi dan saya teruja. Tetapi kali ini turun atau naik tangga perlahan-lahan. Haruu! Setengah jam kalau nak turun atau naik. (Hahaha)

Masa ini part time study PJJ di UTHM. Gagah juga! Hujung minggu drive ulang alik pergi kelas, Kulai - Batu Pahat. Saya memandu seorang diri okey. Masa ini kandungan saya berusia 11 minggu. Saya rasa saya masih gagah tetapi tidak. Saya mengalami pendarahan semasa berada dalam kelas. Suami nak tak nak, kenalah datang ambil isteri dia, kan. 

Keesokannya, saya dimasukkan ke wad. Jalan sudah buka, saya punyalah sedih meratap nasib apabila doktor memaklumkan saya keguguran. Keesokannya pula bila diperiksa, jalan dah tutup. Masa itu punyalah gembira. 

Saya kemudian menjalani kehidupan sebagai ibu mengandung dengan gembira. Oh ya, saya tangguhkan sem sebab tak nak memandu jauh. Taubat. 

Kandungan berusia 29 minggu, saya teruja nak mengetahui sama ada saya mengandungkan bayi lelaki atau perempuan. Konon nak surprise tetapi saya tak boleh tahan. Maka bermulalah episod-episod pelik. Mungkin kesan dari pendarahan di awal kandungan. 

Bila scan, baby kecil. Doktor pun pelik, betul ke 29 minggu? Tetapi saya memang pasti. Rujuk klinik kesihatan tempat selalu buat checkup. Follow up seminggu, baby memang kecil dari usia. Terus dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru. Ingatkan dirujuk begitu saja, sekali saya terus ditahan wad. 

Uri tidak melekat dengan betul di dinding rahim. Dua minggu saya tinggal di wad dengan uniform berwarna merah jambu. Jiran sebelah katil sudah bertukar lebih dari 20 orang. Saya kental. 

Kandungan berusia 32 minggu. Bila scan, aliran darah terbalik. Terus buat pembedahan kecemasan. 

17 Jun 2017, selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 800 gram pada jam 2.40 petang.





Anak saya sebesar tapak tangan. Saya macam berkira-kira, boleh ke si kecil ini survive? Lama saya mengumpul kekuatan, sehingga saya jumpa satu group yang sangat-sangat membantu, Baby Premature Malaysia - NICU. 

Tahniah dan terima kasih kepada admin dan ahli group. Saya tak pernah post apa-apa tentang anak saya. Bukan sebab saya nak mengelak. Tetapi kalau saya post, orang cuma akan kata 'kasihannya', 'Sabar ye', 'Banyak-banyak bersabar'. 

Huh! Seriously kata-kata itu membuatkan saya lebih sedih. Mana tidaknya, saya baru nak mengumpul kekuatan, tetapi orang lain pula kata kasihan, kasihan dan kasihan. Agak-agak apa yang awak rasa? Annoying. Maaflah kalau ada yang terasa. 

Berbalik kepada anak, jantina lelaki, berat 800 gram, usia 32 minggu dua hari dilahirkan pada 17 Jun 2017, diberi nama Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis, berada di NICU selama 51 hari. Dua bulan scn a3. Naik semula NICU selama seminggu seminggu sebab rsv virus. Turun scn sebulan. Berat drop. Transfer scn a3. Sampai genap umur tujuh bulan, discharged. 




Wehooo! Tujuh bulan duduk di wad. maksudnya tujuh bulan anak tak balik rumah. Langsung dan akhirnya, dia kembali walaupun dengan oksigen. Dua minggu di rumah, banyak perubahan positif. Harap-harap bila checkup sekali lagi dah boleh off oksigen. InshaAllah, Aminnnn. 

Last but not least. Jagalah kandungan anda. 

Sumber: Fizah Sobri
Viewing all 14967 articles
Browse latest View live